Mari Minum Teh Bersama Queen Elizabeth dan Donald Trump.

Gitu. Kau mampu?

Aku masih lagi dalam mode tourist di Arizona ni. Ye lah, baru sebulan dekat sini. Masih explore dan enjoy keunikan yang ada sebelum aku dapat condemn atau puji pasal Arizona ni. Ni aku nak cerita, masa aku melawat Pekan Carefree di Scottsdale, Arizona hari tu, aku terjumpa satu cafe yang sangat comel dan aku percaya, perempuan dan makcik makcik menyanyah macam aku akan suka.

carefree-the-enchanted-town-arizona-halloween-edition081

carefree-the-enchanted-town-arizona-halloween-edition072

Nama Cafe tu ialah English Rose Tea Room. Memang sangat menonjol dari segala kedai, cafe yang ada di Carefree Desert Garden ni. Mana tidaknya, life size cut out board of Queen Elizabeth of England menunggu di muka pintu Cafe siap dengan rantai mutiaranya. Cafe ni bukan sahaja serves foods and beverages, tapi juga menjual teh dari England dan tea set yang sangat cantik dan unik siap bersudu emas. Bagi yang berangan mak nenek untuk improve skill table ettiquete pun ada di sediakan di sini dengan bayaran 40 dollar. Tapi untuk children je la. Hahaha. Takkan lah kau tua bangka masih makan bersepah ye tak?

carefree-the-enchanted-town-arizona-halloween-edition079carefree-the-enchanted-town-arizona-halloween-edition080carefree-the-enchanted-town-arizona-halloween-edition082carefree-the-enchanted-town-arizona-halloween-edition083

Dekorasinya sangat lah sarat tapi menawan. Kena pula dengan para pengunjung memakai pakaian ala wanita English lengkap bertopi berbulu merak. Waitressnya lengkap berpakaian comel bertemakan sweetness seperti Cotton Candy Girl & Skittles Man. Tapi apa yang aku perasan, semuanya perempuan yang masuk Cafe ni. Tak ada satu pun lelaki. Botak pun, masa aku masuk cafe ni untuk ambik gambar, dia berdiri dekat luar. Jadi aku buat kesimpulan yang Cafe ni memang 100% girlish dan bisa membuat lelaki hilang telur jika kelihatan duduk minum teh di dalamnya.

carefree-the-enchanted-town-arizona-halloween-edition074carefree-the-enchanted-town-arizona-halloween-edition075carefree-the-enchanted-town-arizona-halloween-edition076carefree-the-enchanted-town-arizona-halloween-edition077carefree-the-enchanted-town-arizona-halloween-edition078carefree-the-enchanted-town-arizona-halloween-edition073

Jadi kalau dah botak tak nak jejak masuk dalam Cafe tu, tak dapatlah aku nak buat review pasal makan minum dekat situ. Aku percaya kalau aku dengan kawan kawan perempuan aku atau mak mertua, mesti aku dah selamat menjamu selera dalam Cafe tu. Terpaksalah aku tunggu bestfriend aku dari Malaysia datang melawat aku di Arizona ni kalau nak merasa minum t’eh dengan Queen Elizabeth from England kadbod tu. Lepas tu berangan lah angkat cawan pinky finger stick out stail Ratu. Entah iya entah tidak Queen Eizabeth tu minum macam tu. Entah entah dia selamba je macam aku minum t’eh pakai mug lepas tu celup biskut kering pakai 3 jari (Tapi pinky finger tetap stick out ya. Very the lady gitu.

Cakap pasal bestfriend aku nak datang melawat, aku dapat text through whatapps kata dia takut dan mungkin batal untuk datang ke USA. Takut sebab Donald Trump dah jadi President dan dia pula berhijab. Mula mula aku macam bengang, tapi lepas tu aku ketawa. Ketawa sebab aku tak boleh nak bengang dekat dia sebab dia di Malaysia, dimomok oleh media massa, menakut nakutkan penduduk dunia seperti biasa. Aku bagi tau dia, berapa ramai aku jumpa perempuan berhijab sejak aku berada di Alaska dan Arizona. Mereka berhijab lagi sempurna dari Orang Melayu yang berseluar senteng, berbaju ketat menyerlahkan buah dada yang bulat serta memakai tali pengikat langsir terjojol keluar dari sisi telinga. Pembinaan masjid tak pernah di halang cuma azan tu tak lah berkumandang kuat macam dekat Malaysia. Covergirl USA pun baru sahaja menampilkan model berhijab bagi wakil kosmetik mereka. (Sila Google Covergirl featuring hijab wearing Nura Afia model)

Aku sedarkan bestfriend aku tu, dengan mengingatkan dia kembali akan permainan kotor dunia politik. Seperti di Malaysia, selalunya sebelum pilihanraya, akan keluar segala macam saka di media menonjolkan keburukan pihak lawan. Gambar skandal, Video dalam bilik hotel, Rakaman ucapan yang di potong sambung serta kata kata gurauan bodoh di ambil sebagai headline. Isu isu sensitif berkaitan warna kulit dan agama dipetik untuk mendapat perhatian. Ini merupakan asam garam dunia politik. Kalau di Malaysia mampu begitu, kau ingat Malaysia belajar dari mana?

Seperti yang aku tulis di laman Facebook aku selepas merujuk kepada kontrak akujanji diantara Trump dan rakyat Amerika di assets.donaldjtrump.com –

Kepada TOURIST, especially datang ikut airport, tak payah lah buat buat cemas. Jangan confuse kaunter Imigresen dengan isu ILLEGAL IMMIGRANT. LEGAL Immigrant dan ILLEGAL Immigrant pun besar beza maksudnya.
“Terror Prone Country” – Kalau kau rasa Malaysia dah masuk dalam Terror Prone Country, kau patut tanya kerajaan negara kau, apa mereka dah buat, bukan marah kerajaan negara orang. Nyonya tak nampak perkataan Islam di sini. Unless kau sendiri yakin agama yang kau anuti itu, register kau sebagai pengganas.

Kalau kau banyak duit, documentaton lengkap ikut prosedur macam biasa untuk lawatan melancong, melancong saja lah. Travel selagi mampu. Tapi kau kena check dengan kaunter immigresen negara kau sendiri kut kut kena ban sebab tak bayor hutang ptptn.

Bagi nyonya, corak warna politik di Amareka sangat menarik. Mereka letak risiko yang sangat tinggi demi perubahan. Dah try kulit hitam, sekarang ambik ahli businessman pula. Mungkin lepas ni wanita atau transgender. Kita selalu berdepan dengan politician yang bermuka manis, bercakap manis tapi apa yang rakyat dapat more to diabetic type 2. Kali ini kita boleh la tengok macamana pula dengan politician yang bermuka king kong dan cakap lepas.

Ibarat kata abe Mark Twain, “Politicians and diapers must be changed often, and for the same REASON”

Kalau kau jenis penakut tak tentu hala, bersangka buruk tanpa usul periksa hanya dengan bersumberkan media massa, janganlah pula kau feeding fear into other human beings. Tak baik. Jatuh Syirik bila kau takut selain dari Tuhan.

Aku tepuk dahi melihat betapa bisingnya para cerdik pandai di Malaysia melaungkan USA Tourist Visa mereka masih berbaki 8 – 9 tahun dan mengharapkan ‘refund’ sebab mereka confident mereka itu ILLEGAL IMMIGRANTS? Dengan Visa lengkap, mereka masih merasakan mereka tidak layak untuk datang melawat USA untuk tujuan melancong. Lucu.

Pengalaman aku sepanjang berada di USA tidaklah banyak. Tapi setakat ini aku nampak warga asing seperti Middle Eastern, dan South East Asia prosperous dengan kedai makan, kedai runcit dan kedai jualan sembelihan halal. Setiap kali aku ditanya datang dari mana, atau pegawai immigresen tengok buku passport merah aku, first thing yang mereka kata “WOW. Malaysia! I wish to visit Malaysia someday. Nice weather and Beaches”. Mereka tak pernah bertanya khabar pasal Najib atau Abu Sayyaf pada aku.

Aku tahu memang tiada negara yang sempura di atas muka bumi ni. Tapi janganlah pula jadi macam Saiful Nang, pergi ke Mekah mencari pusat pelacuran, memang itu lah yang dia nampak. Jadilah seperti lebah, walau dicampak ke tempat pembuangan sampah, lebah tetap terbang mencari bunga. Yes memang ada kata kata kurang enak dari orang di sini tentang pendatang dan Islam, tapi kau tak pernah cuba cari kata kata mereka yang hormat dan pertahankan kepercayaan agama orang lain. Memang ada rakyat Amareka sendiri benci President baru mereka dan Presiden yang sebelumnya. Macam lah kau dekat Malaysia tak pernah kutuk Najib, Pak Lah, Madey, Bangla, Indon dan agama lain. Manusia itu, sama sahaja.

Eh, panjang pula bebelan aku kali ni. Padahal aku cukup menyampah dengan politik dan politician. Bagi aku mereka ni semua sama sahaja. Tapi apa yang aku kesal ialah ketakutan dan kebodohan yang disebarkan, menyekat manusia dari menjelajah, mengenal bumi Tuhan.

8367150290_f64071bebb_o3

Carefree, Scotssdale Arizona

Comments

comments

Leave a Reply to Nurdiyanah Sulaiman on Facebook Cancel