Pengalaman Jungle Trekking di Musim Sejuk di Thunderbird Falls, Alaska

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE

Aku tak nafikan kadang kadang jadi housewife memang agak boring. Lagi lagi bila suami kau jenis semua buat sendiri. Bukan aku tak offer, tapi memang kepantangan dia dalam satu satu hal pengurusan diri dia. Beberapa perkara yang aku terlepas dari rutin pengurusan suami:

1) Basuh baju dia – ini memang pantang. Katanya, hanya dia yang tahu material, warna kain dan suhu air untuk basuh baju dia. Mak dia pun tak dapat sentuh baju dia tu.
2) Gosok Baju – Kerja harian dan jenis bajunya tak memerlukan ironing.
3) Buat air – dia hanya minum 2 benda. Air kosong dan Kopi. Kopi dia hitam pekat tanpa gula. Dan jadual minum kopi dia hanya selepas dia bangkit tidur. Itu sahaja. Bagi dia, kopi dia sangat senang nak bikin dan kenapa kena menyusahkan orang lain utk buat air kopi secawan.
4) Memasak – Dia tak suka makan sup sup. Kalau makan harian, dia hanya hidup dengan pasta, telur dan keju. Makan dia pun berjadual. Sarapan, makan tengahari dan makan malam. Dia tak minum petang, kuih muih snek dia tak sentuh. Bila aku memasak, dia tengok mood nak makan ke tak. Kalau tak, memang dia tanpa banyak bunyi buat sandwich dia sendiri. Dia tahu tekak kami berlainan selera. Jadi dia ambik keputusan masing masing masak je lah apa yang masing masing nak makan. Janji jangan bazir stok makanan.

Dan bagi dia, isteri bukan lah orang gaji. Isteri adalah tempat berkongsi hidup tapi dalam masa yang sama, masing masing masih boleh teruskan hobi masing masing. Tiada paksaan untuk ubah diri. Malah, dia yang buatkan kopi susu bila aku bangkit dari tidur dan memasak spagetthi untuk semua. Tapi dia sangat happy bila aku bakar kek ataupun apa apa mengandungi coklat. Itu je lah.

Punyalah boring, aku dah tak menyempat nak ke hutan lagi. Actually di Alaska, memang ada je area yang membolehkan aktiviti jungle trekking masa winter. Kebetulan pula, kali ini salji tak berapa tebal di Alaska. So aku ajak Mike ke Thunderbird Falls. Sebab bila aku Google, Subhanallah, unik gila bila air terjun membeku. Dah macam dalam filem fantasi aku tengok.

trekking trail thunderbird waterfalls 6trekking trail thunderbird waterfalls 7

Satu hari kami keluar ke bandar Anchorage. Mike belanja aku beli jaket tebal. Lepas tu kami singgah di the one and only Masjid di Alaska. Masih belum siap. Luarannya sudah. Cuma dalamannya masih memerlukan kelengkapan perabot. Sekiranya korang nak menderma barang seringgit dua, bolehlah lawat websitenya di http://alaskamasjid.com . Boleh derma melalui Paypal.

masjid pertama di alaska 1

masjid pertama di alaska 2masjid pertama di Alaska

Lepas tu kami singgah lah ke Thunderbird Falls ni. Hhhhmmm, tengok orang lain siap ada hiking pole dan pasang spike bagai di but masing masing. Tapi memandangkan kami dah sampai, redah je lah. Paling tak pun, jatuh berguling je. Trek dekat sini dalam 1.6km

trekking trail thunderbird waterfallstrekking trail thunderbird waterfalls 13trekking trail thunderbird waterfalls 2

Satu benda aku dapat pengajaran dalam percubaan pertama kali jungle trekking musim sejuk. Treknya berais. Bukan bersalji. Tapi ber AIS. Kalau flat tak apa juga, tapi ada sedikit turun naik bukit. Jadi terpaksa jalan ikut tepi, pijak atas daun kering yang tak berais tu. But bukan sebarang but. Kalau but kau Timberland sekalipun, kalau tapak bukan bunga getah, memang ice skating lah kau jadinya. Jadi, duduk di Alaska ni kena ada beberapa but. But untuk jalan atas ais, but yang kalis air, but yang kalis suhu di bawah 0 celcius. But macam Rozita Che Wan pakai dekat Paris paras lutut bertumit tinggi harga RM10 ribu memang tak berguna di sini. Silap silap, nyawa kau melayang dengan but berjenama mahal macam tu kalau pakai dekat sini.

trekking trail thunderbird waterfalls 3

trekking trail thunderbird waterfalls 4trekking trail thunderbird waterfalls 8trekking trail thunderbird waterfalls 9trekking trail thunderbird waterfalls 5

Bila sampai ke air terjun tu, resultnya agak mengecewakan. Sebab salji tak berapa tebal dan Alaska tahun ni agak ‘kurang sejuk’ mengikut kebiasaan. Jadi, tak ada lah rupa air terjun beku macam gambar dalam Google image tu. Haru betul.

trekking trail thunderbird waterfalls 11

trekking trail thunderbird waterfalls 12

Memandangkan jalan untuk balik ke pangkal jalan (eh?) agak mendaki dan berais, Mike sarankan kami buat short cut. Bab ini aku kurang gemar dengan peel dia. Dia memang la macam sayang dekat aku ni. Tapi bila bab bab lasak macam ni, aku agak terseksa juga dibuatnya. Disuruhnya aku panjat bukit curam tu pakai 2 kaki dan 2 tangan yang ada. Dia tak gurau pun. Dia panjat dulu. Aku ikut dari belakang. Macam kera aku dibuatnya. Tapi berjaya la.

trekking trail thunderbird waterfalls 14trekking trail thunderbird waterfalls 15

trekking trail thunderbird waterfalls 16

Masa balik, terserempak pulak dengan budak putih ni. Mesra alam sungguh. Ada la dalam 5 ekor lagi kami bertembung. Semua jenis kaki hiking budak budak kaki 4 ni. Bestnya lah

Seronok jugak. Mungkin kami akan try lagi beraktiviti seperti ini bila Mike cuti kerja. Aku boring sangat dah ni. Kalau boleh aku nak mengail ikan di laut beku sekarang jugak kalau ada kesempatan dan modal.

Sekian cerita surirumah yang boring untuk kali ini.

8367150290_f64071bebb_o3

Chugiak, Alaska

Comments

comments

Leave a Reply