Botak dan Noodle Eating Contest at Myboatnoodle 2017
Selama aku kenal botak, dia memang kuat makan. Kuat makan dan makan banyak. Satu benda yang aku tak pernah cerita dekat korang semua, aku kadang kadang malu dekat orang meja sebelah bila makan dengan Botak. Dia makan macam orang tak jumpa makanan sebulan. Seminit saja boleh habis makanan depan mata. Sampai orang meja sebelah berbisik ketawa tengok Botak makan.
Setiap kali kami tengok TV rancangan Food Eating Contest, dengan bangganya Botak akan cakap “I can do that. Even better”.
Satu hari, aku terserempak dengan Instagram posting by My Boat Noodle, tengah anjurkan pertandingan makan noodle mereka yang bermangkuk mangkuk tu. Hadiahnya agak menarik juga. So aku diam diam daftarkan Botak.
Sebenarnya aku tak pernah makan boat noodles ni. Selalu nampak tapi tak layan. So, kira bijak jugalah marketing strategy restoran ni, secara tak langsung, buat orang macam aku pergi sana to check their food out. Kebetulan outlet dia ada dekat Setia City Mall, 5 minutes drive from our place. So, ok lah. memang lunch or dinner kami pun memang ke sana, almost everyday. Haha.
One day after online registration, we got email notification as well as a phone call from Boat Noodle’s management to confirm Botak’s participation. Lepas dah confirm date dan masa, kami pun pergi la melawat the restaurant to check their menu and its taste.
Ramai orang dekat restoran ni. Lepas tu setiap meja, mangkuk bertingkat tingkat. So aku fikir, mesti sedap benar ni. So both of us tried the noodles, and other menu like Bangkok Omelette, Crunchy Thai Popeye’s Tempura & Juicy Chicken Meatballs. This restaurant is inspired by Thai Street Food. So you can expect extreme spicy and sour taste in their food.
Begini lah rupa boat noodle nya. Oh ya, kenapa BOAT Noodle? Sebab dekat Thailand sana, mereka jual noodle ni dalam perahu di floating market. Gitu. Portion nya kecik saja, aku pun boleh ngap 5 mangkuk in one seating. But, from my personal view, I liked egg noodles compared to the rice noodles. Cuma kuahnya tu, hhmmm masam masin. Memang tak lalu nak makan banyak. In term of spiciness, tak lah pedas pun.
Ini Crunchy Popeye’s Tempura (deep fried kangkung). Cicah dengan sos pedas bersantan. Boleh lah. Tapi sangat greasy. Boleh cepat muak. Makanan dekat sini ok ok. Tapi maybe bukan taste aku sangat kut. Kalau Johnny’s Steamboat tu, memang aku boleh makan hari hari.
So, kembali kepada pertandingan makan paling banyak Boat Noodle ni. Simple saja rules dia. Habiskan sebanyak mana boat noodle dalam masa 40 minit. Noodle termasuk kuah nya sekali. Dan hanya rice noodle dibenarkan. Noodle jenis lain tak boleh. Tak ada registration fee tapi bayar sendiri boat noodle yang kau makan. Kau boleh pilih slot nak masuk bertanding di mana mana cawangan Boat Noodles. Pemakan noodle tertinggi pada hari tu akan masuk top 10 score leaderboard. 10 top ten ni nanti akan bertanding pada hari final 2 December 2017 di Boat Noodle Publika. More info and registration boleh pegi sini > http://boatnoodle.com.my/boatnoodlechallenge/
Jadi, tanpa membuang banyak masa, aku sertakan gambar gambar Botak berjuang untuk MENANG MAKAN. Aku ada buat LIVE video dekat Facebook diatas permintaan member member nak tengok. Terima kasih di atas sokongan dan kata kata semangat yang diberikan oleh korang.
Dengar brief syarat syarat. Kalau muntah kira disqualified ok. Nampak tak plastik kuning dah sedia untuk sorang satu atas meja.
Botak start dengan 20 bowl dulu.
Pada bowl yang ke 20, dah kena berdiri. Memang tak boleh duduk. Hahaha. Masa Botak habis kan 20 bowl pertama, masa berbaki 21 minit lagi. Sekarang ni kan, bukan sapa dapat makan cepat. Tapi perut sapa yang boleh masuk banyak. Berkuah lah katakan.
Peserta lain. Siap boleh sembang sembang semua. Anak Isteri boleh datang support. No problem.
Masa berbaki 21 minit, Botak hanya dapat habiskan lagi 8 bowl.
Total hari tu, semuanya 28 bowl. Botak order 35 bowl. Hasratnya nak habiskan 35 mangkuk tu lah. Tapi baru dia tahu. Contest makan bukannya senang. Lagi lagi bila 1st prize nya ialah RM5,000. Tak silap aku katanya peserta lelaki sebelah Botak muntah. Tapi entah lah. Sebab dia bawak plastik kuning tu keluar restoran.
So, dekat pusingan di Setia City Mall ni, kami tak pasti siapa yang paling tinggi bilangan mangkuk noodle yang dapat dihabiskan. Botak hanya sampai 28. Ada 2 kali contest lagi sebelum 2 December. Jadi kami tak pasti sama ada Botak akan masuk dalam senarai Top 10 untuk ke finals atau tidak. Sebab Boat Noodle belum update scoreboard di website mereka. Apa apa pun, mereka akan call kalau masuk final.
Kau nampak tu, 40 mangkuk paling tinggi setakat ni. Memang champion.
Bil hari tu RM74.00. Satu mangkuk RM 2.01. Plus gst semua RM 74.00 Ok lah. Kalau tak menang pun, tak apa lah, anggap lah sahaja penyertaan Botak sebagai mewarnai suasana keharmonian syurga makan makan di Malaysia. Bukan selalu American guy joined food eating contest in Malaysia kan?
Balik rumah terbongkang kenyang. Baru dia tahu langit tinggi rendah. Suka sangat cakap besar yang dia boleh makan banyak dari orang lain. Hahahhaa. Puas hati aku.
Apa apa pun, Athena Sophia tetap kelakar.
Leave a Reply