Sambutan Ramadhan dan Wildflowers di Gurun Nevada-Arizona

Salam Ramadhan 2019. Semoga diet korang menjadi bulan ni (sambil sambil tayang masakan berminyak berlemak, minuman manis macam tak ada esok hari). Gitu.

Aku tak ada la letak azam apa apa bila masuk bulan puasa. Sebab menu makanan aku time ramadhan ke tidak – sama sahaja. Cuma kali ni aku dapat merasa sambal tumis pelbagai aneka kiriman sahabat dari Malaysia. Pun berjimat cermat takut habis. LOL

Image may contain: food and indoor

Timing puasa di Nevada ni panjang sikit je dari Malaysia.

No photo description available.

Tapi tak de hal lah. Aku duduk rumah je jaga anak sambil sambil buang masa di internet. Panas tu memang panas la, gurun kan. Suhu dalam 35 – 40 Celcius. Pagi pagi pun bahang panas. Bukan sejuk macam dekat Malaysia. Malam ok lah sejuk sikit. Tapi aku bukan duduk dekat luar rumah pun. Kalau keluar pun memang time dah sejuk around 6PM macam tu. Selalu aku keluar pegi bawak Athena Sophia main main dekat Playground sambil tunggu waktu berbuka. Bab masak memasak ni, 20 minit pun dah siap ikut cara aku. Memang menu biasa macam hari hari lain. Aku tak suka menyusahkan hidup aku ni ha.

Hari ni juga merupakan Hari Ibu Ibu sedunia. Aku tak lah celebrate walau member member hantar whatapps & inbox aku di Facebook mencalonkan aku sebagai ibu yang awesome (copy paste DM berantai). Laki aku lagi lah kan. Lupa, buat buat lupa atau tak nak ambik tahu langsung lah kan. Malas aku nak harap apa apa dari dia tu. Janji tanggungjawab dia sebagai suami dan bapa pada aku & Athena Sophia dia tak skip pun dah cukup baik bagi aku ni ha.

Tapi, tak di sangka sangka, aku dapat flower delivery dari ibu dan bapa mertua aku di Alaska. Terus berbunga bunga hati ni. Lalu aku terinspirasi untuk menulis pasal bunga bunga di gurun Nevada – Arizona ni ha.

Wanita ni, tak kira gadis atau pun mak mak, memang tak dapat dipisahkan dengan bunga. Suka lah kan. Sejak aku duduk di bumi Amareka ni, aku belajar menghargai sesuatu yang baru – Bunga bunga liar atau “wildflowers”. Sebelum ni aku membesar dengan bunga bunga yang di tanam, di baja dengan rapinya. Lepas tu pada pemahaman aku, nak tengok bunga cantik cantik ni, kena pegi kebun bunga (flower garden). Manusia sanggup bayar beribu ringgit tiket penerbangan untuk melihat dan bergambar dengan taman bunga di Istanbul serta Amsterdam (Tulips).

Bila aku dah duduk Amareka, baru aku tahu ada bunga yang lebih cantik dari yang hidup di taman kawalan rapi. Iaitu Wildflowers. Sebenarnya, wildflowers ni memang merupakan salah satu attraction di USA bila tiba musim bunga. Dan yang paling best, ianya berada di mana mana sahaja. Tanpa perlu bayaran mahupun visiting hours. Free of charge sebagaimana Tuhan bagi free udara, cahaya matahari dan nyawa.

Kalau korang drive di sepanjang highway di USA, akan nampak kereta berhenti di tepi jalan dan akan nampak orang terhendap hendap dengan kamera dalam bunga bunga yang tumbuh melata di sepanjang jalan.

Ini 1st encounter aku dengan Wildflowers. This was my first time visit Alaska.

Summer in Alaska.

Lepas tu aku pindah ke Nevada. Gurun. Pada aku, apa je yang tumbuh dekat kawasan gurun ni selain dari rumput kering warna coklat. Bila dah duduk sini, baru aku faham kitaran musim dan sifat tanahnya. Wildflowers tetap tumbuh walau sekontang mana keadaannya. Ini yang buat aku respect pada wildflowers. Tanpa baja dan jagaan, tetap tumbuh mengindahkan suasana tanpa paksaan. Jauh lagi menunggu pujian. Kalau pepatah Melayu ada mengatakan jadilah seperti padi, semakin berisi semakin menunduk, aku pula suka mengatakan “jadilah seperti bunga liar”.

Oh, kenapa tajuk aku ada hyphen Nevada – Arizona? Sebab aku boleh dikatakan hari hari ulang alik di kedua dua state ni. Sebab tempat tinggal aku di namakan Tri-State area. 3 negeri bersempadan dan boleh cross sana sini dalam masa 10 minit drive saja iaitu Nevada – Arizona – California. Ketiga tiga state ni memang terkenal dengan gurunnya.

Hari ni juga aku ke playground berdekatan, sementara menunggu laki aku jogging petang, aku dan Athena Sophia lepak lepak di playground. memang dekat sini, jogging trail akan ada sekali playground. So mak bapak boleh buat aktiviti outdoor dengan anak simultaneously. Tak ada alasan lah kata tak boleh nak buat itu ini sebab anak kecik. Haha.

Best playground dekat gurun ni. Mereka ada install water fountain untuk budak budak main air. So tak ada la panas melantun sangat untuk kanak kanak main main. Siap bawak swim suit lagi budak budak ni untuk berbasahan di sini.

Sambil sambil jaga Athena Sophia main main di playground tu, aku tak dapat menahan diri aku dari terpesona dengan bunga bunga gurun yang tumbuh di sekitar playground ni. Athena Sophia pun, dari berkasut berstokin, terus berkaki ayam lah kan. Haha.

Lepas dia jemu dengan gelongsor, panjat menanjat, air pancur, dia start walking around. Check semut, check batu, check rumput.

Antara bunga bunga yang ada di sekeliling yang sempat aku ambik gambarnya. Tak semua aku dapat cari namanya.

Desert Sunflower
Globemallow
Globemallow Pink
Caesalpinia / Bird of Paradise

lalangs. Hahaa.

Selain dari itu, gurun di Nevada dan Arizona tanahnya mostly berwarna merah. Kadang kadang macam di Marikh pula rasanya. Ini disebabkan kandungan mineral bernama hematite di dalamnya. Merah dia bukan sebarang merah. Memang merah!

Begitulah pengalaman bila berkelana di negara orang. Benda ni kita akan perasan bila kita lama lama duduk situ. Kalau melancong lancong ni, kita tak banyak perasan sangat sebab sibuk tangkap gambar diri sendiri dengan background macam macam kan. Tak campur lagi sibuk tengok orang, tengok barang.. haha.

So aku rasa agak bertuah juga bila dapat duduk certain tempat (merempat) di USA ni lebih dari setengah tahun. Dapat lah aku observe secara detail benda di sekeliling.

Tak lupa juga aku nak sertakan amatur photoshoot bersahaja sempena Hari Ibu. Hehe

Dengan itu, aku tutup post ini dengan gambar aku di 7 Magic Mountain, California. Tiberrrr. Ke perlu aku belog pasal 7 Magic Mountain ni?

Ok. Till then, Aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sebab next entry pun maybe raya kut. Hahaha.

Comments

comments

2 Comments

  1. fatihah fazlin

    May 15, 2019 at 12:29 am

    1. belog pasal 7 Magic Mountain ni?- PERLU. HEHE
    2. kak update blog selalu sebab sy baca, dan suka baca dan tengok gambar akak cantik-cantik. tak kisah pasal apa,
    MATRIYE BTW. In case akak tak update sampai raya. hahaha

    1. heartboxx

      May 16, 2019 at 4:03 pm

      Thank you for reading my belog… ha ya.. incase tak update until lepas raya.. selamat hari raya, maaf zahir dan batin!

Leave a Reply