Kenali Jella, Beauty Vlogger, Youtuber KOREAN yang berkulit GELAP
Aku bab orang kulit putih melepak ni, tak heran sangat. Alhamdulillah aku BUKAN diantara melayu atau orang Asia Selatan yang gila nak putih sampai sanggup telan klorox. Tapi aku tak lah juga cemburu pada mereka yang punya kulit putih melepak. Anak aku sendiri pun berkulit cerah dek kerana berdarah campuran sebelah bapanya Poland-Jewish-English. I have no issue with fair skin people. Cuma aku menyampah pada mereka try hard sampai jatuh bodoh – makan, suntik, sapu produk beracun semata mata untuk putih.
Tapi segala permasalahan dan kelebihan dalam konteks kecantikan seorang wanita yang paling asas bagi masyarakat Melayu serta Asia Selatan, ialah kulit CERAH. Kalau lagi mayat lagi cantik katanya. Kau tengok lah insta famous orang kita, kalau tak putih macam kertas A4, memang tak ramai la followers. Disebabkan itu, aku tak heran nak follow atau ambik tahu pasal mereka ni. Bagi aku semua ni stereotype. Asal putih je, cantik.
Sedang aku cuba cari video tutorial macamana nak pakai portable steamer iron yang aku beli bulan lepas di Amazon, terlintas satu imej yang cukup menarik di mata aku ni. Padahal aku ni perempuan. Tergamam aku dibuatnya.. Hahaha. Menarik, unik, eksotik. Itu lah dia gambaran yang aku boleh bagi pada minah beauty vlogger ni.
Nama dia Jella. Nama penuh aku tak tahu. Tapi apa yang buat aku tertarik untuk belek pasal dia ialah, dia ialah pure KOREAN. Hahahaha. Orang Melayu sibuk nak putih macam Korean..pakai produk Korean.. Tapi, bagi aku, Korean yang paling cantik pernah aku jumpa pertama kali ialah budak Jella ni lah.
Ini link Instagram dan Youtube dia. Make up tutorial dia agak simple tapi cantik. Shading tak beria. Maklumlah orang dah cantik kan… Tapi sayang dia memang cakap Korea lah. Tak ada English langsung.
INSTAGRAM > KLIK HERE
YOUTUBE > KLIK HERE
Punya lah stereotype, aku letak gambar Jella ni di Facebook, mintak kawan kawan teka. Satu pun tak sebut KOREAN. India lah, Melayu lah, Vietnam lah. Nampak sangat gelap tu tak sesuai dengan Korean.
Jadi, kepada gadis gadis melayu yang berkulit sawo matang, coklat serta gelap, boleh la follow Jella ni untuk tatarias kulit gelap tapi sangat cantik. Hentikanlah consume produk sampah untuk putih mahupun minum klorox.
Sekian. terima kasih.
Leave a Reply