Reno : The Biggest Little City in The World
Salam Merdeka yang ke 62.
Tiada madah dan puisi dapat aku karangkan untuk Malaysia ku tercinta sempena hari kemerdekaannya yang ke 62. Semuanya dah hambur dekat wall Facebook pasal bendera terbalik and all. Haru sungguh.
Post kali ini aku nak bercerita tentang bandar lama bernama Reno yang terletak di Nevada. 15 minit dari bandar Sparks, di mana kami tinggal sekarang. Aku tahu, bandar bandar serta tempat tempat yang bakal aku ceritakan dalam belog aku ni, korang tak kan pernah dengar dan malas nak lawat pun. So sajalah aku nak kurangkan sunyi belog aku ni dengan bercerita tanpa diminta.

Kalau korang ada duit datang USA pun, korang mesti preferred to visit famous city like New York, Los Angeles, San Francisco, Seattle, Vegas dan Florida. Lagi lagi dengan kesuntukan cuti yang korang dapat let say 2 weeks, apalah sangat Reno atau Sparks ini untuk di lawati. Kawan kawan aku sendiri pun tak heran nak datang. Cuba kalu rumah aku di New York, Las Vegas atau Los Angeles, hari hari tanya bila boleh datang. Kan. Jadi, biarlah korang tengok sahaja melalui karangan belog aku.

Bandar Reno ni bandar yang sangat lama kewujudannya. Lebih lama dari Las Vegas. Dulu, aku selalu ingat Las Vegas itu lah bandar pertama dibina di USA sebagai kota kasino. But now, aku baru tahu, rupanya Reno ni dulu di bina sebagai Pusat Casino di Nevada. Anak sulung lah kalau dalam turutan keluarga. This city was founded in year 1868, dibangunkan pada tahun 1903 dan di namakan sempena nama seorang tentera iaitu Jesse L. Reno.

Bandar ini juga di kenali sebagai “The Biggest Little City in The World” (Bandar kecil yang terbesar di dunia) dek kerana prasarana dan pembangunannya setaraf bandar bandar besar across the globe. Gambar gambar yang aku tayang dekat sini hanyalah satu section sahaja di Reno. Iaitu di jalan utama bernama “Virginia Street”. Kalau dekat Malaysia kira Jalan Dataran Merdeka la gitu. Semua event akan di buat dekat jalan ni sebab latarbelakangnya yang agak ‘antik’.

Mereka masih ada hotel stail lama dengan warna warna zaman Elvis Presley tu. Jangan risau, di Reno banyak hotel bertaraf 5 bintang sebenarnya. berpuluh tingkat okay.


Walau bandar ini kecil, tapi ia mempunyai International Airport. Penerbangan dari Australia pun ada direct masuk ke Reno-Tahoe International Airport ni. Code : RNO. Jangan tak percaya kalau aku kata airportnya yang sebesar Subang Airport tu sentiasa sibuk mengalahkan KLIA.



Tapi kau takkan nampak mega shopping mall menjalar di tengah bandar Reno ni sebab aku perasan town planning di USA, shopping mall di asingkan ke kawasan lebih luas, jauh dari jalan jalan utama with ample parking. Mereka takkan letak di tengah ‘downtown’ yang mana nilai hartanahnya terlalu tinggi untuk ‘free parking’ serta boleh mengakibat kan traffic jam. Sebab tu di USA, parking semua free kecuali di downtown. So kalau korang nak melalak di Factory Outlet ke, Premium Outlet ke, berkemah seminggu pun tak apa. Parking free. Rules ini tak sama dengan bandar bandar metropolitan seperti New York/ Manhattan/ San Francisco/ Los Angeles, etc etc. Itu lain cerita. Itu bandar cekik darah. Laki aku pun fikir 1000 kali kalau aku ajak jalan jalan ke bandar macam tu.

Terdapat beberapa Halal Restoran di Reno. Tapi semuanya Pakistan, Indian, Mediterranean, Middle Eastern style lah. Google sahaja halal restaurant in Reno, Nevada di website Zabiha. Keluar lah result. Satu pun aku tak pernah try lagi sebab 90% aku memang masak dekat rumah. Ada satu masjid nama Masjid At Taqwa. tapi aku tengok masjid tu under ‘Shia’. Ada satu lagi di area tempat aku tinggal di Sparks, “Northern Nevada Muslim Community”. Haa yang itu label under ‘Sunni’. Satu benda aku suka di USA ni ialah transparency. So senang kau nak buat pilihan. However, both places perform Friday Prayer dan jemaah ke lima lima waktu sama sahaja macam masjid di Malaysia.
Transport paling senang nak kesana kemari di Reno ni, UBER dan Lyft. Aku dah tak mampu nak study route public bus. Maaf. Kalau Light train macam LRT tu ok lagi tapi depa tak ada tu. Ada apa apa lagi ke aku tertinggal? Aku rasa aku dah cover basic introduction of one city.
Sejak aku pindah ke sini, aku ada lah join page bandar Reno-Sparks di Facebook. Then I realized, these two cities are the festival cities. Setiap weekends ada saja event mereka anjurkan untuk keluarga dan pelancong yang datang. Cuma tinggal – kau larat ke tidak nak join tengok tiap minggu. Dan bukan semua event tu free. Ada yang kena bayar entrance fee.


Vintage Car Parade ni ialah merupakan event ke dua aku datang tengok. First one was Sparks Water Lantern Festival – which is kurang sambutan, kena bayar pula, jadi kami tak ada gambar water lantern sebab kami tak join event berbayar tu. Cuma lepak tengok free konsert fake Beatles sahaja which is I posted it on my IG stories. Vintage Car Parade ni free. So ada la kami 3 beranak datang tengok. Hehehe.



Sesuai lah sangat kereta antik tu dengan background bangunannya.



Aku suka dengan cara orang dekat sini time event / festival. Belum pernah aku tengok mereka letak barricade/ pagar. Very family friendly. I just learned that we have to get our own portable, foldable camping chair untuk lebih keselesaan. Aku rasa dah boleh dah kita buat benda yang sama di Malaysia. Alahhh korang bawak saja.. tak perlu tikar semua. Gantung plastik untuk buang sampah sendiri dekat pemegang. Settle. Nanti ramai ramai lah orang ikut. Tak ada la berlanggar langgar tak tentu hala bau ketiak kan.

Event ni dimulakan dengan nyanyian lagi kebangsaan, di buka dengan perbarisan tentera mereka bawa bendera negara dan negeri, kumpulan polis dan abang bomba and so on. Lepas tu baru lah kereta kereta vintaj lain dalam kategori masing masing menyusul. Meaning mereka dulukan kumpulan yang menjadi benteng negara dahulu. Respek aku tengok.
Aku ada ambik beratus gambar gambar kereta antik ni. Tapi tak mampu lah aku nak letak semua. Korang boleh tengok video aku upload di Youtube untuk tonton dengan lebih detail.



Seperti biasa mestilah ada food vendor dan gerai cenderahati. tengok tengok sajalah. Susah nak pastikan ke halalan nya. Lagi pun harga agak mahal lah bila event macam ni. Dinasihatkan bawak la air sendiri. Aku pernah kena masa pegi event di Virginia City (akan buat post next time). Aku terlalu dahaga, air botol kami bawak dari rumah habis licin. Nampak ada kedai jual rootbeer float. USD 6.50. Terpaksalah. Padahal kalau pegi A&W, baru USD 1.50. Padan lah dengan muka. Bayar dengan muka yang kelats sekali.
So takat ni dahulu. Tak menarik mana la kan untuk korang perabih duit tiket kapal terbang semata mata nak datang ke bandar Reno ni kan? Hahaha. Aku dah agak dah. Kah kah kah.
Tak apa lah. Kiranya, aku peserta tunggal dari Malaysia yang mengalaminya dan bercerita tentang pengalaman di The Biggest Little City in The World. Hnss hnsss hnnnss *kembang kempis hidung*
Sekian.
Leave a Reply