Old, Charming Town Called Virginia City, Nevada.

Hai, tengah tunggu belog ni update post ke tu… Hehe.. perasan nak mampos lah kan ada orang tunggu cerita baru dekat belog kau macam lah popular sangat.

Anyway, aku tak ada kemana mana sangat. Hanya jalan jalan ke bandar bandar berdekatan dengan rumah saja. Yang mana, paling jauh pun dalam 1 jam pemanduan kereta. Lain lah kawan kawan aku di Malaysia sana. Ke New York lah, Japan lah, Australia lah. Semua main international sajor. Bikin hati ini sedikit cemburu. Gitu. Aku ni, ibarat duduk Shah Alam drive ke Klang dan Banting saja kalau nak di umpamakan. Huhu.

Ok straight to the point of the story lah ya. Virginia City. 30 minit drive dari tempat tinggal kami di Sparks, Nevada. Bandar ni merupakan bandar lama hasil tinggalan pelombong bijih perak atau dikenali sebagai ‘Boom Town‘. Boom Town ni macam, bandar tu membangun dan ramai orang datang pindah situ secara tiba tiba di sebabkan sumber mineral galian berharga (selalunya emas, perak, berlian, minyak). Selalunya Boom Town ni tak lama hayatnya. Lepas semua dah dikorek licin, tinggal lah bandar tu terkontang kanting kesepian bak anak dara yang lunyai di tebuk tupai. Gitu.

Tapi percayalah, masih ada lagi tupai tupai yang menghargai kejadian yang dah lunyai. Maka, dijaga, dibersihkan, diperindahkan. Maka kembalilah kejadian itu menjadi sesuatu yang berharga. Walau tidak semahal dulu. Alah, kau pun esok dah tua ganyut nak mampos pun tak de value jugak nanti. Hancur lebur makan dek cacing dalam tanah.

Masa seakan akan terhenti di bandar ini. Suasana yang ‘laid back’ no rush. Tiada pemandangan restoran hipster yang trying too hard to look like they are not (especially the service). Bangunan 2 tingkat binaan kayu tahun 1850-an masih lagi utuh dalam keadaan yang asal tanpa make over moden. Manusia bergelak ketawa berbicara senyum memandang mata, melambai tangan kepada anak kecil dan kepada sesiapa sahaja yang bertentang mata. Mesra. Alunan muzik dari era yang seusia dengan sejarah permulaannya nya sayup kedengaran bersulam dengan angin di tanah tinggi. Damai. Wah. Macam ada gaya untuk novel novel gitu.

Pejabat pos yang satu satunya di pekan ini adalah merupakan yang asal. Di bina pada tahun 1859 dan masih digunapakai hingga ke hari ini. Begitu juga dengan binaan lain seperti sekolah, gereja, pondok polis dan sebagainya.

Kalau dulu, dapat aku bayangkan motor motor berkuasa besar ini adalah kuda yang ditambat tuannya. Menanti setia tuannya yang melepas lelah di bar dengan 8 gelas beer setelah melombong perak. Hahahah.

Kalau bukan kerana kereta kereta ini, mesti aku terlupa yang aku di tahun 2019. Cewah. Tapi serious lah. Masa aku berjalan menyusuri kaki lima sepanjang pekan ini, aku tersenyum tanpa henti. Hati ni happy. Sebab sepanjang aku duduk Malaysia pun, separuh hidup aku dah di kelilingi dengan bangunan moden mencakar langit.

Salah satu pemandangan di dalam bar di Virginia City. Dalam Bar ni ada nampak sedikit pemodenan lah. Spot light, Live music equipment, kerusi meja. Dan kalau kau spend masa dekat pekan ni lebih dari 1 jam, kau akan berpeluang untuk melihat persembahan Mariachi 100% authentic Mexico secara ‘live’.

Kalau nak beli souvenir, aku suggest sangat. Beli lah. It’s not ‘made in China’ di sini. Semuanya hasil kerjatangan penduduk tempatan. So harganya pun tak lah murah mana. Tapi, ada value untuk kau pamer bila pulang ke Malaysia.

Selain daripada aktiviti free seperti gambar di atas, ada juga aktiviti berbayar. Dekat sini kau boleh beli tiket keretapi steam pusing bandar dalam $12. Ada pertunjukan cowboy vs bandit tembak menembak dan libasan cemeti. Dekat sini juga ada studio gambar menawarkan make over pakaian era Victorian (1800) gaun, rambut palsu dan suit ala Napoleon Bonaparte. Bila lagi nak merasa berpakaian ala victorian siap dengan perabut dan berlatarbelakang kan pekan lama walau muka kita jawa.

Di sini juga ada muzium dan Opera House. Tapi kami tak masuk pun sebab berbayar. Ok nak cerita la sikit pasal kedekut. Botak memang anti dengan aktiviti di tempat pusat perlancongan yang kenakan bayaran yang tah hapa hapa. “It’s a tourist trap” katanya. Tapi percayalah, kalau bab tempat penginapan dan makanan, Botak akan spend reasonable amount for his wife and daughter’s comfort and happiness. In fact, selama kami travel, berjalan jalan, Botak akan mintak aku list down hotel mana dan kawasan mana aku nak stay. Dia akan book tanpa banyak soal. Sebab dia malas nak dengar bini dia membebel tak best. Jadi, kedekut dia kedekut yang munasabah aku rasa. Sebab setakat ni, kami anak beranak masih belum lagi tidur di bangku bangku taman dan tepi jalan. Kalau flight awal pun, Botak akan tetap book hotel dalam airport walau hanya dapat tidur 4 jam sahaja. Apatah lagi minum air dari drinking fountain serta makan biskut bersama nutella. Apa sangat lah 50 Euro dengan kesejahteraan dua wanita dalam hidupnya.

Salah satu church yang terbesar di Nevada. Tapi church ni pernah terlibat dalam kebakaran yang besar pada awal pembinaan nya. Kiranya ini binaan kedua. Pun tak lah baru. Pembinaan semula pun pada tahun 1875. Dah 144 tahun dah. Church ini terbakar sebab sebahagian pekan ini terlibat dalam ‘wild fire’. Bukan sebab Tuhan bakar kerana tempat ni rumah ibadat kristian. ‘Wild Fire’ ni kira common di USA bagaikan banjir kilat di Malaysia. Terutama kawasan tinggi berangin pada waktu musim panas. Rumput sekering kering nya boleh terbakar di bawah matahari musim panas. Kalau korang datang camping di mana mana National Forest / State Forest, akan ada larangan open fire / camp fire pada waktu musim tertentu kerana boleh menyebabkan kebakaran yang besar. Bukan setakat bakar shop lot 7 bijik kedai macam dekat negara kita. Ini memang makan beratus ekar. Padam pakai helikopter berhari hari.

Don’t worry. Aku masih Islam lepas jenguk masuk dalam church ni. Bukan selalu dapat tengok dalaman church yang berusia 144 tahun. Tiba tiba terbayangkan cerita John Wick yang pertama. Eh?

Yang ni aku tak tahu apa. Aku tak sempat nak baca cerita pasal bangunan ni. Tapi ini kira dah jalan belakang area shop lot lama semua tu. Kalau korang turun lalu jalan ni, korang akan jumpa rumah rumah penduduk asal dekat sini yang SANGAT LAH CANTIK. Nanti aku akan sambung post yang ke dua untuk itu. Post ini pun dah 45 gambar tahu?

‘Saloon’ di negara barat ialah ‘bar’. Bukan salon buat rambut tu ya. Haha

Bab makanan kami tak dapat lah nak mencuba di sini. Hanya ais kerim dan gelato sahaja mampu cuba tanpa was was.

Dekat bandar ini mempunya beberapa hotel penginapan lengkap dengan perabut dan set up zaman 1800. Salah satunya memang terkenal dengan ‘haunted hotel’. Memang dia label siap siap untuk mereka yang minat kearah pengalaman paranormal activity. Dia tak tipu punya. Tak sembunyi pun. Bukan macam hotel dekat Genting Highland sama Cameron. Dah tahu ada hantu, bukan nak bagi tahu! Kalau nak merasa jumpa hantu mat salleh. Sila lah check in di sini ya.

Miss A kelihatan tidak sabar untuk mendapatkan gelato mango kegemarannya. Segala candy coklat berkaler kaler dia tak heran. Sebab dia tak tahu semua tu. Dia ingat semua tu decoration. Pegi lah mana mana kedai, semua candy coklat dia ingat decoration ornaments. Kah kah kah. Pernah bagi dia bulan lepas masa kami pegi car parade show tu. Fikir tak apa lah sekali sebulan. Dia lambung labung macam guli tak masuk mulut. Dia ingat plastik. Sejak dari itu kami pun tak offer lagi dah. Biarlah dia ingat benda tu plastik sampai dia tahu sendiri nanti. Tapi aku perasan candy macam tak laku dekat belah sini. Sebab aku tak nampak satu pun budak budak dekat sini ada pegang candy coklat dekat tangan mereka. Paling popular pun aiskrim. Pun popsicle jenis buat dari fruit juice.

Muka lepas nangis sebab ais kerim lambat masuk mulut dia.

Bapak sama naik habis misai jambang penuh aiskrim.

Lepas makan aiskrim, bagi dia naik kereta buruk mesin slot 25 cents. 3 round jugak lah nak bagi lepas angin. Tak ada muzik apa. Goyang saja lebih.

Boom Town seperti Virginia City ni memang merata di seluruh USA due to Gold Rush, silver mining dan pelombongan minyak. Tak semua di pulihara seperti Virginia City ni. Ada yang di tinggal sepi bertukar gelaran sebagai ‘Ghost Town’. Ghost Town meaning bandar yang di tinggalkan. Bukan penuh hantu macam rumah hantu dekat Fun Fair sana. Aku tak tahu apa yang membuatkan mereka memilih mengekal, menjaga bandar ini. Was it bring them the good money? Was it because they think they can’t make it out there once they leave? Was it because they love this place too much? Apa apa pun, aku sangat sangat berterima kasih kepada mereka yang menjaga warisan bandar ini. Kerana pendatang Melayu seperti aku dapat melihat dan menyentuhnya walau 170 tahun kemudian. Memahami, mengenali warisan wild west di bumi Amarika Syarikat. Semoga datuk bandar Kuala Lumpur punya kesedaran yang sama untuk Kampung Baru belakang KLCC.

Seperti biasa sedikit rakaman video untuk tontonan pembaca.

Maaf lah sekiranya angle gambar yang aku ambik tak seindah mana. Aku jadi bercelaru di antara diam menikmati kecomelan pekan ini dan mencari kedudukan sisi untuk mengambil gambar yang cantik. Secara jujurnya, ingin aku duduk sahaja di satu sudut dan hadam segala. Setakat ini dahulu. Nanti aku sambung lagi next post for more pictures and story.

Comments

comments

Leave a Reply