Pengalaman camping dengan motorhome di South Rolly Lake Camprgound, Alaska
FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE
Dekat Alaska dan negeri yang sewaktu dengannya, motorhome atau RV (Recreational Vehicle) ni memang tak asing bagi keluarga yang ada anak ramai atau pasangan yang bersara untuk jalan jalan. Kalau korang datang ke sini, boleh dikatakan setiap laman rumah ada benda alah ni lepak kat tepi. Pelbagai saiz. Mula mula aku datang sini aku ingat orang Alaska kaya raya. Sebab dekat laman rumah paling kurang ada 2 kereta sedan, 1 – 2 pick up truck (ala macam hilux tu), 1 Motorhome, 1 Motorbot (untuk memancing) dan 1 ATV (untuk aktiviti waktu musim panas redah hutan atau memburu). Laman rumah luas, paling kecik 1.5 ekar dan setiap bilik TV 48 – 60 Inci.
Lepas tu laki aku bagi tau, keadaan ni boleh di capai oleh middle income earners. Kalau orang kaya, dia up sikit. Depa ada kapal terbang sendiri dan ada pelihara kuda berserta tanah berhektar hektar luasnya untuk kuda lari lari. Tapi yang pasti, mereka takkan tunjuk mereka kaya. Sebab kekayaan bukan untuk ditunjuk, kata laki aku. Jadi, kalau kau datang Alaska, tengok pakcik serabai ke apa, jangan pandang sebelah mata.
Memang sangat lah seronok camping dengan rumah bergerak ni. Maklumlah, aku ni datang dari Malaysia, dari kampung lagi, sekali sekala dapat rasa camping stail orang barat memang jakun la sikit. Motorhome ni kepunyaan bapak Mike (Laki aku la Mike tu). Nampak tak pletnya BIGPOPA. Itu harta bapak dia punyalah kalau semua label Big Papa dan kalau maknya punya harta label Big Momma. Anak anak tak payah perasan lah. Pinjam je mampu.
Kami memang ada terfikir untuk pakai menatang ni untuk road trip seluruh USA kami yang akan datang. Tapi masalahnya Mike kata macam susah sebab bukan semua tempat boleh parking dan bukan free tiap kali parking. Dia ada fee untuk satu malam sebab tapak parking akan ada plug letrik untuk kau hook up dengan motorhome ni.
Ini merupakan kali kedua aku camping dekat sini. Dulu pakai kemah je, dan tidur dalam sleeping bag. Tahun ni up la sikit kan. Seperti biasa, camp ground di USA bukannya free. Untuk tent $5 satu malam dan untuk motorhome ialah $20 satu malam. Cuma yang aku kagum, station fee dia tak perlu ada manusia yang tunggu. Kau isi duit kau dalam sampul, ambik sticker dan letak kat kenderaan atau tunggul depan tapak kemah kau. Kau pernah dengar istilah “meniaga nabi”? Yang mana, tak ada orang tunggu barang jualan, tapi orang yang membelinya tetap bayar/ letak duit untuk barang yang di ambil walau tak ada penjual tunggu barang. Rupanya di sini stail tu luas digunakan. Jadi kau boleh agak lah mentaliti orang kat sini macam mana. Kau tak payah lah ukur keimanan orang jauh jauh. Kau tanya diri kau sendiri je. Kalau kat Malaysia, memang tak dapat lah cash dalam box gitu. Sedangkan duit tabung masjid pun orang pecah. Jadi sejak aku kat sini, banyak perkara yang buat aku insaf.
Tak payah la aku nak puji lebih lebih. Dari sini korang boleh tengok betapa cantiknya tapak perkemahan di Alaska ni. Laman rumah kau pun tak secantik dan sebersih ni. Bila aku ingat keadaan parking lot dekat Kelana Jaya dan Shah Alam, aku dan dan naik darah mengenangkan betapa busuk nya longkang dan penuh sampah. Tapi, hari hari tak fail letak saman parking kat wiper kereta aku. Aku pun heran, duit manusia dok bayar parking tu bukan digunakan untuk cuci area parking lot sekali ke?
Kami keliling satu tasik untuk cari lokasi best yang betul betul depan tasik. Tapi semua dah ada orang.
Tapi dapat la port ni yang pemandangan tasik nya sekangkang kera gitu. Aku pun tak tahu kenapa aku nak pemandangan ni. padahal bukan tidur dekat luar pun.
Sementara Mike sebuk setting Motorhome, keluarkan area ruang tamu dan bilik tidur, set up generator semua, aku jalan jalan la keliling tasik tu.
Sumpah bersih. Secebis sampah atau putung rokok aku tak jumpa. Berbaloi bayar $20. Aku check jugak dari segi bau. Pun fresh. Tak ada bau air kencing manusia atau kesan ludah merata rata. Selain tapak, Public toilet memang ada disediakan di campground ni. Jadi tak ada la makhluk kencing berdiri kat sini kencing merata rata.
Ada orang memancing, ada orang berkayak, ada orang termenung (aku la tu). Dekat Alaska, kau tak boleh suka hati memancing ya. Kau kena beli lesen untuk memancing. Lesen ada di jual di kedai tertentu dan stesen minyak. Dengan lesen tersebut, ada tercatat berapa ekor ikan kau boleh tangkap sehari. Mereka kenakan lesen dan bayaran ni bukan untuk kerajaan mereka beli jet atau bagi bini dan kaum kerabat joli tau. Tapi mereka nak maintain bilangan ikan dalam tasik dan sungai mereka. Sebab mereka kenang akan kehidupan lain yang berkongsi hasil sungai dan tasik di Alaska, iaitu cik Beruang. Jadi kalau kau kaut semua ikan karang, beruang tu lapar, datang ketuk pintu rumah dan kemah kau, mampu ke kau nak hidang Apple pie, Chicken Chop bagai?
Keheningan campground ni betul betul buat aku mengantuk. Bagaikan isteri mithali, aku bancuh kopi seteko untuk kami berdua.
Mai la nak cerita pasal motorhome ni. Aku tak tahu la motorhome orang lain, tapi motorhome mentua aku ni barang kelengkapan dia lagi banyak dari rumah aku yang real rumah dekat Shah Alam tu. Dia siap pesan cakap dalam laci sekian sekian ada stokin baru kalau stokin aku basah kena hujan atau main air tasik.
Motorhome ni lengkap dengan full size shower dan mangkuk tandas. Aku pernah ada pengalaman merentas South Island New Zealand dengan Karavan. Tapi karavan tak sama macam motorhome sebab segalanya kecik. Aku siap demam pada hari kedua dalam karavan tu. Punya la siksa.
Dapurnya lengkap dengan peti Ais 2 pintu, 3 cook top stove, Microwave dan ketuhar kalau kau rajin nak bakar kek ke apa. Kalau camping seminggu mau aku bakar cupcake. Ini 2 hari 1 malam, biar Mike je la ke dapur.
Bilik tidurnya pun luas dengan queen size bed. Actually depan aku ada more storage kabinet untuk baju baju lengkap dengan cermin besar. Aku cakap dekat Mike, kalau kita miskin sangat besok tak mampu bina rumah sendiri di USA, aku sanggup duduk dalam motorhome ni.
Siap ada pintu memisahkan ruang depan dengan bilik tidur. Vanity cabinet dan oh! air dia hot & cold tau.
Lepas minum kopi secawan dua, kami pun decide untuk explore around lah. Memang cadang nak ber canoe, tapi hari kedua. Hari ni kami hanya nak jalan jalan di trail track yang ada.
Dekat South Rolly Lake Campground ni ada satu trail track ke Red Shirt Lake sepanjang 4.8 kilometer. Semangat la konon nak jalan ke sana walau kami belum lagi lunch.
Trek hutan dia Masyaallah, cantik sungguh! First time aku tengok betapa cantiknya trek dalam hutan. Aku bagitau korang la, gambar gambar yang aku ambik ni memang still tak berjaya untuk tonjol betapa cantiknya keadaan trail ni.
Treknya memang landai. Tanpa aku sedar rupanya aku menyanyi nyanyi dalam hati masa jalan di sepanjang trek ni. Hanya tuhan yang tahu betapa damainya hati aku masa tu. Lelagi tak ada budak kecik macam Lacey tu kan. Memang enjoy gila heningnya keadaan di sini.
Kuat Harimau on Facebook
June 16, 2015 at 4:56 amBest apa kalaulah ada satu milik sendiri di Malaysia ni. Bestnya…
Isdarita Ita on Facebook
June 16, 2015 at 5:17 amseronoknya…..
Hailey Kamal on Facebook
June 16, 2015 at 5:31 amhow I wish I was there, bless you Normi Kahar Goodwin semoga dimurahkan rezeki selalu
Normi Kahar Goodwin on Facebook
June 16, 2015 at 5:36 amTq kak sue Hailey Kamal
Nurliana Mahmud on Facebook
June 16, 2015 at 5:57 amBestny kak Normi Kahar Goodwin
Dinie Ismail on Facebook
June 16, 2015 at 6:13 amSyoknya.. Kat sini wp ada motorhome tapi terlalu mahal.. Normi Kahar Goodwin
Normi Kahar Goodwin on Facebook
June 16, 2015 at 6:18 amKat sini installment motorhome tu dalam $600 sebulan. Duit RM kecik.. Tu buat semua jadi tak mampu milik 🙁 Dinie Ismail
Kuat Harimau on Facebook
June 16, 2015 at 6:37 amTukang klepet ramai Sis Normi Kahar Goodwin tu pasal RM makin jatuh.
Normi Kahar Goodwin on Facebook
June 16, 2015 at 7:03 amTq sebab baca blog NJ Arsat.. Sebab tu la tak de masa nak cetting dalam group wassap kan. Gitu… Hahaha
Aina Md Isa on Facebook
June 16, 2015 at 8:10 amBestnya hutan dia..kenapa lah hutan mcm ni takde kat Malaysia, mesti best kalau budak Palapes camping..eh tapi pokok nya tak banyak, susah nak erk erk~ (mungkin sbb toilet dah disediakan).
Ahmad Nazrin Imc on Facebook
June 16, 2015 at 8:14 amNice
Normi Kahar Goodwin on Facebook
June 16, 2015 at 8:21 amCuaca tak sama jadi pattern Hutan pun tak sama Aina Md Isa
Aina Md Isa on Facebook
June 16, 2015 at 8:22 amcool!
Puan Zura on Facebook
June 17, 2015 at 4:32 ambestnye wey dh mcm sebijik apartment kan..