Pengakuan Mangsa Pedophilia.

Salam Bulan Kemerdekaan, Malaysiaku!

Kali ini isi kandungan post aku adalah sumbangan salah seorang mangsa Pedophilia yang aku kenal melalui Facebook. Ini bukan cerita fantasi tapi realiti. Actually I’ve known quite a few of sexual abuse victims, only this one asked me to publish her story so it can create awareness to mothers out there. Ya, dia dah jadi seorang ibu kini. Aku bersyukur sangat dia jumpa lelaki yang baik yang boleh terima dan jaga dia sebagaimana seorang lelaki yang sejati. Hanya Allah yang dapat membalas baik perbuatannya dan memelihara keturunan lelaki tersebut kerana dia mengangkat nasib seorang wanita yang musnah dek keadaan sekeliling, kepada status seorang Isteri dan Ibu. What a noble man. Berikut adalah coretan beliau;

 

Salam kak. Terasa nak berkongsi sikit dengan akak pengalaman menjadi MANGSA PEDOFILIA.

Bermula dari atok tiri, pakcik tiri, kemudian abang-abang kandung dan akhir sekali abah tiri.

Trauma sangat sampai pernah takut nak hadap masa depan, takut nak kawin. Tambah pula dulu selalu dimomokkan orang kampung kalau berkahwin tanpa dara, suami akan ceraikan lepas malam pertama. Ceritanya bermula masa umur saya 6 tahun. Masa tu mak tinggalkan saya di kampung dengan makcik. Atok tiri tinggal sekali. Atok selalu cuba cabul saya dengan pujukan, kalau saya ikut cakap atok, atok kasi lebih duit belanja sekolah. Masa tu kan saya kecik lagi, jadi saya tak faham tentang pencabulan. Saya ikut je bila atok ajak saya mandi. Dia usik miss V saya. Hanya bila dah besar sikit dan faham sentuhan tu salah, barulah saya pandai mengelak. Itupun selepas saya tanya pada makcik. Masa tu umur saya dah 7 tahun. Oleh sebab atok kata jangan cerita kat sesiapa, saya simpanlah perkara ni dari pengetahuan makcik. Tapi sejak saya tahu benda tu salah lah, saya benci sangat dengan atok. Saya tak pernah nak bersalam dengan dia, sampai sekarang. Saya jijik tengok dia.

Tapi nasib saya tak baik, pakcik tiri pula cuba merogol. Saya mengelak, bergolek jatuh sampai kening saya koyak terkena bucu katil. Sampai sekarang masih ada parut. Bayangkanlah pakcik masa tu umurnya 20 tahun, saya baru 7 tahun. Ingatkan saya boleh selamat selepas mengelak dari serangan pakcik, rupanya kali ni saya betul-betul kena. Saya dirogol oleh dua abang kandung saya sendiri tetapi pada hari yang berbeza. Tak tahu nak mengadu pada siapa dan takut sangat kalau orang tahu.

Umur 8 tahun barulah mak datang ambil saya. Tapi masa tu marah saya dah teruk. Tak boleh pandang dan bercakap dengan diorg. Perasaan benci tu tak boleh hilang. Hormat jauh sekali. Cerita saya tak mati di situ. Tak cukup dengan atok tiri, pakcik tiri, dua abang kandung, kali ni ayah tiri saya pula mencuba nasib. Tak sangka selepas 3 tahun berjauhan dengan mak dan hidup dalam neraka, ingatkan dah berada di bawah jagaan mak, akan selamat. Rupanya ada lagi binatang. Ayah tiri tak henti2 kacau saya sampai saya merayu pada mak nak sewa bilik di tempat lain. Masa tu umur saya 13 tahun. Ini yang buat saya masih marah dengan mak sampai ke hari ni.

Mak tak izin dan tak percaya langsung dengan saya. Masa saya nak masuk ke tingkatan 2, saya buka cerita pada mak supaya dia faham kenapa saya begini. Saya nak mak dengar dan fahamkan situasi saya tapi dia cerita pula pada abang yang sulung (abang ni tak buat saya). Abang sulung pun tak percaya dan cakap begini, “Ntah-ntah dia buat dengan boyfriend dia, dia tuduh pula abang-abangnya.” Kesudahannya, saya juga yang dihina. Saya give up kak. Mak tak percaya jadi sapa lagi yang boleh? Sejak dari tu saya jadi semakin kurang ajar dengan ayah tiri saya. Mungkin balasan dari Tuhan, ayah tiri saya kena strok masa mak ada di kampung. Saya biarkan je dia terkapai-kapai bergelumang dengan taik dia. Saya panggil jiran untuk uruskan. Tapi dia masih belum insaf. Selepas dia lumpuh, saya pun bernikah. Cubaan mencabul tu tetap ada walaupun cacat. Dipesannya pada saya, “Tinggalkan spender kamu yang belum basuh dalam bilik air ya!” Saya benci sangat kat dia kak! Bila mak dah bercerai dengan dia, muka tak malu dia minta saya tumpangkan dia di rumah saya. Saya tak nak la kak. Saya halau dia dan biarkan dia menumpang di surau.

Ayah tiri saya meninggal dah pun. Tak tahu macam mana nak hilangkan benci saya pada mereka ni. Saya juga percaya yang sepupu saya juga dicabul atok sebab belanja sekolahnya mewah dan dia paling rapat dengan atok. Saudara mara saya menuduh saya tak reti hormat orang tua kerana tak mahu bersalam dengan atok. Saya pun tak salam dengan abang saya sendiri. Selagi boleh, saya cuba duduk sejauh mungkin kalau berada di dalam satu rumah. Mak memang tegur kenapa perangai saya kasar. Anak nak salam dengan mereka pun saya cepat-cepat tarik. Riba lagi la tak bagi. Kerana apa yang berlaku pada saya ni lah, saya sangat jaga anak-anak saya. Tak mahu mereka juga jadi mangsa.

Tolonglah mak-mak. Percayakan anak kita. Kesian kat anak. Dah la jadi mangsa, tak ada tempat mengadu, tak ada tempat meluah. Mujur saya tak bunuh diri. Terima kasih pada akak juga sebab sudi menjadi tempat saya meluahkan cerita yang terbuku kemas berbelas tahun tanpa diketahui orang luar. Saya rasa lega sikit. Terima kasih banyak-banyak.


Kebetulan aku pun background membesar tak berapa sempurna macam orang lain. Aku banyak menyaksikan penganiayaan terhadap wanita sejak aku kecik, bermula dengan mak aku sendiri. Kemudian kakak sendiri, Makcik makcik… lepas aku dah dewasa, aku tengok kejadian berlaku dikalangan kawan kawan perempuan aku. Kisah aku sendiri pun wasn’t a smooth sailing cruise. Yes, I have my own bad experience with men too. Sebab tu kadang kadang aku sounded very biased and feminist. Tambahan pula aku dah ada anak perempuan sekarang ni. Kesingaan aku agak bertambah terhadap kaum lelaki.

Aku tak tahu bilakah penindasan terhadap kaum wanita, baik kanak kanak mahupun dewasa akan berkurangan. Perempuan yang educated, berjawatan tinggi pun masih ada jadi hamba dibawah tapak kaki suami bila balik rumah. Syurga di bawah telapak kaki suami katanya. Sebab tu selalu pijak wanita as if letakkan “syurga” atas muka bini kut.

Tapi at the same time, kita mesti ingat, Tuhan tu Maha Adil. Dia akan pertemukan kita dengan seseorang atau jalan hidup yang lebih baik bagi menggantikan kepedihan yang kita dah tempuh. Tapi dalam masa yang sama, kita kena lah berusaha untuk cari jalan keluar dari kesengsaraan. Mulakan dengan berkongsi cerita dengan seseorang yang boleh dipercayai. Tapi janganlah kongsi dengan 10-20 kawan. Itu dah dah jadi “menjaja aib rumahtangga” pula.

Aku percaya setiap wanita yang aku kenal pasti ada kisah hitam dia sendiri. Jadi, dalam masa kita berlumba lumba sesama kaum hawa tentang set barang kemas dan baju sapa paling mahal dan cantik, jangan lupa untuk support and empower each other. Bukan untuk orang lain, tapi untuk masa depan anak perempuan kita sendiri nanti.

Comments

comments

Leave a Reply