Pengalaman Meniaga di Tapak Gerai Carboot Sale Shah Alam

Seperti korang tahu (tahu ke?) Aku menceburkan diri dalam bidang carboot sale sejak balik Malaya ni. Actually aku mulanya hanya join/ try member aku yang punya niat yang sama lah – nak clearkan baju lama sebab dah upgrade saiz badan. Carboot ni di Tesco Extra Shah Alam, berdekatan dengan MSU/ Aeon Big tu. Alaahhh seberang stadium bola sepak Shah Alam. Tapak dia tak mahal. RM20 sehari, 4pm sampai 11pm.

Orang lain meniaga bukak gerai berpanas berhujan untuk untung. Tapi aku ni just nak clearkan barang dan baju baju aku yang aku dah tak boleh pakai. Jangan silap. Bila aku kata ‘aku dah tak boleh pakai’ bukannya buruk & koyak. Tapi mostly sebab aku dah upgrade saiz badan dari XS, S kepada M dan juga aku dah sedikit insaf menjauhi pakaian singkat nampak peha dan ketiak ni. Setengah baju masih ada price tag, sebab aku beli tapi lupa pakai. Selebihnya, baju baju aku pakai sekali dua sahaja. So memang baju aku dalam keadaan ‘mint’ condition. Yang specialnya, aku jual almost 10% dari harga asal.

Mesti korang ingat aku gila duit. Tak sedekah tapi sanggup jual walau hanya RM5. RM10 sehelai. Masalahnnya, seperti yang aku katakan tadi, baju baju aku semua tak cukup kain. Kalau aku derma kat rumah anak yatim, confirm mereka mengucap panjang dan minta aku bertaubat. Memang reject lah. Separuh dari baju baju aku tu pun aku dah derma kat anak sedara aku. Aku pun actually tak sanggup nak bagi anak sedara aku pakai baju baju zaman separuh bogel aku dulu. Jadi korang boleh agak lah betapa dahsyat nya baju baju aku tu. Senang cerita, pakaian neraka lah.

Tapi, macam handbeg dan kasut kasut tu, memang aku dah berniat nak jual dari dulu lagi. Tak payah lah kau nak persoalkan kenapa aku jual tapi bukan bersedekah. Perlu ke aku cerita detail mana duit jualan tu pegi.

13094152_10208980039088913_5130173490433959528_n

Carboot sale Tesco Extra Shah Alam 1

Carboot sale Tesco Extra Shah Alam 2

Carboot sale Tesco Extra Shah Alam 3

Carboot sale Tesco Extra Shah Alam 6

Actually aku bukan nak cerita pasal baju baju aku atau kenapa aku jual baju aku semua tu. Aku ni nak cerita pasal pengalaman aku meniaga bukak gerai berpanas berhujan for the first time. Apa yang aku boleh cakap kat sini ialah – PAYAH. Sangat payah. Baru aku tahu betapa susahnya orang meniaga pasar malam mahupun pasar tani. Lagi lagi mereka ni memang bergantung kepada jualan tersebut untuk menyara hidup. Aku ni, just nak clear kan barang barang. Memang untung meniaga tu tak ada dalam buku lagi dah kalau dah jual harga 10% dari nilai sebenar barang. Jadi, aku terasa teramat sedih dan frust bila gelang yang aku jual RM2 orang still mintak kurang. Dua hengget. Begitulah gamaknya perasaan mak cik dan pak cik di pasar tani bila kau mintak kurang harga kacang panjang segenggam.

Carboot sale Tesco Extra Shah Alam

Carboot sale Tesco Extra Shah Alam 11

Panas matahari walau dah petang jangan lah cerita. Belum lagi cerita pasal hujan. Bila hujan, memang orang takkan ada la kan. Lepas tu kau kena tarik masuk table, baju baju kedalam dengan harapan tempias hujan tak hinggap pada barang kau dan hujan tu kadarnya sementara saja. Minggu pertama baju aku laku sehelai. RM10. Minggu kedua sale best sikit sebab aku dah buat kecoh dekat Facebook. So ramai yang dah booking dan ambik dekat gerai. Dapat la dalam RM400. Minggu ketiga percubaan aku menjual, punyalah hujan lebat macam nak runtuh langit, siap dengan angin kuat telungkupkan penyangkut baju aku habis baju baju mencium tanah basah lencun dek hujan. Aku dengan kawan aku pulak boleh rilek rilek dekat dalam medan selera Tesco tu makan jeruk mempelam tunggu hujan reda. Pehhh memang balik gerai tengok semua terlungkop memang aku rasa nak terlungkop kau…sedih! Tapi dapat la jugak dalam RM70. Alhamdulillah.

Carboot sale Tesco Extra Shah Alam 4Carboot sale Tesco Extra Shah Alam 5

Tapi tang seronoknya pun ada juga. Seronok bila ada orang beli barang kau walau kau memang tahu kau bukan buat untung pun. Haha. Lagi lagi kawan kawan datang melawat gerai kau dan beli satu dua barang. Borak borak… kira best sangat lah kan. Nak lepak lepak bagai anak anak muda hipster di restoran franchise sambil sembang order makan minum harga over priced memang tak dapat lah. Jadi kiranya, gerai carboot sale aku tu dah macam port untuk kawan datang jenguk aku, tanya kabar sedikit sebanyak dan move on dengan perihal itinerari mereka sendiri lepas tu. Perkenalan dengan peniaga gerai sebelah pun boleh jadi seronok jugak. Aku berkenalan denga gadis jual tudung bawal dan kek swiss roll comel hello kitty dibawah band GiraffeHouz. Siap bagi rasa kek semua. Dan gadis gadis ni beli baju baju aku yang sopan..

Carboot sale Tesco Extra Shah Alam 9

Carboot sale Tesco Extra Shah Alam 8

Carboot sale Tesco Extra Shah Alam 10

Carboot sale Tesco Extra Shah Alam 7

Aku pulak sejak balik dari Alaska hari tu memang tak berkesempatan lagi lah nak round satu KL/ Selangor melepak dengan member. Masa terlalu emas kata orang. Aku kena settle hal rumah aku secepat mungkin sebelum aku balik Alaska. Dan aku kena dapatkan rekod vaksin aku masa aku baru lahir dulu untuk permohonan green card aku ke USA. Bukan sikit hal aku kena selesaikan kali ni pun.

Kiranya aku dah ceburi bidang buat sales ni kiranya dah nak khatam la kan. Cuma aku start dari atas, kebawah. Dulu aku punya skill sales memang deal dengan Hotel Sales Manager dan Direktor direktor sahaja. Lepas tu sales dengan kastemer, attend meeting di office client untuk group travel yang besar besar. Pakai cantik cantik bawak hanbeg Chanel. Aku jugak dalam masa yang sama memang ada buat bisnes online. Jual barang Amway secara sampingan dan sekarang ni aku jual kad jemputan dan door gift wedding VIP punya selection di www.flowerboxmalaysia.com. Dan sekarang aku menceburkan diri bidang jualan di gerai tapi tak untung la. Memang saja ambik experience join kawan kawan kongsi tapak. Tinggal cuma aku tak buat lagi jual pen dan buku cara cara nak mandi hadas serta wuduk dari meja ke meja di restoran tempatan.

So kiranya aku ni bukan la jenis segan tak bertempat. Aku ok sahaja kalau rezeki tu halal dan tak buang masa macam chatting di whatapps group tanya dah makan ke belum. Bagi tau anak dapat 8A dalam SPM dapat cucu atau masak lauk kurma di dapur hari ni. Menghabiskan data forward memes kata kata semangat dan fatwa agama bagai tapi sampah kau buang merata rata dan kau chatting time waktu kerja. Aku ada la selalu letak gambar di fesbook bila aku masak kek ke apa. Tapi tidaklah gambar kek aku tu jadi bualan chatting dari pagi hingga ke malam berkisar kepada skill memasak serta betapa beruntungnya suami aku dapat aku rajin memasak kan. Kalau orang cakap aku sombong berlagak tak pernah rasa susah memang orang tu tak kenal aku lah kan. Duduk obersea laki mat salleh berlagak taik hidung masin semua ni kata dekat aku. Tapi tidaklah aku keluar kan statement “di padang mahsyar nanti merangkak lah kau cari aku minta maaf”sekali kali. Sebab aku awal awal maafkan, sebab orang bangang kita wajib maafkan dia cepat cepat. Bukan apa, sekarang ni pun aku serabut bank dok call cari aku bila aku lambat sikit bayar payment rumah kereta, ini kan pulak aku nak tunggu orang dok cari aku di Padang Mahsyar nanti. Kau tahu kan kat sana tu panas. Jadi, toksah la sebuk sebuk cari aku.

Jadi, itu je lah aku nak ceritakan tentang pengalaman aku balik kali ni. Sabar dia bukan calang calang nak meniaga di gerai ya. Sebab tu lah ada setengah orang hilang pertimbangan jual barang tipu tipu karipap inti angin, air jus mangga rasa air paip, keropok ikan makan sekali gatal mulut seminggu, wayar charger henpon pakai hari ni esok buang dan sebagainya. Dari elok elok nak cari rezeki halal dan barakah, kau hari hari menipu orang nak untung cepat dek kerana sabar tu kurang. Lepas tu kau komplen kata Najib Celaka. Aku tak lah sokong Najib tu Tapi sebelum kita celakakan orang, kita tengok dulu celaka yang kita buat hari hari. Lepas tu baru tahu, patutlah dapat pemimpin celaka sebab aku pun memang hari hari celaka. Gitu.

Wallahu’alam bissawab

Comments

comments

15 Comments

  1. OGie RaHman on Facebook

    May 10, 2016 at 2:24 pm

    Cabaran,pengalaman dan kegembiraan…take care dear..sekarang hujan panas hujan panas i pun dah 3 hari demam…

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      May 10, 2016 at 2:51 pm

      I demam kena hujan 7 May hari tu la ni

    2. OGie RaHman on Facebook

      May 10, 2016 at 2:56 pm

      aduhiii take dear..pi lah klinik .

  2. Lynda

    May 10, 2016 at 6:07 pm

    Bkn senang nk senang hehe.. good job

  3. Fuziah Kahar on Facebook

    May 11, 2016 at 3:12 am

    Balik rumah yop ta kna ujan ker normi…jg kesihatan…

  4. Yati Ali

    May 2, 2017 at 1:32 am

    Sedang survey tapak booth di Shah Alam, ternampak Posting ni.. sangat menarik dan berguna untuk peniaga kecil yang baru ingin bermula macam saya.

    Terima Kasih Atas perkongsian.

    1. heartboxx

      May 26, 2017 at 4:06 am

      No Problem! Semoga sukses!

  5. Mohd

    June 2, 2017 at 12:41 pm

    Saya ada tapak niaga untuk car boot sales di sek 13, shah alam.
    Dari 10 – 24 Jun 2017
    Di Parking N2, Stadium shah alam ( bersebelahan giant dan berdekatan bas terminal sementara)
    Sesiapa yg berminat blh PM saya
    018 373 8824

  6. Haleeda

    August 1, 2017 at 5:29 am

    How to join ?? Join mcm tu je keee??? Saya nk clear barang jgk

    1. heartboxx

      August 2, 2017 at 5:44 pm

      Hi, pegi saja tapak carboot tu. Nanti ada staff dia mundar mandir dekat sana pakai tag. Ambik nombor phone dia untuk booking slot untuk next weekend

  7. Shamyheart

    September 21, 2018 at 3:47 am

    wah, menarik.
    paling menarik dua perenggan terakhir.

    1. heartboxx

      September 25, 2018 at 10:21 am

      Terima kasih kerana baca belog saya…

Leave a Reply to Fuziah Kahar on Facebook Cancel