Bila Melayu Berhari Raya di Alaska
Salam Bulan Syawal.
Memandangkan post beraya dah berkurangan di Media Sosial, maka, aku pun baru datang mood nak update belog ni pasal raya aku yang tak seberapa di perantauan. Bukan apa, kalau update masa orang tengah galak posting sambutan raya depa penuh warna warni serta pelbagai gaya, tak laku la belog aku ni orang nak klik baca. Hahaha.
Actually ini bukan kali pertama aku beraya di Alaska. Cerita first time, kau boleh baca di SINI. Cuma kali ni jadi sedih sebab memang tahu takkan balik beraya di Malaysia langsung. Disebabkan oleh perasaan ini, aku berbincang dengan botak untuk plan supaya kami dapat balik beraya untuk pertama kalinya sebagai keluarga lengkap by the next year. “Keluarga Lengkap” maksud aku ialah, Mike tak pernah lagi sambut Aidilfitri di Malaysia selama dia kawin dengan aku disebabkan oleh jadual kerjanya. Selama ni aku beraya seorang dengan family aku, dan last year, aku sambut berdua dengan Athena Sophia sahaja.
Langit di Alaska pun mendung hujan rintik pada 1 Syawal… macam tahu tahu je kesenduan jiwa aku. Sampai ke hari ni sendu merintik hujan. Hilang sendu, naik tension pula aku ni. Matahari keluar kejap kejap je. Tiap kali matahari keluar kejap, berlari aku dengan keluar rumah nak rasa. Sedih sungguh kehidupan kami dekat sini tau.
Kalau dulu aku memang tak prepare apa apa. Sebab tahu aku tetap balik ke Malaysia seminggu selepas raya. Since tahun 2018 ni memang tak balik, aku gagahkan juga buat persediaan awal yang tak seberapa. Maklumlah dah ada anak. Semangat tu lain macam sikit. Biar mak tak melawa, janji anak tak miss the occasion. So I have to make it happen for Athena Sophia.
Aku bawa sepasang baju kurung merah untuk aku dan Athena Sophia. Tak sempat nak cari Baju Melayu untuk Botak. Lagipun, dia takkan bersetuju beli baju melayu hanya untuk dia pakai selama beberapa jam for the sake of photo shoot.
Lepas tu aku mintak tolong adik angkat aku kirimkan segala rendang, lemang, ketupat segera. Nasib baik sampai seminggu sebelum raya. Alhamdulillah. Korang mesti pelik kan..orang lain duduk overseas boleh je masak rendang, lemang bagai.. aku siap bekirim salam bagai yang segera punya. Kau mai Alaska dulu baru boleh cakap macam macam dekat aku ni. Asian market dekat sini tak ada barang basah untuk bikin persiapan makanan tradisi raya detail macam dekat Australia mahupun Paris. Kelapa sebijik $4.. mana aku nak parut dapatkan kerisik…Mana aku nak cari buluh sama daun palas dekat Alaska oi.
Mike kerja pada hari raya. Tapi dapatlah balik awal. So dapatlah kami makan makan bersama barang segera yang dimasak ni secara tergesa gesa. Mak Pak mertua aku pun makan sama. Cuma tak tahan pedas katanya. Hahahah. Tapi tak apa, aku dah buatkan 2 pan Baklava dan depa belasah sungguh sungguh dah. Athena Sophia suka Ketupat. Lemak lemak masin gitu kan. bagi la dia makan sikit tak habis sebiji pun.
Sambil sambil tunggu rendang atas dapur masak, aku pasang la lagu raya youtube di TV .. aku terus pilih lagu La Vida Raya by DSV. It’s the only rancak song yang buat mood happy sikit. Padahal aku memang tak minat lagu lagu raya baru selepas tahun 1999. Tapi kali ni, La Vida Raya memang best la bagi aku. hahaha. Kalau pasang lagu Arwah Sudirman ke apa.. memang boleh mengalir air mata. Terima kasih DSV for came out with that raya song. Athena Sophia suka lagu tu by the way. Terbeliak mata dia tengok orang melayu sambut raya dalam video tu. Haha.
Sementara tunggu botak off day, aku tumpang bergembira saja lah dengan gambar gambar kawan kawan sambut raya di Facebook dan Instagram. Bagus juga ada teknologi social media ni. Tak rasa totally left out pun. Whatapps Video call Raya pun dapat di Pagi Raya dengan family di Malaysia.
Hari Raya ke 4 baru Botak dapat off day. So baru la aku merasa sarungkan baju kurung raya aku yang murah beli dekat Plaza PKNS kasi matching dengan Athena Sophia. Botak lagi sempoi, sarung je T-shirt merah yang dia ada. Hahaha. Janji matching.
Berfine dining la kami hari tu di Evangelo’s Wasilla. An italian restaurant. Cari King Crab dalam menu – tak ada. Hmmm. terus merajuk hati lalu order stuffed mushroom dan Artichoke Dip Bread janji ada isi ketam sikit dalam tu sama lobster. Sendu.
Athena Sophia memang boleh di bawa ke majlis majlis berprestij. Sebab table manners dia memang telah terbukti. Haha.
Berkerut dahi nak order apa la tu kan.. By the way, dekat Wasilla Alaska ni, terkejut la orang tengok baju kurung merah menyala dua beranak ni untuk pertama kali. Semua orang dekat restoran tepuk tangan suka tengok. Hahaha.
Antara hidangan raya kami di sini. Seafood dan Ala Vegan sajorrrrrr.
Dah habis makan baru lah Athena Sophia mengada sikit nak ubah tempat duduk. Krem bontot juga dia lama lama dalam baby chair tu gamaknya.
Aku bagi tahu Athena Sophia, itu chili flakes… bukan kuih tart dalam balang kuih raya ya… huhu..
Lepas tu ada la ambik gambar sikit sikit dekat luar. Tak ada tripod. Dan tak boleh lama lama. Sebab Athena Sophia mengantuk sangat.. layu mata dia dalam kereta on our way home. Langit pun mendung manjang. Tak seronok nak bergambar. Kami stop dekat parking lot tempat tunggu bas je ambik gambar ni. Sebab tempat ni dalam perjalanan balik ke rumah. Ada tempat lagi cantik, tapi agak jauh. Takut Athena Sophia lelap terus. Tak baik la nak kejutkan dia semata mata untuk bergambar kan.
So ini je lah gambar kami sekeluarga berhari raya di Alaska… boleh la tu. Ada bukit gunung bersalut salji di puncaknya. Kira official lah ya. Hahaha.
Aku memang teringin sangat nak Sembahyang Raya di Masjid Anchorage. In fact, kenalan Melayu aku yang stay di Fairbanks, whatapps aku tanya nak pegi sekali tak. Tapi malangnya terlalu jauh untuk mereka pick up aku di Wasilla ni. Kebetulan Raya hari Jumaat. Mak Mertua aku kerja. Mike kerja.. sapa nak jaga Athena? Pak Mertua aku setiap 5 minit tertidur kut. Jadi tak dapat la aku nak rasmikan kain telekung baru dai Ho Chi Minh tersebut…
Itu je lah cerita sambutan Syawal aku dekat sini. Tak de lah semeriah korang. Tapi aku tetap bersyukur sebab masih ada orang nak sarung baju raya baru pun tak dapat.. nak beraya dengan anak pun tak dapat sebab belum ada rezeki punya zuriat. Walau hidup aku ni tak semeriah orang lain, tapi tak pernah aku terlintas untuk bertukar tempat dengan orang lain yang nampak lagi bahagia dan meriah dari kehidupan aku.
Mungkin korang akan kata, “alah Melayu sekarang Beraya Overseas lah. Asal raya je fly ke overseas sambut Raya di Hotel makan spaghetti. Kau pulak sendu beraya di perantauan.” Itu lain.. depa fly overseas pun berapa hari je.. bukan berbulan bulan. Syawal ke 15 tetap pulang attend open house bagai. Kan.
Dan tak lupa juga aku nak ucapkan terima kasih pada mereka yang mengirim duit raya bagi Athena Sophia…Masuk ASB secara online dah. Terima Kasih.
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Maaf Zahir dan Batin.
Wasilla, Alaska
Leave a Reply