Mencari Asal Usul dengan Ancestry DNA

I was told by my mom that my great grandmother was a Chinese from Siam and my great grandfather was a Indian/Pakistani. I don’t know how true about that information, but my great grandfather does looks like late Mahatma Gandhi. lol. My mom also told me that my dad’s heritage is Siam.

Eh, apa aku merepek dalam bahasa Inggeris ni. Kah kah kah. Tapi itu lah, aku nak bagitahu yang mak aku pernah cakap yang moyang dia bukan Melayu asli bila aku tanya kenapa aku bermata sepet dan berkulit cerah. At the same time, the information about the mix heritage on my great grandparents level, make more sense sebab adik beradik mak aku punya pelbagai warna kulit dan raut wajah.

Mak aku punya enam adik beradik kesemuanya. Dan dari pemerhatian aku, makcik aku ada yang rupa macam India, ada yang rupa macam Siam dan Mak aku memang dapat rupa Cina. Kiranya enam adik beradik, enam shades la gitu. Dari berkulit cerah ke gelap dan medium tan in between.

Orang Cina bertutur bahasa Cina dengan aku, memang 90% lah. Bila ke pasar, orang Melayu panggil aku ‘amoi’ dan cakap Melayu dalam pelat Cina dengan aku. Bila aku dah dewasa dan bekerja di Kuala Lumpur, orang di bandar sana meneka aku sebagai rakyat Filipina pula. “Are you Philippine“? Pulak dah.

Bila aku start travel ke negara negara berdekatan, I was always mistaken as a local. Thai people speaks Thai to me. Vietnamese people speaks their language to me. Sama jugalah bila aku ke Cambodia mahupun ke China sana. Laki aku pun cakap benda yang sama. Aku ni kalau dalam South East Asia, memang blend in habis dengan orang tempatan negara tersebut. Tapi aku masih belum berkesempatan untuk mengembara ke Filipina.

Bila orang bertanya, dengan confidentnya cakap “oh, belah mak saya Cina Siam”. Bukan aku menipu. Tapi itu saja information yang aku ada.

Tujuan aku buat post ni bukan aku bangga sangat dengan rupa aku tak seperti Melayu asli. Tujuan aku buat post ni ialah untuk berkongsi pengalaman aku ambik test DNA dengan Ancestry DNA. Pun, bukan aku beria yang membelinya. Tapi botak, laki aku. Sebab dia nak tahu apa yang Athena Sophia dapat dari campuran kami berdua. Itulah yang sebenarnya. Kerana Athena Sophia.

Botak order kit ni masa Mother’s Day. Sebab masa tu ada sale. $59 per person. Kira paling murah lah banding dengan brand lain lain seperti 23andMe dan FamilyTreeDNA. Sekarang ada yang baru punya harga $59 juga, iaitu MyHeritageDNA. Tapi berapa besar database dia aku tak pasti. Tapi buat masa sekarang ni, AncestryDNA punya database paling besar antara semuanya. Bila database besar, makin accurate lah resultnya. ‘Database’ dalam bisnes ni maksudnya, mereka punya sampel DNA dari manusia seluruh dunia segala ceruk rantau lah. Jadi mereka boleh bandingkan bilangan Centimorgans dan DNA segments. Ancestry DNA juga mempunyai bilangan subscribers terbesar so, lagi banyak sampel baru untuk di bandingkan.

Prosesnya sangat senang. Kau order online. Lepas tu mereka akan hantar satu kit macam dalam gambar di atas. Dah dapat kit tu, download apps dekat phone. Register pakai kod yang mereka bagi dalam kotak kit tu. Kiranya kau bukak akaun dengan depa lah. So takkan ada 2 orang punya benda yang sama. Tak akan ada fake account lah.

Dalam kit akan ada tube untuk collect sample dan plastik untuk seal the tube. Sample itu ialah AIR LIUR kita. Tak banyak pun, dalam 1 teaspoon sahaja. Tapi kena ludah direct dalam tube tu. Jangan ada medium lain lah. Aku pernah tengok rancangan The Osbourne. Ozzy Osbourne pun pernah buat test ni tapi error sebab “too much coffee” dalam air liur dia. So, kau kena pastikan lah kau tak makan apa apa sebelum ludah tu.

Air liur masukkand alam ni. Ada aras tanda dia.

Dah siap isi sampel, masukkan dalam plastik yang disediakan.

Pos balik dekat mereka pakai kotak ‘reply’ yang di sediakan. Tak payah bayar apa apa sebab kotak tu memang dah berbayar.

Lepas tu apps dalam phone akan inform kau lah package tu dah sampai ke, dalam proses dan juga result dah ready. Dalam kes aku dan botak, kami hanya tunggu dalam 6 minggu saja. Then dapat result.

Kalau korang tertanya tanya how this thing work, how they tested the samples, boleh refer dekat website mereka https://www.ancestry.com/

So, okay. Result aku pun dah keluar.

Rupanya mak aku pun tahu sikit sahaja pasal asal usul sebenar nenek moyang dia. Yang dia tahu hanyalah Siam (Thai). Tapi centimorgans yang terbanyak dalam badan aku ialah VIETNAM di ikuti dengan FILIPINA.

Bila aku check matches terdekat, pun Vietnamese. 4th cousin aku.

Aku check profile close match dengan aku iaitu Maryam Pauzi (4th cousins)

dan compare antara aku dan dia. Kami ada persamaan dalam Vietnam, Philippines dan Tai juga.

Dan aku check juga yang distant relative. Di mana dalam kategori 6 – 9th cousins. (bau bau bacang kata orang)

Bila aku check, mostly mereka ni Vietnamese/ Philipines/ Thai muslims.

Aku tak jumpa lah sedara mara yang aku sedia maklum sedara mara aku sebab aku rasa aku orang pertama yang buat test ni dalam keluarga aku pun. Tapi yang pasti, aku dah dapat tahu asal keturunan aku ni dari mana. Cuma, belah bapak, atau mak aku, aku tak pasti. Sebab test ni dia tak bagi tahu keturunan ni dari belah mak atau pak. Tapi result memang dari both mak dan bapak (Autosomal DNA Test)

Patutlah aku satu masa dulu beria cakap dekat Mike. Kalau dia nak kerja mengajar sekolah private, cari sekolah dekat Vietnam. Aku tak kisah kalau pindah duduk Vietnam. Aku suka environment dekat sana.

Dan result untuk botak pula…

Entah entah Botak 3 pupu dengan Prince of Wales. Gitu. Kah kah kah. Tapi dia memang jumpa ramai lah sedara mara terdekat dalam result dia. Dia lagi senang nak detect sebab mereka ada surname dan mereka ada simpan rekod surname tok moyang sebelum berhijrah ke Amareka.

Jadi, untuk Anthena Sophia, result dia merupakan campuran dari result kami berdua. Tapi percentage mana lagi besar, belah aku atau belah botak, hanya kami dapat tahu bila kami akan buat untuk Athena Sophia bila kami dapat kumpul air liur dia secara berhemah.

Menarik bukan? Kalau korang teringin nak buat boleh je. Sama ada tunggu service ni ada dekat Malaysia, atau kirim je lah kit dekat aku, aku bawak balik then ambik air liur korang, then tolong pos balik bila aku balik sini. Result pantau je dekat apps.

At the end of the day, sememangnya kita semua ini pendatang. Jadi teruskan perjuangan nenek moyang kita yang merantau dalam mencari penghidupan yang lebih baik dan bermakna. Merantaulah.

Comments

comments

5 Comments

  1. Norazura Abdol Rahman

    August 20, 2019 at 1:52 am

    ehh….menarik jugak benda ni……teringin jugak nak tau asal usul saya nihh….yang pasti moyang (lelaki) belah emak dari India….patut la saya selalu rasa saya ada pertalian darah dengan Shah Rukh Khan……hahahahaha……

    1. heartboxx

      August 20, 2019 at 7:40 am

      Kan… Shah Rukh Khan tuuuu. Hehe

      1. Kbairul

        December 13, 2021 at 4:42 am

        Nak try buat oab…

  2. Mohd Rizal B Abdullah

    August 17, 2022 at 2:22 pm

    Hampir sama kisah aku, baru ni risik org tua yg ada dkt perak. Baru terbongkar, rupanya mak aku ni anak angkat keluarga cina. Tak tau mcm mana nak kesan mereka semua..

Leave a Reply