Nak Kawin Mat Salleh, Tapi Kena Scam Duit Pula.

Kes wanita tempatan kena scam duit melalui perkenalan secara online ni bukan benda baru. Aku mati mati ingat benda ni dah basi dan luput memandangkan ramai yang dah terkena serta media massa mewar war kan kes mangsa. Tapi aku terkejut bila aku ternampak kes tahun lepas di mana wanita tempatan ditipu sebanyak Rm 19,600 di Page PDRM (Facebook).

Susah aku nak hadam. Kalau memang jumpa depan depan, boleh la jugak charge orang tu jampi atau pukau. Kalau setakat kena tipu perasaan dan buang masa bertahun bercinta tapi last last orang tu nikah lain pun, aku rasa still normal. Tapi kenal sebulan lesap 20k, aku rasa memang suey lah. (Nak cakap bodoh karang, takut kedengaran kasar sangat) Paling kesian, rata rata masyarakat gelakkan mangsa dengan komen berunsur negatif.

Masa kes ni wanita kena tipu melalui cinta online tengah rancak sekitar 2012 – 2015, aku pernah rasa terpanggil untuk tulis di belog ni. Bukan untuk mengutuk, tapi untuk list down tips and how to detect scammer secara online SEBELUM kau even balas sepatah message dari mereka atau bertukar nombor telefon/ email/ chat ID.

Aku tak lah expert tapi alhamdulillah, benda ni belum kena dekat aku. Mesti korang ingat “mesti pernah kena ni, kalau tak macamana last last berjaya juga nikah Mat Salleh”

KEPALA HOTAK KAU. itu aku boleh cakap. Aku tak pernah ada mimpi nak menikah Mat Salleh. Malah aku anti dengan lelaki barat. Boyfriend aku dulu semua Melayu dan sebelum aku kenal botak , aku tak ada kawan Mat Salleh la ok? Ni semua jodoh Tuhan dah aturkan.

Anyway, Aku boleh lah bagi guideline “how to detect love scam” based on real story – benda ni hampir nak kena dekat ex officemate aku. Aku ada dekat situ dan dia pass phone dekat aku untuk bercakap dengan ‘Mat Salleh’ tersebut memandangkan ex officemate aku ni kurang lancar sangat Bahasa Inggeris dia. Takat chat tu boleh la.

BAGAIMANA UNTUK DETECT SCAMMER CINTA DUIT DI INTERNET:

  1. Dia approach kau di Private Message for the first time dengan kata kata yang indah walau sebelum ni ni dia tak pernah ‘like’, ‘comment’ atau say simple ‘Hi’.
  2. Memperkenalkan diri macam masuk interview – Lengkap dengan status diri (duda/bini mati/anak teruna tua) pangkat pekerjaan, lokasi tempat tinggal walau kau tak tanya pun.
  3. Dalam mesej yang sama, terus minta exchange email address / Phone number / Chat ID sedangkan kau tahu berapa banyak orang berskandal di media social hanya cukup bermesej di ruang private mesej di Facebook sahaja
  4. Check tarikh akaun social media dia. Bila dia join. Most of the Social media account akan tulis bila orang tu join. Kalau tak pun, tengok first post public dia. Kalau baru create 2 hari, seminggu ataupun beberapa bulan dah start private message kau dengan kata kata yang indah, memang scammer la tu.
  5. Gambar profile MAT SALLEH siap dengan anak, bergambar depan kereta, rumah, berseragam kemas mahupun berjaket coat bagai. Sebab Mat Salleh biasa tak perak macam tu. Melayu MLM je tayang tayang harta palsu.
  6. Nama ‘Mat Salleh’ itu sendiri – Memandangkan scammer ni bukan Mat Salleh yang sebenar, mereka lupa akan peraturan First Name, Middle Name & Surname. Nama mereka kadang kadang memang tak masuk akal, janji bunyi English. Brown Dillon lah, Jonathan Spencer lah, Dan kalau kau nak check, senang saja, copy and paste nama mereka di Google Search. Kau buat dulu then kau akan faham apa maksud aku.
  7. Belum apa apa dah cakap dia jatuh cinta dengan kau. Nak kawin dengan kau. Terus nak hantar gift mahal mahal bagi kau.
  8. Kemudian disusuli dengan perbualan tentang DUIT. Tak kira lah apa bentuk cerita dia. Barang sangkut, Akaun bank ada 80 juta sangkut, duit kena bayar cukai ke, dia tersangkut dekat airport beg dia hilang semua, missed flight, flight delay, duit dia tak clear lagi, nak bukak business tunggu fund, mak dia nak mampos etc etc. Pokoknya, DUIT.
  9. Dia bagi tahu nak transfer duit dalam jumlah yang besar. Kalau memang betul dia ada duit, kau tahu apa itu MONEY LAUNDRY? Kau yang tak pasal pasal kena soal siasat bila tiba tiba ada sejumlah wang yang banyak dalam personal akaun kau. Kau ingat Bank di Malaysia / Bank Negara diam sahaja bila nampak akaun kau yang baki hujung bulan asik tinggal RM2.50 tiba tiba masuk atas 30k? Kau cuba buat test kalau nak tahu. seminit kemudian akaun kau kena freeze. Kau kena pegi bank tanya kenapa tak boleh keluar duit. For your information, setiap sen duit keluar masuk dalam akaun saving kau, ada orang pantau lah.
  10. Ok lah. Katakan kau memang percaya sangat dah he’s the one (LOL) AT LEAST MINTAK LA VIDEO CHAT. Whatapps Video Chat, Skype Video Chat kan ada. Berapa sen sangat data. Free kut kalau kau guna Wifi McD. Tengok rupa paras yang sebenar at least sebelum nak terima cinta dia. Aku bukan cakap kena handsome dulu baru boleh bercinta, tapi tengok la sama ke gambar profile dia di Media sosial dengan real, live version. Kalau gambar putih, live hitam? Kalau memang gambar hitam, live pun legam, kau minat, hadap lah.
  11. Sentiasa kongsi cerita dengan at least 1 kawan rapat yang boleh dipercayai. Awat bercinta senyap senyap..takut kawan kau sailang boyfriend “Mat Salleh” kau tu ke? Hahahhaha. Tanya pendapat dia tentang permintaan boyfriend “Mat Salleh” yang kau baru kenal tak sampai sebulan / Setahun ni. Kalau sama sama bodoh, mintak tanya pendapat orang yang ada kawan/ Kawin dengan Mat Salleh. Tanya mereka how they met their husband. Is it normal kalau kau di approach begitu begini? Aku selalu juga dapat email / private message dari readers aku tanya pasal ni dan kongsi pasal hal mereka as if mereka perlukan pendapat. Dan aku cuba sebaik mungkin kongsi pendapat dengan mereka.
  12. point lain lain, korang boleh lah tambah sendiri based on pengalaman atau cerita dari kawan kawan yang pernah kena di ruangan komen. HAhahaha.

 

Ok. Aku tahu kenapa wanita tempatan HADAP sangat nak menikah Mat Salleh. Dengan ciri ciri yang stereotype seperti : Kaya, Romantik, Alat Kemaluan Besar dan sebagainya membuatkan wanita tempatan jadi bodoh sekejap. Kena pulak Majalah dan Surat Khabar duduk terbitkan artikel Wanita Melayu berjodohan dengan Mat Salleh / Orang Luar, dapat anak comel lalu mereka hidup aman dan bahagia macam dunia ni memang dah syurga. Maaf. Aku pasti korang punya level agama lagi tinggi dari aku. Perfect itu hanya wujud di SYURGA di AKHIRAT sahaja. Bukan atas dunia. Ada pulak tu, nak menikah Mat Salleh sebab nak MELANCONG!!! Niat nak menikah pun dah tak betul, aku rasa memang patut juga kau kena kelentong puluhan ribu.

Disini juga aku nak listdown kan ciri ciri lelaki Mat Salleh yang sebenar (Yang setakat aku tahu sejak aku kenal Botak serta kawan kawan, relative dia yang aku kenal secara general.

  1. Romantik : Bukan semua. Macam juga melayu dan lelaki Asia yang lain. Ada yang romantik ada yang tak. Tak semestinya bila Mat Salleh tu, confirm Romantik. Sepanjang tahun 2017, aku tak terima pun walau sekuntum bunga dari Botak. Baik Mother’s day, Birthday, Wedding Anniversary. Bukan sahaja tak ada bunga, hadiah pun tak ada. Bukan sejak menikah, masa berkenalan dulu pun tak ada. Kalau ada pun, sebab aku MINTAK. Sorry la nak surprise surprise ni. Pengalaman aku bercinta dengan Melayu, lagi banyak boyfriend Melayu aku belikan aku macam macam lah.
  2. Kaya : Bukan semua. Kalau yang kaya takkan sibuk nak berkenalan dengan perempuan biasa macam kau secara online. Yang kaya akan menikah dengan Tunku Aminah anak Sultan Johor. Sherina anak Chef Wan ataupun Lana Nordin pelakon drama. Anak datuk, menteri serta segala VIP, mereka jumpa Mat Salleh ni masa study overseas. Rata rata Mat Salleh yang makan gaji, pun tak ada duit nak beli tiket melancong keluar dari negara mereka untuk bercinta dengan kau dekat Malaysia. Kalau ada pun, terkial kial macam kita lah jugak tunggu bonus, simpan duit sikit sikit atau guna kredit kad untuk beli tiket penerbangan. Mengerti?
  3. Alat Kemaluan Besar : Pikir biar logik. Kalau badan tinggi lebih kurang orang kita, takkan lah panjang dia sampai lutut kut? Mesti kau banyak tengok video porn lalu bersangka semua Mat Salleh saiz semua macam dalam video lucah tu. Hello, yang berlakon dalam video porn tu pun terpilih sahaja. . Macam Model. Mereka tu specialist dalam bidang porno. Muka, badan semua spek untuk filem porno. Mereka takkan ambik yang kecik kecik untuk shooting filem.
  4. Lelaki Mat Salleh paling sukar untuk cakap I Love You. Bagi mereka, I Love You tu dah satu commitment. Untuk buat mereka nak commit dengan perempuan yang dia baru kenal, memang agak mustahil. Mereka ni jenis nak kena kenal perangai, fahaman, pendirian dan hati budi kau dulu. Bila dah kenal dan serasi dengan dia, kau hitam ke, gemuk ke, jongang ke, busuk ke, mereka tetap akan sayang kan kau. Suami aku pun lepas kenal aku almost 2 years baru berani cakap I Love You.
  5. Tahukah kau di negara barat bersepah imigran datang dari Thailand, Philippine, Vietnam, Indonesia, Singapore, China mahupun Malaysia? Dekat negara mereka bersepah perempuan Asia lah. restoran makanan Asia pun bersepah. Apa yang membuatkan kau rasa kau special sangat sampai mereka ni cari kau online untuk buat girlfriend sedangkan dekat tempat kerja dan rumah mereka, perempuan Asia depan mata siap boleh speaking English elok lagi dari kau.
  6. Ok. Katakan kau sangat special. Mereka cari kau siang dan malam online sampai nampak gambar kau dekat social media lalu terdetik dekat hati dia “oh, ini lah jodohku”, kau ingat mereka terus nak transfer duit puluhan ribu dekat kau? Najib pun kena jadi Perdana Menteri dulu untuk dapat donation 2.6B dari Arob Saudi. Kau tahu tak berapa banyak kes pula lelaki bodoh dekat negara barat kena scam secara online dek perempuan fake profile juga? BANYAK lah. Cuma silapnya, Lelaki Mat Salleh Bodoh tu tak bertemu dengan Wanita Tempatan yang sama bodoh je online. Kalau tak asik gilir gilir hantar duit dekat each other je lah kerjanya kan? So, disebabkan banyak kes kena scam dekat sana, mereka juga takut nak percaya dekat kau. Lagi lagi nak hantar hadiah mahal / hantar duit banyak bagi kau. So mereka akan video chat or kalau special sikit, memang akan beli tiket kapal terbang, datang jumpa kau sendiri depan depan. Dan mereka takkan mintak duit kau untuk beli tiket flight dia OK?

Kalau kau betul betul praktikkan agama anutan kau, kau memang tahu yang hidup di dunia ni tak la seindah mana. Dan jangan kau ingat, orang yang kawin Mat Salleh ni kira paling beruntung. Dia mungkin ego dan bijak. Tapi bukan beruntung. Aku cakap dia ego dan bijak ialah dia tak canang kesusahan dan kepahitan dalam rumahtangga dia bersuamikan Mat Salleh. Orang bodoh saja bila gaduh dengan suami letak dekat Facebook atau anykind of social media ni. Tapi, percayalah, memang ada kepahitan, kesulitan dan pelbagai masalah sama seperti pasangan menikah sesama bangsa. Kalau kau nak tengok bahagia, tak payah tengok jauh, kau tengok ada je kan kawan kawan kau yang menikah sesama bangsa yang bahagia (pun mereka tak canang cerita time mereka gaduh). Pokoknya, cermin diri sendiri dulu. Kita ni macam magnet, siapa diri kita akan menarik seseorang yang sama macam kita datang kepada kita. Kalau kau biasa biasa sahaja, sahkan Mat Salleh, Fattah Amin pun tak datang. Dia pegi dekat perempuan macam Neelofa dan Fazura saja. Jangan berangan hidup kau bagaikan Vivian Ward dalam filem Pretty Woman. Itu pun, walau hanya cerita dalam filem, kena Pretty juga.

Berbalik pada cerita ex office mate aku.

Masa tu kami dekat office. Tiba tiba officemate aku mintak tolong aku untuk bercakap dengan seseorang dalam talian handphone dia. Kebetulan work station kami sebelah menyebelah, so aku ambik handphone dia.

“Hello?”

Yes. Hello. Who is this?

Pekat accentnya. tapi bukan kedengaran pekat seperti European mahupun American. Tapi more ‘kelat’ dengung accentnya.

“I’m xxx officemate. She asked me to talk to you since she don’t quite understand what were you trying to say to her”

Pass back the phone to her. I don’t want to talk to you.

Wah, sungguh kasar arahannya.

Aku pun pass la balik handphone tu pada dia. Tak sampai 1 minit talian putus. Aku tanya officemate aku “sapa tu?”

Dia pun cerita dekat aku, sambil tunjuk email, Yahoo Chat nya dan segala mak nenek messege. Tu dia. Senarai barang gift yang di hantar dari UK. Ada la dekat 30 barang. Teddy bear lah, handbag berjenama lah, mobile phone la, set barang kemas lah, kasut lah. Cuma jengkaut, steamroll sama bangunan 28 tingkat je tak ada dalam senarai tu. Cuma masalahnya sekarang, barang sangkut dekat kastam. Perlukan duit RM3000 untuk clear kemasukan barang tu. Dia mintak member aku bayar kan dulu later dia bayar balik.

Hahahahah.

Aku pun dengan berat hati bagitahu member aku. “emmm.. tadi.. bunyi macam.. bukan mat salleh…” Dia tersipu. Aku pun describe dekat dia bab procedure barang dari overseas dan kastam. Mana boleh bank in, bank in.. memang kena pegi kaunter mengadap kastam airport sana…memang kita yang kena bayar. So buat apa bank in pada dia untuk bayarkan..

Member aku bengang terus hantar mesej dekat Yahoo Chat sana cakap dia dah tahu siapa mamat tu. Haaaa..

Aku tak tahu berapa lama diorang ni berchatting, bercinta secara online. Tapi yang pasti, lepas mamat tu tahu tembelang dia pecah, kau tahu apa mamat tu taip?

“Perempuan bodoh. I know where your family is. I will find them” something like that. Siap ugut. Tahu cakap melayu waklu. Nampak sangat stay agak lama di Malaysia. Lepas tu aku tak tahu apa jadi. Tapi yang pasti, member aku tu terselamat lah dari kena scam.

End of the story, jodoh setiap manusia tu dah di tentukan Tuhan. Bukan semua orang dapat apa yang mereka nak, bukan semua TAK dapat apa yang mereka TAK nak. Siapa pun pasangan hidup kita, Melayu tak Melayu – setiap kemanisan yang dipaparkan pada umum hanyalah cebisan jalan hidup yang DIPILIH untuk di paparkan. Sisi kepahitan, keperitan, kesusahan – pada orang yang ADA MARUAH dan KEMATANGAN untuk di jaga, tak akan sanggup ceritakan kepada umum.

Jangan dikejarkan sangat cinta dan kehendak hati. Because the purpose of our life is much more than that.

Comments

comments

2 Comments

  1. Leez

    February 16, 2019 at 2:00 pm

    Salam.. Saya pernah mengalami scam love Ni.. Lama gak sy berkenalan ngn mamat mat saleh Ni.. Dari suaranya spt bkn mat saleh dia kata dy mix.. Okla dy perkenalkan dri ngn nama dato xxxxx.. Ayah dy asal Malaysia mak dy org franch.. Kami kenal Kat FB.. Dy kata byk2 pompuan KT FB tu dy minat nak add sya.. Bermula pkenalan kami dy OK je kata Duda anak sorang Dan bkerja sbg engineer ..Okla x kisah pon sy psl keja tu.. Dy kata dy nak kirim duit Ke sy sbb nt dy nk dtg Malaysia sbb De kontrak ngn petronas so nt senang sbb x leh bwk duit byk.. So dy mtkla no acc sy smua.. Sy BG LA KT dy.. Sy BG mlm pagi2 sok tu sblm kul 8 Ade pompuan kol sy kata sy kenal x dato xxxxx Ni.. Sy pon katala sy kenal.. Dy bgtau mamat Ni dh transferkan duit yg byk Ke akaun sy.. 156000 pound.. Duit kita 800k lbh.. Sy terkejut jgkla.. Lps tu dy kata kena byr GST mse tu Ade GST lg.. 2000RM utk duit tu msok Ke akaun sy.. So sy x pikir panjang sy pon tnya Kat mamat tu dy kata ikut je ape agent tu kata sbb agent tu mmg deal untk transaksi luar negara Ke local bank Malaysia.. Sy pon bayarla tnpa byk soal.. Lps sy byr 2000 tu agent tu kata bank negara dh dpt detek byk Sgt duit nk msok acc sy so xnak bank negara sekat sy diminta byr 4000 utk proses tu.. Hmm mse tu sy dh musykil.. Sy tnye mamat tu hmm mcm biasala ayat yg SME ikut je arahan agent.. So dy ingt sy bodoh sy true kol bank negara.. Bank negara jelaskan tiada fee atau bayaran utk transaksi duit dari luar.. Xde ejen pon yg btindak BG pihak bank.. Bank pon tidak akan kol klien dy mintak duit.. So mse tu sy dh tau tipu.. So mamat tu pksa sy byr jgk sbb dy kata duit dy tu akan lesap klu sy x teruskan proses sbb dah debit Dr akaun dy.. Okla sy layankan dlm mse yg SME sy buat laporan polis sbb dh byr 2000 TD.. So polis kata mmg scam.. Sy pon pegi jgk Ke bank sy suruh dorg semak Ade Ke transaksi Dr luar nak msok Ke akaun sy.. Bank kata tiada ape2 floating.. Mamat tu kol sy byk Kali dy kata you Kat mana.. You buat ape.. Dy kata dgn sy jgn pegi bank jgn report polis sbb nanti dy kata sy jugak yg susah.. Sy kata sy x g bank Dan x g balai pon.. Cuma sy kata sy tengah cari 4000 tu utk byr.. Lps tu sy mintakla mamat tu video call ngn sy.. Dy buat lps sy pksa mulanya dy x mau sbb dy kata dy segan sbb muka dy x hensem.. Sy pon ayat manis sy kata sy x pilih rupa.. So dy buatla VC ngn sy tp malangnya dy kata kamera depan phone dy rosak x nmpk gelap.. Tp herannya dy nmpk sy n leh ss pic VC sy tu.. X Ke pelik klu kamera depan rosak msti dy pon x nmpk sy kan.. Hmm xpe sy layan lg.. So dy kata selagibduit x msok dlm acc sy dy xkan dtg Malaysia so dy sruh sy segerakan proses tu.. Sy buat2LA kata nk truskan n sedang cari duit.. Sy tnya agent tu lps byr 4000 Ni sy kna byr ape lg.. Agent tu kata kena beli insurance harga 8000 pulak.. So dy kata baik terus cari 12k je utk byr sekali proses selesai.. Last2 sy gamekan kedua2 nya.. Tp sy dh lost 2000 LA.. Tp xpela mujur sedar awal.. So lps sebulan cmtu mamat tu cari sy lg dy kol guna line Malaysia.. Dy kata dy dh smp Malaysia Ade Kat Sarawak sbb kontrak ngn petronas.. Mse tu dy x sebut pon psl duit dy tu lg.. Hmm pelik kan.. Xpe sy layan je.. Mse tu gak sy kol insp yg siasat kes sy tu terus kasi no telefon mamat tu n detail dy berada.. Sy pon x sure LA ape jdi.. Lantakla janji sy selamat Dr ditipu lg.. Sekian tq kerana sudi baca

    1. heartboxx

      February 23, 2019 at 12:27 am

      Ya Allah..kesian nya Sis.. semoga jadi pengajaran.. share lah dekat kawan kawan pengalaman tu. Jangan malu. Semoga wanita kita tak ditipu oleh mamat hitam…

Leave a Reply