Jalan Jalan di Las Vegas Part 5 : Taman Bunga di Padang Pasir

Salam 6 Ramadhan.

Aku tahu korang takkan berminat dengan post basi aku buat masa sekarang sebab korang lebih berminat membaca serta share postings about probe on Najib’s 1MDB, Handbag Birkin Rosmah, Menu berbuka puasa, biskut raya serta Tips macamana nak tampil menang gaya di 1 Syawal nanti.

Tapi, aku gagahkan juga untuk cukupkan quota update 4 post dalam sebulan. Post ini ini adalah post yang ke empat. Hahaha. Berjaya.

Mood agak tak berapa bersemangat di bulan puasa ni. Emosi tak berapa happy bila berpuasa di negara orang. Pada mereka yang tertanya tanya pasal keadaan aku berpuasa di Alaska, boleh rujuk pada post aku yang terdahulu di SINI. Terus terang aku cakap, aku dekat sini tak ke masjid untuk Tarawikh macam korang yang tak pernah miss setiap malam, 30 hari sebulan kan.

Aku nak habis kan post Las Vegas 2nd trip ni so that I can share my stories on Grand Canyon and Hoover Dam. So ok, macam yang aku bagitau sebelumnya, one of the activity in Las Vegas is the Hotel Lobby hopping. You should visit all the luxury 5 star hotel and resort in Las Vegas because you never know what you might encounter at their properties!

Hotel Bellagio. Selain dari water fountain show yang sangat vass, mereka juga ada anjurkan exhibit and showcase di hotel lobby mereka. Masa aku pegi on March 2018, mereka ada anjurkan pameran bunga sempena hadirnya spring season. Bukan bunga plastik ya. Tapi memang bunga segar. Serious aku cakap dekat kau, I was extremely amazed by the displays. The main flowers were hydrangeas (one of my favorite flower besides lily and roses) and TULIPS. Selama ni aku asik berangan nak tengok tulips di Turkey. Tak sangka impian aku tertunai di gurun Las Vegas. Ha.

Tapi sakura tu pastik lah. haha.

Well, setelah kau stress berjalan di kalangan ramai orang di area The strip ni, asap rokok di area mesin judi, tiba tiba dapat relax di taman bunga lengkap dengan irama muzik terapi serta bunyi air yang mengalir. Sesuai sangat.

Seperti biasa, untuk dapat gambar tanpa orang dalam frame shot kau amatlah menuntut kesabaran. Orang memang ramai lah kan. Bukan dekat sini saja, di mana mana ramai orang kalau di Las Vegas ni. Jadi kalau kau betul betul tak nak ada orang dalam gambar kau, kau kena ambik masa termenung sekejap lah.

And this reminds me of Te Fiti in Moana.

Tengok, ramai sangat manusia. Anyway, sejuk sekejap kepala otak aku masa dapat melawat tempat ni.

Apa sahaja exhibition dan showcase dekat hotel hotel di Las Vegas, akan sentiasa bertukar tukar. So aku tak boleh nak gerenti yang bila kau datang Las Vegas, kau dapat tengok benda yang sama apa yang aku dapat tengok. Benda ni bukan annual event. Depa ni akan tukar sesuka hati. Janji dapat WOW pengunjung yang datang. Kiranya, setiap orang yang datang Las Vegas ni, akan sentiasa bawa balik kenangan serta cerita yang berlainan setiap masa. Takkan ada yang sama. Itulah keistimewaan kunjungan ke Las Vegas

By the way, semua gambar trip aku sekarang, diambil menggunakan Galaxy Note Fan Edition. I am no longer using slr. So itu je lah yang aku nak cerita untuk posting kali ini. Terpaksa short and sweetkan. Sebab korang mesti gelabah nak baca posting pasal Najib 1MDB sama Rosmah.

Enjoy the pictures.

Las Vegas

Comments

comments

Leave a Reply