Pertama Kali Tengok Wrestling Match Secara Live | WWE Sunday Stunner 2022 Reno, Nevada
Ok. Ini sangat kelakar. Sebab seumur hidup aku, memang tak minat acara gusti atau wrestling. Dari kecik aku selalu tengok kaum Adam bersorak sorai depan TV di kedai kopi larut malam sampai tepuk meja menyaksikan manusia berseluar kecik ketat membelasah satu sama lain. Bila time ahli gusti wanita beraksi, makin kuat sorakan nya. Aku bosan.
Nama wrestler yang aku tahu selama aku membesar hanyalah Hulk Hogan. Itu pun sebab dia berlakon filem. Lagipun apa yang aku tahu, wrestling ni hanyalah lakonan dan aksi kalah menang ni memang dah di atur berserta skrip. Ibarat Wayang Kulit lah kalau nak disamakan.
Tapi sudah nasib aku, berkahwin dengan manusia yang suka gila dengan wrestling ni. Bukan botak seorang sahaja, satu keluarga dia memang gila tengok wrestling. Walau mereka tinggal berjauhan, dalam group family whatapps mereka tetap bercerita, mengingatkan antara satu sama lain untuk menonton bila ada perlawanan penting di hujung malam minggu di TV.
Bila aku sekeluarga datang atau stay dengan parent Botak, malam minggu mereka siap kan pizza bagai berkumpul depan TV tengok wrestling. Aku tak join. Sebab aku tak ada rasa teruja langsung nak tengok atau ambik tahu.
Bila acara WWE Sunday Stunner Tour masuk bandar Reno, di mana tempat kami tinggal, melompat lah Botak nak pegi. Awal awal beli tiket inform semua ahli keluarga kalau nak datang tengok dia belanja tiket. Krik krik krik.. tak ada siapa pun nak drive 8 jam untuk tengok acara tu. Haha. Aku kesian dekat dia so ok lah aku iyakan sahaja bila dia ajak pegi sekali. Aku check, budak budak memang boleh pegi. Athena is 5 years old. seminggu sebelum acara, kami beli ear plug bagi menjaga gegendang telinga dia sebab kami maklum sound system untuk acara begini, way too loud for a kid.
Tiket tak mahal kalau duduk belakang belakang. $15 sahaja. Kalau rapat ke main stage tu, ticket costs $150. Gelanggang di buka di Reno Convention Center. Walau gelanggang dan seating dia tak besar dan tak sehebat macam korang tengok dalam TV, tapi bagi orang macam aku yang tak pernah tengok wrestling match lagi lagi di USA, cukup hebatlah. Yang dalam TV tu selalunya acara final dan di tayangkan secara live on national TV usually berlangsung di Las Vegas atau bandar bandar besar yang lain.
Kebetulan sejak dua menjak ni aku pun kenal la sorang female wrestler name Ronda Rousey. Itu pun sebab dia berlakon dalam Fast & Furious 7 kan. Hahaha. Jadi aku rasa ok lah datang tengok dia. Lain lain wrestler yang datang Sunday Stunner Reno 2022 ni The Usos, Drew Mcintyre, Gunther, Liv, Sheamus, Madcap Moss to name a few.
Aku tak pernah masuk stadium tengok concert seumur hidup aku. Paling besar event aku pernah attend ialah after party event Formula 1 KLIA Sepang. Masa tu Bi Rain Oppa K-pop zaman aku gedik K-pop datang Malaysia so itu je pengalaman aku turun padang berhimpit dengan orang ramai.
Sepanjang aku di USA, tak pernah tengok concert mahupun masuk kelab malam dia. Padahal masa aku bujang, aku masuk lah club club ni dengan kawan kawan pada hujung minggu. Apa aku nak cerita dekat sini sebenarnya ialah, sound system dia mak aih.. 10 kali ganda padu dari dolby theater mahupun IMAX dekat panggung wayang tu. Bergegar sampai usus perut. Aku tak pernah rasa sound system sepadu dan sesedap ni sepanjang aku di club club di Kuala Lumpur mahupun concert Bi Rain di Formula 1 KLIA.
Di hujung post macam biasa aku sertakan Video Youtube. Aku tak pasti kalau korang dengar melalui phone atau laptop korang sound dia sedap. Tapi aku pakai headphone masa edit, memang boleh dengar kualiti sebijik macam masa aku dekat sana.
Aku tak heran sangat masa lawan lawan tu. Cuma aku enjoy masa mereka masuk gelangang dan trash talk. Mostly funny lah. Tak teruk sangat macam style MMA hina menghina. Tapi more to clowning lah. Terhibur semua yang datang. Nothing serious lah kiranya.
Walau aku tak minat wrestling, tapi ini merupakan pengalaman aku yang ke tiga dalam menyaksikan acara perlawanan dalam gelanggang secara live lah. First time aku tengok Muay Thai di Bangkok (boleh baca sini) dan kemudian aku tengok Lucha Libre di Mexico City (boleh baca sini)
Memandangkan aku dah punya koleksi tengok wrestling 3 negara, maybe aku boleh sambung tambah koleksi tengok SUMO di Jepun in the future lah kan. Saja suka suka. Pengalaman.
for match result, you can read HERE.
Ok lah, takat ni dulu. see you in the next post!
Video:
RENO, NEVADA
Leave a Reply