Bila Mat Salleh Tanya Berapa Kos Untuk Menikah Gadis Melayu.

Aku selalu dapat email dan private message dari gadis gadis Melayu tentang soal hati. Memandangkan aku dah ditakdirkan menikah dengan Mat Salleh, jadi soalan yang aku selalu terima ialah tentang cinta antara dua bangsa dan agama berbeza.

Aku jawab sebaik mungkin mengikut pengalaman aku. Dan pengalaman aku tak lah sehebat mana. Tapi aku tetap kongsi kan semoga sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan para gadis gadis yang bertanya.

Mostly reason kenapa gadis gadis Melayu yang memilih untuk jatuh cinta dengan lelaki bukan Melayu ialah kerana mereka merasakan lelaki Melayu tak boleh pakai. Senang kata – fed up lah kan. Kemudian, pada mereka, lelaki luar ni, lebih caring and loving. Cuma satu je aku tak pernah bertanya pada gadis gadis ini;

Kau fed up dengan lelaki Melayu. Tapi akak nak sangat tahu. Berapa banyak Melayu dalam diri kau, kau sanggup buang untuk impian kau berlakikan lelaki bukan Melayu?

Terus terang aku dah tahu jawapan sebenarnya. Cuma, sekarang, aku nak bagi tahu secara umum di belog ni. Supaya gadis gadis Melayu yang punya impian punya laki bukan Melayu, maklum.

Kesian. Kesian sangat bila lelaki bukan Melayu tersebut bertanya kesana kemari – “Berapa kos untuk menikahi gadis Melayu Muslim di Malaysia?” Aku cuba bersangka baik.. mungkin dia tanya hanya untuk reference. Tapi bila tanya betul betul, memang gadis yang dia nak menikah tu, tak bagi jawapan dan cakap “tak tahu” dekat lelaki tersebut.

Dari situ aku rasa bengang sebengang bengangnya terhadap gadis yang memikat hati jejaka tersebut. Kenapa lelaki tersebut have no idea how much it costs to marry her? Sedangkan kau tahu, first thing dalam perhubungan beza bangsa dan agama ini ialah perlunya kau memperkenalkan adat dan agama yang kau praktis selama hayat hidup kau terhadap pasangan kau. You need to walk him through it.

Bukan sekali dua aku nampak persoalan ni dari lelaki bukan Melayu (especially Mat Salleh). Bila aku suggest dia untuk bincang dengan bakal suri hati nya, boleh pula dia bagi tahu aweknya itu “tak tahu apa yang mak bapak dia expect.”

Apa gunanya kau jadi anak orang kalau kau tak boleh bertanya, tahu atau agak impian mak bapak yang membesarkan kau? Aku mintak mamat tu slow talk dengan awek dia, tanya apa yang dia expect. Kemudian baru lah mintak aweknya tu bincang dengan mak bapaknya. Boleh pula awek dia jawab “no comment” dan tak tahu menahu pasal kos perkahwinan di Malaysia.

MAAF. Aku nak bagitau korang wahai gadis gadis Melayu. Kau fed up dengan lelaki Melayu. Tapi kau bawak adat Melayu kau untuk menyusahkan bakal suami kau yang bukan Melayu dalam membina ikatan yang suci. Kau nak bawak dia masuk ke dalam hidup kau tanpa sedikit pun cuba mempermudahkan proses tersebut. Kau masih buat payah stail nak menikah lelaki Melayu.

Dengar sini wahai gadis Melayu. First thing, kau jangan lah jadikan jodoh kau dengan bukan Melayu satu benda untuk di bangga banggakan. Bila bangga, kau nak show off dalam bentuk kenduri yang meriah stail Priyanka Chopra dan Nick Jonas. Kedua, tak semua lelaki bukan Melayu (Mat Salleh) berduit macam bekas menantu Chef Wan mahupun menantu Sultan Johor yang menikah dengan Tun Aminah. Pening lelaki tu bertanya sana sini hantaran sepatutnya berapa, kos kenduri berapa. Ketiga, lelaki luar memang tak ada idea yang depa kena tanggung semua kos. Sebab adat mereka (Mat Salleh), bapa pengantin perempuan akan bayar segala kos perkahwinan anak perempuan mereka.

Tak salah pun kau nak majlis yang meriah, grand. Aku tahu. Aku pun perempuan. Kita ni bayangkan meriahnya majlis persandingan kita sejak kira umur 5 tahun lagi. Walau masa tu kita tak tahu betapa beratnya tanggungjawab nak jadi isteri, kita cuma tahu nak majlis gilang gemilang bergemerlapan bak filem hindustan. Kalau bakal suami mampu, silakan. Tapi, kalau kau jawab kau tak tahu bila bakal suami kau tanya, aku rasa tak munasabah. Jawab dulu apa expectation kau. Bincang. Kemudian macam biasa, bawa pekara ni ke hadapan orang tua kau. Minta pendangan dan persetujuan. Itu seadilnya.

Kalau mak bapak Melayu kau kaya, sila mintak mak bapak kau bayar kan segala kehendak kau untuk berkenduri. Jangan kau Melayukan bakal suami kau macam mana kau buat dekat lelaki Melayu yang kau fed up tu untuk bayar segala mak nenek mak andam, kemah kenduri, persalinan 8 kali segala. Entah entah keluarga belah suami bukan Melayu kau seorang pun tak dapat datang ke Malaysia untuk menikmati lauk kenduri yang anak lelaki mereka tanggung berbelas ribu tersebut.

Jangan kau buat buat bangang jawab kau tak tahu berapa hantaran kau dan berapa kos kenduri kau. Kau tanya balik diri kau. Kau nak menikah dengan lelaki bukan Melayu sebab apa? Sebab nak kenduri dekat hotel ke? Sebab nak hantaran grand ke? Alaa macam stail celebrity, anak anak VIP, anak Najib tu.. bila menikah orang luar, mesti gemilang kan? Maaf, kau dah aniaya orang luar yang ikhlas nak memperisterikan kau, angkat kau ke darjat yang lebih tinggi.

Dan aku boleh potong jari, selebriti, anak anak VIP yang menikah orang luar punya majlis grand tu, mak bapak pengantin perempuan yang tanggung. Sebab mereka mampu. Key words dia senang je – MAMPU.

Kau bawa dia masuk Islam, jadi kau tunjuk lah keIslaman kau. Bukan adat keMelayuan kau yang tah hapa hapa bila bab kenduri kawin. Kau jangan berangan nak jadi Elfira Loy. Elfira Loy tu lagi bijak dari kau. Dia cari lelaki Melayu kaya yang memang MAMPU dan tahu seelok belok adat Melayu memang kena tanggung segala mak nenek bila nak berbini dengan perempuan Melayu.

Sebaiknya meet in the middle. Kau ambik tahu adat belah bukan Melayu macam mana, dan kau bagi tahu dia adat Melayu macamana. Tengah tengah. Bukan kau cedok adat dia dan tarik dia menganut adat Melayu kau. Kalau yang baik baik tak membazir tu tak apa lah. Alah, kau faham la apa yang cuba aku sampaikan ni. Itu lah kemanisan perkahwinan beza bangsa dan agama. Banyak kau belajar dan gabungkan.

Kau merupakan orang terdekat kepada bakal suami kau. Cuba lah kau letak diri kau dekat tempat dia. Datang ke negara orang, ahli keluarga jauh beribu batu. Tak tahu nak beza antara adat, tuntutan agama dan peraturan negara. Kau biarkan dia terkapai kapai tanya orang luar yang dia tak kenal “berapa kos kawin dan hantaran gadis Melayu Muslim di Malaysia”. Allahu. Kesian sangat sangat.

Permudahkan lah. Tak semestinya bila kau buat mudah dalam menikah ni, kau perempuan murah. Kau tetapkan lah hantaran untuk diri kau. Tapi janganlah kau letak harga untuk cover majlis, pelamin, mekap segala. Sebab adat orang luar (Mat Salleh), FATHER OF THE BRIDE WILL PAY ALL THE COST. Unless kau kerja bagus gaji 20 ribu sebulan, kau belanja lah pakai duit kau sebab kawin hanya sekali kan? Paling bangsat pun, SHARE THE COST. Tapi jangan kau letak atas kepala bakal suami kau. Sebab tanggungjawab dia lagi besar selepas ni nak membela kau dan anak anak korang nanti.

Jangan bila kau ingat lelaki luar ni loving dan caring, kau boleh titik dia cover itu ini mentang mentang dia sebatang kara, ahli keluarga, sedara mara jauh tak tahu apa. Apa punya buruk perangai kau lah. Ada hati fed up dengan lelaki Melayu. Kau punya Melayu tu pun, apa kurangnya.

Kos menikah lelaki luar sangat tinggi for the long run. Dia nak bawak kau balik ke negara dia lagi. Kemudian balik Malaysia pula bila beraya. Bila ada anak anak, lagi bertambah duit tiket penerbangan. Dia duduk Malaysia pun kena bayar Visa setiap tahun lagi. Segala mak nenek peraturan Imigresen dia kena patuhi dan semua tu DUIT. Kalau tiba tiba tukar plan dia nak bawak kau menetap di negara dia, lagi banyak duit nak pakai untuk spouse visa application semua. Unless, kau nak tanggung. Baguslah.

Cermin cermin lah diri. Orang luar nak memperisterikan kau pun dah cukup syukur. So, jadilah isteri. Bukan Gold Digger.

Comments

comments

4 Comments

  1. Rafidah Lerche

    November 5, 2019 at 2:52 pm

    sangat setuju dengan statement sis.. saya pun berkahwin dengan kos yg ala kadar, suami dan saya dah duduk di Malaysia 4 tahun, process utk visa bukan murah, semua perlukan duit di sebabkan tu jugak saya tak berani nak letak hantaran tinggi2.. tapi duk main pulak dengan mindset masyarakat sekeliling selalu persoal “hang dah kahwin dengan matsalleh, awat jemput org sikit sangat mai kenduri..?” siap ada yg tarik muka bagai sebab tak dpt nak jemput.. susah kalau duk ikut dengan kepala otak depa saja.. apa2 pun saya nak cakap kt sini tak semua matsalleh tu kaya raya, setengah ada yg mindset mcm “gold digger” tu tlg la buang jauh2.. pemikiran sampah! jangan demand terlalu tinggi kt diorang, betul tu kira bagus dia ada hati kt kita2 ni, yg penting niat tu ikhlas nak ambik kita ni sebagai teman hidup.. huhu sekian….

    1. heartboxx

      November 16, 2019 at 6:13 am

      Ya dear.. tak kira lah dengan bangsa apa.. sebab lepas kawin lagi banyak kos kos nak kena hadap.. cabaran lepas kawin sangat besar tak kira kita gaji sikit atau banyak…Kalau jenis makpak kaya sponsor lain cerita la kan..hihi

  2. Mrs C

    March 13, 2020 at 9:10 am

    Kebanyakkan gadis2 are after the WEDDING, not the MARRIAGE. Saya dah 16 tahun kawin (suami rakyat Itali), simple jer majlisnya – sanak saudara dekat dan kawan rapat 2, 3 kerat. Hantaran sedulang pun x de, cuma a nice ring for each dan mas kawin. Yang penting dapat suami yg bertanggung jawap, sayangkan kita dan mahu sekurang2 buat 5 benda asas dalam ugama. Kawin orang asing ni juga kena banyak berkorban. Dia korban,kita punkena berkorban. Berdekat duduk jauh dari mak ayah di negeri orang (in my case bukan negara suami juga) dan dia pun sama jauh dari keluarga dia. Tak de glamer dalam kawin Mat Salleh. Yag penting you marry for love and respect

    1. heartboxx

      March 17, 2020 at 10:20 pm

      Yes. Setuju. Banyak pengorbanan sebenarnya.

Leave a Reply