Hello. Im Back.

After 16 months of total abandonment. Kalau rumah tinggal selama ni dah berhantu pontianak dah (ikut kepercayaan orang kita)

Last tulis blog ni masa Covid mula serang satu dunia. Dekat mana mana pun aku tala muka ni, semua cerita pasal Covid. Tak dinafikan, aku pun jadi takut nak keluar rumah masa tu. Jadi tak ada langusng cerita menarik nak ditulis di sini. Aku jadi agak serabut otak. Risau, takut, ingat dekat keluarga di Malaysia, perniagan online aku dekat sana, what about future, our household financial dan macam macam lagi. So aku mencari cari idea macamana nak bagi diri aku cepat cepat adapt dengan situasi baru yang melanda. Sebab aku jenis TAK suka mengeluh, meratap, complaint and all. Aku cuma nak cari jalan how to live in this “new normal” without have to change aku punya normal too much. Biarlah 100 juta orang mati sekalipun, aku yang masih hidup ni, kena teruskan kehidupan ni. Bukannya harta peninggalan orang orang yang mati dek kerana Covid seluruh dunia tu, wasiat , dapat dekat aku pun kan.
Around May 2020, stimulus cheque (duit bantuan) dari federal government pun keluar. Tapi itu duit rakyat pun. Bukan out of government pocket money. So aku kena manfaat kan betul betul sebab bukan duit free. Itu duit hasil titik peluh rakyat Amareka di cukai, di simpan dan di kembalikan semula kepada rakyat. 1st cheque kami dekat sini dapat $1200 per person. Anak $500 per person. So Mike pass dekat aku lah aku punya portion. $1200 kalau simpan, boleh tahan dalam 4 bulan duit dapur. Lepas tu? Aku tak bekerja dekat sini. Hanya bergantung dekat Mike. Mike pun nazak lah juga dengan duit gaji dia tu lah bayar sewa rumah, bil bil , makan pakai kami anak beranak di sini. Aku duduk fikir memang lah ngam ngam gaji dia tu untuk day to day life. Tapi aku jadi risau sebab due to pandemic, we never know how long he able to keep his job! Memang tak tidur siang malam aku risau.
Aku buat keputusan yang agak risky. Aku nak try buat sesuatu dalam paper crafting. Kebetulan aku memang suka gila dengan party decoration. In fact, dekat Malaysia sana, bisnes online yang aku dah jalan almost 2 years di Shopee & Lazada pun berkenaan party decoration items. So, why not aku buat dekat sini juga, tapi lebih personal and detail.
Memang risky gila. Bisnes aku dekat Malaysia slow down habis. Dari order 100++ sebulan, jadi 20 order sahaja sebulan. Ye lah, sapa nak parti parti hurey hurey time covid oi. Lepas tu aku pulak baru nak start bidang ni dalam orang duduk mati sana sini. Gila. Aku pejam mata beli digital cutting machine Brother Scan n Cut, a few dozen of cardstock, dan macam macam peralatan stationery yang berkaitan lah. Habis dalam $600 juga. Sebelum tu aku buat research dulu melangut dekat Youtube, Pinterest dan Instagram tengok hasilkerja pakar pakar dalam bidang ni. Menjejes jejes air liur aku tengok hasil kerjatangan mereka. Dah tak dapat tidur malam pulak asik mereka reka design pula dalam kepala otak aku ni.
Cut story short, percubaan aku tak sia sia. Aku terus busy dan busy selepas sahaja seminggu aku letak listing dekat Etsy. I keep on going. Never looked back since then. Jadi aku tumpukan 75% masa aku pada bidang yang aku sangat minati ni untuk bayar bil bil, tolong ekonomi rumahtangga dan belanja Mike & Athena (setelah sekian lama aku tak mampu nak belanja mereka berdua sejak aku pindah USA. Sedih kan…). So aku tinggal kan seketika hobi aku dalam bidang penceritaan di blog ini,  to another hobby that really pays. Menulis beratus ribu cerita dekat sini bukan boleh tolong bayar bil letrik, makan pakai aku pun kan. So, begitulah.
Selepas setahun aku adapt dengan kerjaya baru aku ni, sambil sambil jaga Athena, kemas rumah, dan memasak, boleh lah aku katakan aku dah agak selesa dan dah tahu how to manage my time and costing my business material well.  SETAHUN JUGA YA AMBIK MASA. So aku pun kembalilah bukak blog ni, update apa apa yang patut. Aku harap skill menulis aku tak hilang teruk lah.

 

Aku berterima kasih kepada Tuhan kerana bagi aku ilham dan kekuatan untuk aku ubah keadaan hidup dalam keadaan kritikal.

 

Aku berterima kasih pada laki aku Mike kerana beri sokongan moral dan belikan aku perabut kelengkapan seperti meja, kerusi, rak rak untuk aku set up office dekat rumah ni.

 

Aku berterima kasih pada anak aku Miss A yang baik memahami mommynya nak bekerja, berdikari main sorang sorang most of the time dan tak sibuk nak kacau barang barang office aku tak tentu kala. Malah sekarang ni selalu tanya “can I help you”. Dia jugalah menapak ke pejabat pos dengan aku 2 – 3 kali seminggu tak kira panas, salji, ribut. Semoga Athena tahu susahnya nak cari duit.

 

Syukur, syukur, syukur. Kiranya aku ni diantara manusia yang berpeluang membuat keputusan at the right time and and place lah. Alhamdulillah.
So doakan aku rajin update blog ni ya. Hihi. Tapi jangan harap sangat lah kan. Hihi.
Till then, Good to see you reading my writes up again!

 

xoxo.

 

 

 

 

Comments

comments

1 Comment

  1. SGRMSE.

    July 22, 2021 at 7:52 am

    so proud of you for being brave enough to take the plunge and glad to know you’re doing well. don’t look back! the best is yet to come. update more pls!!

Leave a Reply