Bila Nenek di Make Up Cucu.

Wanita dan Alat Solek memang tak boleh dipisahkan. Sampai jadi hobby pula. I like make up too. But I can no longer doing it after having a child. Aku respect sangat pada mommies yang masih boleh kekal meluangkan masa untuk kecantikan selepas punya anak. And some of it, turns into Make Up Artist (MUA).

Aku ada anak saudara. Kahwin pada usia sangat muda (below 20) dan sekarang dia sudah beranak satu. Tapi aku tak pasti bila dia masuk hantu suka pada barangan alat solek. Tahu tahu dekat facebook, hari hari post dia pasal barang make up, jual barang make up, reviews and tutorial.

Mula mula aku aku rasa annoying juga. Tapi dekat setahun, dia punya obsessed towards make up hasn’t slow down. Wah, nampak pula dia dapat book dari sahabat handai untuk menata rias wajah mereka untuk majlis majlis istemewa. Jadi aku teka yang, kali ini hobi dia memang tolong dia generate income.

Aku ni kan, kalau benda yang boleh generate income, terus jadi positive la kan. Ye lah, dari buang masa tak tentu arah, better do something that contribute to income and personal wellness. Anak sedara aku ni tak ada attend kelas kelas mekap setahu aku. Mekap yang dia ada pun dia menang dari contest di Facebook. Ye lah, kawin muda, anak satu, aku nampak struggle dia.

Cut thing short, satu hari aku tengok satu video viral dekat Facebook, ada satu mekap artis ni, mekap orang orang tua. Dan orang orang tua tu semua bertukar jad vavavoom. Macam pontianak di paku tengkuknya. (Ooopppsss.. ok lah..realiti ok… aku pun sejak beranak ni, dah macam nenek kebayan. Lagi 10 tahun pontianak la rupa aku ni nanti. Pontianak yang belum kena paku tu)

So aku tagged anak sedara aku tadi dengan caption “Kalau kau dapat transfrom mama (my mom, her grandmom) macam ni, Moksu (aku la tu, mak cik bongsu) akan belanja mekap dari USA” Gitu. Aku ingat cabaran tidak bersahut. Sebab berbulan juga baru aku dapat whatapps dari dia dengan gambar, video, mak aku yang di paku tengkuknya. Ehhh…

Terkejut beruk aku dibuatnya. Cantik juga mak aku ni. Hahahahhaa.. Untuk pengetahuan kau, Mak aku dah 80-an. Petite orangnya. Setahu aku, mak aku memang suka berjangok (melawa). So nampak sangat dia gedik lepas tengok wajah dia di transformasi macam wax statue di Madame Tussauds. Anak sedara aku bagitahu aku, mak aku siap tukar tukar style tudung dan baju lepas mekap semata mata nak pose dengan mekap di mukanya. Dia nak simpan buat kenangan. Nanti bila aku balik Malaysia, aku nak print poster size gambar pose gedik dia tu, frame bagi dia. Surprise kan dia gitu.

Below is the transformation of 80 years old grandmom, by a newbie Make Up Person (MUP, tok sah nak Artist sangat la dulu… hahahha) by my niece.

BEFORE: 

AFTER: 

Nasib mata tak boleh masuk contact lense kaler biru. Kalau tak, lagi haru.

Ok lah.. bukan selalu. Sekali seumur hidup kut untuk mak aku. Jangan pula cakap macam macam dekat mak aku sebab dia gedik dapat mekap. This is only girly play between a grandmom and her grand daughter. Bukan ramai cucu yang dah berbulu berlaki suka masa luangkan dengan nenek. So,before nak membawang, check within yourself first. Check check check it out. 

Hahaha..

Anak sedara aku boleh di hubungi melalui akaun Facebook beliau, HERE in case nak tanya produk apa dia tempek dekat muka nenek dia tu.

So… since cabaran telah disahut… bengkrap ler moksu kena pegi Sephora Los Angeles borong barang mekap untuk anak sedara. Rasa macam menyesal pulak. Kah kah kah.

Comments

comments

Leave a Reply to NOVIAN Cancel