Pengalaman Mendaki Lazy Mountain di Palmer, Alaska.

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE

Aku tak pernah consider diri aku seorang yang aktif ber outdoor. Memang nature aku sejak kecik lagi suka duduk rumah dan mengadap komik Gila-Gila dan Gelihati. Masa sekolah, aku boleh dikategorikan dalam pelajar yang lembik. Aku tak pernah masuk sukan apa apa untuk wakil sekolah. Sah kan wakil sekolah, turun padang jadi tukang sorak pun payah. Bila bab acara merentas desa (yang mana aku tak boleh nak skip langsung) aku merupakan peserta yang paling corot sekali sampai garisan penamat.  Time pendidikan jasmani, aku duduk menyorok dalam toilet bercakap dengan cermin.

Tapi aku tak sangka bila dah berusia, sedar tak sedar, aku ada juga daki bukit dan masuk hutan at least setahun sekali. Mungkin sebab aku dikelilingi dengan individu yang aktif ber outdoor. Lagi lagi suami aku yang gila work out. Kalau dia tak berlari 10 kilometer dalam seminggu, dia akan jadi sasau. Tak kira lah dimana kami berada, in between trip di luar negara, dia akan bangun seawal 5 pagi, keluar dari bilik hotel dan berlari keliling kota. Contohnya masa di Mexico hari tu. Alhamdulillah, aku belum lagi sampai tahap tu. Haha.

hiking lazy mountain alaska

So sekarang aku nak cerita lah pengalaman dan perasaan aku first time mendaki di luar negara. Dan ianya juga merupakan rekod terbaru aku dalam had ketinggian. Paling last bukit yang aku daki ialah Gunung Tangga di Cameron Highland, bersempadan dengan Kelantan, mencari bunga Raffelsia. Aku ada tulis pasal tu dalam post tahun lepas. Masa tu aku bersumpah jugak tak mau hiking lagi dah.

Kata orang, hati hati bila bersumpah. Nanti sumpah makan tuan. Ha, ni tiba tiba aku daki Lazy Mountain yang terletak di Palmer, Alaska yang tingginya 3,720 kaki dan trailnya dalam 8 kilometer (round trip)

hiking lazy mountain alaska 1
Pemandangan di kaki gunung

Tapi aku jadi confident sebab suami aku cakap dia lari naik atas dalam 45 minit sahaja. So, kalau ikutkan keupayaan aku yang bontot agak berat ni, aku darab kan tiga. So aku boleh sampai atas dalam 2 jam lebih lah.

Pagi tu aku breakfast 2 biji telur mata dengan secawan besar kopi. Lepas tu aku bawak bekal 3 botol air mineral 500ml. Maklum lah.. karang makan nasi lemak atau nasi goreng pagi pagi, jadi lemau macam Melayu. Eh? Sorri. Aku melawak ok? keh keh keh.

hiking lazy mountain alaska 2

Dalam masa yang sama, Mike (suami aku la) ajak cucu sedara dia, Lacey, yang berusia 5 tahun untuk join kami. So, ini menguatkan lagi perangkaan aku yang, kalau budak 5 tahun boleh daki gunung ni, mesti lah orang dewasa macam aku daki sambil gelak gelak kan. Aku happy lah.

hiking lazy mountain alaska 3

Mula mula tu, Mike macam risau jugak. Walau dia tak pernah kata aku ni lembik, tapi dia tau keupayaan aku dan dari mana asal aku. “Rakyat Malaysia Pemalas” katanya. Sebab dia tengok ramai yang guna kereta untuk ke destinasi yang jarak kurang dari 2 kilometer. Sia sia sahaja Tuhan kurniakan sepasang kaki, katanya lagi. Jadi dia sarankan kami mendaki bukit kecil berdekatan dengan Lazy Mountain, iaitu “Bodenburg Butte” (900 kaki) sebagai permulaan untuk aku ni. Tapi aku insist nak juga daki Lazy Mountain. Sebabnya, kalau dia boleh bawak si Lacey ni join, apa hal pulak aku tak boleh daki ni?

hiking lazy mountain alaska 4

 

hiking lazy mountain alaska 5

Kami start dalam pukul 11 pagi. Matahari memang terik. Langit pula sebiru birunya. Angin sepoi sepoi bahasa. Memang cantik musim spring kali ni Tak perlu kami tunggu Summer untuk pendakian ni.

hiking lazy mountain alaska 6

Aku dimaklumkan oleh Mike yang trek daki ni ada 3 lokasi. So, dia pilih yang paling senang untuk aku dan Lacey. Trek yang agak landai tapi agak jauh perjalanannya. 4 kilometer.

hiking lazy mountain alaska 7

Mike terpaksa akur dengan aku bila tang posing ambik gambar ni. Kalau tak, haram aku nak ikut dia dalam apa acara sekalipun. Jadi, kalau sepatutnya perjalanan tu boleh sampai dalam masa 2 jam lebih, dengan adanya aku, ia akan jadi 3 jam. Dia memang ada cakap yang dia bosan tolong ambik gambar untuk aku. Tapi dia buat jugak. Sebab dia tak ada pilihan. Macam aku la, aku tak ada pilihan untuk tahan bau kentut dia tiap tiap hari. Dia memang selalu je kentut dalam bilik, kereta dan mana mana tempat yang tertutup. Aku bagitau dia, mungkin satu hari nanti aku akan mengidap kanser paru paru, sebab asyik sangat hirup bau kentut karbon dioksida beracun yang dia lepaskan.

hiking lazy mountain alaska 8

 

hiking lazy mountain alaska 9

Kalau dilihat dari gambar gambar ni, memang untuk permulaan 1 kilometer, treknya agak landai. Rasa macam nak pegi piknik pun ada.

hiking lazy mountain alaska 10

Masuk kilometer ke dua, aku agak kepenatan. Berhenti minum air dan nikmati pemandangan sekeliling. Apa yang buat best daki gunung di Alaska waktu Spring dan Summer ialah, rasa panas tu memang tak ada. Berpeluh pun tak jugak. Sebab cuacanya kering. Aku jugak tak perlu risau bab pacat, lebah, binatang buas, nyamuk, Jin, bunian, hantu dan setan. Permukaan trek kering dan tiada bau bauan yang pelik. Keadaan terang sepanjang perjalanan. Aku rasa, kalau daki sorang sorang pun boleh. Tak takut pun.

hiking lazy mountain alaska 12

Secebis sampah pun aku tak dapat cari. Putung rokok jauh sekali. Kiranya di Alaska ni, tak perlu kempen ‘Cintailah Sungai Kita’ atau Cintai Longkang Depan Rumah Kita, sebab tahap kesedaran dan kencintaan alam sekitar orang dekat sini memang murni, memang ada sejak dilahirkan kut. Tak payah buat kempen atau disuruh suruh. Jadi, pendatang macam aku dari Malaysia yang mana sampah menimbun dekat parking lot jadi segan dan cukup hati hati dengan pembuangan sampah di sini.

hiking lazy mountain alaska 13

Sepanjang perjalanan pendakian, kami diiringi dengan rama rama dan kicauan burung. Memang relex betul lah. Sambil sambil stop, aku ambik gambar detail apa yang ada atas tanah.

hiking lazy mountain alaska 14

 

hiking lazy mountain alaska 15

 

hiking lazy mountain alaska 16

Bangku rehat disediakan di setiap kilometer. Kecik saja. Sebenarnya Mike dan Lacey tak penat langsung. Tapi mereka sebenarnya lepak kat situ sebab tunggu aku dekat belakang yang mana, jaraknya semakin jauh ketinggalan macam zaman merentas desa masa sekolah dulu.

hiking lazy mountain alaska 17

Bila aku sampai dekat Mike je, aku akan suruh dia ambik gambar aku dengan latarbelakang yang marvelous tu.

hiking lazy mountain alaska 18

 

hiking lazy mountain alaska 19

 

hiking lazy mountain alaska 11

 

hiking lazy mountain alaska 20

Bila masuk kilometer ke 2.5, dah start rasa kecuraman trek. Masa ni aku dah start tercungap. Dan aku kata kat diri aku “aku dah agak dah..tak denya mudah daki bukit gunung ni. Macam nak menyesal la pulak.”

hiking lazy mountain alaska 21

Tapi kekesalan tu pudar bila aku tengok pemandangan di hadapan aku.

hiking lazy mountain alaska 22

 

hiking lazy mountain alaska 23

 

hiking lazy mountain alaska 24

Mike dan Lacey di depan aku.

hiking lazy mountain alaska 25

hiking lazy mountain alaska 26

 

hiking lazy mountain alaska 27

Haaa… nampak tak kecuraman dah start…peh, masa ni aku bersabar je.

hiking lazy mountain alaska 28

 

hiking lazy mountain alaska 29

 

hiking lazy mountain alaska 30

Ni la point last aku sempat catch up dengan Mike. Lepas ni tak de dah gambar aku posing. Sebab Mike tinggal aku 1 kilometer di belakang. Sebab dia dah dapat agak yang aku takkan sampai ke puncak. So, dia kena pegi dulu supaya by the time dia turun dari puncak, dia akan jumpa aku di tengah tengah. Masa dekat sini, Mike ada tanya aku sama ada aku still nak teruskan atau turun ke bawah balik. Tapi aku kata, aku mesti habiskan apa yang aku mula. Kalau tak aku rasa macam loser.

hiking lazy mountain alaska 31

 

hiking lazy mountain alaska 32

 

hiking lazy mountain alaska 33

Lepas seberapa ketika, Mike tinggalkan Lacey dengan aku. Sebab Mike dah macam ala ala jogging dah. Lacey tak dapat catch up dengan dia dan dia tak mahu stop dah.

hiking lazy mountain alaska 34

 

hiking lazy mountain alaska 35

 

hiking lazy mountain alaska 36

 

hiking lazy mountain alaska 37

Sebenarnya bosan jugak daki dengan Lacey ni. Dia banyak cakap tak henti henti sepanjang jalan. Aku pun pelik, dia ni tak penat ke? Kejap tanya mana Uncle Mike. Kejap nak petik bunga. Kejap suruh aku jalan cepat. Aku nak berhenti seminit pun payah. Sebab dia asik suruh aku jalan. Lepas tu kami jumpa Lady Bug ni. Lupa kejap dia dalam menyiksa aku dah tercungap ni. Tapi 5 minit je. Lepas Lady Bug tu terbang, dia kembali torture aku dengan cakapnya tak henti henti tu. Argghhhhhhh. Naik tekanan darah aku setinggi level bukit ni.

hiking lazy mountain alaska 38

 

hiking lazy mountain alaska 39

Kalau korang nak tahu, itulah bukit pertama yang Mike cadang untuk kami daki hari tu. Bodenburg Butte. Tapi aku eksyen kan. Sekarang padan muka aku.

hiking lazy mountain alaska 40

Aku sebenarnya nak stop sini je, tunggu Mike turun. Tapi si Lacey ni dok meghiau nak Uncle Mike dia. Aku rasa macam nak bunuh diri je sebab aku terpaksa keep on daki cari Mike. Masuk kilometer ke 3, curam dia jangan cerita lah. Tapi si Lacey siap boleh lari kedepan cari Uncle Mike dia. Bila ada pendaki lain lalu lalang, dia pegi sembang dengan diorang tu dan cerita dia tengah cari Uncle Mike. Siap bagi description macam mana Uncle Mike dia punya rupa. Dia ingat kami dah sesat. Pendaki lain ada tanya aku berapa umur Lacey dan tanya adakah aku pikul Lacey ke atas. Bertuah aku pikul Lacey. Aku campak ke bawah lagi ada. Mereka terkejut budak 5 tahun boleh daki sampai sini. Satu mamat ni siap cakap yang lain kali dia akan bawak anak perempuan dia yang umur 10 tahun naik ke sini.

hiking lazy mountain alaska 41

Sebenarnya, ramai juga aku berselisih dengan pendaki lain.  Tapi mereka datang dari arah trek yang berlainan dari trek kami. Ada yang daki dengan anjing mereka. Tapi kebanyakannya, dalam mode ‘jogging’. Peluh penuh satu badan. Ada satu mamat ni, tak berbaju lintas aku. Mode jogging jugak. Aku jadi terpana sekejap. 4 kilometer, pada ketinggian 3700 kaki, diorang ni guna lokasi ni untuk jogging ke? Aku dah macam nak mati dah ni!!!

hiking lazy mountain alaska 42

Selepas aku mendaki dalam mode MERANGKAK, akhirnya aku sampai di lereng puncak. Aku dah tak mampu lagi untuk daki ke puncak betul betul. Aku terduduk pada point ni. Point ni agak datar. Si Lacay meroyan nak Uncle Mike dia. Dalam kejauhan, aku nampak Mike turun dari puncak. Berlari si Lacey pegi dapatkan Uncle Mike dia.

hiking lazy mountain alaska 43

Aku dapat la rehat kat sini dalam 10-20 minit. Masa ni dah pukul 2 lebih. Aku ambik la gambar apa yang patut. Tapi memang lupa langsung untuk ambik video shot. Sebab aku kepenatan nak mampus.

hiking lazy mountain alaska 44

 

hiking lazy mountain alaska 45

 

hiking lazy mountain alaska 46

 

hiking lazy mountain alaska 47

Kini tiba masa untuk turun ke bawah. Mike pilih trek berlainan, yang mana, lagi pendek berbanding dengan trek yang kami guna untuk naik. Tapi, bila trek tu pendek, mesti la curam macam HARAM kan. Mike pujuk aku katanya, dipertengahan, treknya agak landai macam masa kami mula mula naik tadi. Aku pun PERCAYA.

hiking lazy mountain alaska 48

 

hiking lazy mountain alaska 49

 

hiking lazy mountain alaska 50

hiking lazy mountain alaska 51

Korang tengok lah betapa curamnya trek turun kebawah. Masa ni, lutut, peha, kaki, pergelangan kaki, jari kaki dah start sakit. Mungkin penggunaan teknik aku tak betul. Tapi memang sakit.

hiking lazy mountain alaska 52

 

hiking lazy mountain alaska 53

Gambar ni ialah gambar last aku ambik masa aku turun ke bawah. Lepas tu aku memang tak ada mood nak ambik gambar. Sampai satu masa, aku turun mengesot pakai bontot. Memang kaki tak boleh guna. Lutut lembik macam jeli. Mike dan Lacey hilang dari pandangan mata. Tak lama lepas tu, Mike daki balik cari aku. Sebab dia dapat rasa yang aku memang tak mampu untuk berjalan turun lagi dah.

Ok lah, korang boleh la nak gelak kat aku. Aku mengaku yang aku terduduk menangis. Mike pikul aku ke bawah. Pikul atas bahu, pikul atas belakang, papah kiri, papah kanan. Aku dah macam orang nak mati. Pukul 5 petang, kami masih lagi struggle nak turun. Maksud aku, aku yang struggle. Aku punya lapar jangan cerita. 2 bijik telur mata kau! dari pukul 11 sampai sekarang. Lacey masih lagi tak berhenti bercakap. Aku cakap dekat Mike, lepas ni jangan bawak budak ni lagi.

Aku rasa aku dah hilang kaki aku. Pukul 7 malam, baru kami sampai ke kaki gunung/ parking kereta.

Malam tu aku tak mandi tak apa, aku terus naik katil tidur lepas makan malam. Pukul 1 pagi aku terjaga, rasa macam demam. Aku pergi dapur buat roti bakar makan dengan jem. Mike datang cari aku kat dapur. Tengok aku nangis lagi. Aku terpaksa telan pain killer. Aku cakap dekat Mike aku tak boleh tidur atas katil sebab payah nak turun katil untuk ke toilet. So aku tidur di ruang tamu, kebetulan mentua aku punya sofa macam Lazy Boy, gebu gebas, boleh recline dan ada alas kaki pop up dari bawah. Ala, macam kerusi Golden Screen Cinema yang tiket RM80 tu. So aku tidur lah kat situ dengan linangan air mata. Nampak sangat sumpah memakan diri ini.

Esok pagi bila aku bangun, kaki memang sakit sangat lah kan. Si Lacey siap melompat lompat kat luar sana. Aku tanya dia, kaki tak sakit ke? Dia kata tak. Bila kita boleh pegi daki lagi?

Waklu kau lah! Kau dengan Uncle Mike kau sama saja.

 

Palmer, Alaska

 

 

Comments

comments

9 Comments

  1. Kuat Harimau on Facebook

    May 17, 2015 at 5:20 am

    That mean lutut sudah jumpa la sis. Haha

  2. Nik Norsyamsuria on Facebook

    May 17, 2015 at 5:37 am

    Macam tak caya jer Normi Kahar Goodwin..so lepas ni boleh buat hobi baru..mendaki gunung..

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      May 17, 2015 at 5:50 am

      Hobi la sangat. Kalau Terjebak boleh la Nik.

  3. Hailey Kamal on Facebook

    May 18, 2015 at 6:05 am

    cantik tempat dia, mcm kat NZ pulak

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      May 18, 2015 at 4:29 pm

      NZ, Canada, Colorado, Montana to name a few that has same landscape as Alaska. Sama tapi tak serupa. Kami sini tak ada biri biri 🙂

  4. gjie

    July 6, 2015 at 3:42 am

    foto2 yg osem. huhu…amat faham perasaan kaki anda itu. pernah melalui saat-saat kesakitan akibat ‘tidak bersedia’ mendaki. teruskan menulis.

    1. heartboxx

      July 10, 2015 at 6:50 am

      terima kasih sebab baca blog ni 🙂

Leave a Reply