Cerita pasal perjalanan dan penginapan di RV Park, Salem, Oregon.

Kembali bersiaran tentang sambungan cerita pengembaraan rumah bergerak (Motorhome) yang dah dekat dengan 2 bulan tertangguh. Hehehehe.. Bukan apa, aku ni dah start tak boleh duduk terlalu lama. Sakit pinggang dan perut semakin ketat. I feel weak and sick sometimes in few days out of a week. Aku respect blogger yang boleh kekal update blog time pregnant. Apatah lagi mereka yang dah dapat anak. Aku tak boleh bayangkan macam mana esok bila aku dah beranak. Mampu ke update blog lagi?

rv-park-at-salem-oregon-portland035

Ok, last update hari tu kami di Seattle kan. Now kami bergerak turun ke Oregon. Actually kami sebenarnya tak ada hal di Oregon tu. Tapi ada request dari family botak untuk singgah jenguk Lacey (cucu sedara Botak) di Klamath Falls, Oregon. Jadi, sebagai nenek dan atuk yang baik, gadaikan masa, plan dan minyak diesel motorhome ni untuk tujuan itu. So, plan asal kami untuk visit Mount Rushmore di South Dakota terpaksa dibatalkan kerana tukar haluan highway. Sedih sangat. Walau Botak pujuk aku lain kali kita boleh pegi. Tapi ‘lain kali’ botak aku faham sangat. It can take few years…



Booking.com

Memandangkan rumah bergerak ni tak lah sepantas kereta mahupun superbike. Plus, we have to stop at few R&R untuk Botak stretching kejap, hirup udara segar dan aku pun kadang kadang gatal nak berhenti ambik gambar. So, as usual, a three hours distance ride can become 10. Lagipun kami stop di Snoqalmie Waterfall di State of Washington kan. Kalau nak tengok rupa paras R&R di USA, di disini aku ada ambikkan beberapa gambar. At certain R&R they have free coffee for truck drivers as well.

rv-park-at-salem-oregon-portland002rv-park-at-salem-oregon-portland001rv-park-at-salem-oregon-portland003rv-park-at-salem-oregon-portland004rv-park-at-salem-oregon-portland005rv-park-at-salem-oregon-portland006

Kami tak sempat sampai ke Klamath Falls pada hari tersebut. It was too late and we had to find RV park for the night. And we able to get a spot at Salem. Untuk reserve spot Motorhome ni macam hotel jugak. Kadang kadang memang tak ada spot. Bukan sebab penuh, tapi spot yang disediakan bergantung kepada saiz Motorhome. Macam kami 44 foot dengan ada access towing kenderaan lain di belakang. Sedangkan di RV Park tersebut menyediakan pelbagai saiz dari caravan kecil hinggalah saiz 50 foot keatas. Tapi selalunya yang cepat penuh, saiz macam motorhome kami lah – saiz bas express tu. And you have to call to make reservations before 5pm. Orang dekat sini tak main la kerja overtime atau terpaksa kerja lebih masa tanpa bayaran tunggu client sebab takut dekat boss. Tapi once kau dah reserve, bagi kredit kad number semua, kau sampai tengah malam buta pun tak apa. Sebab mereka dah reserved the spot, dan kau cuma pegi kaunter dia collect sampul map location berserta rules dekat luar office.

rv-park-at-salem-oregon-portland007rv-park-at-salem-oregon-portland008

Memang malam tu kami sampai agak lewat. Gambar gambar yang aku ambik di sekitar kawasan RV Park ni pun adalah pagi seterusnya. Nama RV Park ni Hee Hee Illahee RV Resort. Jangan kau sensitive pulak sebab nama tu seakan Bahasa Quran. Kau jangan nak perasan sangat yang semua orang kapir dalam dunia ni kerjanya nak menghina Quran dan Islam. Hee Hee Illahee means ‘A Fun Place To be’ dalam bahasa Tribes of Siletz Indians – kalau kau nak tahu, dekat Amerika ni pun ada orang asli dia. Native Indians. Tapi orang Asli dekat sini tak macam orang Asli dekat Malaysia. Mereka ada persatuan dan dari persatuan tersebut mereka bangunkan Casino, Hotel, Resort dan pelbagai business lagi sebagai sumber pendapatan bagi Kaum Puak (Tribes) mereka di kawasan tersebut. Business minded ok? Mereka tak lah mengharapkan subsidi walaupun tanah mereka di rampas dan mereka di halau dengan teruk satu masa dahulu. Kau jangan terkejut kalau aku bagi tahu yang 124 cawangan Hard Rock Cafes. 4 Hard Rock Hotels 2 Hard Rock & Casino Hotels dan 2 Hard Rock Live! Concert Venues adalah kepunyaan Seminole Tribe of Florida. Business orang asli kau tahu? Kau jangan asik nak sensitive kat sana bila nama dan bahasa kedengaran macam Bahasa Quran ok. Dunia ni Tuhan buat bukan untuk orang Melayu dan Muslims sahaja.

rv-park-at-salem-oregon-portland015

Price untuk saiz Motorhome kami (44 foot) ialah 47.04 dollar semalam. Termasuk tax la tu. Menyediakan 139 Tapak dan kemudahan seperti Free Wifi, Cable TV, Pool, Spa Hot Tub, Rec room (game room), Heated gazebo with BBQ grill, Fitness, library, coin op laundry, Playground, on site LPG (Propane) fill station untuk dapur gas kau, dan paling penting 24 hours surveillance. Check In suka hati mak bapak kalau ada spot tapi check Out mesti 12 tengahari. Kami tingal sini satu malam sahaja sebab esoknya memang nak kena sambung perjalanan ke Klamath Falls untuk jenguk budak kecil tu. Aku harap untuk anak aku esok, makcik makcik nya pun akan buat benda yang sama lah ya. (Agak annoying jugak, tapi itulah perkahwinan. Kau berkahwin dengan ahli keluarganya sekali).

rv-park-at-salem-oregon-portland017
Access to Toilet and spa ada keycode dia. Hanya resident dan penyewa sahaja akan diberi code masa check in. So orang luar tak boleh lah break in guna kemudahan ni.

rv-park-at-salem-oregon-portland009

rv-park-at-salem-oregon-portland010rv-park-at-salem-oregon-portland011rv-park-at-salem-oregon-portland012rv-park-at-salem-oregon-portland013rv-park-at-salem-oregon-portland014rv-park-at-salem-oregon-portland016

rv-park-at-salem-oregon-portland018
Bilik air kali ni sangat selesa. Besar gedabak.

rv-park-at-salem-oregon-portland019

rv-park-at-salem-oregon-portland022
Jacuzzi / Hot tub

rv-park-at-salem-oregon-portland020
rv-park-at-salem-oregon-portland021rv-park-at-salem-oregon-portland023rv-park-at-salem-oregon-portland024rv-park-at-salem-oregon-portland025rv-park-at-salem-oregon-portland026rv-park-at-salem-oregon-portland027rv-park-at-salem-oregon-portland028rv-park-at-salem-oregon-portland029rv-park-at-salem-oregon-portland032rv-park-at-salem-oregon-portland033rv-park-at-salem-oregon-portland034

Next aku update pasal RV Park di Klamath Falls, Oregon serta benda paling taik terjadi bila dah sampai sana. Geram gila ni sampai kena break kejap sambung next post. Takut terberanak pula kejap lagi.

Hee Hee Illahee

4751 Astoria Street N.E

Salem, OR 97305

Toll Free number 877-564-7295

www.heeheeillahee.com

8367150290_f64071bebb_o3

Salem, Oregon

81a81a42570be292dfa52da4046d13e784a1c278.html

Comments

comments

Leave a Reply