Pumpkin Patch at Andelin Family Farm | Sparks Nevada

Seperti yang kita sedia maklum, autum atau fall merupakan musim menuai di negara 4 musim. Harvest Festival ni di sambut besar besaran di USA, walaupun zaman sekarang ni fresh produce 24 jam, 7 hari seminggu ada je dekat supermarket tu tak kira siang malam kan. Tapi mereka kekalkan tradisi menyambut pesta menuai sebelum datangnya musim sejuk.

Sememangnya petani tempatan dekat sini menanam segala sayur dan buah seawal musim Spring hingga hujung Summer. Jadi betul lah langkah mereka buat pesta sambil sambil menjual habis lambakan sayur dan buah tu semua. 

Ramai orang masih confuse (walau dekat sini pun) menganggap musim menuai ni sama dengan Halloween. Tak. Maybe orang confuse sebab pumpkin (labu oren) tu kut. Kebetulan mereka gunakan labu oren tu untuk hiasan Halloween di hujung bulan Oktober. Padahal labu tu paling murah dan tahan lama untuk hiasan. Tak dapat lah nak pakai epal mahupun tembikai.

Setiap tahun aku memang menunggu nunggu harvest festival ni. Bukan apa, ada lah aktiviti dan tempat untuk kami bawa Athena bermain. Farm dekat sini memang akan ada sekali dengan binatang binatang nya, game dan rides. Kalau pegi zoo bayar mahal mahal pun rasa tak original lah.

Aku puji cara farmers dekat sini mengangkat pertanian ke level yang sangat tinggi. Kalau dekat Malaysia, stigma petani tak ada kelas dan miskin masih lagi kuat kan. Dekat sini tak ada istilah tu. Kalau farmer tu ada tanah luas, memang mereka gunakan tapak kebun mereka jadi tapak pesta untuk kanak kanak.

Dekat sini, kanak kanak di dekatkan dengan pertanian dan ternakan seawal mungkin. It’s a noble job. Bila mereka buat pesta di tapak kebun, budak budak ni akan ada memori indah dan seronok bila cerita pasal kebun.

Aku rasa pekebun petani dekat Malaysia boleh ikut cara ni. So ada la income lebih bila habis musim menuai. Tak perlu fancy fancy kena ada mesin macam dekat Fun Fair tu. Guna je apa yang ada. Buka gerai ala Pasar Tani sekali. Buat la 2-3 kali setahun. From local farmers to local people gitu. 

Korang boleh pegi dekat Website Andelin Family Farm ni untuk baca sejarah kebun mereka dan apa aktiviti tahunan yang mereka buat. Boleh petik bunga, petik jagung, bagi makan kambing. 

Siap ada birthday package kut. Gadis gadis pula boleh la berinstagram dalam kebun bunga. Ada summer camp – ajar budak budak secara hands on how to run the farm. Bagus idea ni. Pekerja bawah umur  siap bayar untuk buat kerja. Bukan kerja dapat bayaran. Hahahaha.

Tak ada lah asik melangut di shopping mall sahaja. Aku tahu Malaysia ada KidZania tu kan? Pun dalam bangunan. Aku tak sempat merasa hantar Athena ke Summer Camp sebab masa kami tinggal dekat Sparks, Athena masih lagi umur bawah 6 tahun.

Tiket kami bayar untuk masuk ke sini ialah $17 per person (Weekends Rate). Duduk lah dalam tu sampai lebam. Jarak dari rumah kami tak jauh. 15 minit je pemanduan. Parking area seluas mata memandang lah. So tak kalut macam pegi shopping mall tu. Siap dapat map kecil mana nak pegi. 

 

Antara aktiviti yang ada dekat sini ialah Tong Drum train rides (ini Athena paling suka lah. siap repeat 2 kali)

Bouncy House. Pun tak ada lah fancy mana, cuma inflatables 4 segi je. Tapi budak budak apa tau. Janji boleh lompat. Ada satu budak lelaki tu siap terpelanting ke bawah lagi tapi gelak gelak.

Walau kebun, banyak je sudut instagram worthy disediakan di setiap tempat.

Tractor rides. Korang boleh check dekat Youtube aku macamana rupanya ride ni. Tractor yang tarik.

Kid’s zipline. Ini pun Athena suka yakmat. Repeat 2 kali. Tapi tak larat la nak beratur. Ramai sangat budak yang suka

Mini Straw Bale Maze for toddler. Bukan corn maze. Corn maze ni, orang tua macam aku pun boleh sesat.

Game melastik labu

Bagi makan binatang ternakan

feed the goat

Melawat ahli keluarga…

Pony Ride

Selebihnya korang boleh tengok dekat dalam video youtube channel aku 

Aku juga tengah gagah transfer all old videos into my new channel.

Kedai souvenir dan fresh produce like jam, honey, tea, Sauce, lotion and soap.

Sebelum kami keluar, kami dapat free gift which is a little white pumpkin. Kami disuruh pilih sendiri dalam kotak yang terletak di lorong exit.

Ini video sepanjang kami berada di sana. Jangan lupa Like & Subscribe channel aku ya. Sebab lepas ni aku banyak nak upload video. Aku dah tutup kedai dekat Etsy sebab aku burn out dan jatuh sakit sebab kerja terlalu banyak. Lately aku nose bleed bila rasa tertekan. Keluar darah bukan sikit tau. Macam air paip.

So aku nak relax just blog & vlogging. Insyaallah, bulan June ni aku ke Alaska for 4 months. Kira package healing lah hopefully. Kali ni aku akan rakam betul betul pemandang di Alaska. Aku baru perasan yang aku punya video masa dekat Alaska dulu macam hampeh. Malu aku tengok balik . LOL

Ok, Takat ni dulu. Sambung di lain cerita.

tata.

SPARKS, NEVADA

LOCATION SUMMARY & COST

Hours Operating: Wednesdays – Saturdays 10am to 6pm.

When: Open the last week of September through the first week of November.

How Much: Admission: When purchased online, $13 Wednesday-Friday $15 Saturday. When purchased at the farm, $15 Wednesday-Friday, $17 Saturday. Babies 2 and under are free.

 

Comments

comments

2 Comments

  1. fatihahfazlin

    April 25, 2023 at 1:31 am

    Lama berjanggut tunggu blog diupdate kak. hahaha. Seram pulak tengok darah tu kak, kena cepat-cepat pergi healing ke Alaska tu.

    1. heartboxx

      April 25, 2023 at 5:14 am

      Maafkan sayaaaaaaaaaaaa. Mulai hari ini, memang akan update setiap minggu kecuali kalau akak sakit.

Leave a Reply