Cara Cara Membuka Akaun Jual Beli Kripto Secara Sah dan Selamat di Malaysia

Kalau kau pandai shopping online menggunakan Shopee dan Lazada apps dan website, maka kau memang boleh buat benda yang sama jual beli kripto tanpa agent / orang tengah. Boleh beli Kripto serendah RM3

 

This is not a financial advice. Tapi aku main kripto sejak March 2021. Still newbie dan belajar. Aku cuma nak share info basic tentang how to buy and sell cryptocurriencies untuk mak mak di Malaysia. Aku tahu mak mak di Malaysia selain gila shopping di Shopee dan Lazada, mereka juga cuba beribu cara untuk tambah pendapatan dan menyimpan tanpa menyusahkan laki masing masing.

 

Pada hemat aku, kalau mak mak ni boleh spend berpuluh, ratus ringgit sebulan shopping di Shopee dan Lazada, aku rasa, mereka juga mampu untuk invest di dalam kripto. Why not kita tukar habit keluarkan duit untuk menghiburkan hati dan nafsu kepada menyimpan untuk menghiburkan hati dan nafsu.

 

Baru aku tahu rupanya ramai masih tak tahu mana nak hala beli dan jual kripto. Patutlah ramai rakyat Malaysia kena scam dek “agent” kripto yang menjanjikan pulangan berpuluh ribu lemon dalam masa singkat. Menawarkan khidmat Robot dan sebagainya. Padahal, untuk jual beli kripto adalah semudah korang bukak akaun shopping di Shopee dan Lazada. Tapi aku tak tahu kenapa knowledge ni tak ada di Malaysia. Hanya knowledge shopping online sahaja. Aku bengang.

 

Post ni agak panjang. Kalau kau malas baca, kau teruskan lah dengan shopping kau di Shopee dan Lazada tu serta kena scam dekat Agent Kripto. Here we go:

1. KENAL PASTI PRODUK/ SISTEM YANG KAU NAK LABUR DUIT.

Ini penting. Aku perasan ramai orang sibuk nak kaya. Tapi apa benda mereka nak labur tu, mereka tak faham sepatah haram. Dengar je apa orang cakap. Baca, buat research sendiri tak mahu. Ini adalah sikap yang merugikan. Hanya orang gila sahaja labur pada benda yang mereka tak faham. Kau tengok setiap orang yang melabur dalam hartanah, emas, ASB, stock syarikat, pokok keladi Viral – Semua faham kejadian dan nilai benda tu. Begitu juga dengan Kripto. Selagi tak faham, tak payah labur.

 

2. APA ITU KRIPTO

Secara ringkas dan basicnya, Kripto ialah matawang digital. Bukan internet banking. Tapi wang digital. Ia tetap punya nilai sebab bila kau nak beli kripto kau kena pakai duit. Bukan pakai kulit kerang ataupun bulu betis kau. Apa yang membuatkan nilai dia turun dan naik, sama konsep seperti saham. Cuma apa yang membuatkan nilai dia naik dan turun adalah kegunaannya serta demand orang ramai. Contoh, produk Apple. Harga saham dia semakin naik dek kerana teknoloji dan produk yang di keluarkannya semakin canggih dan ramai permintaan. Jadi saham Apple naik.

 

Selain itu, matawang Kripto memudahkan kita shopping atau transfer duit ke overseas dengan lebih cepat dan murah. Kalau guna bank, fee sangat tinggi dan ambik masa berhari hari. Bank sini charge, bank sana charge. Sakit. Tapi dengan kripto, fee dia sangat murah dan cepat. Seperti kau sedia maklum, kad kredit di Malaysia tak di terima di seluruh dunia kalau kau nak shopping. Paypal kan ada? Ya fee / charge transfer duit/ shopping guna paypal pun mahal. Transfer duit dalam bentuk Kripto lagi murah. Once kau bukak akaun Kripto, kau akan ada wallet kau serta address (alamat wallet). Kau dah boleh hantar dan terima kripto dengan orang lain. Kemudian tukar Kripto ke dalam MYR. Masuk bank kau macam biasa.

 

Aku tak pasti di Malaysia, tapi aku dekat USA dah lama keluar Debit card Visa Crypto. Meaning, aku boleh bayar di mana mana kaunter beli barang dapur atau pun shopping dengan kad Debit Kripto. Siap ada rebate. Setiap pembelian dapat 1% Bitcoin dari amaun yang kau guna bayar. Jadi kau tak ada susah susah nak transfer duit dari akaun kripto wallet ke akaun bank. 0 fee. 

So itu paling basic tentang apa itu matawang Kripto. Untuk tahu apa lagi kegunaannya, kau boleh Google “what is cryptocurrencies and how it works”. Melambak artikel serta video di Youtube. Atau kau taip la dalam bahasa melayu kalau kau tak tahu bahasa Inggeris. Tapi aku rasa option dalam bahasa Melayu agak limited lah. Kalau kau jenis semangat nak martabatkan Bahasa Melayu, kau start lah keluarkan artikel berkenaan dengan Kripto bagi orang baca. Jangan harap orang tulis sahaja. Kau tu, tulis lah sama. Malas kan? Belajar bahasa Inggeris malas. Nak sumbangkan artikel ilmu dalam bahasa Melayu pun malas. Malas aku dengan orang macam kau.

3. JUAL BELI SECARA SAH & SELAMAT

Malaysia masih belum kenalpasti Kripto sebagai matawang untuk jual beli di pasaraya. Aku rasa sebab Kerajaan Malaysia pemalas nak fikir. Masa tukar SST ke GST pun kelam kabut bertahun tahun implementation dia. Kalau Kripto, mau meletup seluruh parlimen dan Putrajaya kut. So tak payah. Tapi Malaysia tak ban kripto. Tapi Malaysia mungkin akan ban bila terlalu banyak scam atau menteri menteri dia kena scam. Selagi menteri dan ahli politaik tak kena scam, Malaysia takkan ban. Percayalah. Tapi aku boleh confirm penggal kepala aku, menteri menteri ahli politaik di Malaysia ada invest in Kripto jutaan ringgit.

Tak perlu agent atau orang tengah. Bukak akaun FREE. Macam kau bukak akaun di Shopee dan Lazada.

Dekat Malaysia ada 8 KRIPTO EXCHANGE (bahasa mudah Kripto APPS lah) yang kau boleh download dekat phone kau. Untuk android kau boleh cari dekat Google PLAY. Kalau iPhone aku tak tahu. Aku tak pakai iphone. Tapi still boleh sign up di website. Senarai Kripto exchange di Malaysia adalah seperti di bawah. Setiap satu berbeza dari segi Fee, senarai kripto yang ada dan rating ya. Sila baca betul betul sebelum install.

  1. LUNO  – Paling Popular. Paling Mudah. Paling selamat. Boleh direct jual beli dengan semua akaun bank di Malaysia. Paling Murah Fee jual beli. Ada customer support di Malaysia. Tapi hanya ada 5 Kripto.
  2. E-Toro – Fee agak mahal. Boleh pakai Paypal, Kredit card dan wire transfer untuk jual beli. Ada lebih 15 jenis kripto. Tapi Tak best ada minimum amount kau boleh keluarkan duit dan dia charge 10 dollar setahun kalau tak active.
  3. Coinmama – Fee mahal. Boleh pakai Kredit Kad. Ada 9 jenis Kripto
  4. Bitpanda – Fee Murah. Tapi hanya terima bank transfer / bank wire. Bila macam ni jadi lambat duit nak clear untuk jual beli. Ada lebih 30 jenis kripto dalam ni.
  5. Kraken – Fee Murah. Tapi hanya terima deposit / Bank transfer dalam matawang USD, EUR, GBP dan CAD untuk jual beli. Kalau korang ada bank akaun 4 negara ni senang lah. Tapi list kripto dia astonishing. Lebih 50 jenis. Semua coin or token yang bakal meletup semua ada dalam tu.
  6. CEX.IO – Fee murah. Boleh pakai Debit or Credit card under Mastercard or Visa. Boleh bank transfer juga menggunakan Swift tapi ada la charge dia bila bank transfer ni. List Kripto banyak sama macam Kraken.
  7. Binance – Aku paling tak suka. Banyak cerita busuk pasal Binance aku dapat dari kawan kawan di Malaysia. Fee murah. Boleh pakai debit & kredit kad untuk jual beli. Kripto listing banyak macam Kraken & CEX.IO
  8. Local Bitcoins – Paling mundur. Aku cuba google pasal localbitcoins.com, tak ada. Tapi apa yang aku faham, dia ni macam level carousell kalau nak bandingkan dengan Shopee dan Lazada. Siap nak kena jumpa depan depan kalau nak trade. Apa benda lah. Macam jual cekodok pula. Fee 1%. Korang cari lah sendiri pasal local bitcoins ni dekat youtube or google. Buang masa aku lah nak research and then cerita dekat korang.

4. CARA CARA BUKAK AKAUN

So aku register dan bukak akaun dengan LUNO MALAYSIA semata mata untuk aku tunjukkan dekat korang step by step dia. Bukan main sembang sahaja. Jadi kalau korang appreciate usaha aku, korang boleh masukkan kod referall XNG5YA bila kau sign up LUNO. Kau dan aku akan dapat free Bitcoin bernilai RM25. Tapi syarat dia kau kena jual or beli kripto bernilai RM250 lah baru dapat RM25 tu (kedekut nak mampos. Tapi boleh la dari tak ada langsung).

Aku pilih LUNO sebab macam aku cakap tadi lah. Paling mudah dan selamat. Lepas tu dia ada Ripple yang mana coin tu aku tak boleh beli di USA sebab ada masalah dengan Security Commission di USA. Dan untuk korang yang baru nak belajar, elok lah. Tak perlu banyak banyak jenis Kripto. Fahamkan dulu 5 jenis tu dulu. Apa cerita dia. turun naik harganya. Apa masa depan nya.

Nanti dah selesa dengan pattern turun naik harga, kau boleh la nak bukak lebih dari satu akaun kripto. Aku sendiri dekat USA ada 4. Sebab? Tak semua akaun ada semua kripto yang aku nak beli. So terpaksa beli dekat exchange lain. Aku dekat sini bukak dekat Gemini, Webull, Coinbase dan Coinbase Pro. Luno adalah akaun ke 5 investment aku.

 

1. Pegi Google Play cari apps LUNO Malaysia dan Install.

2. SIGN UP

3. SET UP PROFILE

Nama macam IC, alamat, no phone, kena submit muka depan dan belakang IC, pengesahan email dan benda yang korang paling suka la – SELFIE.  Bahasa boleh tukar. Klik PROFILE > SETTING. Kalau tak faham English, boleh pilih Indonesia. Tak ada option bahasa Melayu. 

5. TUNGGU PENGESAHAN

Selagi tak disahkan, kau tak dapat buat apa apa. Hanya boleh tengok tengok je la apa benda dalam tu. Sku suggest kau klik EXPLORE. Baca lah sikit sikit hal dalam tu. Dia ambik masa dalam 5 minit ke beberapa hari bergantung pada hal korang lah. Aku kena tunggu 2 hari baru sah. Tak boleh register under nama company ya. Kena nama kau sendiri. Bila dah sah, kau akan dapat notification dekat apps tu dan email. Dah sah baru la boleh deposit duit.

 

CARA CARA DEPOSIT DUIT KE DALAM AKAUN LUNO (APPS)

1.KLIK WALLET

2. PILIH WALLET MANA NAK DEPOSIT (TOP UP)

PILIH MYR. Konsep dia sama macam kau nak top up prepaid phone je. Then pilih DEPOSIT

3. PILIH CARA TOP UP

Aku pilih Bank Transfer. Berapa hari ambik masa untuk clear duit masuk berlainan untuk FPX dan Bank Transfer. Aku pilih Bank Transfer sebab dia boleh clear dalam masa kurang sejam.

4. MASUK KAN AMAUN

Kalau masuk amaun kurang RM100 dia caj 70 sen. Atas pada tu FREE. Maximum boleh transfer RM 300 RIBU, Boleh klik pada butang merah ? (Tanda soal) kalau nak tahu secara terperinci.

Bila klik button ? keluar info berkenaan yang korang nak tahu. Bacalah. Aku banyak lagi nak tulis ni.

5. IKUT ARAHAN TERTERA. 

Dia akan bagi kod untuk korang masukkan bila buat bank transfer. Kena masukkan kalau tak lambat clear. Bila dah clear, korang akan dapat notification dan boleh start beli kripto.

CARA CARA BELI KRIPTO DALAM AKAUN LUNO (APPS)

1.KLIK WALLET & ADD WALLET

Add Wallet Kripto yang korang nak beli. Bila dah add, klik dekat wallet kripto tu, boleh la beli.

2. BELI KRIPTO HARGA MARKET ATAU SET PRICE LIMIT

Kau boleh beli berapa sahaja kau nak. Kalau kurang dari RM50, Klik “Other”. Boleh beli serendah rm3

Jangan beli masa harga tengah naik. Beli harga masa dia turun. Nak lagi senang set  harga kau sendiri. Kau boleh check graf sehari atau seminggu. Tengok berapa paling low dan berapa paling high. Kau relex relex sahaja. Tak ada maknanya kau beli hari ni esok kau jadi jutawan. TAKKAN. Next post aku akan tulis kenapa pentingnya kau set harga kau sendiri bila nak beli. Post ni dah panjang sangat.

Cara set harga: Klik Limit. Contoh gambar ni aku nak beli XRP (Ripple). Harga market masa screenshot ialah RM3.85. Aku takkan beli harga market. Aku set RM3.50 seunit dan aku nak 100 unit. So bila harga tu turun RM3.50 dia akan auto belikan untuk kau. Sebab kau memang tak mampu nak sengkang mata nak tunggu. Aku dapat harga rm3.50 ni dalam masa 2 hari. So tak payah gelabah takut harga takkan turun. HARGA AKAN TURUN sebab orang yang beli sebelum ni dengan harga rm3, rm 2 akan jual at rm3.85 ambik profit. So bila oarang pakat jual, harga turun balik. Tapi kau kena munasabah la. jangan la pulak kau set harga RM1. Sebab bila kau dah berbulan, bertahun ikut harga Ripple, dia takkan turun serendah awal tahun lah. Dia turun dalam range 30 – 50 sen je. Lain kripto lain range turun dia. Ini kau kena belajar tengok sendiri lah bila dah lama lama main kripto serta dah pandai tengok graf. Tapi kalau tak pandai tengok graf tak apa. Beli harga market pun ok je. Tapi jangan expect harga naik cepat lah esoknya. Tapi aku boleh gerenti lagi 6 bulan, atau setahun harga dia memang naik

 

 

Gambar di bawah bukti apa aku cakap pasal harga. Itu screen shot pergerakan harga RIPPLE SETAHUN yang lalu (Klik 1Y) berbanding dengan hari ni. Kenaikan 82%. December last year harga RM2.10. Harga paling rendah 70 sen. Harga paling tinggi RM8.98. Harga pada saat aku screen shot RM3.84. Tapi kau tengok graf dia ke kanan takkan turun macam belah kiri which is december 2020 – April 2021. So munasabah lah kalau nak set limit pun. Unless kau dengar berita spekulasi Ripple ni nak mampos kena tutup seluruh dunia, memang boleh pegi 0 dan time tu kau tak de nya set nak beli at rm1. Kau set price sell (jual) pada harga lain lah. Bab jual beli ni aku akan cerita next post. Tak payah kau masuk kelas sifu forex / kripto bayar ribu ribu. Aku cerita free je. Kripto ni ada musim Kripto Winter. Di mana harga semua turun macam nak mati. Kau jangan mati la tengok harga musim ni. Tapi beli banyak banyak. Sebab dia akan ada musim naik gegila time tu kau jual lah ambik profit. Kalau kau tak sabar, kau boleh check dekat youtube. Aku akan bagi senarai youtubers yang legit untuk kau follow price and updates.

 

 

Nak belajar pasal candle – berlambak boleh google. Tapi kalau kau follow closely dengar setiap update youtubers yang aku list, tak perlu baca candle lagi. Kau tahu tak youtubers yang aku list ni pengalaman trading (including stocks) ada yang dah 27 tahun sejak era dot com. Youtubers yang muda muda tu pula siap ada team price trend analyst berbayar mereka hire untuk mereka keluarkan content di youtube. Mereka juga hire agency to run invistigation on new coin yang baru keluar to make sure coin tu bukan rug pull (pump and dump) research sapa team developer, road map and all. So bukan sembang macam sifu kripto sewa lambo tayang tayang untuk jerat kau. 7 bulan aku study via those youtubers. Paling sikit video aku tengok 5 video sehari dan up to date semua info. Pun aku tak boleh claim aku expert. Kau ingat youtubers tu hadap duit kau suruh invest dengan diorang? Income patreon dan viewers sebulan mereka sama dengan 2-3 tahun gaji korang. So mereka tak ada masalah share updates dekat youtube walau pada kita, free. 

Aku pernah join Zach Humpries’s Patreon & join Discord group dia dalam tu ada 700++ members. Bayar $20 sebulan. Kau dapat la insider info macam hari ni beli apa, hari ni jual apa. But then aku langgan sebulan je. Aku serabut sebab Discord tu banyak chatting dan aku benci chat comunities (aku ada personal reason for this). Sebab tu bila ada orang cadang aku bukak group Telegram or community page, aku tolak. Aku cukup hargai masa aku. Kau takkan ada masa untuk meditasi bila ada group group sebegini. Setengah orang suka kemeriahan. Aku suka sunyi.

CARA CARA JUAL KRIPTO DALAM AKAUN LUNO (APPS) & MASUK BANK AKAUN

Andaikata kau nak pakai duit, atau nak ambik profit, atau nak jual semua. Boleh lah ikut step ni.Semuanya dekat phone apps sahaja. Tak perlu ke kaunter, tak perlu tunggu esok lusa. Aku terpaksa jual 10 unit Ripple aku semata mata nak demo dekat korang. Untung la rm 1. time aku jual ni. Sebab aku jual at RM3.61. Beli RM3.50 2 hari lepas. itu 10 unit. Kalau aku beli RM3.50 x 10 ribu unit, untung 10 sen se unit, Profit = 10,000 unit x 0.10 sen = RM1,000 dalam masa 2 hari. Ini untuk day trader. Dan modal day trader bukan sikit lah. 35k. 2 hari dapat 1k. 35k tak usik. Beli balik harga rendah jual balik bila naik 30 – 50 sen. Tapi aku tahu korang mampu. takat 35k. Aku tengok senarai kena scam kripto ada sampai 300k Apa cerita? Kalau dia letak dekat Luno 2 hari lepas, dia dapat 30k profit dalam masa 2 hari. Bodo. Itu lah bagi lagi agent / orang lain buatkan. Itu Luno turun naik 10 – 30 sen dalam sehari dua. Kalau Ethereum jenis turun naik ratus ratus ringgit dalam sehari dua?

1.KLIK WALLET. KEMUDIAN KLIK SELL

 

2. KLIK MYR 

Kena klik MYR sebab itu currency kau nak tukar.

 

3. PILIH KRIPTO YANG NAK DI JUAL

contoh aku dekat sini – XRP (Ripple). Aku ada ripple je pun. Lepas tu aku kena bayo service charge 70 sen. Ada lah lebin  30 sen profit. Harga untuk aku tunjuk demo dekat korang. Huhuhu. Tekan confirm. Nanti duit tu masuk dekat wallet MYR.

4. KLIK DEPOSIT

Bila wallet MYR kau dah masuk duit dari penjualan Ripple tadi (kejap je. Seminit je) Then Klik WITHDRAW.

 

 

5. MASUKKAN DETAIL AKAUN BANK

Banks in Malaysia tu kau klik nanti keluar la senarai bank yang ada. Then masukkan akaun number bank tu. Alaahh macam kau transfer duit dekat Maybank2u beli spender dekat Instagram tu.

Settle lah. masuk la akaun bank korang dalam masa 24 jam. Dah. 

Kalau korang rasa semua ni payah. Kau stick je la main KUTU dan layan cerita artis. Jangan inbox inbox tanya aku lagi sebab aku tak ada masa nak ajar one to one dekat korang yang langsung tak nak test belajar pakai apps ni dengan modal rm3. Takut sangat hilang duit RM3 tapi sanggup susahkan orang nak ajar detail ambik masa 8 jam tulis ni semua. Laki aku si Botak tu pun tak ada ajar aku apa apa walau dia lagi tahu. Aku sendiri sendiri je test bukak akaun Kripto dekat USA ni modal $200. Now aku dah ada almost $50k total 4 akaun tu dalam masa 7 bulan. Sebab? aku tak suka susahkan orang. Aku rajin belajar dan aku tak takut hilang duit. Sebab itu aku fikir sebagai harga aku belajar. Aku bukak terus akaun real. Bukan demo demo lo ni tak serupo mulo. Aku bukan berlagak. Cuma aku nak bagi tahu, untuk berjaya kau memang kena berani dan rajin belajar.Kalau rasa semuanya susah, then, it’s on you. Kau tak boleh harap kerajaan, sifu kripto atau kawan di social media untuk tambah nilai dalam hidup kau (value added life). 

 

Next post aku akan cerita pasal benda benda lain lagi berkenaan dengan Kripto trade. Aku akan kumpul semua soalan yang korang tanya lepas ni dan tulis satu post sekali gus nanti. 

Anyway, here is the list of youtubers yang legit, kau boleh follow mereka untuk updates coin baru keluar, coin akan meletup, strategi dan macam macam lagi

BRIAN JUNG

STOCKMOE

STOCK UP WITH LARRY JONES

ALEX BECKER

THE MOVING AVERAGE

SHELDON EVANS

COIN BUREAU

INVESTING MADE SIMPLE – NATHAN SLOAN

MAX MAHER

ZACH HUMPFRIES

none of these youtubers own Lambo.

********************************************************************************

Thats all for now.

To the Moon.

 

Comments

comments

2 Comments

  1. Diyanah

    December 12, 2021 at 12:01 am

    Precise! Thanks kak normi for the effort!

  2. Teknik dan Tip Asas dalam Trading Kripto | Bittersweetbyte.com

    December 19, 2021 at 5:36 pm

    […] biasa, kalau korang belun sign up lagi LUNO Malaysia, korang boleh la sign up guna code aku iaitu XNG5YA. Bila kau guna code tu, kau dapat percuma […]

Leave a Reply