Perlu ke Nama Penuh As Per Passport Bila Beli Tiket Penerbangan Ke Luar Negara? – Unfortunate Encounter with China Eastern Airlines Staff Kuala Lumpur.

Mandatori ke middle name / nama tengah / nama penuh as per passport masa beli flight tickets?

Jawapan aku yes and no. Aku nak share pengalaman aku pasal nama tengah dalam booking tiket ni. Selama yang aku tahu sepanjang aku kerja travel agent memang nightmare bala kiamat bila nama dekat tiket tak sama dengan passport. Kalau miss spelling tu yes. Tapi ini aku nak cerita pasal nama penuh. Let say kau ada dua patah nama – Aminah Senah binti Sahak. Mesti kau ingat mandatori lah kena letak Aminah Senah binti Sahak. Tak boleh Aminah Sahak kan? Walau passport number, date of birth kau semua as per passport. Ini lah momokan yang rakyat Malaysia kena buli sepanjang wujudnya kapal terbang di Malaysia.

China Eastern Airlines Staff in Kuala Lumpur Sales office very unethical

Benda ni jadi dekat aku. Laki aku terlalu biasa dengan booking tiket di negaranya sendiri – USA, jadi dia beli tiket aku atas nama Normi Kahar melalui Expedia. 5 hari sebelum fly, aku call China Eastern Airlines untuk request special meals (Halal Meals) untuk both route KL – Shanghai/ Shanghai – Los Angeles.

Aku call office sales dia di Plaza OSK Ampang. A chinese lady picked up my call. Dan macam biasa tiada tanya khabar atau terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan airlines tempat dia berkerja makan gaji bayar bil dan makan minum dia bulan bulan, terus tanya nama penuh aku as per passport. So aku cakap la nama penuh aku per passport. Begini perbualannya;

China Eastern Airlines Staff: But your name here on the booking is Normi Kahar.

Me: Yes I know. Normi Azura Kahar is also my name. Can I put my meal request first?

China Eastern Airlines Staff: No. You have to get your name right and then you can put the request. Where did you book your ticket?

Me : Expedia. I will get it done later with expedia. But can I put my request first?

China Eastern Airlines Staff: No. You cannot. You have to get your name correct first then call back.

Alright. Aku panic. Aku whatapps laki aku siap marah marah sebab kenapa tak ingat nama penuh aku. Dia siap bengang cakap bukan pasal tak ingat nama penuh, memang selama ni booking dengan Southern China Airlines, Delta Airlines, mak nenek airlines bila pegi LA, pegi Mexico, pegi Guangzhou, memang nama Normi Kahar. Mike pelik kenapa staff China Eastern Airlines KL macam bodoh.

“what’s in it for her? Does she get pay raise for this?”

Tanya Mike dekat aku.

Aku start mengadu dekat semua kawan yang memang kerja dalam Travel Agency line. Yang OWN travel agent company pun ada. Ada yang memang senior dalam bidang ticketing. Mereka cakap kalau pegi kaunter, still boleh add nama tu tapi ada penalty lah. So mereka suruh aku call sekali lagi dan mintak budi bicara untuk datang bayar penalty di kaunter untuk tambah nama yang tertinggal. So aku call lagi. Perempuan cina yang sama angkat call.

China Eastern Airlines Staff: You are the one who called just now right? Regarding muslim meals? No. you cannot. Your ticket is considered WRONG. You have to CANCEL THAT TICKET AND BUY A NEW ONE.

Tu dia. Kalau aku boleh letak tona suara dia, aku letak kat sini. Tona suara dia macam “Eh, kau bodoh, bangang, bahlol, tak reti bahasa ke? Tak pernah naik kapal terbang ke?” Macam tu lah tona suara dia kalau aku translate kan dalam bahasa kasar. Langsung tak ada ciri ciri nak tolong.

Aku bagi tau Mike. Mike si rambut merah tu furiate hampir bertukar kepada hulk merah. Kebetulan hari tu di USA is 4th of July. Memang office airlines kat USA tutup. Even Mike called Expedia, Expedia pun cakap mereka tak dapat contact sales office di New York & Pasadena California sebab cuti umum 4th of July. TAPI mamat expedia tu pun bagi tau

“it shouldn’t be a problem as long as first and surname is correct. We will make sure your wife will get on the plane”

Mike suruh aku bertenang. Aku tak dapat bertenang. Sebab tiket tu bukan rm23 atau rm230. Tapi rm2,300. Aku tak dapat tidur sejak hari tu sampai lah aku boarding kau tahu?

Esoknya 5 haribulan July, Mike contacted China Eastern Airlines di Pasadena. Tak sampai 2 minit, dengan nada yang tak ada apa apa masalah (according to Mike), mamat di sales office Pasadena California tersebut letak remark dalam sistem yang nama aku ada AZURA dan let her on board. Kau tahu mamat yang kerja dengan China Eastern Airlines dekat California tu orang apa? Chinese. Jadi aku nak tanya, kenapa Chinese yang kerja China Eastern Airlines di Kuala Lumpur dan California berbeza sangat attitude dia? No, I am not trying to imply race issue here. I just wonder why a STAFF in USA and in Kuala Lumpur has so much different attitude and IQ level while they are WORKING UNDER THE SAME COMPANY WITH THE SAME POLICY? So thats why aku mentioned bangsa yang angkat telefon tu Chinese. Sebab aku tak nak korang cakap, staff dekat Califoria tu mat salleh, attitude mereka jauh lebih baik dari Cina. NO.

In fact, mamat chinese di China Eastern Airlines di Pasadena cakap “I dont know why that lady in Kuala Lumpur said that to your wife. She is totally wrong. Maybe she don’t know the rules well. I apologized on behalf of the airlines”

All in all, aku dapat boarding dan aku memang dah dekat Alaska dan aku tak ada apa masalah masa check in. DAN AKU TAK PAYAH BAYAR SESEN PUN. Aku tak pernah tengok Mike marah atau ambik peduli dengan kerisauan aku. Tapi kali ni dia gerenti kalau aku kena denied to board the plane dekat KLIA, dia akan bukak file untuk saman airline tu. And you know what? The staff in California put up my meal request just fine.

Sambil sambil tu aku ada buat research online pasal kes nama penuh pada boarding ticket. News Flash: Korang semua kena bodoh dek airlines sebab kenapa mereka berkeras pasal nama sebab itu salah satu revenue mereka. Kalau korang tak percaya, baca ni;

China Eastern Airlines staff in KL sucks
Source : http://onemileatatime.boardingarea.com/2015/09/06/middle-name-airline-ticket/

China eastern Airlines staff in Kuala Lumpur sucks and RUDE

Look, aku tak lah encourage korang jangan letak nama penuh. Tapi ini untuk kes HONEST MISTAKE. Hakikatnya, identifier dalam ID check by Transportation Security Administration ialah First name, Surname, Date of Birth dan passport number. Middle name tu SAMPAH sebenarnya. Tapi aku tak tahu lah betapa korupt nya bisnes di Asia, membuatkan kita semua kena bayar benda yang tak sepatutnya tak ada masalah. See?

Actually aku sanggup bayar penalty hingga rm500 kalau mereka mintak hanya kerana nak letak AZURA. Tapi melampaunya staff China Eastern Airlines Plaza OSK Ampang tu cakap aku kena CANCEL BELI BARU. Tamaknya si celaka tu macam lah dapat naik pangkat dan gaji bila berjaya buat aku beli tiket baru kan. Langsung tak ada sifat kemanusiaan padahal kerja line service. Service manusia. Bukan service binatang mahupun kuih.

Aku percaya runtuhnya sesuatu jenama korporat itu bukan semata mata kerana produknya. Tapi sikap pekerjanya. Tak payah cakap jenama besar, kalau ada dua gerai goreng pisang tepi jalan, kalau salah satu gerai tu pejual dia sikap neraka jahanam, kau sanggup beli dekat gerai satu lagi walau kurang sedap kan? Sikap tu adalah segalanya. Unless kau pakai mandrem toyol langsuir nasi kangkang.

Ini lah cerita aku. Pasal sikap staff ticketing di setengah sales office macam haram seolah airlines tu dia yang punya. Aku tak kata hanya kerana ada perkataan ‘China’ tu, airlines tu tak bagus. Tapi dalam banyak kali aku fly pegi balik LA – Kuala Lumpur, kali ni memang kurang best. Kalau aku dapat service buruk di negara orang atau negara yang punya airlines tu aku tak surprise. Tapi aku dapat service buruk ni dari orang negara aku sendiri – Malaysia.

Sebelum ni aku selalu fly dengan Southern China Airlines bila ke Los Angeles. And I have no issues with them. In fact, Airbus 330 dia sangat marvelous. Tapi sebab aku dah jemu transit Guangzhou dan aku tak pernah sampai Shanghai, jadi aku mintak Mike bookkan airlines yang transitnya di Shanghai. Iaitu China Eastern Airlines ni la. Tapi tuhan decided untuk mengkayakan aku dengan pengalaman hidup tanpa rugi sesen duit. Ye lah. Orang selalu cakap “we all make mistakes, and we all pay a price” Tapi pengalaman aku kali ni memang free je. Itu pun kira nasib baik sebab beli tiket ni dekat USA. Kalau beli dekat KL, memang kau tau boleh agak la outcome nya macam mana kan.

Actually kan, banyak lagi pengalaman aku yang INDAH masa aku di USA ni dalam bab naik kapal terbang. Patutnya benda tu normal je bagi orang dekat sini, tapi aku rasa macam naik First Class dan dilayan macam Ratu. Contohnya bila flight aku delay, mereka masukkan aku ke next flight masa yang terdekat tanpa apa apa tambahan hanya kerana aku cakap aku letih dan nak tidur atas bangku depan kaunter tu. Next flight tu bukan carrier yang sama tau? Tapi destinasi yang sama. Sebab ada seat kosong, dia letak aku dalam flight tu. Siap check in kan bagasi aku through business class sebab masa tinggal 45 minit je. Dan kalau business class seat ada kosong, orang seat ekonomi yang berdiri depan sekali masa nak boarding akan dapat free upgrade duduk seat business class yang kosong tu tanpa apa apa caj. Bila sampai kaunter nak check in, pehh, dia punya staff sangat mesra dan siap tolong key in semua benda walau dekat kiosk yang mana, kau patutnya key in je la sendiri. Bila ada kecacatan servis sikit je, dia punya compensation offer macam macam kau tahu? Kiranya, kau step in je ke kaunter depa di mana mana airport kat USA, dia punya keceriaan tu macam kau attend Hari Raya open house.

Aku tak tahu kenapa bisnes di Asia ni sangat korupt, kerjanya asik nak mencekik makan duit kau.

Let me tell you this – Here in USA atau negara maju yang lain, kau tak tak payah jerit jerit cakap “CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT”.  Here, your right as a customer is given when you are entitled to it. Simple as that. Aku bukan hadap sembah negara kapir. Tapi aku hargai pengalaman yang aku dapat sepanjang aku berada di sini dan mereka ni banyak ajar aku hak kita sebagai pengguna. Kalau tak sampai mampus aku bayar penalti itu ini padahal tak ada apa pun.

So, Mandatori ke middle name / nama tengah / nama penuh as per passport masa beli flight tickets?

YES – Bila kau berurusan dengan mana mana airlines sales counter di Malaysia ataupun di Asia. Dan NO bila kau berurusan dengan negara yang ada ethic serta budi bicara dalam menjalankan urusan perniagaan mereka.

Comments

comments

21 Comments

  1. Mohamad Izzad on Facebook

    July 22, 2016 at 12:22 am

    thanks kak diatas perkongsian ni..Selamat Hari Raya Aidilfitri kak

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      July 22, 2016 at 12:24 am

      dan selamat hari raya maaf zahir batin juga ya

  2. DeeZahra Beautycare on Facebook

    July 22, 2016 at 12:26 am

    Tq 4 d good info kak..well said kak..kang puji sgt neg omputih ckp kita ni gila dgn mat salleh..tp rasanya sapa yg penah duk oversea blh nilai sdr..attitude manusia tu sdr..

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      July 22, 2016 at 12:28 am

      Mereka ni jumud. Kita share pengetahuan. Dikatanya sembah bangsa lain. Kita nak bagi tau apa hak kita yang sebenarnya. MAcam lembu je selama ni kan.

    2. DeeZahra Beautycare on Facebook

      July 22, 2016 at 12:37 am

      Tau x pa kak..klu x baca info ni..x tau pon..buta2 g beli tiket lain..sbb tu sapa2 yg duk luar ni..mls nk blk msia..byk sgt korup..kroni..mls la nk ckp lbh2..

    3. Sal Ismail on Facebook

      July 22, 2016 at 2:02 am

      DeeZahra Beautycare x payah compare dgn yg jauh Mala. Compare dgn indonesia sudah. Attitude org msia sgt menyedihkan. Ala2 bodoh sombong pun ya. Malu nak tunjuk passport malaysia especially skrg ni…

    4. DeeZahra Beautycare on Facebook

      July 22, 2016 at 1:34 pm

      Sal Sal Ismail klu nk jd neg maju..attitude kita kena tuka..

  3. Norhafizah Mohd Noor on Facebook

    July 22, 2016 at 12:51 am

    good info to read. I like ur writing kK normi

  4. Sam

    May 31, 2018 at 8:59 am

    Terima kasih dgn info ya. Sa juga da beli tiket kl-vienna tanpa letak bin. Bila kol airline, kalau nak tambah bin. Kena tambah rm400. Hampir lg sa tambah bin dlm tiket. Terima kasih skli lg.

    1. heartboxx

      June 1, 2018 at 6:46 pm

      Sama sama. Jadi tak sempat bayar lah ya? Nasib baik…

  5. Fazilah

    July 1, 2019 at 7:06 pm

    Salam sis… maaf mengganggu.. saya ada pertanyaan juga sbb saya terlupa letak binti bila purchase flight etihad utk ke balkan trips.. bila saya sedar saya email pd via.com (of of agent Skyscanner).. mula2 kata allow pastu kata x allow boarding pula.. suruh saya cancel dan rebook flight.. saya buntu.. trip saya tu pasa december 2019…. perlu ke saya just ignore apa yg agent kata tu…

    Regards,
    Faz

    1. heartboxx

      July 10, 2019 at 7:23 pm

      Hi Faz. Were you the one that I replied via email?

      1. Arisyah

        August 1, 2019 at 10:40 am

        Assalamualaikum sis, nak tanya nama surname misspell better rebook flight or okay je? my father’s name muhamad actually got one m only but i misspell double m. kalau security lepas ke especially nak fly ke us?

        1. heartboxx

          August 11, 2019 at 10:12 am

          Hi Arisyah,
          Kalau tak silap saya airline itself allow 2 letters mistake. Your case mistake by 1 letter. So no problem.

  6. Arisyah

    August 1, 2019 at 10:38 am

    Assalamualaikum sis, nak tanya nama surname misspell better rebook flight or okay je? my father’s name muhamad actually got one m only but i misspell double m. kalau security lepas ke especially nak fly ke us?

  7. syah

    February 10, 2020 at 2:45 am

    As salam,
    Saya nak tanya kalau x letak bin atau binti dalm booking memang x akan dibenarkan utk boarding ke. Saya tempah flight dgn emirates KL -London dan Istanbul-KL.saya live chat dgn airline dua kali. yang pertama ckp xde problem dan boleh boarding. hati tergerak nk tanya sekali lagi. kali kedua chat dia tanya first name & last name. saya bagi la info dan saya inform jugak dalam pasport ada bin dan binti. Dia inform x boleh sebab nama ada kat passport mesti sama dengan tiket sebab libatkan immigration kat negara tu nanti.Utk flight zurich ke istanbul saya ada emel tanya turkish air tapi diberitahu perbezaan nama kat tiket dan passport akan sebabkan penumpang x dibenarkan menaiki pesawat.

    1. heartboxx

      March 17, 2020 at 10:24 pm

      Waalaikumsalam. Kes macam ni bergatung kepada syarikat penerbangan tersebut. Supposed bin/binti tak kira sebagai nama. Tapi setengah officer ikut bulat bulat pada Passport. so nak bagi selamat, sentiasa pastikan semua setiap patah nama , bin binti di passport appear d tix booking. Tapi kalau ke USA, bin/ binti tak ambik kira. Europe saya tak pasti sebab saya belum pernah ke Europe.

Leave a Reply