Melawat Geng Dinosaur Plastik di Jurassic Quest, Reno
Selamat Hari Pekerja 1 May semua! Aku pasti sambutan kali ni, korang sambut dengan Ketupat Rendang lah kan. Aku ni, dah lama tak kerja. Tapi kerja sendiri sendiri je lah. Memang tak ada sambutan cuti. Birthday pun kerja, sakit pun kerja, tengah berjalan jalan bawak anak holiday pun, kerja.
Kadang kadang aku ingat balik masa aku bekerjaya ada payslip, hidup aku lebih teratur rasanya. Sebab ada weekends melepak jumpa kawan kawan di shopping mall. Bila ada public holidays, plan travel dengan kawan kawan. Otak pun set monday – Friday je kerja. Habis waktu kerja 6PM, otak set balik rumah sambung kerja untuk esok harinya. Cukup bulan aku dapat gaji tetap. Hujung tahun dapat bonus. Tiba time perayaan dapat angpau serta duit raya. Setiap tahun ada kenaikan gaji.
Tapi untuk aku kembali ke zaman tu dah terlambat. Aku dah dekat 10 tahun tak kerja dah. Confident dah hilang. Botak ada juga tanya aku nak kerja balik ke.. you ada degree, pengalaman pun bukan sikit. Tapi bila aku tengok job requirement and descriptions tu, aku jadi goyang.
Mungkin juga situasi aku sekarang tak memaksa aku activate ‘survival mode’ juga. Sebab tu lah kut. Ye lah, kita ni bila dah terdesak tengok anak kelaparan baru lah survival mode tu datang dan sanggup buat apa sahaja.
End of mukadimmah.
Athena loves dinosaurs. Sebab itu lah kami pegi ke exhibition dinosaur plastik ni di Reno Convention. Nampak iklan di Facebook page. Exhibition ni memang setiap tahun dia buat di bandar bandar tertentu seluruh USA. Iklan video dia berdurasi 1 minit tu sangat lah gempak. Jadi kami pun beria lah beli tiket nak pegi tengok dinosaur convention. LOL. Dinosaur pun ada convention. Plastik kut.
Untuk pengetahuan korang, apa sahaja, kemana saja dan bila apa yang kami buat sejak adanya Athena, sememangnya untuk Athena. Kalau korang tanya aku dan Botak, tak ada maknanya nak pegi tengok benda benda ni semua. Cuma, kadang kadang tu, rasa menyesal sebab pengalaman yang kami dapat dari tempat yang berbayar begini – tak setimpal. Not worth of what you paid, kata mat salleh.
Ini tiket yang kami bayar untuk 3 orang. Plus, add on special explorer pack for Athena.
Unlimited ride? Hanya ada 5 ekor dinosaur machine for hundreds of kids during the exhibition. LONG queue jangan cerita lah. Budak budak ada yang menangis melolong masa tunggu turn. Biasalah budak. Mana boleh lama lama. Aku faham tu. Aku tak marah dekat budak budak. Cuma aku bengang event provider ni lah. Such a rip offs. Tak percaya, korang tengok lah video aku ada attached at the end of this post. Sebab tu aku cakap dalam previous post aku, tengok tanglung dinosaur di Dragon Lights Festival lagi berkali ganda best dari ni.
Athena pun tak banyak utilized apa yang ada dalam tu. Selain dari tengok patung dinosaur bergerak gerak serta suara dari speaker, Athena tak nak naik dinosaur yang boleh jalan jalan macam style riding pony tu due to long queue. Dia tak nak join bouncing castle yang ada sebab terlalu ramai budak budak lain.
Sama juga area fossil digging. Ciput je kawasannya. Budak pula ramai. Takkan lah pihak event ni tak tahu, kalau buat acara untuk budak budak, mana dapat size kecik. Tak berbaloi dengan harga tiket sebegitu.
Ini je lah area yang tak ramai budak budak. Bosan kut. Dekat playground pun boleh jumpa dinosaur batu gini. Geram aku
Ada je aktiviti macam paper crafting. There is an area for parents and kids to sit down and create dinosaur from paper plates. Tapi Athena lebih teruja nak ke area ‘perangkap’. Kau tau tau je lah apa area ‘perangkap’ ni kan? OVERPRICED souvenir booth towards the exit. So kiranya, kami ni dah la kena scam dengan harga tiket, tambah pula kena scam kena beli patung patung dinosaur dari China harga 10 kali ganda dari beli dekat Wal-mart. Tak beli karang, sedih pula Athena tu.
Sebab tu lah cerita, gambar serta video kami pergi ke Jurassic Quest ni tak pernah timbul dekat aku punya IG or Facebook. Terlalu somber. First time aku frustrated dangan paid event sejak aku tinggal di USA. Aku rasa fun fair dekat pasar malam di NIlai sana lagi best kut.
Lepas tu kan, dekat video promo dia serta website cakap ada dino babies and trainer. Siap boleh dukung baby dino tu bergerak gerak macam kau dukung kucing lah kan. TAK ADA!
Aku ingat kan kita orang akan spend masa paling sikit 4 jam lah dalam tu. Kau tau berapa lama? 1 jam. Hahaha. Buang duit betul lah! Oh, explorer pack yang kami bayar extra $17 tu, dalam tu ada sekeping map kewujudan Dinosur atas bumi ni, sebekas kecil slime dalam tu ada lah dinosaur besar kelingking, stickers dan sebuku kecil fossil untuk Athena korek. Ada la dinosaur sebesar kelingking juga dalam tu. Ya Allah. Aku pun boleh bikin sendiri kut bagi Athena. Bengang nyaaaaaa.
In the end, we had to get this overpriced stuffed Dinosaur. You know how much that cost? $29. Such a rip offs. We bought it because it compensated the horror she had to go through during the exhibition. Siapa lah mastermind dia. Macam gaya si Zizan yang ada 10 Phd palsu tu kut.
This will be our first and last to attend anything with ‘Jurassic Quest’ event. Ye, the following year aku nampak la iklan dekat Facebook tu lagi. Aku blocked terus.
Well, lesson learnt. Never again. Semoga pengalaman kami memberi sedikit sebanyak pengajaran kepada ibu bapa di luar sana. Jangan percaya sangat dengan video promo / iklan di Facebook ni.
Verdict? 2/10
Here’s the proof.
RENO, NEVADA
COST AND LOCATION
Price : Varies. Depending on location (Town)
Where : 30-40 states nationwide (refer to their website HERE)
Comments
comments
Leave a Reply Cancel