Melayu di Alaska : Lawatan Pertama Kali ke Alaska State Fair 2018 untuk Athena Sophia!
Salam Bulan September!
Dah lama tak update belog ni. Maklumlah walau tak kerja office macam orang lain, aku pun ada sibuk aku jugak kan..Lagipun kan, dengan adanya Instastory, aku banyak update dekat sana. So macam tak ada cerita menarik untuk aku update dekat belog ni. Until kami pegi ke Alaska State Fair 2018. Daddy Athena Sophia off day on 1 September. Jadi kami ambil peluang untuk bawak Athena ke State Fair. Padahal boleh je aku update everything di Instagram/ Facebook Story. Tapi belog ni nak kena ada update juga lah. Nanti beku je..langsung tak dapat job offer pula. Hahaha.
Anyway, memang niat aku dari dulu lagi, nak bawak Athena Sophia ke Alaska State Fair ni. Masa first time aku ke sana (cerita dia boleh korang BACA DI SINI secara detail) dua tahun yang lalu, aku tengah mengandung Athena Sophia 2 bulan. So memang tak de benda lain masa tu, aku cakap dekat botak, aku nak bawak Athena Sophia ke Tapak Pameran ni bila dia dah lahir ke dunia. Alhamdulillah. Terlaksana.
Kebetulan cuaca cantik panas terang. Cuma yang kurang bestnya hari tu hari SABTU. Jadi orang dia ramai lah sangat. We came here on weekdays on our first visit, 2 years ago. Tak la ramai sebegini. Anyway, aku cuba tulis seringkas mungkin sebab ini merupakan REVISITED. Aku juga ada rakam video untuk cerita kali ni. Macam biasa, rakaman video aku kepilkan at the end of the post. Cerita detail pasal tapak ni, sayur, buah, bunga semua ada di SINI. Sama je walau 2 tahun sudah. Aku perasan harga makanan pun masih sama. Semua lokasi gerai tapak pun sama. Tak berubah. Sangat consistent mereka ni.
Tapi agak ralat juga, kekenitan Athena Sophia menyebabkan dia tak dapat naik few rides di sini. Paling minimum pun mesti 3 tahun. Cuma dia boleh naik Carousel (kuda pusing pusing) The Merry Go Round sahaja lah. Tiket Rides yang botak beli berjumlah $20 hanya pakai 6 keping. Lagi balance 9 keping sedekah bagi orang lain. Sebab tu la kami tunggu at least Athena Sophia umur 5 tahun kalau nak bawak ke DIsneyWorld dekat sini. Memori dia pun dah kuat untuk ingat semua. Ketinggian dia pun membolehkan dia enjoy more rides available at the park later.
Athena Sophia seems like overwhelmed by the noise and the crowd. Dia duduk dalam stroller sekejap sekejap saja. Duduk pun tak senang, tertonggeng tonggeng nak keluar. Lepas tu menggelupur nak berjalan sendiri. That was the reason why I unable to do “live” video cast on Facebook here. Nak kena pay attention pada Athena Sophia.
Of course lah tempat first kami tuju adalah tempat binatang ternakan. Athena tak pernah tengok kambing, lembu , itik, ayam sejak dia dilahirkan. Asik tengok through TV je.
Dalam banyak banyak binatang, nampak benar dia berminat dengan keluarga burung. Dia suka dengan angsa, ayam dan Turkey. Asik ulang ke situ je. Bawak tempat kambing semua dia tak berapa minat sangat nal stay lama.
Ingatkan nak bawak dia masuk petting zoo. Tapi ada anak babi pula dalam tu. So terpaksalah kansel niat tu. Sat lagi di pegi dukung pulak. Hahaha.
Next, tempat wajib ialah sayuran gergasi. Kenapa sayur tu boleh jadi besar lagu tu, aku ada explain secara detail di post yang dulu.
“Elephant Ears”. Ini yang aku cari dulu. Rindu nak makan ni.
Athena Sophia Carousel first ride dengan daddy. Mula mula dia macam gabra la jugak. Lepas tu ok la.
Lepas tu naik sekali lagi dengan Mommy pula. Yang ni kuda dia kecik sikit. Tapi laju. Aku pulak yang gabra takut terlepas Athena Sophia. Dah la tak ada belt apa. Macam “Troll” kata botak. Pening lalat aku dibuatnya.
Satu je kau nak bagi tau korang. Walau tapak ni macam ala pasar malam or food fest, setahun sekali selama 2 minggu, setiap gerai menerima bayaran kredit/debit kad selain cash tau, very convenient.
Lepas tu kami lepak kejap dekat area pentas pertunjukan. Bukan apa, tak ada meja aku nak makan nasik. Iye. Aku order nasik. Makan atas rumput ni je sambil sambil tengok Athena Sophia lenggang kamgkung
Sekejap lepas tu, ada lah satu little boy ni datang dekat Athena Sophia, offer kongsi dia punya topi construction warna kuning dia tu. Letak atas kepala Athena Sophia, belari lari keliling Athena Sophia. Suka sangat dia. Kebetulan pula Athena Sophia memang dah di didik kalau bukan barang dia, jangan sentap kalau orang ambil balik. So dia ok je bila boy tu letak atas kepala dia kemudia ambik balik. Bapak dia pun bagus. Duduk dekat dekat sambil cakap “good job, good share”. Aku ada upload video ni dekat Instagram.
Sekali sekala Athena Sophia akan pandang dekat aku for approval. Taku mommy marah lah kan. Aku senyum angguk angguk saja signal that’s it’s ok for her to play with the boy. Botak ada berdiri belakang aku, sengih sengih tengok anak dara dia dah start ada boy suka dekat. Dalam dada dia sapa tahu.
Lepas tu ada la 2 – 3 orang budak lagi join lari lari dekat situ. Athena Sophia tak pernah keluar jumpa budak budak sebaya dia selama ni. By what happened yesterday at that park, aku agak lega tengok reaction dia, cara dia bergaul dengan kanak kanak lain. Kira Athena Sophia bukan introvert type so far.
Benda ni la aku order makan atas rumput as my lunch. Wild Alaska Shrimp. Dengan nasi putih. Ingat kan sedap bebenor la kan…
Ini lah rupanya udang liar Alaska. Tak ada apa yang special. Pedas jugak la kuahnya. Tapi tak la macam asam pedas gitu. Boleh la.
Meja makan penuh di setiap sudut..
Lepas makan dan lepak kejap atas rumput tadi, kami pun sambung explore around. Dalam 4 jam jugak la kami dekat sana. Lepas tu Athena Sophia pun dah penat.. aku pun rasa penat.. so we decided to leave. Sambil sambil kami jalan ke gate exit, aku ambik la sedikit sebanyak gambar sekitar.
Mini snow mobile machine.
Mesin rumput yang canggih. Dekat sini rumah berekar ekar luas tanahnya. Memang memerlukan mesin rumput secahggih ini.
Walau pun gerai gerai tu semua terima kad kredit/debit, kau still boleh jumpa ATM prtable dekat sini untuk mereka yang still nak pakai cash!
Dekat tapak mereka ada toilet fixed. Tapi mereka tetap sediakan portable type dekat area gate keluar masuk.
Portable bukan sebarang portable. Lengkap dengan sinki, sabun & tissue ya…
At the end of the day.. beginilah rupa dia..Mungkin dia tak ingat langsung akan kenangan di Tapak Pameran ini, mahupun budak lelaki yang comel berkongsi topi kuning dengan dia. Tapi tak pe. Mommy dah rekod segala. Hehe.
By the way, dekat bawah ni ada video aku dah compile kan sebaik mungkin. Lagi detail korang boleh tengok keadaan sekeliling. Enjoy the video!
xoxo.
Palmer, Alaska
Comments
comments
Azlan
November 4, 2018 at 5:02 amHai,salam.Lama saya x jenguk baca blog ni.Bila baca rasa cam duk Alaska skali.Penceritaan yg saya boleh layan dan jelas. Saya suka blog nie.Nak.sambung baca pasal Athena Sophia.
heartboxx
November 4, 2018 at 6:27 amHi, Waalaikumsalam. Terima kasih kerana kembali membaca belog saya yang tak seberapa ni. Semoga info dalam belog ni bermanfaat buat saudara.