Ini Tahap Boring Aku di Alaska.
Dah almost sebulan aku di Alaska ni. Tapi not much activity around. Ye lah, realiti aku ni bukan macam pelancong. Asal keluar negara je berlambak selfie dan gambar gambar menarik kan. Realiti aku di sini macam realiti house wife yang lain je lah. Tunggu suami balik, tengok tv sama sama, plan itu ini. Plan je lahhh. Rindu dekat rendang ayam masakan mak aku, jangan cakap lah…
Lagipun kan, Wasilla ni asik hujan je hari hari! Mike pulak work, work, work, work, work (sila baca stail lagu Rihanna tu) ye lah untuk masa depan yang gemilang gitu. Aku ni baru je start balik nak walking + jogging, tapi hujannnn manjang. Sekali sekala bila kering, cepat cepat aku sarung kasut lari keluar. I tell you what, summer di Alaska sekarang ni macam musim tengkujuh di pantai timur semenanjung. Hujan. Sejukkkk je kaki tangan aku ni.
Paling best pun kalau Mike punya masuk kerja lewat. So dia sempatlah buatkan kopi untuk isteri dia ni. Eh, jangan cakap aku mengada buat suami hamba lah. Masalahnya bapak dia dah 40 tahun buat benda yang sama dekat mak dia. Bawak secawan kopi panas awal pagi ke katil untuk isteri dia. Tak kira lah semalam, 2 – 3 hari lepas argue menengking nengking naik darah sotong orang tua tu. Esok pagi je, tetap bawakkan secawan kopi panas ke katil.
Almost 3 weeks aku kat sini. Toksin badan pun dah almost out from my system. Senang je nak tahu – bila aku mampu bangun seawal 5am, maksudnya sistem dalam badan aku baik la tu. Hahaha. Sejak beberapa hari lalu aku dah start walking + jogging balik keliling kawasan perumahan mentua aku ni. Aku pun kadang kadang tak percaya aku keluar walk jog pukul 6.30 pagi. Seumur hidup aku di Malaysia aku tak pernah buat benda ni tahu?
Aku buat morning walk+jog ni pun bukan sebab nak kurus. Aku dah pasrah yang bila dah capai certain usia, berat badan tu macam statik, takkan turun. So, apa ya ng aku mahu hanya bagi stamina up sikit untuk nak menapak napak ukur jalan in the future. Masa kat Shanghai hari tu teruk betul. Cungap cungap macam mengalahkan umor 75.
Aku rasa aku dapat agak kenapa aku senang nak buat benda benda yang aku tak nak buat masa di Malaysia kat sini. PERSEKITARAN. Persekitaran tu memang betul betul main peranan lah. Morning walk dekat sini macam… kau tengok tak cerita dongeng Snow White bila dia menyanyi kat hutan semua binatang datang dekat dia? Ha, itu lah perasaan aku setiap kali aku morning walk kat sini.
Punya lah sunyi dan damai, aku rasa nak berjogging bogel pun boleh ni. Kalau kat Malaysia mesti seram kan jogging tempat sunyi. Tapi dekat sini, damai dan sunyi tu adalah satu kemestian. Cuma kadang kadang adalah anjing jiran menyalak kat kau bila lalu depan rumah depa. Tapi round ke dua, dia buat tak tahu dah.
Tepi kiri kanan jalan ada a few jenis bunga rumput yang tak pernah aku lihat selama ni. Bunga rumput. Bukan bunga. So aku dengan jakunnya ambik gambar setiap satu. Sesekali lalu juga kereta orang kat jalan tu. Mesti depa ingat aku ni player Pokemon Go. Tapi mereka tak pernah miss angkat tangan dan senyum dekat aku sebagai greetings dari manusia kepada manusia yang lain.
Well, aku pernah juga jogging masa dekat Malaysia. Tapi belah petang la. Tapi TAK PERNAH lagi aku jogging tanpa gangguan nakal dari kaum adam. Paling sikit mereka bersiul. Im not trying to say that I am hot. Tapi, itu lah, GANGGUAN. Padahal masa dekat Malaysia, aku jogging HAMPIR ikut terma syariat JAKIM pun tak sunyi dari gangguan. Dekat sini aku ikut la pula terma pakaian jogging stail mat salleh. Nampak ketiak lurah semua la kan. Tapi aku tak dengar apa apa selain dari derap tapak kaki aku sendiri. Ada je aku lalu rumah jiran, ada lelaki tengah repair kereta dan bawak anjing depa jalan. Seperti yang aku cakap tadi – Persekitaran. Persekitaran tu amat penting dalam membentuk diri.
All in all, it’s a slice of heaven here. Hidup cara kampung memang zen. Dulu aku ni gadis KL (belajar, kerja di KL) sangat sangat banggakan kehidupan metropolitan dan style. Sapa sangka, Alaska has humbled me dan buat aku fikir balik betapa sia sianya apa yang aku suka buat dulu. It must be the air. The air here changed me to who I am now. Kalau kau nak rasa udara yang lain dari yang lain, datang lah Alaska. Aku kalau keluar rumah tarik nafas kat sini, rasa macam tak nak lepas keluar. Memang lain rasa dia.

Masa aku jogging jogging, tertimbul dekat benak aku ni, tanya diri sendiri, – mimpi ke? Tak pernah seumur hidup terfikir untuk menikmati dan menghargai keadaan yang aku lalui kini. Tak ada pangkat & darjat, tak mewah & berduit macam orang lain, tapi aku tetap rasa kaya (rasa penuh). Haha.
Aku akan rindukan Alaska sangat sangat bila kami dah pindah keluar dari sini. Tapi aku tetap berharap yang kami dapat kembali ke Alaska sekerap mungkin lepas ni.
Wasilla, Alaska
Hasimah Ismail on Facebook
July 25, 2016 at 12:27 ambest jgak baca cerita awak normi
Normi Kahar Goodwin on Facebook
July 25, 2016 at 12:28 amTerima kasih Sebab sudi baca ☺️
Leya Faizal on Facebook
July 25, 2016 at 12:42 amBaca pon dah terasa damainya di Alaska tu apatah lagi kalu jejak kaki si sana. 🙂
Normi Kahar Goodwin on Facebook
July 25, 2016 at 12:44 amInsyaallah. Saya dulu pun tak pernah terfikir sampai sini. Paling nak pegi dulu pun Bali indon je…
Zakri Hd on Facebook
July 25, 2016 at 1:40 amAlaska best pasal banyak hutan.. takde ular, selamat.. Tapi Ada beruang ler pulak.
Thanks for sharing your experience!
Normi Kahar Goodwin on Facebook
July 25, 2016 at 2:48 amSexists at its best…
Fadlina Mokhtar on Facebook
July 25, 2016 at 3:03 amDok baca cerita alaska u ni,tetiba teringat cerita proposal si sandra bullock berlakon tu.lawooo kg laki dia tu.
Norita Hashim on Facebook
July 25, 2016 at 8:42 amBestnyer Normi Kahar Goodwin..rasa nk pg sama.ada ke homestay sana?ha3 …just joking..
Normi Kahar Goodwin on Facebook
July 25, 2016 at 10:05 amNorita Hashim ya rumah adik ipar
Norita Hashim on Facebook
July 25, 2016 at 8:44 amAurora tu d langit alaska ke..maaf ..sbenarnya nama negara yg blh nmpak aurora ni lupa
Normi Kahar Goodwin on Facebook
July 25, 2016 at 9:52 amYa. Tapi Dari bulan 9 ke bulan 2 je. Sebab masa tu Alaska Ada malam.
Norita Hashim on Facebook
July 25, 2016 at 10:06 amOh…gitu..
Ogie Rahman
July 28, 2016 at 2:54 amDi sana byk pokok pokok menghijau…sudah pasti udaranya bersih dan nyaman…persekitaran yang bersih dan damai boleh buat jiwa yg kacau bilau tenang..
heartboxx
July 31, 2016 at 12:49 amGituuu…