Blog Giveaways Kontes – Blog Readers Appreciation 1.0

Seperti yang korang tahu, aku dah balik ke kampung halaman ku yang indah dan permai – Malaysia. Seminggu sebelum balik nampak juga yang mintak bawak balik souvenir tapi bila kira kira.. kalau nak bawak balik untuk semua memang mampu buat beli tiket balik Alaska kut haaha. Bukan kedekut.. tapi sejak tak bekerja ni.. aku lebih berhati hati dengan kehendak hati untuk bermurah hati kan.. gituu…

Tapi hat ni, aku nak la buat macam blog readers ‘Giftaways’ (hipster sikit, patutnya GIVEAWAYS). Hanya untuk blog readers sahaja. Kawan kawan aku bukannya baca belog aku ni pun. Aku tahu traffic blog aku ni, NAN HADO je.. tapi aku tetap la terharu dengan penerimaan readers aku yang baru dan lama.. support baca penulisan aku yang tah hapa hapa ni kan. Nak beli semua untuk readers yang selalu komen, beramas mesra dengan aku di Facebook… memang tak dapat. Anyways, aku memang dah lama nak buat blog givaways ni dari dulu lagi. In fact, aku pernah buat masa blog ni under nama Heartboxx di blogspot beberapa tahun dulu tapi tak ada sambutan jadi aku MALU. Kah kah kah.

Jadi tanpa membuang banyak masa dan tenaga menaip, aku nak bagi tahu lah apakah barang yang di jadikan giveaway ni.

HARD ROCK CAFE MUG ANCHORAGE bernilai $20 setiap satu.

blogreaders give away contest

Ada dua jek pun. Hehe. So kiranya akan ada 2 Pemenang lah.

Mug ni korang takkan dapat kat tempat lain tahu? Nak kena datang Alaska ataupun, kirim / bank in duit kat aku. Hahahaha.

Dateline kontes ni sampai 1 May hari buruh.

Apa yang korang perlu buat, rasanya korang dah sedia maklum la. Tapi tak de la aku nak buat stail marketing tudung Fareeda tu suruh upload video korang bergelumang dosa. Eh.

Cara-Cara:

1. Sila follow aku di Instagram, Twitter, Facebook dan Google+. (kah kah kah)

2. Pilih mana mana entry di belog aku dan share di media sosial (Instagram, Twitter, Facebook dan Google+)

3.Masa share tu, komen la sikit kenapa korang suka baca belog aku berserta hashtag #bittersweetbytedotcomgiveaways

4. Pada 1 May, korang screenshot la link yang korang share tu, hantar kasi aku. Tag aku kat FB ka.. Instagram ka..inbox ka.. apa apa sajalah. Hendak seribu daya kata orang kita.

5. Link share korang yang paling banyak dapat ‘LIKE’ tu la akan jadi pemenangnya.

Mudah kan. Hahahaha.

Kalau kontes giveaways ni berjaya dapat sambutan, aku akan selalu buat lah. Semua hadiah yang aku bagi untuk acara belog giveaways semua bukan boleh dapat kat Malaysia tau…

Itu je lah.. sebenarnya ini saja suka suka.. nak tengok respon kata orang..

Selamat maju jaya dari penaja.

Google+ aku ialah NormiKahar101

Comments

comments

7 Comments

  1. Rosliza Abd Rahman on Facebook

    April 23, 2016 at 1:20 pm

    Kak, tukang cek blog still hang or dh ok xde spesel hadiah ek? Kahkahkahkah….

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      April 23, 2016 at 1:28 pm

      Tukang check blog akak bagi kasih sayang yang tak ternilai dek…. Kah kah kah

    2. Rosliza Abd Rahman on Facebook

      April 23, 2016 at 1:55 pm

      Sadis sungguh statement itu… hahahahahahahahaha

  2. Normi Kahar Goodwin on Facebook

    April 23, 2016 at 2:31 pm

    Tak de subscription la dek… Kalau Ada post Baru akak up je kat fb sama Google+ Dan Instagram… Masuk la kontes mana tau kan.. Hehe

Leave a Reply to Rosliza Abd Rahman on Facebook Cancel