Dia yang Nyanyi, Aku yang Pekak / Wife Gone Deaf after Attacked by Her Husband.

FOR ENGLISH, SCROLL DOWN.

Ini Mike. Mike Sparrow. Lelaki yang aku kahwini. Mike yang aku kenal ialah seseorang yang sentiasa buat sesuatu 220%. Tak kiralah – kerja, makan, mencintai, marah, dan MENYANYI.

Kami lepak rumah kakak Mike sehari dua ni. Tolong packing barang sebab depa laki bini dah nak jual rumah tu dan pindah ke Nevada. Sebetulnya, ini merupakan kali pertama aku tengok Mike menyanyi karaoke live depan aku. Apa yang aku boleh cakap ialah, aku bersyukur aku tak bawak dia karaoke dengan member member aku di Redbox KL sana. Aku terkejut dan sasau sekejap. Sampai aku bukak post semata untuk topic ni.

Nyanyian dia amatlah menyeksa jiwa dan raga aku tapi dalam masa yang sama kelakar nak mampos jugak. Aku cakap dekat dia slow kan sikit suara tu, sebab aku tak dapat pun dengar muzik. Jawabnya dekat aku “ini la tujuan karaoke”. Oh, maksud dia, karaoke ni ialah menyanyi lah ikut suka tekak dan hati kau, lantak lah orang yang mendengar terganggu emosi. Ya Tuhan..

Aku pun bukannya boleh menyanyi dengan merdu. Tapi boleh la menyanyi.. tempo irama still masuk. Aku pernah pegi karaoke dengan member member dan office mate. Ada yang boleh menyanyi dengan sangat bagus, dan ada yang sumbang terus kelaut.

Tapi malam tadi kan, pengalaman aku berkaraoke dengan suami aku cukup cukup memberikan aku pengalaman yang lagi ‘up’ lah aku cakap kau. Telinga aku jadi pekak dalam sejam dua.

Oh, lupa nak bagitau, Mike ni peminat tegar Axl Rose dan kumpulan Guns n Roses.


SKROL KEATAS UNTUK BAHASA MELAYU

This is Mike, Mike Sparrow, the man I married to. The Mike that I know who, always put 220% in everything that he do. Work, eat, love, mad and SING.

We are spending our day at Mike’s sister house, helping her and her husband packing their stuff out from the house. They are moving to Nevada. Actually this is my first time seeing Mike karaoke live in front of me. What I can say is that, I am glad my first time karaoke with him IS NOT with my friends at RedBox KL.

It’s torturing but funny at the same time. I told him I can’t hear the music and he should tone down his voice. His answered was “that is the purpose of karaoke” – to sing the hell how you wanted it and to please people, I guess. As you can see from the video, he was not even joking. That’s Mike, seriously singing. Oh Lort…

I myself is not a good singer. But I can sing too. I’ve been karaoke-ing with some friends with good voice, and some, tone deaf.

But last night, my karaoke experience brought me to a whole another level experience. I became deaf for a good few hours.

Oh, I forgot to tell you that Mike is a hard core, true fan of Axl Rose of Guns n Roses.

Mike Sparrow.

I love you, Mike Sparrow.

Comments

comments

7 Comments

  1. Cik Lyn Wan Chek on Facebook

    February 7, 2016 at 4:16 am

    Ingatkan lagu janam janam… Ini jahanam…hahaha

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      February 7, 2016 at 4:23 am

      Tahu. Dia tak kisah pun. Malah dia berbangga dengan high pitch suara dia tu. hampeh

  2. Auni Ameera on Facebook

    February 7, 2016 at 5:27 am

    When mike got his mic~ i wish i could sing like that but my self-confidence are just not good enuf.. XD

  3. Hailey Kamal on Facebook

    February 7, 2016 at 5:42 am

    Haha sabor je la, gaya dah ade, boleh try masuk The Voice

Leave a Reply