Seattle Revisited 2018 – Space Needle and Mount Rainier

Salam bulan November!

Ini sambungan kepada post sebelumnya. Kalau siapa siapa belum baca previous post, boleh lah gostan.

Sebelum aku lupa, kami stay di area Tacoma semasa di Seattle. Kenapa Tacoma? Hotel penginapan di sini lebih murah berbanding dengan hotel di tengah tengah bandar Seattle (below $100 per night). In Tacoma, we choose the hotel located nearby train station (walking distance). Train ride from Tacoma to Pike Place Market is about 45 minutes. Although we have car with us, parking fee in city center is quite expensive. Jadi kami park saja kereta di hotel (free for hotel resident kan) jadi duit instead of bayar parking mahal, duit tu kami buat beli makan makan masa jalan jalan di Bandar Seattle.

Seperti yang aku cakap sebelum ni, kalau jalan jalan di lorong area Pike Place Market, mesti korang akan terjumpa sesuatu yang unik. Unik tak unik la, bagi aku, macam geli geleman sikit. Nasib baik cuaca dekat sini sejuk kering je jadi tak de bau. Tempat yang aku maksudkan ini ialah…

Jangan tak percaya, pameran macam ni pun ramai orang cari dan terhegeh hegeh tangkap gambar (termasuk lah aku). Ada orang tanya, geli tak? sentuh tak? Geli sangat tu tak ada lah sebab semuanya kering dan tak ada bau. Sentuh? Choiiiii. Buat apa nak pegang. Bukan ada faedah apa apa pun. Bukan tak tahu apa rasa tekstur chewing gum tu pun. Cuma wall ni jadi agak menarik sebab colorful.

Aku gerun jugak takut takut Athena Sophia capai kutis masuk mulut. Jadi janganlah lepas kan anak korang kalau datang sini. Tak payah lama lama pun ok.

Serta tidak sah la juga kalau dah datang ke fish market kalau tak cari restoran Fish and Chips yang famous. Menurut Mike, fish and chips yang sedap ialah di sini, Ivar’s Fish Bar

Mike order Salmon, aku order Halibut.

Rasa? Nan hado. Ingatkan sedap lah sangat. $14 sepinggan. Bagi aku, fish and chips yang sedap ialah isi ikan nya juicy walau tepungnya garing di luar. Macam dekat Fish & Co tu. Tapi kenyang lah. Mike juga akui yang rasanya dah tak sesedap dulu. Chef restoran ni dah berhenti kut .. ganti yang baru. Tak pun tukar management. tak pun mood chef hari tu tak bagus, goreng ikan rentung.

Kemudian kami menapak ke Space Needle. Dalam perjalanan tu, Mike tunjuk lagi kawasan kenangan tempat dia lepak sama apartment dia menyewa masa dia study dekat Seattle dulu. Kira macam jalan jalan jejak memori la ni.

Bila fikir balik, mesti dia tak sangka lepas 10 tahun, isteri dan anak dia bergambar dekat depan pintu masuk bangunan apartment dia keluar masuk situ setiap hari kan…

Musim fall atau autumn di Seattle (Washington) sangat cantik sebenarnya. Tapi masa kami dekat sini, belum kuning seluruhnya. Cuma certain spot. Tapi still cantik lah.

Kami lepak lepak je dekat area Space Needle. Tak naik pun sebab aku dah pernah naik situ. Nanti Athena Sophia dah besar sikit, boleh la naik lain kali kut. Kami bagi Athena Sophia lepas bebas dekat sini. Jemu la dia dalam stroller je kan.

Kami spent dalam 5 hari di Seattle. Tak semua tempat yang kami pegi merupakan touristy spot. Other the days, we just hang out somewhere the locals go. Semua tu aku ada masukkan dekat Instagram Stories. Untung ada Instagram Stories ni. Aku boleh pendekkan post dekat belog. Hahah. So kalau korang nak cerita lengkap pasal semua tempat aku lawat, kena la follow aku dekat Instagram sekali. Hehe.

Hari last kami di Seattle, kami singgah di Mount Rainier sebelum kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya – Portland, Oregon. Kami stay di Tacoma semasa di Seattle. jarak Tacoma ke Mount Rainier lebih kurang 2 jam driving.

Kalau korang ber roadtrip di USA, memang wajib la singgah National Park dan gunung gunung di setiap state di USA. Mostly memang accessible by car up to certain view point or campground. Untuk Mount Rainier, puncak paling tinggi korang boleh sampai dengan kereta ialah Sunshine Point. Lepas tu dah kena hiking lah kalau nak pergi lagi dekat dengan gunung tu (dan view lebih menarik sebenarnya). Buat masa ni kami tak ada hiking hiking lagi lah kan.

Walau kami dah biasa dengan keindahan gunung ganang di Alaska, Mount Rainier tetap menawan hati. View sepanjang pemanduan ke Sunshine point memang sangat cantik dan mendamaikan. Aku ada video uploaded di Youtube (I embed the video at the end of the post).

Damainya pemandangan dan keadaan di Mount Rainier ni sampai buat aku ada idea produce 1 minute short video syahdu di Instagram tau.. hahaha. Selalunya aku tak kuasa nak buat buat video ni.

Dalam satu jam jugak kami di Sunshine Point tu. Lepas tu kami turun balik dan sambung perjalanan kami ke Portland, Oregon.

Dan percayalah…view dari Washington ke Oregon…sangat indah..it resembles summer-falls in Alaska, A LOT.

Aku sudahi post ni dengan video Mount Rainier yang aku ambik masa naik/turun gunung ni. Next post aku akan cerita pasal Oregon pula. Bai.

Comments

comments

Leave a Reply