Mulut Puaka Menanti Syawal Mu di Kampung Halaman.
Aku rasa korang dah boleh agak intipati post kali ni. Aku tak nafikan kadang kadang nak balik kampung ni menjadi satu masalah negara bagi aku. Bukan aku tak suka kan kedamaian kampung dan masakan orang tua, tapi balik kampung jadi tak berapa damai bila kau terserempak dengan mak cik mak cik yang bermulut puaka.
Korang mesti ingat bila aku dah kawin, aku terlepas dari mulut mulut makcik puaka. Aku kalau bab menegur kesalahan untuk kebaikan, aku still boleh terima kepuakaan mulut depa ni. Tapi masalahnya, bukan teguran dan kritikan yang membina nusa bangsa yang aku hadapi, tapi ianya lebih kepada pertanyaan yang tak masuk akal serta kurang daya sensitiviti bila mereka mereka ni menujukan soalan kepada seseorang. Kadang kala aku rasa Azwan Ali tu lebih mulia mulut nya dari makcik bermulut puaka di kampung tu.
Aku ni sebenarnya kalau kau kenal, memang low profile in real life. Dari sekolah sampai lah ke tua, aku memang bukan individu yang popular. Kalau dekat kampung, aku perasan yang orang bila jumpa aku dengan mak aku atau kakak aku, depa tertanya tanya siapakah aku. Depa tak tahu mak aku ada anak last, iaitu aku. Dari dulu sampai sekarang, kalau aku balik kampung, aku memang tak keluar rumah. Dari anak dara sampai tak ada dara, aku memang berkurung saja dalam rumah bila balik kampung. Begitulah betapa low profilenya aku ni.
Tapi, hari tu aku balik kampung, lepak rumah kakak aku, seminggu. Dalam masa yang sama aku belajar menjahit sebab kakak aku adalah tukang jahit yang terrer di kampung aku tu. Jadi baiklah aku manfaatkan skill dan mesin jahit yang dia ada untuk aku bawak balik ke Amarika. Punya seronok aku belajar menjahit sampai 3 helai baju aku dapat potong dan jahit. Tapi yang tak seronoknya, datang mak cik bermulut puaka sampai 2 (DUA) kali aku kena sepanjang seminggu dekat kampung aku di bulan Ramdan. Jadi aku tertanya tanya juga, nanti masuk bulan Syawal, mungkinkah kepuakaan tu akan berganda?
First sekali datang la mak cik ni berpangkat ustazah sekolah menengah. Memang dia dulu ustazah sekolah masa aku sekolah dulu la. Dia memang la baik dan ramah orangnya. Tapi, kadang kadang, title dan pengalaman seseorang tu pun tak dapat mengubati penyakit bertanya soalan berbentuk puaka. Kau tahu apa dia tanya?
“Mana babynya?”
Ok. Aku memang boleh agak lah kalau orang belum kawin ditanya bila nak kawin. Orang yang dah kawin akan di tanya mana anak. Orang yang dah beranak akan ditanya bila nak tambah anak lagi. Tapi kan, dalam dunia serba moden dengan Astro dan Wifi, aku rasa semua orang tahu bab ‘ANAK’ ni dah jadi satu perkara sensitive di era millenium ni. Satu lagi bab VAKSIN (kan?) Kalau orang tu memang tak dapat dapat mengandung tu pun boleh sensitive dengar pertanyaan tu, ini kan pulak aku yang kena operate buang anak aku sangkut dekat luar akibat ectopic pregnancy. Aku sampai sekarang phobia lalui kejadian tu yang belum lagi sampai setahun, boleh pulak kau yang tak tahu hujung pangkal bertanya. Aku tahu dia tak tahu aku pernah mengandung tapi tak ada rezeki. Tapi, dia sebagai wanita PATUT tahu apa yang wanita lain boleh sentap sampai rasa rahim ni melorot jatuh ke buku lali bila kau tanya bab bab baby ni. Tak boleh ke tunggu nampak aku dukung budak kecik baru bertanya?
Banyak lagi soalan dia boleh tanya aku. Dia boleh tanya pasal pengalaman aku duduk di luar negara. Dia boleh tanya aku pakai spender kaler apa. Tapi, baby jugak yang dia tanya. Kalau akulah, meremut gatal mulut sangat tak tahan nak tahu pasal seseorang, (kalau tak tanya aku boleh jadi meninggal dunia), aku akan tanya ahli keluarga terdekat orang tu. Dia tu selalu datang kedai kakak aku tempah jahit macam macam. Bisik tanya la kakak aku kalau dah idolakan sangat aku ni. Jadi, pada sesiapa yang bermulut puaka yang suka sangat nak bertanya, ada banyak cara untuk korek rahsia, dah kau memang jenis kepoh nak tahu sangat sangat dan kau boleh meninggal dunia kalau kau tak ambik tahu kan. Bab anak, bab orang tu dah menikah ke belum, tanya lah adik beradik, mak bapak orang yang kau minat sangat nak tahu tu. Jangan lah tanya direct dengan tuan empunya badan. Tak elok. Aku ingat orang kampung, Melayu dan beragama Islam, dia punya tata tertib paling tinggi tingkat atas. Tapi sama saja macam mulut Ahmad Maslan. Melukakan. (By the way, mana pegi Ahmad Maslan ha? Macam dah tak relevan je?)
Selang sehari selepas tu, ah, datang lagi satu makcik ni. Ini lagi haram jadah. Dia memang sanggup pusing motosikal dia park depan kedai kakak aku sebab dia ternampak aku. Dia memang tak ada nak tempah apa apa pun. Memang nak datang bergosip.
Dipendekkan cerita, lepas dia tanya sapa aku and all, aku ingat dah settle la kan. Dah pulak kakak aku pi gatal cakap laki aku mat salleh. Arrgghhh. Aku serious cakap dekat kau, aku kalau saja nak cerita dekat orang laki aku mat salleh memang takkan lah. For what? Pehh.. dia punya elok elok dah nak blah, tak jadi lah sebab macam menarik ibarat kemuncak cerita Avengers The Civil War masa lawan dekat airport tu, yang siap ada Spiderman tu punya sedap cerita dia nak tahu. Rancak menoncong moncong dia nak tahu macamana aku jumpa laki aku apa lah semua. Lepas tu sibuk cerita pasal dia pun dapat request dari ‘mat salleh’ dalam facebook dia tapi dia takut itu mamat negro (dia ada facebook kau) padahal aku tak tanya pun.
Dah la kedai kakak aku tu panas tak ada aircond. Tengah hari pulak tu. Kepala dah berdenyut, si puaka ni bertubi tubi tanya macam lambat lagi nak blah. Yang buat aku hilang sabar nya kau tahu dia tanya aku apa?
“dah tu kau menikah dengan suami kau, dia masuk Islam ke?”
Jantung aku aku rasa terhenti buat seketika. Dalam banyak banyak soalan aku terima dan jawab seumur hidup aku, soalan kali ini aku rasa memang sangat haram jadah. Aku jawab balik –
“Dah tu saya ni masuk Kristian la ya Acik?”
Kakak aku pun terjerit lah jugak dengar soalan tu dan cakap “Masuk Islam lah, ada pulak tanya macam tu”
Tak sempat aku reda dengan keterkejutan dengan soalan haram jadah tu, DISAMBARNYA tangan aku yang tengah menjahit ropol baju ni dengan rakus –
“Oh, ini la cincin kamu kawin hari tu ya”
YA ALLAH. Aku beristigfar sungguh sungguh masa tu. Ya Allah, kalau bukan bulan puasa dan aku memang tak fikir air muka kakak aku, mahu aku hempas apa sahaja dalam tangan aku dan belah dari situ.
Lepas tu aku start tunjuk muka bengang lah kan. Aku memang tak dapat kontrol lah siut. Aku banyak diam dan ignore makcik tu biar dia saja sembang dengan kakak aku dan tak lama lepas tu baru lah dia menunjukkan ciri ciri nak blah dari situ. Aku rasa dia dapat agak kut. Tak pun, dia baru teringat nak balik rumah siang ikan untuk berbuka petang karang.
Kau tahu, aku membebel dekat kakak aku sampai 2 hari pasal mak cik tu. Sampai aku cakap dekat kakak aku aku tak nak pegi Bazar Ramadan takut terserempak dengan mak cik tu dan buat aku berfikiran jahat nak pulangkan puaka yang dia bagi dekat aku (Kakak aku pulak pegi bukak cerita pasal makcik ni dekat aku lepas aku bengang nak mampos. Dah jadi mengumpat pula kau tahu?) Gila ah.
Jadi, aku memang faham benar akan penyiksaan berdepan dengan mulut mulut puaka setiap kali kau balik kampung. Tapi apa yang aku tak faham, mereka ni tak pernah remaja ke? Tak pernah sakit hati di soal soalan soalan haram jadah oleh mak cik bermulut puaka sebelumnya? Sepatutnya by the time umur dah menopos begitu, mereka sepatutnya lebih arif dan stop the cycle, ubah cara bila gila nak mengorek rahsia.
Jadi aku mengajak wanita yang sebaya dengan aku atau lebih muda, yang berperit jerih dengan wanita yang bertanya soalan puaka setiap kali balik kampung raya atau cuti umum, stop the cycle. Jangan lah kita jadi pelapis si puaka puaka ni bila kita dah menopos nanti.
Selamat Menyambut Hari Raya & Good Luck bila balik kampung nanti lah ya.
Arnida Shariff on Facebook
July 2, 2016 at 3:54 ambagus. boleh buat filem seram; puaka mulut longkang
Normi Kahar Goodwin on Facebook
July 2, 2016 at 4:04 amHehe
Hanani M. Ali on Facebook
July 2, 2016 at 3:55 amNi mmg entry paling win! I pun ramai gak memakcik mulut puaka macam ni. Hish tak bila nak insaf Normi
Normi Kahar Goodwin on Facebook
July 2, 2016 at 4:04 amApa soalan u dapat? Hehe
Hanani M. Ali on Facebook
July 2, 2016 at 4:10 amNormi Kahar Goodwin biasa la, soalan I ni soalan bila nak kawen — so I ckp la I lesbian tak suka lelaki. Dah tu tiap tiap kali aku balik kg kau tanya soalan yg sama… Bkn makcik je mulut longkang cousins pun Sama mulut puaka jugak.
Mazura Ahmad on Facebook
July 2, 2016 at 4:08 amTerbaik kak! Nak raya ni lagi la byk soklan cepumas akan dapattt
Normi Kahar Goodwin on Facebook
July 2, 2016 at 5:15 amBerani tak nak puaka kan depa balik?
Mazura Ahmad on Facebook
July 2, 2016 at 5:35 amTah la kak ooii. Kata kata kita kuang hajo plak. Dh mulut dia yg xde insurance
Normi Kahar Goodwin on Facebook
July 2, 2016 at 5:14 amLucky you!
Jamali Jc on Facebook
July 2, 2016 at 5:22 amAntara jawapan puaka : ‘Anak makcik yang masuk pusat serenti tu dah kuar dah?. Hmmm nasib la kan ada anak pun kaki fit! Baik tak yah ada anak kalau macam tu’. Beran?
Jamali Jc on Facebook
July 2, 2016 at 9:19 amTak ada makcik yg ada anak kaki fit tanya aku soalan cepu mas lagi.
Maizatusima Hj Juhdi on Facebook
July 2, 2016 at 7:43 amI feel you..walaupun isunya berbeza..huhu..
Izan Noor M Noor on Facebook
July 2, 2016 at 11:21 amTumpang share yer.. sangat menarik.. saya sokong ape yg sis ckp tu..
Normi Kahar Goodwin on Facebook
July 2, 2016 at 4:55 pmHarap dalam friendliest awak Ada makcik mulut puaka & dia terbaca lalu ubah cara bila nak korek rahsia lah hendaknya
Izan Noor M Noor on Facebook
July 2, 2016 at 8:51 pmAbu Soleh on Facebook
July 3, 2016 at 1:01 amKenape la dah tua tak pandai nak bawak diri…kan dah tua….mati pun dah dekat…nt sbb kan mulut nak mati pun susah teringat kan mulut penah ngate org sakitkan ati org….malaikat maut dah tgu…..masa tu baru nak ckp mg sah la tak sempat…okthxbai
ADEL
February 23, 2019 at 3:09 pmartikelnya bagus sekali