Lazy Cook : Chicken Nandos with Air Fryer
Hi, masak apa tu? Dah lama tak post pasal masak masak. Macam lah aku ni expert dalam masakan. Expert juga. Expert untuk level orang malas masak. Gitu.
This is the longest time I’ve been away from home, Malaysia. 1 year. Due to Green Card application, I am unable to leave the country until I get the result. Setengah belog yang aku baca, the waiting period is 1 to 2 years. So this is going to be a problem for me.
Setakat masak sendiri masakan kari, kurma, rendang, tomyam memang tak ada masalah. Tapi bila jarak penantian lama macam ni, tekak kau mula merindu Masakan Franchise restaurant yang ada di Malaysia macam NANDOS, Johnny Steamboat, Mc Donalds dan segala mak nenek yang ada dekat Malaysia tu. So, ini merupakan masalah bagi aku. Sebab aku bukan rajin nak menyediakan, memproses bahan bahan untuk come up with the same taste lah kan.
Tapi Alhamdulillah, untuk Chicken Nandos, mereka ada jual sos peri peri mereka di seluruh dunia. As well as their chicken rub! Terima kasih AMAZON. Walau harganya agak sedikit mahal, tapi murah lah dari pos direct dari Malaysia ke USA tu. Masih lagi mampu.

Cuma, kelainan di sini nak aku cerita ialah aku masak guna Air Fryer. Mudah serta dapur tak berkecah. Aku suka lah kan. Aku rasa korang yang punya keluarga yang besar pun boleh pakai cara ni. Nandos sepinggan with 2 sides mencecah RM20++. Kalau berlima? Bersepuluh? Tak ke mahal.. Jadi kalau rasa nak makan Chicken Nandos tu, boleh la kut beli ayam sekor dan buat macam ni.
Mula mula tabur chicken rub powder Nandos pada ketulan daging ayam.
Kemudian masukkan sos peri peri pilihan korang. Aku guna Lemon & Herb untuk perapan. Perap at least 4 Jam. Aku selalunya semalaman. Esok nya baru masak. Tak perlu masukkan garam atau benda benda lain dah. Senang ke tidak?

Masuk dalam air fryer. Aku masak seketul sahaja sebab makan sorang. Tak ada orang berminat nak makan Chicken Nandos dekat rumah ni. So kalau korang jenis masak satu keluarga, boleh la masukkan sebelah ayam dalam ni.
Since aku seketul sahaja, aku masak 15 minit sebelah. So 2 belah ambik masa 30 minit. Kena tengok berapa besar dan ketebalan daging ayam tu jugak ya. Suhu aku pakai 350F / 180C

Bila dah masak, letak lagi sos peri peri tu. Time ni aku pakai Hot punya. Rasa dia? Memang Nandos lah. Kalau dah pakai barang dia kan.
Maaflah, masakan aku memang tak ada sukatan. Aku ni orang kampung main agak agak je bila memasak. Cuma aku nak bagi tahu, Air Fryer ni memang best untuk orang yang suka memasak atau orang malas memasak tapi suka makan.
Ni aku ada video sekali ha.
Sekian. Selamat Melantak.
Leave a Reply