Cerita Pasal Perjalanan dan Penginapan di RV Park Klamath Falls, Oregon
Sambung cerita dari Salem Oregon and now ke Klamath Falls. Kami sepatutnya check out awal pagi supaya sempat la nak stop certain interesting places kan. Tapi apakan daya, driver kepenatan yang amat jadi kami check out tengah hari jua.
Jarak dari Salem ke Klamath Falls hanya 4 hours drive. Tapi macam biasalah. Bila dengan kenderaan besar momentum kelajuan kurang. Lagi pun perjalanan nya berbukit bukau, sikit lagi nak cecah 1 batu ketinggian puncak highway dia dari tanah rata.
Oregon ni cantik sebenarnya. Macam ala ala Yukon Territory. Masa lalu dekat sini, tak rasa banyak beza dengan Alaska pun. Rasa macam summer di Alaska. Cuma highway dia tak banyak lookout point macam Alaska. So tak banyak gambar aku dapat ambik. Sepanjang perjalanan dari Salem ke Klamath Falls, hanya ada satu lookout point yang cukup besar bagi Motorhome. Yang lain lain..semuat kereta biasa sahaja.
Camping site pun boleh tahan banyak di Klamath Falls. Hati sangat menggebu gebu nak explore National Park di Klamath Falls. Airterjun di sekitar National Park di Klamath Falls dikatakan diantara yang tercantik dan unik di USA. Tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Benda yang paling kau tak boleh miss ialah Crater Lake. Aku dan botak pun tak la miss.. cuma.. begini je lah pemandangan yang kami sempat tengok. Time tu pun dah senja yang amat. Pemandangan melalui skrin tingkap pun dah macam cantik… just imagine if you are there during the sunrise and sunset. Or even in the middle of the day.
Memang lake dia besar, 8 – 10 kilometer panjangnya. Asalnya dari runtuhan gunung berapi Mazama 7700 tahun yang lalu lantas bertukar menjadi tasik. Macam cerita hikayat gitu. Pembentukan dia sama macam di Santorini which is we called Caldera. Asal dari runtuhan volcano. Klamath Falls Crater Lake merupakan Tasik paling dalam di USA dan tempat ke sepuluh di dalam dunia. Tak ada sungai mengalir masuk atau keluar di Tasik ni. Cuma salji mencair dan air hujan sahaja yang membekalkan air ke Tasik ni. Boleh la google image dia kalau nak tahu rupabentuknya. Sebab aku memang tak berkesempatan untuk keluar melawat. Sedih.
Seperti biasa, kami check in ke RV Park bila dah matahari dah terbenam. Kali ni kami memilih rangkain RV Park KOA. KOA ni macam chain hotel lah. Dekat mana mana di USA, akan ada KOA RV Park. So kalau korang malas nak fikir pasal mana nak parking bermalam, boleh lah check out KOA Campground or became a member.
KOA Klamath Falls menyediakan 56 tapak untuk RV/ Motorhome / Mobile home dan juga log cabin serta TENT AREA bagi mereka mengembara dengan kereta. Satu alternatif yang agak murah berbanding dengan check in hotel ya. Cuma mandi manda, berak, laundry tu macam biasa lah, dekat tempat khas. Pool, hot tub semua mesti lah ada. Jadi aku rasa, lepas ni kalau ada rezeki untuk mengembara keliling USA next time, most probably we will use a small car and bring our own tent. Mesti seronok sebab kami dah ada baby nanti.





Rate dekat KOA ni pun adalah antara termurah aku rasa. Satu malam costs us USD 32 termasuk tax. Log Cabin dah macam harga bilik hotel which is USD100++ (max 4 pax, ada own bathroom,) dan tent dalam USD 20++ per night (untuk tent yang tak ada supply letrik) dan USD 35++ per night with electric hook up. Rate is seasonal. Ikut peak and low season rate jugalah.


Seperti yang aku ceritakan pada episode yang lalu, kenapa kami reroute perjalanan kami masuk Oregon ialah sebab nak jenguk cucu sedara Botak, Lacey, yang dah diambil oleh bapak kandung dia. Sehari sebelum tu kami call, left the message, texted bapak si Lacey yang kami berhajat untuk jenguk Lacey. Sampai sanggup cari RV Park yang mana, hanya 7 minit dari rumah mereka.
Kau tahu apa jadi? Sepatah haram tak balas mesej, or return our calls, macam anak haram. Satu benda peel mat Salleh yang aku tak suka ini lah. Kurang pertimbangan, tak fikir langsung kami ni dah drive beribu batu just nak jumpa budak tu sekejap saja. Aku memang menyampah dengan bapak si Lacey ni pun. Cara dia ambik Lacey dari keluarga Botak pun macam menculik. Ambik ambik tak pulangkan langsung dah. Tahu tahu dah dalam kapalterbang. Tahu la bapak kandung. Tapi selama budak tu dibesarkan oleh mak botak, satu sen pun tak hulur. Cuma keluarga botak tak nak besarkan hal ni ke mahkamah ke apa. Jahat nak mampos. Kami nak main terjah ke rumah mereka pun tak boleh. Undang undang di Amerika ni, kau boleh di caj datang rumah tanpa di undang. Menggangu privacy katanya. Tak dapat la stail macam kita Assalamualaikummm..assalamualaikumm depan pintu 18 kali sampai tuan rumah bukak pintu. Sakit hati aku. Dah la aku miss segala sightseeing bagai. So kiranya, enroute kami, segala masa dan duit yang kami tanggung untuk singgah jenguk Lacey, terbuang macam tu saja.
Kami ada dateline lain nak kejar. So memang tak dapat la nak tidur lagi semalam and keep on calling until they pick up our calls. Kami pun faham bahasa. Orang tak sudi, tak perlulah kita beria. Lalu kami meneruskan perjalanan kami suami isteri ke destinasi seterusnya.
Klamath Falls, Oregon.
Klamath Falls KOA
3435 Shasta Way, Klamath Falls, OR 97603
http://koa.com/campgrounds/klamath/
Leave a Reply