Portland, Oregon – Bandar Bertamadun Kelas Pertama
Bila kita bercakap pasal bandar besar, metropolitan, kita selalu bayangkan bangunan tinggi, heavy traffic jam, asap, bising, manusia berpusu pusu dan bau ketiak manusia jangan lah nak cerita. Ok itudescription on Kuala Lumpur. Haha. Tapi kalau ke Tokyo mahupun Los Angeles, macam tu juga rupanya (minus bau ketiak dan asap)
Tapi bila kau ke Portland Oregon, semua benda yang kita menyampah bila masuk bandar akan lenyap secara magik nya. Aku pun terkejut sebenarnya. Sebab selama ni dalam kepala aku, Osaka dan Melbourne lah bandar paling best pernah aku lawati. Tak terlalu busy, tak terlalu sunyi. public transportation lengkap dan manusianya beradab. Rupa rupanya ada lagi bandar yang lagi sempurna dari itu. Bagi aku setakat ni Portland merupakan bandar yang sangat sempurna lah dari bandar bandar yang pernah aku lawati.
Portland ni sebenarnya tak ada lah best sangat kalau bab pelancongan. Kalau kau google “Portland Tourist Attraction” list, kau akan menguap time tu juga. Paling lama pun kau stay dekat sini 2 hari. Masa aku dekat sini, hanya Ariel Tram Ride dengan Tilikum Crossing je yang worth visit and try. Yang lain lain semuanya berada di luar kawasan bandar Portland. Kami pilih untuk stop over di sini pun sebab aku nak naik Aerial Tram tu lah pun. Hahaha.
Seperti di Seattle, walau kami ada kereta, kami tetap guna train dalam bandar bila nak explore around. Kereta memang park dekat hotel saja. Dekat bandar Portland, korang boleh beli 1 Day Pass bernilai USD 5. Boleh diguna pakai untuk train, car (bas elektrik dia panggil car walau tak ada roda), dan bas. Tiket ni boleh beli di Vending ticket machine di mana mana stesen saja.
Dan kalau korang malas nak menapak, dekat Portland ni mereka sediakan scooter elektrik dan macam macam jenis basikal untuk korang sewa and cycling around.
Ok, itu tak ada la amazing sangat kan. Banda lain pun ada semua ni. Kan?
Tapi first thing aku perasan, sepanjang 2 hari aku dekat sini, naik turun train, car, bas, tak ada orang check ticket kami. Dan tiket dia kau tak perlu tap / touch and go ya. And yet, people buy the ticket and keep it with them. Amazing tak? Ada sekali tu, satu mamat ni naik car, terus tekan button intercom, bagi tau pemandu dekat depan yang tiket dia hilang. Walau takkan ada siapa check tiket dan tak kan ada siapa halang dia naik. I was like “wow”.
Bersih dia tak payah lah aku cerita. Oklah, Singapore pun bersih. Tapi orang orang dia cakap kuat bising bingit telinga tak kira tempat.
Kalau dekat bandar lain, aku tak heran setakat lorong pejalan kaki dan lorong kereta asing asing. Tapi dekat sini, lorong pejalan kaki, lorong basikal, lorong kereta beroda, lorong kenderaan elektrik semua asing sampailah atas jambatan pun asing. Kau tak ada la serabut kepala otak bila nak berjalan dengan anak kecik. Sepanjang jalan dan selekoh, semua kemudahan di sediakan untuk semua golongan – cacat, sihat, kurang sihat, tua, muda, bayi, binatang. Segalanya diambilkira!
Hentian bas, car, train dia punya lah banyak. Boleh dikatakan setiap selekoh ada. Timing memang tepat. Ok lah, takat timing tepat dan banyak stesen tu dekat bandar lain pun ada. Tapi dekat Portland, dia punya tempat tunggu bas, car dan train sangat santai dan sentiasa ada papan elektronik inform timing dan hala tuju seperti gambar dekat bawah ni;
Depan pintu cafe ok.
Nampak tak ‘car’ warna merah dalam gambar tu. Dia macam bas lah tapi elektrik dan tak beroda. Tapi bukan train tau. Seat dalam tu tak pernah penuh serta stroller and Wheelchair friendly.
Oh ya, aku tak ada bau asap kenderaan mahupun asap rokok dan AKU TAK NAMPAK ORANG MEROKOK.
It’s 2018 and they still provide pay phone. Public phone masih wujud dekat sini ok. Aku tak percaya aku cuba test dengar tone kut kut dah rosak ke atau buat perhiasan sebagai barang pameran untuk anak cucu yang tak kenal pay phone. Hoi, ada tone “tuuuuuuuu” lah. Memang boleh pakai. LOL. Aku rasa macam kera masuk bandar kejap. Terkejut.
Nampak tak siap boleh “receive calls” / “collect call”. Korang masih ingat lagi tak macamana nak guna public phone untuk receive call? Last aku guna servis tu pada tahun 1995, Itm Manjung. Kah kah kah. Maksudnya disini, bukan mereka ketinggalan zaman. Tapi mereka masih consider generasi lama yang sampai sudah tak reti pakai android. Atau orang yang tak berduit untuk miliki android phone!
Aku masih ingat dekat KLIA. Phone aku habis kredit (aku pakai prepaid). Wifi free macam tak free. Duit MYR tak ada. Pegi ATM – out of service. Cari public phone, semua tinggal wayar saja. Aku gelabah macamana nak bagitau member aku untuk pick up aku. Last sekali tebalkan muka pinjam phone orang untuk mesej/ call member aku bagitau lokasi.
Masa aku di Portland ni jugalah, baru aku tahu semua kedai kedai termasuklah starbucks tu tutup pukul 4-6PM. Rupanya Sabtu dan Ahad, segala aktiviti dan kedai tutup awal. Jadi mereka yang kerja di hari minggu pun dapat lah balik awal untuk bersama keluarga.
Bandar Portland sunyi macam baru lepas ke langgar garuda lepas pukul 5 petang. Cuma kami dan beberapa tourist lain saja masih berkeliaran di jalan raya. Actually masa siang hari pun, tak ramai orang. Mike cakap dekat aku, buat apa melilau dekat bandar time weekend. Baik lah hiking, masuk hutan atau lepak dekat rumah. Isnin sampai Jumaat kut kerja hadap bangunan dan orang ramai. Lagi masa weekend nak hadap semua tu ke? Aku pun terbayang orang kita melangut dekat Mid Valley time hari minggu sampai midnight movie siap dengan anak umur 5 bulan dalam stroller.
Masa ni aku berdiri dekat bus stop. On second floor, I can see a family having dinner together at home on Saturday. Ini kira apartment tengah tengah bandar la ni.
Aku sebagai ibu yang menolak stroller anak, dekat sini orang orang dia jarakkan diri mereka dari aku ni dekat 1 meter jugaklah. Kalau mereka nampak aku dari jauh, cepat cepat bagi laluan atau tunggu macam bellboy dekat hotel kau. Malu pulak aku. Belum lagi orang tolong bukakan, pegangkan pintu, dahulukan aku dengan Athena Sophia dalam stroller di mana mana sahaja. Rasa macam Perdana Menteri hoi. Hahahahhaha.
Senang gila nak bergambar dekat sini. Orang dia cepat cepat jauhkan diri atau tak sibuk sibuk buat bodoh lalu lalang semakkan keadaan. Aku pun tak pasti sama ada mereka ni serabut dengan tourist macam aku datang dekat bandar mereka atau memang adab mereka macam tu.
Dekat sini kau tak payah risau pasal handbag kau kena ragut atau kena seluk juga. Actually, aku tak terikir pasal tu pun. Dah sampai hotel baru aku teringat pasal handbag tergantung silang dekat badan aku ni.
Kiranya first time aku rasa macam aku beriadah di taman botanika. Padahal aku di tengah tengah bandar. First time aku rasa tenang bila masuk bandar. First time juga aku tak dengar Mike bengang dengan suasana. Selalunya kalau aku ajak masuk bandar je, mula lah membebel itu ini serabut dengan orang kataya.
Macam bandar bandar lain, Portland pun ada juga area yang tengah under construction. Tapi dia tutup kawasan tu sampai kau tak perasan pun dan tak ganggu orang awam lalu lalang.
Pada permerhatian aku, bandar Portland dan manusia di dalamnya ni memang dah mencapai tahap beradaban yang paling tinggi sekali. Mereka berbuat baik dan menjaga persekitaran dan sesama manusia. Manusia di dalamnya bagaikan telah berjumpa dengan tujuan hidup dan bukan berlumba lumba. Siapa saja yang mentadbir bandar ini, jujur akan kemaslahatan penduduk tempatannya. Bukan macam setengah tempat, hanya memperindahkan kawasan untuk tontonan pelancong/ orang luar. Sebab bila kemudahan dibina untuk warga tempatan, warga luar dapat guna juga secara automatik. Tapi kemudahan untuk para pelancong, tak semestinya boleh diguna pakai oleh rakyat tempatan.
Ada banyak lagi benda yang buat aku melopong tapi aku dah lupa sepanjang aku berada di Portland. Kalau korang datang ke USA, buat Road Trip, singgah la ke Portland untuk rasakan bandar yang penuh insani.
Tak kira lah berapa tinggi income tax kena bayar kalau kau dapat balik rasa kemudahan dari duit cukai kau sendiri, why not? Kalau macam ni public transportnya, memang tak payah beli kereta. Nak berjalan jauh, sewa je kereta. By the way, Portland doesn’t have sales tax. Beli lah apa, makan lah apa, tak ada tax. Setakat ni Portland hanya 2 toll booth. Satu di Bridge of the Gods dan Hood River Bridge. Tapi tu semua luar kawasan bandar. Pun hanya untuk crossing the bridge. Sebab pembinaan jambatan menyeberangi Columbia River dibayar dengan duit toll.
Kiranya aku tak ada benda busuk nak cakap pasal Portland. Bagi aku, golongan muda yang baru nak hidup, baru nak mulakan karier, elok sangat lah menetap di bandar ni. Orang macam aku dah tak larat dah nak duduk bandar. Sekali sekali mai berjalan boleh lah.
Ok lah, ini gambar gambar kami di Tilikum Crossing. Video masa naik tram aku ada upload di Youtube.
“Bridge of the People“. Siap rekod berapa cyclist crossing per day and per year.
Columbia River. Walau dalam bandar, aku nampak ada orang main paddle board dekat sungai ni.
Aerial Tram. Mereka panggil Aerial Tram sebab dah ada tram on the ground. Kami sampai dah lewat. Dalam pukul 4.30PM. Dia tutup pukul 5PM. Tapi kami sempat la naik seround. Harga tiket $4.90 round trip. Kalau weekdays dapat lah naik belah malam tengok bandar Portland bergermerlapan.
Video masa jalan jalan di Portland;
Nanti aku cerita pasal Multnomah Waterfall dan Crater Lake di Oregon ni ya.
Tata for now.
Leave a Reply