Equal Right atau Special Treatment.

First of all, aku nak bagitau yang I have nothing against transgender people. Apa yang buat aku menulis tentang ini adalah paparan video berdurasi 20 minit tentang pertemuan antara Datuk Mujahid dan Nisa Ayub serta beberapa orang lagi. Aku ingat ada solution yang munasabah dari pertemuan tersebut. Tapi sayang, video tersebut ibarat stirring the pot full of shit. Taik melimpah, bau makin merebak. Ye lah, what do you expect from 40 minutes meeting lepas tu sambung pula makan pasembor over such sensitive issue macam Transgender ni?

 

Apa bakal aku tulis ni, bukan dari sudut keagamaan. Sebab, orang tak bertudung macam aku dah lama di diskriminasi oleh masyarakat, wanita tak bertudung tak layak bercakap soal agama pun. Wanita tak bertudung ibarat gula gula tanpa pembalut, terdedah bagi lalat hurung. Kotor sekotor kotor nya. Tumpang berteduh dekat masjid waktu hujan pun kena halau macam anjing. Dan paling best, wanita tak bertudung, layak di rogol kerana mendedahkan aurat mereka. Itu selayaknya.

Apa yang aku dengar dari video tersebut, ialah permohonan Transgender untuk tidak di diskriminasi dalam bidang pekerjaan, pembelajaran dan dalam mendapatkan perubatan. Which is.. betul betul buat aku rasa terfikir “what a pussy” for someone who doesn’t have a pussy. Do you get what I mean? Kena check pakai pen kau terasa hati. Kau tak tahu ke kisah ibu ibu sakit nak beranak kena layan macam lembu dekat hospital berkurun lamanya? Bukan kena sentuh pakai pen lagi dah, herdik, maki, rodok, air ketuban pecah tapi masih kena tunggu dekat ruang menunggu selama 10 jam sebab hospital tak ada katil. Mintak doktor perempuan, doktor lelaki yang datang jolok. Kena jolok depan 10 pelatih beramai ramai ambik turn jolok. Itu baru sikit cerita dekat hopsital dalam mendapatkan perubatan. Belum lagi cerita perempuan yang kerja melacur datang check alat sulit bernanah kena jangkitan kelamin kena layan. Tapi aku tak kata SEMUA doktor atau jururawat begitu. Semua ni bergantung pada nasib kau lah. Ada la yang kau buat silap sampai kena layan macam tu. Jangan ingat kita ni special sangat pegi mana mana orang mesti sayang.

Seingat aku, penerimaan masyarakat di Malaysia terhadap golongan transgender memang dah lama berlaku. Dari aku kecik aku selalu nampak maknyah. Di restoran, di salon rambut, di butik andaman. Perkahwinan pertama aku, aku ambik mak nyah sebagai juru mekap aku dan sediakan pelamin persandingan aku. Bukan setakat itu sahaja, aku pernah pergi bercuti ke Bali, Indonesia bersama sama mak nyah. Rupaul Drag Race merupakan rancangan favorite aku. Kau mesti kata, kami tak mahu selamanya kerja jadi mak andam, salon rambut mahupun tukang jahit atau melacur. Jadi ingin aku tanya, apa kelulusan kau untuk apply jadi quantity surveyor mahupun arkitek atau doktor? Takkan lah tiba tiba je nak offer kau jadi Senior Mechanical Engineer kalau masa sekolah SPM pun kau suam suam kuku? Berapa ramai graduate menganggur tak dapat kerja dekat Malaysia? Takkan semua yang tak dapat kerja tu Transgender kut?

Berjayanya golongan Transgender dalam perniagaan seperti Sajat dan Safiey Illias menunjukkan masyarakat sudah lama menerima golongan transgender. Masyarakat beli barang yang mereka jual sampai kaya dia jangan cerita lah, susun duit macam susun batu bata setiap hari.

Setakat gambar muka kena edit muka babi, tu, Najib sama Rosmah, jenuh jadi babi dalam media sosial. Dah memang perangai rakyat Malaysia, bila tak suka, muka babi di tampal. Bukan Transgender je kena. Awek cendol pun kena lah.

Atau memang aku tak tahu yang sekolah kerajaan Malaysia menolak pendaftaran sekolah bagi kanak kanak bersifat ‘lembut’? Atau kau jadikan faktor ‘buli’ sebab tu kau tak dapat nak excel dekat sekolah sebab asik kena ejek rakan sekelas? Kes buli di sekolah bukan benda baru. Dan pelajar kena buli di sekolah ada yang sampai cacat fizikalnya, hilang nyawa bukan satu dua kes. Dan kes nya bukan semata pelajar tersebut bersifat ‘lembut’.

Kau berniqab, kau kena ejek. Kau seksi, kau kena ejek. Kau jongang, kena ejek. Kau gemuk kena ejek, kau nerd, kena ejek, Kau pakai anting anting gantung diluar tudung kau kena ejek. Kau pakai turban stail sarang lebah macam Neelofa pun kena ejek.

Semua orang mengalami diskriminasi di tempat kerja. Sebelum isu Transgender, isu bangsa dan agama sudah lama diguna pakai untuk menolak permohonan pekerjaan atau berlainan taraf gaji. Kau tahu tak, bagi posisi yang sama, lelaki dibayar lebih dari kaum wanita. Bagi posisi yang sama, bangsa X dibayar lebih dari bangsa Y. Dan yang paling sedih, permohonan pekerjaan kau ditolak semata mata kau tak cantik, gemuk, kau pakai tudung, atau tak pakai tudung.

Aku minta secara baik, pada mereka yang Transgender, bagi tahu aku. Apa masalah yang di hadapi golongan Transgender takkan di hadapi oleh golongan bukan Transgender. Masalah lahirkan zuriat? Berapa ramai wanita tak dapat melahirkan anak? Jangan cerita pasal penderaan fizikal, seksual dan mental. Kes sangkut dekat Mahkamah Syariah bab tu ada berapa banyak kes?

Jadi, hak sama rata apa yang Transgender perjuangkan? Kalau nak sama rata, jadi duduk lah sama rendah dengan kami semua yang pernah melalui kepayahan hidup dan terus hidup. Perjuangkan hak asasi manusia secara menyeluruh bukan pada satu jenis sahaja.

Aku rasa golongan Transgender di Malaysia agak confuse dalam memperjuangkan hak sama rata. Adalah terlalu lemah menggunakan isu “DISKRIMINASI” setelah apa yang berlaku dalam Malaysia tak kira jantina, peringkat umur, bangsa mahupun PARAS RUPA. Adakah sebab di USA dan negara barat yang lain memperjuangkan LGBT maka Transgender di Malaysia pun mahu join the band wagon? Korang tahu tak apa yang mereka perjuangkan sebenarnya? Mereka nak legalkan same sex marriage. Dan same sex marriage ni bukan sebab semata mata mereka nak pakai gaun kembang ambik gambar potong kek cium molot lalu belon belon dilepaskan ke udara.

Setahu aku, sistem pencukaian dia USA adalah sistem yang paling celaka yang pernah aku jumpa. Tak kira apa background kau, kau earn $600, kau wajib dicukai. Kanak kanak dah dilarang jual lemonade drink tepi jalan yang 10 sen tu kecuali di daftarkan secara sah income reportnya untuk tujuan pencukaian. Jadi, Dekat USA, pasangan yang dibenarkan join tax calculation is married couple. Selain dari itu, sistem pewarisan harta peninggalan, automatik akan jatuh pada pasangan sekiranya salah satu pasangan meninggal dunia tanpa soal periksa. Pewarisan harta peninggalan masih boleh dibuat melalui sistem perwarisan bersurat, tapi kos nya sangat lah mahal dan bila bukan maried couple, birokrasinya sangat lah tinggi. Macam macam borang haram jadah kena isi dan kena turun naik mahkamah declare itu ini. Jadi, ini lah yang transgender, same sex marriage di perjuangkan dekat barat. Untuk tujuan pencukaian dan peralihan harta. Bukan sebab nak kongkek semata. Nak kongkek, tak payah kawin pun boleh kongkek 20 kali sehari. Kau ingat depa kisah ke halal haram.

Kalau kau nak kawin juga, dah tahu Malaysia tak benarkan, pergi la berkahwin dekat negara yang recognize same sex marriage kalau nak sangat sijil nikah. Apa susah. Masing masih dah besar, dah tahu consequences dari setiap decision yang dibuat. Memang lah sijil nikah tu tak laku di Malaysia. But then again, the world doesn’t revolve around you.

Kalau betul betul nak equal, demand mintak manusia seluruh alam jangan membenci, menyakiti, sesama sendiri.. sayang menyayang antara satu sama lain.. sesama manusia berbuat baik, dengan binatang buat baik.. dengan tumbuhan buat baik. which is, dalam Kitab kitab besar, semua agama dah ada tulis. Tak perlu minta equal right pun sebab Tuhan Maha Mengetahui. Tapi manusia, tak kira la ada agama atau tak, payah nak ikut tu. Kita semua Tuhan dah jadikan EQUAL. Siapa yang ikut tuntutan agama akan masuk syurga dan sebaliknya akan masuk neraka. That’s the simplest guideline yang mana, budak belum mummayiz pun tahu.

Kita semua equal cuma bukan dari segi penampilan. Tapi pengalaman dan cabaran. Kita jadi manusia mestilah ada dugaan dan cabaran. Kalau mintak permudahkan, itu adalah “special treatment.” This doesn’t mean I condone bully and discrimination, but for you to come up front and demand it only for your kind, hunty, that’s sounded like SPECIAL TREATMENT to me.

The world we are living isn’t perfect. Nobody is special yet everyone is special. This world has becoming more and more ridiculously competitive. Stop blaming your surrounding and demanding others to lay easy pathway for you. Bak kata Rupaul Andre Charles – “This is not Rupaul’s best friend race.” “It’s either shate you stay or sashay away.” No man or government can mend all these craziness in this world. They have their own personal interest too. 

Bagi aku lah, video perjumpaan tersebut memburukkan lagi keadaan di Malaysia yang mana panasnya masih tak kebah kebah lagi sejak dari PRU 14. Video tersebut memberi impak negative lebih dari positive. Permintaan pada awalnya berniat baik, menimbulkan ketidaksenangan dipihak kaum wanita. Segelintir wanita di Malaysia kini merasa hak mereka diketepikan. Apatah lagi para suami. Tak dapat duduk selesa dalam train walau dalam keadaan berbadan dua, masih boleh tolerate lagi. Tapi bukan berkongsi closed space. Untuk membuka minda kaum wanita di Malaysia dalam hal ini, aku rasa masih jauh lagi perjalanan. Tapi bila difikir balik, setiap keputusan yang diambil mestilah mampu memuaskan hati kedua belah pihak. Bukan memaksa sebelah pihak menerima sahaja. Itu bukan diplomasi bagi pendapat aku.

Cuma satu je aku tunggu solution menteri menteri bijak pandai dalam menangani isu toilet dan surau. Setahu aku Transgender memang takkan ada nafsu pada wanita. Cuma di khuatiri peluang ini akan diambil oleh jantan durjana untuk berpura pura jadi Transgender, bertapa dalam toilet wanita dan selebihnya korang sambung lah cerita ikut fear creativity masing masing. Bab aurat, sila tanya yang bijak pandai agama. Walau aku tak bertudung, aku masih wanita dan aku tetap menyebelahi kaum wanita yang menutup aurat mereka dengan sempurna.

And hunty, if you wanna be one of us (women), make sure your pussy can take that pound. We women love beyond all fault, cry behind closed doors and fight battles that nobody knows about.

Again, ini pendapat aku je lah bila melihat reaksi rakyat Malaysia dari video tersebut. Tak setuju, tak apa lah.

Comments

comments

2 Comments

  1. Natalie

    August 30, 2018 at 4:04 am

    quantity surveyor! woaaa ta pernah org tahu about this. so flatter when u write it!
    Yeh, overall im agree with ur post. absolutely true!
    N i loove ur writting, please do more.

    1. heartboxx

      September 3, 2018 at 8:42 am

      Thank you for reading my belog!

Leave a Reply