Labu (Labi) Kelakar di Pekan Comel Bernama Carefree, Scottsdale, Arizona
Aku skip sekejap pasal pengalaman perjalanan aku dari Seattle ke Arizona ni since aku tak sabar nak bercerita pasal Arizona ni. Lagipun dah hampir sebulan aku kat sini. Ada lah berpeluang keluar berjalan jalan time Botak off day.
Buat masa sekarang, cuaca di Arizona agak nyaman sejak masuk bulan November. Mungkin sebab dah masuk musim sejuk kan. Tapi jangan nak berangan lah snow bagai. Tapi temperature dah menurun, sejuk sikit dari Malaysia. Rasa macam dekat Malaysia pun iya, sebab sehari dua ni Arizona hujan. Cuma satu je aku puji cuaca di Arizona ni. Walau padang pasir, panas melantun, tapi dia sentiasa berangin. Kau berteduh je dekat mana mana shades, bawah pokok atau tepi bangunan – zupp.. angin dia sejuk immediately. Tak ada bahang langsung.
Setakat ni aku dan botak tak ada plan lagi untuk beraktiviti di luar seperti kami di Alaska. Pertamanya, Botak baru masuk kerja. Keduanya, aku dah tak berapa boleh nak panjat panjat..maklumlah, kebuntingan. Kalau nak kira, first tempat kami nak pegi berkemah ialah Grand Canyon. It just 6 hours drive from Mesa, Arizona. (Kami tinggal di Mesa buat masa sekarang ni).
Aku tak nafikan, for the first 2 weeks di Arizona, aku macam menyampah. Cuaca dia panas dan tak berapa cantik. Tapi ye lah, tak kenal, macam mana nak cinta. Tapi sejak aku keluar berjalan jalan ke bandar bandar berdekatan, boleh tahan juga la Arizona ni. Best la dari Ulu Klang atau Slim River Perak tu.
Setakat ni kami dah melawat Phoenix, Gilbert, Mesa, Tempe dan Scottsdale. Walau Phoenix merupakan state capital for Arizona, tapi kalau nak meriah suasana, haruslah ke Scottsdale. Scottsdale bagi aku macam Beverly Hills gitu. Untuk para kaki shopping, senang cerita aku bagi tau dekat sini ada Sephora outlet besar dan H&M. Tak payah la aku nak cerita bab kedai kedai lain. Kau dapat agak la kan?
Kami tak truly spend banyak masa di Scottsdale except, we stopped for lunch. Nanti bila ada masa, akan pegi lagi. Tapi apa yang aku nak cerita ni ialah bandar kecil bernama Carefree yang terletak 38 minit dari Scottsdale.
Kena dengan namanya (Carefree), perjalanan menuju ke pekan Carefree sangat carefree lah. Bebas dan tenang. Rasa macam kau strolling around resorts property. Actually dekat Carefree ada Golf Resort sangat cantik bernama The Boulders. Kalau di kawasan luar bandar Alaska merupakan halatuju retiree, Pekan Carefree pun sama jugalah. Dekat pekan ni kau takkan nampak sangat remaja hipsters. Kebanyakkan golongan berkeluarga serta orang tua beruban dengan kereta convertible mewah menikmati angin petang. Very carefree style gitu.
Salah satu tarikan di Carefree ni ialah Desert Garden (Taman Padang Pasir). Sambutan perayaan keagamaan atau just for fun boleh dilihat di sini. Alah, macam kau pergi Sunway Pyramid atau Pavilion – asal Raya je, dekorasi Raya, Christmas dengan dekorasi Christmas etc. Ikut tema. Kebetulan masa aku pegi sana, merupakan bulan Halloween (Oktober). Jadi tema dekorasi dan aktiviti nya berkisar kepada labu oren cute serta hantu hantu comel di sepanjang bulan Oktober.
Masa aku sampai sini, aku happy gila. Tengok kedai comel berderet deret disertai dengan kemeriahan aksi pengunjung berpakaian ragam. Mostly kedai dekat sini merupakan kedai souvenir dan art gallery.

Keunikan Desert Garden ialah tempat ini mempamerkan art skill yang bagi aku, seriously artsy but fun. Bukan main main punya art skill tau. Seperti yang aku katakan tadi, bulan Oktober merupakan bulan sambutan Halloween, jadi seluruh kawasan Desert Garden ni di hiasi dengan labu berekspresi. Terjerit jerit aku sebab tak tahan dengan kecomelan lakun semula labu labu ni. Segala mimik muka dan perletakan labu labu ni mampu menyampaikan penceritaan. Tapi serious aku cakap, kalau mak aku tahu ni, mesti dia marah. Takut nanti baby dalam perut ni terkenan pulak dengan muka muka labu dekat sini. Aku pun teringat jugak. Gosok gosok perut. Tapi aku tak berani cerita dekat Botak tentang kepercayaan karut bangsa Melayu yang masih ada dalam diri aku ni. Nanti panjang pula bebelan dia.
Dekat Taman ni memang ramai la budak budak kecil comel. Tapi aku nak ambik gambar curi curi, takut mak bapak diorang pelik pula kan. So aku snapped yang mana dapat saja. Aku cakap dekat Botak, tak sabar nak bawak anak kami dekat sini satu hari nanti, berphotoshoot sakan dengan costume comel.

Memandangkan Arizona ni dulu merupakan wilayah Mexico, most of the building and house architecture style nya adalah ala Mexican. Tak payah pegi Mexico. Dekat Arizona ni pun dapat tengok dah. Spanish Village ni bukan betul betul perkampungan Spanish. Cuma company tu nama nya Spanish Village. Di bawah Spanish Village ni ada cafe, Spa, kedai souvenir dan macam macam lagi.
Enjoy the rest of the cuteness overload image by Hallowen Pumpkins!!
Ok lah, aku rasa banyak gila gambar untuk post kali ini. Nanti aku sambung cerita lagi.
Carefree, Scottsdale Arizona.
Arnida Shariff on Facebook
November 5, 2016 at 12:57 pmmmg mak buyung kene selawat byk2 tgk muka2 labu ni.