Jalan Jalan di Las Vegas – Part 5
and Hooverdam.
Salam Musim Durian. Bukan main lagi korang upload gambar gambar durian secara close up di Facebook dan Instagram ya…Seksa jiwa raga aku.
Malas sungguh nak menghabiskan cerita lama lama ni. Ini bukan cerita basi lagi dah. Ini dah macam cerita sejarah. Tengok balik gambar pun, Athena Sophia macam baby sangat. Sekarang dah kencang berlari kesana kemari. Betis pun bukan main lagi lebam sana sini sebab tersadung, langgar, jatuh 18 kali sehari.
Ok, straight to the point. Post kali ini merupakan trip aku yang paling last ke Las Vegas sebelum kali fly ke Alaska. Memang sengaja lepak Vegas sebab kami fly to Alaska from McCarran International Airport (LAS). Sekali dengar macam Mek Karan airport gitu.
Seperti pendatang yang lain..aku juga teringin nak melawat places of interest dalam pelancong punya list. Kalau ikut kan kepala botak, memang dia tak hingin. Tapi aku hingin. Jadi aku cakap dekat ipar aku, aku nak tengok Hoover Dam (empangan air Hoover). Jadi mereka pun enroute lah sikit ke Hoover Dam kasi aku tengok. Memang betul betul kasi tengok je tau. Tak ada la berhenti masuk dalam macam orang lain. Memang lalu sahaja dan stop kejap dekat parking lot. Huhu. Sedih. Lagipun masa kami sampai situ dah almost 5pm. Waktu lawatan almost over. Tapi memang ramai la orang dekat situ. Macam pasar malam lagaknya.
Jarak dari Hoover Dam ke Las Vegas adalah 53km. Jadi kalau korang pegi ke Las Vegas, banyak tour booth jual tour untuk melawat Hoover Dam berserta Grand Canyon West Rim yang ada skywalk tu. Aku suggest belilah.
Tak banyak gambar aku dapat ambik masa dekat Hoover Dam. Tapi gambar apa je pun yang nak di ambik. Memang empangan air je kut.
Selain dari jana elektrik, air dari empangan ni menyalurkan bekalan air kepada 3 negeri iaitu Arizona, Nevada dan California. Negeri padang pasir la senang cerita. Anggaran penduduk ketiga tiga negeri ni 20 million. Kalau baca news dan artikel, air dalam empangan ni juga banyak sangat dah surut. Talk about Hoover Dam, baru aku ingat yang kita semua tak ada pun beria melawat empangan di negara kita sendiri. Apa lah.
Cuma paling gayat bila tengok jambatan yang merentasi empangan air ni. Memang kau akan lalu pun. Tapi tak sangka setinggi tu jambatan dia.
Angin dekat sini sangat kuat. Peganglah kamera phone korang ketat ketat kalau ambik gambar di pinggiran tebing. Takut terbang phone korang nanti.
Athena Sophia tidur masa kami dekat sini. So tak dapat nak bawak dia bergambar dekat sini.
Kami stop sini dalam 30 minit sahaja. Lepas tu sambung balik perjalanan kami ke Las Vegas. Kali ini kami stay dekat Luxor Hotel. Yang berbentuk Pyramid tu. Di bawah aku kepilkan beberapa gambar untuk tunjuk keadaan dan keluasan bilik standard;
Yes. Sangat luas. Padahal kami bertiga saja. Ipar aku sama suami dia stay dekat Ziggurat Tower. Bukan yang pyramid ni. Sebab Kakak ipar aku takut nak naik lif condong Pyramid ni. Apa lah.
View dari balkoni tingkat 15 kami. Aku tak kan cerita banyak pasal Hotel ni sebab aku dah buat Live Facebook dari hotel ni dan cerita secara detail pasal rupa paras Luxor Hotel. So mostly semua dah cerita. Haha. Siapa berminat nak tahu cerita aku Live dari USA, boleh lah follow Facebook aku dan Instagram. Sebab boleh dikatakan aku update sana setiap hari dan akan Live secara langsung bila aku pegi mana mana yang agak menarik.
Esoknya kami menapak mencari Welcome to Las Vegas sign. Kata orang, macam wajib la bergambar dekat situ kan. So menapak lah kami dekat 3-4 kilometer semata mata nak bergambar dengan sign board.
Masa dekat nak sampai, dari jauh kami nampak tu dia, panjang queue beratur. Botak siap nak patah balik. Kata dia cukup la dah tengok kan. Dia memang takkan beratur. Tapi aku berkeras juga nak bergambar sebab dah berpeluh ketiak untuk sampai sini.
Boleh je kau nak bergambar dengan sign board welcome tu. Cuma, bila tak beratur, kau tak dapat la berdiri tengah tengah atas rumput ala padang golf tu. Ah, bagi aku, center tak center tu tak penting. Janji ada dalam gambar. Ye tak?
Kalau kau nak center boleh, tapi side “come back soon” sebelah satu lagi. Satu manusia pun tak berminat nak bergambar dekat sebelah sana. Haha.
Lepas tu kami menapak balik ke hotel, pusing pusing dalam Mandalay Bay. Buang karan. Tak banyak benda la kami buat sebab boleh dikatakan kami dah jelajah hampir 70% area Las Vegas ni (boleh rujuk post aku yang sebelumnya). So lawatan kami yang last ni kira sangat santai la.
Lepas rehat rehat, petang tu kami mencari cari tempat nak dinner.
Restoran ni nama dia Dick’s Last Resort. Kalau makan dekat sini korang dapat pakai topi kertas panjang semeter. Aku pun tak tahu apa function topi kertas tu. Buat bungkus makanan tak habis ke apa aku tak pasti. Haha.
Tapi kami tak makan dekat sini. Haha.
Kami makan agak jauh sikit. Sambil sambil explore side yang kami belum jelajah lagi. Sambil sambil tu kami cari mana Hard Rock Cafe Las Vegas. Saja nak tahu lokasi. Next time bila ada member member nak kirim barang HRC, at least aku dah tau mana. Iaitu seberang jalan New York New York Hotel, belakang MGM Resort.
Kalau kau nak beli souvenir murah dekat Las Vegas, pun dekat area ni. Tapi mostly “made in China la” Tapi murah sangat. T-shirt Las Vegas 4 helai hanya $10. Fridge Magnet tak silap aku pun mereka jual bundle. 5 pieces for $12 rasanya. Semua ni belakang MGM Resort, seberang jalan dengan New York New York Hotel.
Saja aku post suka suka apple ni sebab nampak sangat lazat. Tak beli pun. Kau boleh beli ni dalam New York New York Hotel. Candy Apple ni kira macam signature untuk New York City la. Cantik sangat tak lalu nak makan. Sebenarnya aku pernah makan apple celup macam ni masa dekat Osaka. Susah nak makan kau tahu? Lagi lagi bila ada kacang kacang, M&M’s bagai. Confirm akan berterabur lebih dari masuk mulut. Tapi kalau korang nak cuba, apa salahnya. Bukan selalu datang sini kan.. ataupun, tunggu je lah bila korang betul betul pegi New York City.
Selebihnya kau boleh tengok Video yang aku ambik pada sebelah malam, pusing pusing lepas makan malam.
Dengan ini, aku secara rasminya, mengisytiharkan yang aku berjaya habiskan segala cerita trip aku jalan jalan di Arizona – Nevada sepanjang bulan Febuary – Mac 2018. Yahuuu!
Pagi esoknya kami dah dekat airport McCarren, Flight pukul 10AM. Dekat sini pun ada mesin judi. Berjudilah sehingga titisan duit USD yang ada dalam poket.
So itu je lah trip last kami 2 malam di Las Vegas. The end.
Las Vegas, Nevada
Leave a Reply