Seattle Revisited 2018 – Pike Place and Seattle Waterfront

Berapa kali revisited daaaaa…

Sememangnya Seattle ni merupakan persinggahan popular bagi rakyat Alaska sebenarnya. Lagi lagi bila tibanya musim sejuk. Mungkin juga disebabkan lokasi nya paling dekat dengan sempadan perairan Alaska by plane.

Aku sekarang baru habis roadtrip part 2 untuk tahun ini (part 1 pada awal tahun 2018). Berhenti lelah sekejap di rumah kakak Mike di Laughlin, Nevada dan aku pun tak pasti lepas ni kemana hala tuju. Sebab laki aku tukar fikiran macam perempuan tukar stail baju. Aku dah letih nak plan apa apa dengan dia. Jadi aku ikut kan saja.

Aku akui, dalam banyak kali aku singgah/ melawat bandar Seattle, lawatan kali ini lah yang paling menyeronokkan. Lebih santai dan bermakna. Mungkin kerana kami bertiga. Walaupun Athena Sophia belum mengerti segalanya atau punya memori kekal sepanjang lawatan ini, tetap ianya bermakna bagi aku. Lebih lebih lagi kau diibaratkan pemegang pass VIP bila berjalan menolak stroller. Semua bagi laluan dan keutamaan dekat kau. Hahaha.

Selain dari tempat wajib lawat iaitu Pike Place Market, serta Space Needle, ada lagi beberapa tempat yang kami tambah dalam lawatan kali ini. Seronok dia lebih la sebab ada anak kan. Pike Place Market ni ialah pasar basah la. Cuma best dia lebih sebab ada macam macam dan tak bau busuk. Menurut kawan aku yang juga kaki travel, katanya Pike Place Market Seattle dan Tsukiji di Tokyo merupakan the best fish market in the WORLD.

Bercadang untuk melawat Jepun? Check this out.

Instead of fishy smell, this market is filled with fresh flowers.

Harganya boleh tahan juga.. hehe. Kami tak beli apa apa pun. Just tengok tengok saja cara display barangan basah laut di sini.

Dan kalau dah ke area fish market, memang tak sah lah kalau tak try masakan makanan laut di sini. Bagi mereka yang mampu, boleh lah order lobster dan sebagainya. Tapi kami cari famous chowder sahaja.

Kalau ke Seattle, Pike Place Market, sila lah cari Pike Place Chowder. Harga semangkuk start dari $7 tak silap. Itu kalau pakai bowl kertas. Tapi sebab kami lapar, kami order dalam bowl roti. Memang extra kenyang sampai ke malam lah. Harga started dari $11 bergantung kepada isi dia. Kalau boleh cuba elak time peak hours macam lunch or dinner. Sebab queue dia panjang sangat dan tak ada tempat duduk nak makan. Leceh. So kami pegi lewat sikit which is 2PM.

Mike order isi salmon. Aku order clam & crab. Kalau nak order chowder ni, baca dulu ingredient dia di papan hijau di kaunter kedai. Certain type of chowder akan ada bacon bits. It is a part of the recipe.

Kalau kau tanya aku, memang aku tak mampu habiskan semua roti tu. Walau semangkuk tu aku share dengan Athena Sophia. Tapi aku agak beruntung sebab ada suami yang buruk lantak. Dia lah yang tukang perabih semua licin berkilau kilau sudu garpu.

Oh ya, korang mesti perasan Botak dah tak botak lagi. Dia dah ada rambut dan janggut ala santa claus. Aku tak tahu kenapa kali ni dia nekad nak simpan semua. Jadi aku dah tak dapat lagi nak panggil dia botak.

Lepas kenyang dan gagah untuk menyambung langkah, kami pun menyusuri lorong lorong yang ada di sini. Percayalah, kalau korang rajin, korang akan jumpa sesuatu yang sangat artistik dan rare di celah celah lorong bangunan di sini. Bukan pelacur atau mak lacur ya.. asal ‘lorong’ je itu orang fikir. Apalah.

Aku bukanlah peminat Starbucks. Tapi kadang kadang, minum juga kopi Yahudi ni. Kalau korang nak tahu, the very first, original Starbucks store located here, in Pike Market Place in year 1971. Aku pun belum lahir lagi masa tu. Aku tak kuasa lah nak beratur semata mata sebab status dia the first store. Rasa sama je kut. Tapi tak tahu lah kut kut korang nak beli souvenir mahal berdentum kat dalam tu. Aku, ambik gambar cukup lah.

Lepas tu Mike tunjukkan kolej tempat dia belajar – Art Institute of Seattle. Aku suruh dia posing sekali depan tu dengan anak dia. Dekat benar dengan Pike Market rupanya kolej dia.

Depan kolej dia ada view point yang sangat best, kau boleh view Seattle’s waterfront secara menyeluruh. Kalau kau nampak Ferris wheel dalam gambar tu, itu lah jarak kami menapak pergi balik area ni. Sememangnya kaki kena kuat, kasut kena bagus. Jangan kasut cantik tapi seksa nak menikmati keadaan sekeliling. Pakai je lah selipar atau kasut sport pesan aku.

Dekat sini kami release ‘the kraken’. Bagi dia kehulu kehilir menapak guna kaki dia. Sesuai lah tempat ni tak ramai orang dan tenang. Bosan jugak dia duduk dalam stroller. Kena buat macam ni kalau tak dia mengamuk jugak nak keluar dari stroller. So kami mabik masa dalam setengah jam juga lepak sini kasi dia jemu dan tak banyak soal bila kami dudukkan dia dalam stroller balik.

Seperti bandar bandar metropolitan yang lain, korang boleh sewa basikal ni kalau tak nak menapak. Basikal ni ada di mana mana je.

Benda yang paling aku suka buat bila ke negara orang ialah naik tower atau ferris wheel. Sebelum ni walau kami selalu singgah sini, kami tak berpeluang naik ferris wheel di Seattle. Dekat sini depa panggil “Great Wheel”. $14 for adult dan free untuk budak budak bawah 2 tahun. Memandangkan kami dah ada anak, memang seronok sangat lah nak naik ni.

Salah satu aktiviti dekat sini ialah berjalan jalan di Seattle Waterfront ni lah. Macam dekat San Francisco juga, Pier 62. Semua keseronokan berada di Pier. Macam di Seattle ialah Pier 57.

Pada sesiapa yang follow aku di Instagram, aku ada upload video naik ferris wheel ni dekat Instagram story under ‘Washington’ highlight. Aku tak dapat lah nak live sebab aku nak enjoy the moment with Athena Sophia to the fullest. Rakam video then upload later je aku mampu buat.

View dari atas Ferris Wheel ni memang berbaloi lah dengan harga tiket. Every car gets 3 rounds. Seronok la bagi aku.

Jangan lupa masuk dalam bangunan Miners Landing ni. Keadaan dalam ni akan bawak kau kembali kepada tahun 1800’s. Port ni memang dah lama dan dikira sebagai historical site. Kenapa Mine’s Landing? Selain dari perikanan, Pier 57 ini merupakan pelabuhan bagi kapal kapal pelombong yang membawa emas. Bukan pisang emas dibawa belayar lagi dah. Memang emas berpeti peti.

Aku stop sini dulu dan akan sambung lagi dengan part kedua. Banyak sangat gambar dan cerita nya pun. Lagipun aku tak boleh berlama lama depan laptop. Maklum lah dah ada anak kan.. hehe.

Korang boleh baca cerita lama aku melawat Seattle di SINI dan SINI.

to be continued…..

Comments

comments

Leave a Reply