Lazy Cook : Baklava di Hari Raya

Salam Syawal ke 5, semoga korang horey horey lah hendaknya.

Aku dekat sini macam sedia maklum lah, beraya di Alaska memang sendu banyak. Tapi aku bersyukur sebab dalam sendu sendu aku, makan pakai masih cukup. Ada orang lain, berpuasa sepanjang tahun kut. Catu makanan.

Cerita pasal raya, memang kalau tak masuk cerita pasal biskut raya, memang tak sah kan. Aku sebetulnya memang ada la jugak bercadang untuk buat biskut Tart Nenas, which is my all time favorite. Tapi bila fikir nak kena uli uli, peram, then bakar berulang ulang, aku jadi terbantut. Dah la mood nak raya sangat sendu, ini kan pula nak duduk dapur berhari hari bakar biskut. Kalau dekat Malaysia, memang senang tunjuk tunjuk bayar je kan..

Selain dari tart nenas, actually aku ada satu lagi kuih kegemaran aku. Tapi agak luxury sikit kelasnya. “Luxury” sebab di Malaysia, harganya sangat mahal dan saiznya hanya besar ibu jari. Kalau beli, memang sorok makan soranglah kan. Kuih yang aku maksudkan ialah Baklava. Sejenis manisan pastri dari Turki.

Bila aku dekat USA, boleh aku katakan, dorongan untuk mencuba sesuatu yang baru dalam baking mem baking amatlah luarbiasa. Bukan apa, bahan bahan nya senang untuk didapati dan murah harganya. Jadi aku telek telek resepi cara membuat Baklava. Mak aih, bahan bahan dia sangatlah simple dan cara pembuatan nya pun agak simple juga. Jadi aku pun bagi lah list pada botak untuk beli bahan bahan untuk membuat Baklava tersebut.

~~~~~~~Bahan bahannya ialah:~~~~~~~~~~

Sekotak Phyllo/ Fillo dough (dalam tu ada 40 sheets/ pastikan thin sheets) – aku tak pasti benda ni ada dekat Malaysia atau tidak. Tapi aku pernah beli Baklava di The Curve punya la mahal. So meaning ada la kut jual dekat supermarket macam Ben’s or Jaya Grocer.

Butter – standby lah dalam 500 gram : Cairkan

Madu – 1/2 cup (125 ml)

Gula – 1 cup (250 grams)

Lemon Juice – 2 table spoon

Air – 3/4 cup (180ml)

Walnut + Pistachio – half kilo : mesin bagi halus (korang boleh pilih either walnut or pistachio. Tapi aku campur sebab saja saja suka)

Cinnamon powder – 1 teaspoon

~~~~~~~CARA CARA~~~~~~~~~~

Mula mula kena buat sirap nya dulu. Combine gula + madu + air + lemon juice dalam periuk dan masakkan dengan api sederhana sampai gula larut dan adunan menggelegak. Angkat dan ketepikan. Sebab kita nak guna benda ni bila dia dah sejuk. Jangan masa menggelegak ya.

Walnut dan Pistachio yang di kisar tadi campurkan serbuk cinnamon (kayu manis) gaul sampai rata.

Kemudian, butter kan dasar pan empat segi. Pan ni kalau boleh yang paling besar semuat oven kau. Sebab bila kau pakai medium size, kau kena potong Phyllo Dough ni ikut saiz pan kau. Membazir je buang yang lebihan tu. Kerja pun jadi payah sikit lah nak ukur mengukur.

Masukkan Phyllo sheet tu sekeping demi sekeping. Setiap keping mesti di butter kan ya (pakai berus la). Kena butter secara menyeluruh, Or else tak melekat nanti. 1st kau masukkan 10 keping, then baru letakkan kacang yang di kisar. Kemudian lapis kan lagi Phyllo sheet satu per satu (jangan lupa butterkan setiap keping!) sampai 5 keping then, masukkan lagi kacang kisar. ulang proses 5 keping selang kacang. Lapisan paling last untuk tutup kacang mesti 10 keping sama macam yang paling bawah. Kiraan dia macam ni:

10 – kacang – 5 – kacang – 5 – kacang – 5 – kacang –¬† 5 – kacang – 10 = total 40 sheets

Cuma aku nak pesan, sapa yang selalu main candy crush, level yang kau kena capai target sebelum masa time out, akan tak ada masalah dalam proses melapis Phyllo sheet ni. Kau tau kenapa? menatang alah ni cepat kering lah oi! kau terhegeh hegeh, Phyllo sheet ni akan jadi keras selamat tinggal ok? so kerja kena pantas dan kemas. Tak pun, tutup Phyllo Sheet ni dengan kain/ tisu lembab supaya dia lambat kering.

Aku ingat simple la kan. Rupanya proses layering the sheet ambik masa dekat dengan 2 jam. Kah kah kah. Padan muka aku kejung dekat kaunter dapur.

Bila dah siap, (jangan lupa tekan tekan sikit bagi mampat), potong siap siap mengikut kegemaran korang nak bentuk apa.

Masukkan dalam oven bersuhu 325F / 165C selama 1 jam 15 minit.

Bila dah masak, time panas panas tu jugak kau siram sirap yang dah disejukkan tadi. Pastikan bunyi macam “tsssssttt” sikit menunjukkan lapisan Phyllo dan kacang garing dan rangup. Kau nak hias dengan linangan coklat cair ke, buah ceri ke, itu kau punya pasal. Aku kosong gitu je.

Jangan makan dulu, bagi sirap tu meresap dalam 3-4 jam baru kau makan. Tapi kalau nak lagi sedap, semalaman. Baklava ni tahan 1 – 2 minggu ya.

Lazat.

Apa yang aku boleh katakan, buat sendiri memang lagi sedap dan puas hati dari beli. Beli memang mahal sebab proses nak buat dia rupanya makan masa dan memerlukan kesabaran. Dekat Las Vegas, harga sepotong adalah $6. Dekat Malaysia, saiz sebesar ibu jari x 5 keping adalah RM 15. Tambah lagi, bila beli, orang ramai nak untung, mereka letak gula lebih dari madu membuatkan Baklava manis sampai kancing gigi. Kadang kadang kacang walnut atau Pistachionya hapak entah tahun bila punya stok. Bila buat sendiri, kita tak lokek dan masukkan madu mengikut sukatan, jadi manisnya sangat la berpatutan. Dan bila buat sedulang gitu, kau makan lah sampai muntah dan tak kisah berkongsi dengan orang lain.

Mak mertua aku terus addicted dok ulang makan Baklava yang aku buat, siap bawak bekal ke tempat kerja dia. Aku harap dia tak lupa suntik insulin  (dia ada diabetes). Bertuah sangat dia ada menantu macam aku kan?

Jadi, selain dari ketupat, lemang dan rendang segera, aku sambut raya dengan Baklava sebagai manisan yang menyuntik sedikit rasa bahagia di Aidilfitri untuk aku di perantauan.

Cubalah.

Klik sikit dekat iklan dalamm posting ni sebagai tanda penghargaan korang aku share resepi di belog ni. Hehe. TQ.

Comments

comments

Leave a Reply