Day Trip to Salome, Arizona
Salam bulan April.
Belong bersarang strikes again. Kali ni aku nak bagi alasan apa ya? Hahaha. Eh, serious. Aku ada alasan lah.
Alasan aku kali ini ialah, aku memang sibuk kendali bisnes dekat Lazada & Shopee Malaysia. Tak sangka rezeki dekat situ. Sehari ada la dalam 4-5 order. Then nak kena update stock and all. communicate dengan anak sedara di Muar, Johor untuk packing dan shipping. Rekod account business sendiri, reply chat customers tanya macam macam.. Busy kan?
Athena Sophia pun dah besar. Dah 2 tahun. Ingatkan bila dah besar, pandai makan minum, main main sendiri, boleh relax sikit. Eh, sorry. Masa ni la dia nak perhatian, pembelajaran dan nak kena pace up everything. Walau anak satu, aku rasa aku dah macam cikgu sekolah tadika buat aktiviti macam macam untuk dia.
So, looking at the priority, belog ni kira jatuh ke tangga ke lima, enam gitu lah. Maaf sangat kepada yang tertunggu tunggu akan updates. Sekarang ni aku update pakai Insta Stories saja.
Aku bengang ni. Sebab aku ada ambik banyak video sepanjang day trip ni. Tapi tak boleh nak stitch. Seharian aku try. Laptop jadi padam tiba tiba masa save video stitching. 4 – 5 kali jugak aku try and try. 4 – 5 kali jugak laptop ni padam dan kena restart balik all over again. Aku pun give up. Dah la aku kejarkan masa. Tujuan aku ambik video banyak banyak adalah untuk menyenangkan kerja aku tak payah taip panjang panjang. Korang pegi je tonton dekat Youtube Channel aku tu. Tapi, arrggghh. Nak kena menaip jugak.
Tujuan day trip kami ke Salome Arizona hari tu ialah untuk clear up Motorhome bapak mertua aku yang tersadai dekat sana. Sapa sapa follow kisah aku, aku pernah merempat duduk dalam motorhome lebih kurang 4 bulan masa pregnantkan Athena Sophia. So, masa aku balik Malaysia untuk beranakkan Athena Sophia, banyak barang barang kami dalam tu. Lepas dua tahun, baru lah kami ada masa untuk pegi balik ambik barang barang kami dekat dalam tu.
Jarak dari tempat kami tinggal sekarang (Laughlin, Nevada) ke Salome Arizona adalah dalam 254 KM (3 jam drive sehala). Tapi biasalah bila berjalan.. mesti nak stop stop juga kan. So jadi seharian jugalah kami dekat luar hari tu. Campur kemas/ cuci Motorhome tu dalam 2 jam juga.
This is our first time driving to Salome from Laughlin. Rupanya jalan nak ke sana kena lalu Lake Havasu City. Kami tak pernah drive melepasi bandar Lake Havasu ni. Tak sangka cantik pemandangannya. No wonder lah siap ada sign dekat highway (US-95 S) indicate that this route is ‘scenic route’.



Bandar selepas Lake Havasu City ni namanya Parker. Dekat sini ada camping ground, Resort Casino serta Empangan Sungai Parker. Bagi orang yang suka pada lanskap bangunan bangunan, apa yang aku bakal tunjuk dalam belog post ni memang takkan nampak cantik lah bagi korang. Sebab, kalau road trip USA ni, mostly nature saja lah.

Pemanduan day trip atau road trip di USA ni lebih kepada memberi terapi daripada stress. Sebab kereta tak banyak, tak ada toll dan pemandangannya yang indah. Cuba aku ajak Mike ber road trip dari Johor Bahru ke Perlis ikut highway PLUS. Aku rasa aku yang kena drive kut. Kereta bersusun tak kira masa. Mike ni dia punya baran masa memandu, aku rasa nak bercerai dengan dia time tu jugak. Menyampah nak mampus aku dibuatnya. Selalunya, kalau dekat Malaysia, aku suruh dia stop tepi jalan aku yang take over the wheel.



Sungai dekat sini punya jernih berkristal hijau. Macam orang bodoh aku tanya Mike kenapa hijau.. ini sungai… bukan pulau. Dia jawab “sebab bersih lah”. La iye ke. Aku ingat macam sungai dekat Malaysia, hijau sebab lumut berkeladak… kah kah kah. Rindu aku dekat Malaysia sangat sangat.

Spring Season more prominent here in Arizona compared to Nevada. Sebab Nevada tu gurun benar. Arizona ni kira dah separuh gurun tapi dalam masa yang sama, terima hujan yang lebih banyak dari Nevada. Tapi kalau ke California, fuhh lagi gila banyak wildflowers dia. Wildflowers ya. Bukan kebun bunga di baja baja, di trim trim macam tulips di Turkey atau Amsterdam sana.





Bila route jalan jauh dari terusan sungai, it’s pretty empty. So sebagai co-pilot yang berhemah, janganlah kau tidur menganga sebelah driver. Kejap lagi tersungkur driver tertidur pula,



Akhirnya kami sampai ke lot 67606 ni di mana, dekat sini la kami park Motorhome bapak mertua kami more than 2 years.

Untuk pengetahuan korang, mostly pesara di USA (yang mana perancangan kewangan masa muda nya bijak), berupaya mempunyai at least 2 lokasi penempatan. Kalau kaya lagi, ada 4 atau 5. Lokasi lokasi ni adalah tempat persinggahan mengikut musim. Jadi, paling selekeh ada 2 lokasi lah. Untuk musim panas dan musim sejuk. Bila tiba musim salji dekat lokasi pertama, mereka akan keluar lepak di lokasi kedua yang tak sejuk. Bila musim panas, mereka akan pindah ke lokasi yang tak menggelegak panas. Contoh paling senang aku boleh cerita ialah Alaska dan Nevada / Arizona. 3 states ni sangatlah popular di kalangan orang Alaska. Dah tua tua tak larat lah nak duduk dalam salji bila hujung tahun. Mereka akan turun ke padang pasir di mana, cuaca sangat nyaman pada hujung tahun. Bila waktu summer, mereka balik ke Alaska. Sebab Nevada / Arizona waktu summer, menggelegak kepala otak panasnya. Kalau jenis yang lagi banyak duit, mereka akan ada Beach House pula di California atau Florida. Rasa nak berjemur tepi pantai, lepak pula dekat rumah di tepi pantai. Gitu.
Aku tolong kemas sikit sikit saja. Actually aku just ambik baju baju aku. Bab kemas cuci semua kaum lelaki yang buat (Mike dengan abang ipar dia). Aku main main dengan Athena Sophia dan ambik gambar di sekitar lokasi.
Lepas dah habis kemas barang dan menangis dalam hati mengenangkan memori semasa berada di dalam Motorhome ni, kami pun berangkat pulang..


Masa perjalanan balik ke Laughlin, kami semua nak terkencing pulak. Jadi kami memilih untuk stop over dekat Bluewater Casino Resort dan pakai tandas dekat situ. Bukan tandas bishe bishe. Hahahha. Khelasssss.




Lepas tu baru perasan tempat ni not bad jugak compared to Resort Casino di Laughlin mahupun di Las Vegas! Siap ada water park lagi.. view pun cantik mengadap sungai dan gunung ganang.



Lepas dah guna tandas free lagi wangi dan best, kami pun sambung lagi perjalanan kami pulang ke Laughlin.



Tapi sebelum tu kami stop sekejap dekat empangan “Parker Dam”. Saja je lah since dah lalu kan. Cantik juga view nya.





Rasa macam banyak lagi tempat yang menarik yang kami tak sempat nak lawat dan stop. Masa pun suntuk. Dan kami pun memang tak tahu menahu bahawa banyak tempat menarik dekat area sini. Jadi Mike ada suggest maybe kami datang lagi dan camping dekat sini. Aku berharap sangat plan ni menjadi sebab kami akan pindah ke Texas tak lama lagi. Insyaallah. Aku harap sangat dapat explore more of Nevada and Arizona before we leave.
Parker Dam was our last stop for the day. Lepas tu kami pun rushing la drive balik ke Laughlin sebelum lewat malam.



Dengan ini, tamatlah post aku kali ini. Tak ada video untuk tontonan semua sebab software Movie Maker aku dekat Laptop ni buat perangai haram jadah macam PU Abu.
Sekian.
Leave a Reply