Living Alaska: Ice Sculptures in Anchorage 2016

Nampaknya aku di rasuk oleh kerajinan untuk mengupdate blog. Tak pernah lagi seumur hidup aku ada blog, aku update lebih dari 3 kali sebulan. Dah tu, nak buat apa lagi kalau tak update blog? Aku bukan ada kerja lain pun dekat sini. Ada la kerja. Kerja aku maintain full set akaun syarikat kecil secara remote. Tapi kerja tu dah macam makanan aku. 2-3 jam pun dah siap untuk sebulan punya transaksi.

Iklan : Kalau ada sapa sapa punya syarikat kecil tapi nak full set akaun syarikat untuk tujuan audit tapi tak mampu nak gaji staff dekat office, boleh la kontek aku di Facebook ā€“ Normi Kahar Goodwin (Nyonya Mansor).

Hidup aku di Alaska ni memang agak kurang meriah. Banyak duduk rumah. Nak keluar pun, sejuk. Suami keluar bekerja. So sesekali dapat keluar jalan jalan, macam best sangat sampai boleh buat blog post. Sayu kan hidup aku? Hahaha.

So, satu malam tu kami ke bandar Anchorage. Mike bagitau ada display ice sculptures di town square. Beria aku nak tengok. Aku sibuk bayangkan mesti meriah macam Pavillion KL tu. Haha. Tapi bila sampai sana, hampeh je. Dataran Shah Alam lagi meriah aku rasa. Meriah dengan mat rempit. Haha. Well, Anchorage ni bukannya ibu negeri Alaska pun. Ibu negeri Alaska ialah Juneau. Nun jauh bersempadan dengan Canada. Aku pun tak pernah sampai lah.

Ice Sculptures in Anchorage 8

Ice Sculptures in Anchorage 1

Ice Sculptures in Anchorage 2

Ice Sculptures in Anchorage 3

Ice Sculptures in Anchorage 4

Ice Sculptures in Anchorage 5

Ice Sculptures in Anchorage 6

Ice Sculptures in Anchorage 7

Ice Sculptures in Anchorage

Walau hampeh macam mana pun, aku kagum la dengan skill ukir ais batu ni. Kalau dekat Asia, hotel hotel dan orang kaya je mampu tempah ice sculpture untuk event apa apa. Dekat sini bersepah atas tanah je. Ini kira sangat kecik la display dia. Mengikut kata Mike, Ice Scuplture show besar besaran akan berlangsung masa Fur Rondy Festival iaitu 26 Feb ā€“ 6 March nanti. Yang itu, insyaallah, kami akan pegi jenguk sekali lagi.

Aku ada sertakan video kat bawah ni. Lengang je kan. Aku rasa Alaska ni sesuai untuk orang yang bersara, dah pegi buat haji di Mekah dan nak duduk beramal ibadat je. Nak besarkan anak pun ok Alaska ni. Budaya lepak, rempit, disko semua tak ada. Nak nampak perempuan seksi tunjuk peha pun payah nak nampak kat sini. Aku tak kata lelaki Alaska ni beriman dan jauh lebih baik dari lelaki di negara lain. Tapi, kalau nak cari bakal suami yang kurang bab duniawi, mai la cari dekat Alaska. Hahaha.

 

Berbalik kepada rakyat Malaysia, aku nampak masuk bulan dua ni ramai kawan dan kenalan aku fly melancong ke serata dunia. Ada pegi Rome, ada ke Jepun, ada ke Turki. Aku tengok je lahhh.. Actually kan, rakyat Malaysia sangat bertuah tau. Kalau korang nak tahu, tambang flight ke serata dunia adalah termurah bila terbang dari Kuala Lumpur. Mike pun akui, bagi dia, terbang kemana sahaja dari KL memang murah gila bagi dia. Kami dekat sini, especially Alaska, nak turun Miami atau Las Vegas pun beribu tambang flight nya. Padahal tak keluar negara pun. Belum lagi cerita nak fly ke Europe dari USA. Jadi, bersyukurlah duduk Malaysia. Hihi. Aku bukan sarcastic tau, aku cakap benda benar ni. Aku tahu la, aku kan rakyat Malaysia. Dulu masa aku belum nikah, aku nak melancong kemana pun tak payah tengok jadual. Tiket murah je, fly. Bila dah menikah dan duduk di USA, nak berjalan kena ikut jadual. Hukhuk. Boleh berjalan di hujung tahun aja.

Ok lah. Cukup dengan cerita sayu. Menyampah pulak aku.

 

8367150290_f64071bebb_o3

Anchorage, Alaska

Comments

comments

Leave a Reply to OGie RaHman on Facebook Cancel