Pertama kali tengok Aurora Borealis!

my first northern lights

my first northern lights 1

my first northern lights 2

my first northern lights 3

my first northern lights 5

my first northern lights 6

my first northern lights 7

my first northern lights 8

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE

Korang mesti pernah terdengar atau terlihat kelibat nama Aurora Borealis di media. Atau panggilan bagi penduduk yang kerap beratapkan kejadian Tuhan yang satu ini ialah ‘Northern Lights’ kerana ianya hanya berlaku di sekitar kawasan berhampiran dengan kutub utara (North). Aku selalu berangan untuk suatu hari nanti, aku dapat melihat kejadian ajaib ini dengan mata kepala aku sendiri.

Aku pernah merasa melihat ‘milky way’ (untaian jutaan bintang) tanpa diduga di New Zealand di malam gelap entah apa nama tempatnya dan pengalaman itu memang tak dapat aku lupa. Tapi, termakbulnya doa aku yang satu ini rupanya seribu kali lebih indah dari untaian jutaan bintang di langit.

10 tahun lalu aku melihat Aurora di majalah, 5 tahun kemudiannya lalu aku mencari cari video mengenainya di youtube. Seluruh malam aku habiskan dengan menonton video Aurora di negara terlampau sejuk berseorangan sambil bertanyakan diri sendiri – mungkinkah dapat aku berdiri di bawahnya?”

Seperti yang aku katakan, aku bukanlah datang dari keluarga yang kaya atau mempunyai aliran wang yang melimpah ruah. Sejujurnya, aku tak pernah berjenaka tentang itu. Memandangkan Aurora Borealis ini hanya boleh dilihat di negara/ negeri seperti Alaska(USA), Greenland, Iceland, Sweden dan Finland membuatkan impian aku bagaikan mimpi dan fantasi. 10 tahun lalu, aku tak mampu untuk jejak kaki ke Singapura. Ini kan pula negara barat yang gah dengan kebesaran matawangnya.

Tapi cuma satu aku ingin berpesan, semiskin mana diri kita, impian dan harapan harus berterusan. Kerana impian dan harapan itu adalah percuma dan kadangkala, wang ringgit tidak berupaya untuk merealisasikan impian dan harapan.

3 tahun kemudian, aturan hidup membawa aku ke sini, bumi bertuah, Alaska. Jodoh, pertemuan sememangnya di tentukan Tuhan. Namun tiga tahun berturut aku ke sini, aku tidak berpeluang melihat Aurora Borealis. Mana tidaknya, Aurora hanya datang di kegelapan musim sejuk di paras bawah beku tanpa ada setompok awan di langit. Itulah syaratnya. Dan pertama kali dan lawatan kedua aku datang adalah waktu musim panas dan bunga.

Aku tetap menanti dengan sabar. Tetapi dalam kesabaran, pernah juga aku merengek meminta Mike MEMBELI pakej lawatan kawasan Aurora Borealis yang mana, tidak lah murah. $300 dengan penginapan. Itu pun belum tentu Aurora akan muncul. Hanya bergantung kepada ramalan cuaca tentang kehadirannya. Mike tidak pernah menolak, tapi dalam masa yang sama, tidak pula dia berusaha membelinya. Hahaha.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Aku memang tak lepas dari mengikut perkembangan cuaca tentang pergerakan Aurora Borealis. Tapi sayang, lokasi kemunculannya teramat jauh dari rumah kami. Mike pula tidak langsung berusaha untuk membawa aku ke sana. Mungkin baginya, Aurora Borealis itu, hanyalah biasa biasa sahaja. Sebagaimana aku membiarkan permintaannya untuk aku menemaninya ke Skybridge di KLCC. 2 tahun dia menunggu. Tapi kosong dari aku. Sekarang, padanlah dengan muka aku.

Seluruh keluarganya tahu kehendak impian aku yang satu ini.

Pada satu malam, tepat pukul 12 malam di mana masuknya bulan kelahiran aku, November. Bapa mertua aku mengetuk pintu bilik kami perlahan lahan dan memanggil nama aku. Aku pelik kerana selain dari memberitahu aku tentang bungkusan dan surat yang aku terima beralamatkan rumah mereka di siang hari, tidak ada sebab lain untuk dia mengetuk pintu bilik kami.

“The lights is outside. I know you wanted to see it. But it’s very cold, put on your jacket”. Bagaikan anak kecil di suakan bungkusan hadiah lengkap dengan riben merah, aku melompat kegembiraan keluar rumah tanpa sebarang jaket. Ya Tuhan. Indah. Amat indah! Tanpa sedar, aku mengigil kesejukan dan kembali mendapatkan jaket serta kamera.

Bagaikan bertemu cinta pertama, aku gemuruh dengan mulut ternganga. Segala cubaan untuk merakam gambar jadi serba tak kena. Sejuk menggigil tak usah cerita. 4 Gambar pertama adalah kali pertama aku melihat Aurora Borealis. Aku berdiri di bawah lentukan cahayanya bagai di hipnosis! Sebak bercampur gembira, aku tidak lupa juga berterima kasih kepada yang Esa.

Aku pernah mendapat pertanyaan dari seseorang. Soalannya lebih kurang seperti begini – “akak tak bertudung, tapi akak dapat pergi ke tempat dan merasai segala benda yang saya impikan. Saya sembahyang dan cuba jadi seorang Islam yang baik tapi saya tak dapat merasa apa yang akak dapat. Terus terang saya katakan saya cemburu. Macam mana akak lakukan?”

Terus terang, aku sedikit pun tidak terluka dengan pertanyaan yang mana, bagi aku sangat generic dan aku mendengarnya setiap hari. Lalu jawab aku kepadanya “amalan akak adalah diantara akak dengan Tuhan. Siapa kita cuba pertikaikan nikmat anugerah yang diberiNya kepada seseorang lain dan bukan kita?”

Seriously, bersyukurnya aku terhadap nikmat Tuhan bukan melalui ‘check in’ lokasi masjid di Facebook mahupun di Instagram. Amalan aku tidak aku terjemahkan melalui bertelekung sembahyang lengkap dengan gambar sejadah dan Al-Quran disisi mahupun menyebarkan meme dan ‘like’ dan ‘comment’ jika anda sayang Islam. Sesungguhnya, hanya Tuhan yang tahu dan berhak menghakimi aku.

Namun, seperti yang aku katakan sebelum ini, impian dan harapan harus berterusan. Kalau kita percaya adaNya, dapat atau tak dapat ada hikmah disebaliknya.

Disember, Aurora datang lagi. Kali ini aku lebih tenang dalam percubaan merakam kelibatnya. Cuma apa yang aku pasti, minggu depan Gorilla monopod dan remote shutter release button dalam genggaman untuk aku guna jika berdepan dengan Aurora lagi!

“Hold fast to dreams, For if dreams die. Life is a broken-winged bird,
That cannot fly.”
Langston Hughes

8367150290_f64071bebb_o3

Wasilla, Alaska USA

Comments

comments

4 Comments

  1. Hailey Kamal on Facebook

    December 28, 2015 at 12:27 am

    I wish to see it with my own eyes one day, two days ago, we have a clear sky in Malaysia, finally nampak bintang2, sebelum ini asyik jerebu dan macam2 pencemaran lagi so tak nmpak apa pun kat langit, tapi malam tu langit terang dan sangat cantik, bokthxbai

  2. Zura Zuraini on Facebook

    December 28, 2015 at 3:22 am

    cantik sgt aurora tuh..hanya kaler hijau ke eh ?

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      December 28, 2015 at 10:38 am

      Di Alaska hijau. Di negara lain, lain kalernya..

Leave a Reply