Finally! We visited Valley of Fire!

Setiap tahun kami akan cuba usahakan satu road trip atau vacation untuk kami bertiga. Keluar rumah, bertamu di hotel dan di jalanan untuk 3 ke 4 hari atau seminggu, Sejak Athena dah bersekolah (kindy je pun) kami terpaksa pilih minggu cuti sekolah lah. Iaitu Spring Break.

Kenapa kami pilih spring break kerana cuaca yang tak sejuk dan tak terlalu panas. Waktu spring juga kami berpeluang melihat wild flowers berbunga serta, kadar sewaan hotel tidak terlalu mahal.

For year 2023, we choose to spend our vacation in Las Vegas for 4 days 3 nights. It’s the cheapest for us since we live nearby (Kingman, Arizona) It only took us 1 hour 30 minutes to reach Las Vegas from here. Last year kami pegi Florida for a week. Pun aku akan usahakan masukkan dalam belog ni juga. Maklumlah aku stop blogging almost 3 tahun! Banyak cerita aku nak update kut.

Cerita melawat Las Vegas, akan menyusul. Aku cut shot pada cerita hari last kami di Las Vegas. Check out hari ke empat, pukul 11 pagi. Terlalu awal untuk balik rumah. Kami spent time dekat tower Skypod The Strats almost 2 hours, pun masa masih banyak berbaki! Jadi kami pun pakat bersetuju untuk melawat Valley of Fire yang jaraknya hanya 1 jam pemanduan dari Las Vegas.

Dah lama aku nak datang sini. Tapi biasalah, laki aku tak heran kan sangat. Sehinggalah hari ni. Macam dia dah tak ada pilihan kan. Jadi ke sinilah kami akhirnya. Aku punya teruja jangan cerita. Aku dah lama tengok gambar gambar Valley of Fire ni di Instagram sebenarnya. Lepas 8 tahun aku bertamu di USA, baru dapat datang. Sedih tak?

Masa mula mula kami sampai, bayar entrance fee ($10 for vehicle with Nevada registration/ $15 for non-Nevada) macam meh. Mana merahnya? Mula mula masuk tu ada satu stop sebelah kanan di panggil ‘Beehives’. Beyonce Fans kalau tahu ni mesti datang sembahyang dekat sini kan? Haha. 

Lama jugak lah kami stop sini. Dalam 20 minit gitu. So aku ingat begini je lah kan batu batunya. Sampailah kami meneruskan pemanduan ke Valley of Fire Visitor Center. Kiranya office di mana kau boleh dapat kan info, sejarah serta map booklet DAN TOILET. Kami stop situ pun sebab Botak nak buang air kecil. Aku dan Athena tunggu dekat parking lot sahaja sebab tak terasa nak membuang. Sambil sambil tu aku snap gambar sekeliling.  Dekat Visitor Center ni lah pemandangan dia start sangat cantik. Kira pintu gerbang lah.

Kemudian kami teruskan pemanduan melalui Rainbow Vista (Batu batan ada garisan multicolor, seperti rainbow) Mouse Tank (batu batan rupa macam sarang tikus) dan White Dome (Baru batan dia lebih kepada berwarna putih kekuningan)

Aku tak dapat ambik banyak gambar. Kebanyakkan gambar ni ambik dari dalam kereta sahaja. Ala drive through Mc Donalds gitu. Disebab kan kekangan masa, unplanned destination, Athena kaki bersimen dan Botak tak ada mood, jadi aku hanya ada beberapa gambar dan sempat ambik video pun, dari dalam kereta sahaja. Susah, bila partner kau tak ada minat sama macam kau. Bagi Botak, dah sampai, dah tengok, dah la. Buang masa je stop stop ambik gambar ni. Dia lebih preferred mental picture sahaja. Simpan dalam otak gitu. Jenis manusia yang malas nak share dengan orang lain. Aku menyampah.

Kalau korang yang follow belog aku dari awal, mesti perasan gambar gambar tempat aku travel masa bujang dengan lepas dah kawin sangat berbeza. Masa bujang dulu aku tak ada halangan nak lepak berjam satu tempat just ambik gambar macro serta beribu angle. Lepas dah kawin, beranak, semua gambar dari dalam kereta je. Sebab tu aku jadi agak hilang mood untuk berbelog seperti dulu and more to youtube sebab kalau kereta bergerak, format video lagi berguna dari still photo. So aku start hidupkan balik akaun Youtube aku. Korang bolehlah subscribe dekat sana. Nanti aku akan update regularly especially shorts.

Sorry lah kalau gambar gambar yang aku letak ni tak seberapa. Tapi sebenarnya tempat ni sangat cantik. Tak percaya korang google lah. Don’t take my words for it.

Di sebab kami tergopoh gapah, banyak lagi area yang kami tak dapat tengok. In order for you to enjoy true beauty of Valley of Fire is on foot. Kena jalan masuk ke dalam dalam, menyusuri hiking trail dia. Kami missed tengok Pink Canyon (batu batan dia semua pink) dan Elephant Rock (batu berbentuk gajah)

Keluasan tempat ni dalam 46,000 ekar. Dan kenapa batu batan dia merah adalah kerana kandungan iron (besi) yang tinggi di dalamnya. So bila dah besi, oxidization, dia berkarat. Jadi yang merah ni semua karat lah. Binatang paling common yang senang nampak dekat sini white tail antelope. Dari jauh macam kambing sahaja. Cuma tanduk dia bersimpul. 

Kalau kau bernasib baik, dapat jumpa ring tailed cat. Ekor dia macam racoon. Berbelang putih hitam. Cuba korang google ring tailed cat. Memang kira macam adik beradik racoon. Muka je tak sama. Selain tu rattle snake dan kura kura padang pasir boleh ditemui dekat kawasan ni kalau kau ‘bernasib baik’. Haha.

Tempat dalam gambar ni ialah White Dome. Batu dia putih kekuningan. Ada hiking trail dekat sini. Tapi kami takd apat nak hike sebab Athena tak dapat berjalan dan kami tak plan pun datang sini. Datang sini nak kena bawak sebeban botol air ya tuan puan. Panas kering dia sangat extreme. Ini baru spring. Kalau summer, tak di sarankan sangat sebab boleh kena heat wave.

Valley of fire ni hanya di buka sebelah siang. Malam memang tak dapat masuk. Mereka tak ada install lampu apa apa. Tak boleh pasang unggun api. Aktiviti macam hiking dan picnic sahaja di benarkan dekat sini pada sebelah siang hari. But don’t worry, kalau kau datang awal pagi sampai petang, insyaallah kau dapat cover semua. So kena bawa banyak air dan bekal makanan. Sini tak ada apa apa. Hanya ada batu dan pasir.

Dalam gambar tu antara famous movie yang shoot dekat sini. Transformers pun shoot sini tau. Tapi tak tahu kenapa tak masuk dalam list tu.

Ha ok. Adalah gambar posing satu dua. Itu pun botak merentan nak tolong ambikkan. Sedih tau. Ramai kawan kawan aku cakap, bawa lah selfie stick. Hello, bila kau datang tempat macam ni, buat apa nak selfie. Kau nak ambik gambar seluruh nya. Sah sah pemandangan dekat sini lebih cantik dari muka selfie kau tu lah.

Aku rasa aku hanya berjaya ambik gambar cantik satu ni je. Ini pun kan, aku panjat bukit sendiri dan aku buat tak tahu je dekat Botak tengah tunggu dalam kereta. Geram aku. Biar lah dia tunggu dalam tu forever.

Gambar ni adalah gambar dah hujung hujung Valley of Fire (Exit). Meaning, kami dah tinggalkan kawasan ni dan memandu balik ke rumah. Korang boleh lah tengok video dekat bawah ni untuk view yang lagi cantik dari gambar gambar ni semua.

Jangan lupa subscribe Youtube channel aku tau. Aku bercita cita besar nak keluarkan video memasak cara melayu di negara orang (resepi aku reka sendiri bagi selera) serta krafting juga! Aku plan nak ajar korang macam mana nak buat duit dari rumah hanya berbekalkan kertas dan printer. Video tu kena edit kaw kaw sebab tutorial kan. So doakan aku berjaya siapkan!

Now, tengah draft post dan gambar masa kami bercuti di Las Vegas. See you on the next post!

Meow.

Moapa Valley, Nevada

Destination summary

Hours: 9 am to 9 pm

Entrance Fees

$10.00 ($15.00 for Non-NV Vehicles)

More info at : Valley of Fire State Park | State Parks (nv.gov)

Comments

comments

Leave a Reply