Hotel Review : Hotel Fontan Reforma, Mexico City

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE

Baru aku perasan aku tertinggal bab review Hotel yang aku dan Mike stay masa pegi melawat Mexico City Januari yang lalu. Itupun sebab dapat email dari Tripadvisor update hits review aku di laman mereka. Memandangkan rakyat Malaysia sekarang sangat advance dalam bab mengembara, so aku pun nak lah sumbangkan sedikit info pasal hotel yang aku stay di Mexico City ni.

Kami stay di Hotel Fontan di area Reforma. Kalau korang baca entri aku yang lepas lepas pasal Mexico City, korang tahu la pasal area Reforma ni ada apa.

review on hotel fontan reforma mexico 15

Hotel Fontan ni dikategorikan dalam 4 bintang. Tapi mesti ingat, 4 hotel tempatan hotel adalah tak sama dengan 4 bintang branded/ chained hotel. Branded chain hotel tu ialah macam Sheraton, Marriott, Best Western, Hilton dan pelbagai nama lagi yang korang tahu memang gah dalam hotel industri.

Kami stay dalam 8 hari di sini. Harga kami bayar dalam USD 40++ sehari termasuk sarapan pagi.

getting there from hotel fontan reforma

Kenapa kami pilih Hotel Fontan ni di sebabkan lokasi dia. Nak kata hotel ni va va voom, memang tak lah. Tapi dari segi lokasi, hotel ni memang TERBAIK dan TERMURAH dalam kelas 4 – 5 bintang yang ada di sekitar Reforma seperti Hilton dan Marriott. Merujuk pada gambar google map kat atas tu, tempat yang aku highlight PINK tu ialah touristy attraction. Yang KUNING tu pulak.. adalah pusat shopping, fine dining, Bangunan lama yang cantik cantik dang macam macam lagi, yang mana korang sure akan lepak situ berjam jam. Berikut adalah ringkasan jarak perjalanan ke ‘must see tourist attraction’ dari Hotel Fontan untuk pejalan kaki seperti kami:

Hotel Fontan Ke:

1) Monument to Revolution 650 meter / 8 minit berjalan kaki

2) Palacio Bellas de Artes 800 meter/ 10 minit berjalan kaki

3) Av Juarez (Tempat shopping dan makan makan)  500 meter / 6 minit berjalan kaki

4) Zocalo & Metropolitan Cathederal  1.7km / 21 minit berjalan kaki

5) Alameda Central Park 400 meter/ 5 minit berjalan kaki

Metro Station untuk train dalam bandar, Hidalgo Metro station memang belakang hotel saja. Pasar malam, restoran macam Subway, KFC dan Carls Junior ada sekeliling hotel. Pendek kata, memang meriah area hotel ni. Kalau kat KL.. boleh lah aku katakan area ni macam kau stay dekat Hotel Istana atau Renaissance lah. Dari situ boleh jalan kaki ke mana mana touristy area di KL.

Bab lokasi, memang TERBAIK.

review on hotel fontan reforma mexico 13

Gambar ni banyak aku ambik masa nak check out sebenarnya. So hotel ni nampak macam decent sikit. Sebenarnya, masa aku check in, ada beratus luggage beg di area lobby dia. Melalui pengalaman aku kerja travel agensi sebelum ni, ini confirm ada group check out lah.

Hotel ni ada dalam 11 tingkat, 246 bilik kesemuanya. Tapi lift ada 2 je. So bayangkan lah masa ada group check out, berjam jugak aku kena tunggu untuk dapat masuk lift. Cuma, satu je yang aku tak puas hati masa ni, aku nampak memang ada staff dia berdiri dekat lobby. Dia boleh je tengok aku dengan Mike terhegeh hegeh tahan pintu lift yang asik nak kacip kami tu. Kami pulak tak cukup tangan, masing masing dengan 2 luggage kiri kanan, bag laptop dan hand carry.

Kalau la pun tak nak tolong angkut bag ke bilik sebab mungkin pengalaman dia tak dapat duit tip dari customer, at least tolong la tahan pintu lift tu. Itu memang aku hangin satu badan.

review on hotel fontan reforma mexico 12

Tapi dalam masa yang sama aku berterima kasih lah dengan pihat hotel ni sebab membenarkan kami check IN awal tanpa extra charges. Masa kami sampai hotel ni dalam pukul 9 pagi. Penat, mengantuk, sakit bahu, sakit belakang jangan cerita lah lepas terbang direct Kuala Lumpur dan transit di LA. So bila hotel allow you to check in early, awal dari standard check in iaitu pukul 2 petang, automatik hotel tu sangat BAGUS bagi aku. Itu kira plus point dalam aspek servis.

review on hotel fontan reforma mexico 14

Staff hotel agak limited dalam berbahasa Inggeris. Tapi masih boleh baca dan faham Bahasa Inggeris. Kebetulan Mike boleh berbahasa Spanish walau tak lancar. So kira masih ok lah kalau bahasa isyarat tangan tak digunakan.

review on hotel fontan reforma mexico 11

Tak ada apa yang ‘WOW’ di lobi hotel. Tapi bersih. Kalau bukan sebab lokasi, aku rasa hotel ni tak la laku kut. Sebab memang agak outdated sikit hiasan dalamannya. Kalau ikut taraf orang yang suka selfie berlatar belakangkan hotel tempat dia tinggal dan menunjuk dia check in hotel tu, aku tak rasa lobi hotel ni akan di pilih untuk tujuan itu.

review on hotel fontan reforma mexico 8

review on hotel fontan reforma mexico 7

review on hotel fontan reforma mexico 10

review on hotel fontan reforma mexico 9

review on hotel fontan reforma mexico 6

Kami di tempat kan di level 7. Keluar lift, ini yang kami nampak. Ruang menunggu di depan lift pada setiap level.

review on hotel fontan reforma mexico 5

Lorong ke bilik kami.

review on hotel fontan reforma mexico

So, ini lah rupa dalam bilik kami, Standard room dengan King Size bed.

review on hotel fontan reforma mexico 1

Perabot memang outdated habis. TV masih TV kotak. Bantal agak nipis tapi keadaan bilik tetap bersih.

review on hotel fontan reforma mexico 2

Cuma view bilik kami memang sangat tak best. Hadap dinding batu semata. Berangan la nak city view sebab cantik juga permandangan city dari hotel ni. Tapi mungkin sebab kami diberi check in awal dari yang sepatutnya, jadi mereka bagi kami bilik yang paling tak best atau yang available pada masa tu. Sebab masa kami check in kan ada big group check out. So rata rata bilik yang ada view best tak cuci lagi. Tapi kalau kau jenis fussy, berlagak ala ala Datin Rosmah, memang kau boleh mintak tukar bilik kalau tak happy. Tapi, laki aku si Mike ni, jenis yang tak banyak kira, janji selesa punya manusia. Dia cakap tak payah nak kalut. Ingat sikit, kau dapat masuk awal 5 jam tu pun dah kira syukur tau?

review on hotel fontan reforma mexico 3

So, aku tak banyak nak komplen kat sini, semua benda basic memang hotel ni sediakan. Toiletries, air mineral percuma (2 botol setiap hari), iron & ironing board semua ada. Cuma staff housekeeping dia memang haram tak paham Bahasa Inggeris. Bila Mike tak ada aku memang pakai isyarat tangan stail talk to the hand gitu.

review on hotel fontan reforma mexico 4

breakfast at reforma hotel fontan mexico

Bila cakap bab sarapan, bila kau stay di hotel brand TEMPATAN, kau memang akan terpaksa berpeluang merasa masakan tempatan lah. English style breakfast item agak limited. Yang ada pun roti, jem, butter dan telur. Yang lain lain memang makanan sarapan orang Mexico. Taco goreng leh, taco bergula lah, Quesadilla lah, Burrito lah. Tapi yang ada ‘khinzir’ tu memang elok je labelnya. So takkan risau terambik lah. Punyalah authenticnya sarapan ala tempatan, sampai susu pun bukan susu haiwan tau, susu yang aku minum sini ialah AIR BERAS kisar di campur dengan serbuk kayu manis.

breakfast at reforma hotel fontan mexico 2

Tapi aku tak suggest makanan sarapan dekat sini untuk orang yang jaga body. Semuanya bergoreng, manis terlajak sarat bertepung dan berkeju. Aku yang tak berapa jaga bodi ni pun tension jugak rasanya.

breakfast at reforma hotel fontan mexico 1

Cuma ada satu pagi tu, aku tak tahu la pasal apa. Mungkin hari tu cakra aura aku tertutup atau pekerja hotel dia period (tapi semuanya jantan). Sekor pun tak layan meja kami. Tak datang tanya nak kopi atau teh, kami terpaksa panggil. Refill pun tak. Kena panggil untuk refill. Nak kata sibuk ramai orang, tak jugak. Sebab bila ada pelanggan lain masuk, elok je mereka layan. Bila lalu meja kami, mereka buat buat tak nampak dan buat buat sibuk tak cukup tangan. Muka pun masa juga masa datang dekat meja kami. Memang pelik betul. Tapi satu pagi je lah. Pagi pada lain lain hari, professional lah mereka ni.

Tiba masa check out, memang aku puji. Smooth je. Mereka aturkan kenderaan untuk kami ke airport dengan bayaran tapi bayar terus pada pemandu teksi, hotel memang tak charge apa apa. Cuma mereka tolong dapatkan teksi (perebet sapu) untuk kami. Tapi sebelum tu mereka juga tolong simpankan luggage kami selepas check out sebab flight kami agak lewat, so kami jalan jalan keliling bandar lepas check out sebelum ke lapangan terbang.

 

Untuk skala 1 – 5, berikut adalah skor aku bagi untuk Hotel Fontan Reforma:

Value for money : 5/5

Food : 4/5

Staff Service: 3/5

Free Wifi in the room : YES

Overall Experience: 4/5

Would recommend : Yes.

 *This review is also posted on Trip Advisor.

 

Hotel Fontan Reforma, Mexico

Av. Paseo de La Reforma No. 24, Cuauhtémoc, Centro, 06040 Ciudad de México, D.F., Mexico
+52 55 5002 6300

 

Comments

comments

Leave a Reply