Pesta Dragon Lights in RENO, Nevada.
Acara yang berlangsung setiap tahun selama 45 hari bermula pada akhir bulan Jun hingga pertengahan Ogos. Setiap tahun dekorasi nya berubah dan video ini memaparkan dekorasi untuk tahun 2022. Bagi orang seperti aku yang dah hampir 6 tahun tak balik Malaysia, datang ke tapak ni agak mengubat rindu walau muzik dan tanglung nya lebih kepada budaya Cina. Aku teringat perayaan Chinese New Year di Penang, Melaka, Ipoh dan dekorasi sempena CNY di shopping mall besar di Kuala Lumpur. Ahh sedih nya. Sob sob. Desperate sungguh la kan.
Aku jealous sebenarnya dengan kawan kawan Chinese yang merantau atau migrate ke luar negara. Sebab China Town serta komuniti Cina memang ada di mana mana dan bukan sikit. Siap ada lion dance bagai kau tau. So aku fikir, Chinese yang tinggal di luar Malaysia homesick nya agak tak seteruk bangsa Melayu.
Ramai orang suggest aku join community surau dan masjid. LOL. Dekat situ semua aku hanya jumpa Pakistan, Middle Eastern dan Indian muslim. Dah la Mahzab lain. Still bukan sebangsa aku. Still aku kena sembang dalam Bahasa Inggeris juga. Sebab tu aku malas nak cerita.
Dari aku best friend dengan diorang, baiklah aku cari South American like Mexican, Puerto Rican, Brazillian. Sikap mereka dari segi kelembutan, cara masakan dan keramahan sangat hampir dengan Melayu. Masa aku dekat Sparks dulu, yes aku ada kawan dengan family Puerto Rican. Siap jemput datang rumah, serta offer kalau pegi Puerto Rico, bagi tau dia. Macam Melayu lah aku cakap kau.
Aku cakap dekat Botak, lepas ni tolong lah cari rumah area yang ramai Mexican or Puerto Rican. Baru lah gasolina y rompe kan.
Ok. I need to stop and get back to the main topic. Lanterns festival called Dragon Lights. Yes memang Tanglung you alls. Cuma bukan semua tergantung. Tapi diolah dalam pelbagai bentuk yang lebih unik dan besar. Memang material dia kertas tanglung tu. The difference is, instead of candles, they replaced it with LED lights. (video at the end of post)
Mesti korang kata, alah, dekat Shah Alam pun ada I-city tu. Hello, I-city tu belakang rumah aku je dekat Shah Alam sana. Sebelum korang dok pegi bayar bayar entrace ticket, aku dah melangut dekat sana masa mula mula bukak free tak payah bayar. Tak percaya aku ada tulis dekat post aku SINI.
Lagipun I-city tu dia tak ada tukar tukar. Gitu je setiap tahun kan. Lepas tu serabut dengan shop lot meniaga toys bagai. Serabut.
Tahun lepas tema dia ada beberapa kategori. Pertama – mestilah oriental. Naga besar, black eye panda, chinese zodiac segala.
Kemudian beransur kepada category under the sea. Ikan ikan, rumpair, jelly fish, ikan paus, ketam dan Oyster juga.
Kemudian beransur kepada hutan Tropika dengan Movie Avatar vibes. Masa ni aku tak ambik banyak gambar sebab cantik sangat kut.. bunga bunga dia besar besar.. (aku ni makcik bunga kan)
Lastly, masuk ke kategory jurassic world. Ohhh masa ni Athena sangat lah suka. Asal ambik gambar je tangan dia gaya T-Rex dan she made a roaring sound. Terus terang aku cakap, berbaloi lagi datang sini tengok dinosaur dia dari kami pegi Jurrasic World: The Exhibition in Reno Convention Center. Ticket dia pun mahal gila compared to this event.
Lepas tu ada juga binatang binatang lain tang tak ada specific area merata rata di seluruh kawasan tu.
ada juga interactive game macam light up pad, glowing swing semua. Tapi masa tu budak budak ramai sangat dan Athena tak nak join. So aku tak ada gambar lah. Masa ni dia belum mesra dengan kanak kanak lain. Dia memang ada problem nak berkawan. Dia baru ok lepas masuk kindergarten. Sebelum tu dia takkan nak pegi playground kalau nampak ramai budak budak sebaya dia. Risau juga kami masa tu. Tapi Alhamdulillah fasa tu dah berlalu.
Ada tempat makan makan ala picnic table. Tapi food truck tak banyak hanya ada 2. So kami tak pegi makan pun. Dah bawa bekal air & snack dari rumah. Biasalah tempat tempat gini food dia bukan sedap dan murah. Botak pula memang jenis malas beratur.
Kaki pun dah sakit, kami pun beredar dari tapak festival ni around 8.30PM gitu. Gila nak keluar hujung hujung park tutup. Walau parking dia seluas alam, penuh kau tau. Kami park pun jauh gila seberang playground hujung dunia sana kawasan berdebu tak ada tar. Jem berderet deret jangan cerita lah. Sebijik macam malam merdeka dekat KL.
So itu je lah ceritanya. Sekian.
Videos:
RENO, NV
COST AND LOCATION
Where: At Wilbur D. May Arboretum & Botanical Gardens
within Rancho San Rafael Park
When: From June 30th to August 13th EVERY YEAR
HOURS: Monday – Sunday, Open Nightly 6:00 – 10:30 p.m.
Ticket Prices
- General Admission (Age 12+): $20
- Child (Age 3-11): $15
- Infant (Under 3): FREE
- Family 4 Pack: $55 (2 General Admission & 2 Child tickets)
- Season Pass: $55 (unlimited entry for 1 person during the festival season)
A $5 – $15 surcharge fee will be applied to all walk-up tickets. Group Discount or Season Pass is not available at the box office.
Leave a Reply