Seattle, Washington Revisited 2016
Hai. Data baru top up. Padahal post ni dah 2 minggu drafted. Dah terlebih rehat lepas berhari hari on the road pengalaman jadi co pilot duduk sebelah makan kuaci. Penat ok. Sedangkan orang naik 10 jam flight kelas ekonomi pun boleh lemau badan. Ini kan pulak berhari hari atas jalan dengan rumah bas ni (Motorhome).
Kalau korang perasan, pos ini dan seterusnya ayat dia macam skema sikit. Aku kena belajar balik cara cara menulis bahasa melayu ikut kamus buku. Bukan sebab aku tak pandai cakap melayu lah. Aku pandai je cakap melayu cuma sangat selesa guna bahasa pasar. Tapi bapa mertua aku dah start baca belog aku since aku dan Mike pindah jauh dari mereka. Rindu la tu. Haha. Jadi aku kena susun ayat bahasa melayu sebaik mungkin supaya bila dia translate to English via Google, maksudnya tak lari sangat. Nanti pening pulak dia nak faham. Nampak tak? Macamana mertua tak sayang. Hehe. Dulu aku tulis belog in English. Sebab belog aku banyak berkisar tentang Places in South East Asia and what ever I do kan. Aku aim orang luar baca dan faham tentang Eastern part of the globe through my stories. But now aku dah duduk dekat West, aku expect ramai kawan kawan dan kenalan aku yang Melayu nak tahu pasal kehidupan di Amerika pula. Aku tak kata kawan kawan aku or orang Melayu bodoh English. Tapi aku rasa penyampaian berbunyi lebih mesra dalam bahasa sendiri. Gitu.
For those who follow this blog, you know my roadtrip journey and living in motorome officially started in Seattle Washington. Mike driven this motorhome across Canada for 4 days from Alaska to Washington, dan aku flew down to Seattle sebab Canada sangat berkira bab visa entry untuk rakyat Malaysia kesana. Pelik jugak aku. Padahal Canada tu Commonwealth Country sama macam Malaysia dan Europe. But to visit Canada, macam 4 kali ganda susah nya compared to visit USA. In fact, they gave Mike a hard time at the border. Botak kena soal siasat, satu motorhome ni di selongkarnya, setiap laci dan luggage yang ada dibuka dan mereka mempersoalkan sijil kursus Perguruan Bahasa Inggeris Botak yang Botak buat di Phuket, Thailand. Nasib baik mereka tak cas Botak associate dengan IS ke apa. Sebab segala buku kitab & Quran ada dalam tu juga.
Aku terus terang cakap masa aku kembali ke Seattle kali ni, memang tak banyak berjalan. Pertama, Seattle hujan tiap tiap hari sejak aku jejak kaki ke sana. Kedua, aku kena hujan, terus demam selesema. Maklumlah, masa dekat Alaska jarang benar hujan. Perubahan cuaca pun mungkin barangkali. Ketiga, aku pernah datang ke Seattle ni 3 tahun yang lalu dan dah buat lawatan ‘wajib’ sebagai seorang pelancong rusa masuk kampung pada waktu itu. (BACA SINI). Additional visit ke Seattle ni cuma Botak bawak aku ke Hamilton Viewpoint Park sebab dia tahu aku suka tengok city skyline dan aku tak berpeluang datang ke sini 3 tahun lepas. Bandar Seattle ni bagi aku macam Kuala Lumpur saja. More to modern buildings and shopping malls. Pemandangan persekitaran pun macam Kuala Lumpur. Memang terasa macam Kuala Lumpur pun. Tak rasa beza sangat. Dengan budak budak hipsternya, busy traffic, sampah merata rata, berbilang kaum – toleh kiri kanan nampak kaum India, kulit hitam dan kaum Cina – alaaaa macam KL lah aku cakap. Tapi aku rasa KL a little bit better kut. Sebab di Seattle ni homeless people di mana mana. Berkemah bawah jambatan dah jadi macam kampung pula di setiap jambatan besar yang ada. Sebabnya, lulus law di State of Washington that you have to be nice and cannot chase away the homeless people. Janji mereka tak bukak kemah dalam private property.


Tapi bagi sesiapa yang tak pernah datang Washington / Seattle – memang wajib lah tour keliling. Space Needle dan Pike’s Market tu kena pegi lah. Macam Menara KL dan KLCC serta Pasar Borong Selayang Central Market. Memandangkan aku ni dah dalam kategori bukan melancong lagi dah. Aku dalam kategori ikut suami balik negara dia, singgah lalu dalam menuju ke destinasi penghidupan baru dan sentiasa dalam adaptation mode – try to survive emotionally and gastronomically without losing my identity as Melayu dari Malaysia.
Bercakap soal gastronomy – maka memang benarlah tekak Melayu sukar di ubah asal usulnya. Aku setakat seminggu dua, even sebulan pun, aku memang tak ada masalah. Tapi kalau selama lamanya, boleh merana jiwa. Lagipun bila berada jauh dari kampung halaman, gambar dan perbualan dengan orang yang ditinggalkan hanya setakat mengurangkan rindu. Tapi percayalah, memakan makanan kita membesar is the ultimate feelings that bring you closest to home.
Rakan rapat ada poskan paste rempah segera. Tapi tahu tahu saja lah masakan Melayu ni, sentiasa ada bahan sulaman campuran dengan bahan utama (ikan, ayam atau daging). Kalau setakat paste campur air lepas tu letak ikan, boleh jadi pahit jugak rasanya. Lagi la frust bila bau dah ada, tekak pula reject. Hahaha. Ok lah, aku mengaku, aku amat amat cerewet bab makanan. Maklumlah, dibesarkan oleh mak aku si tukang masak restoran, kakak aku pula tak kurang hebatnya air tangan dia. Kadang kadang masakan dia lebih magic dari masakan mak aku sendiri.
Aku rasa cerita aku ni akan benar benar di fahami oleh mereka yang merantau. Bukan melancong. Jadi bila kesatu satu tempat, benda yang aku cari dulu ialah Asian Market. Bukan Premium Outlet, bukan Hard Rock Cafe outlet mahupun Shopping Mall besar. Esok aku dah dekat dekat nak balik Malaysia baru aku kesana, mencari barang yang dikirim dek kawan kawan. Tapi kalau hari hari biasa, aku memang sentiasa mencari cili padi, lengkuas, bendi, daun kesum dan rempah ratus kita. Sounds like very the makcik kan… Memang aku dah tua pun.
Botak dah faham benar dengan keinginan bini dia ni. Jadi masa di Seattle, tempat pertama dia bawa aku ialah Asian Market called Uwajimaya terletak di Chinatown Seattle. Mula mula aku agak skeptical. Ala, nama Jepun. Confirm semua barang jepun la tu. Asyik asyik wasabi, unagi, Miso. Tapi bila stepped in, melompat la nampak cili padi. Kemudian melarat larat nampak semua serai, sayur sawi, lengkuas semua. Masa tu rasa macam lawatan persinggahan ke Seattle sangat bermakna. Walau harga agak mahal, aku kenalah terima hakikatnya sebab aku bukan di negara sendiri. Lama jugak aku pusing pusing dekat dalam tu. List down barang yang nak dibeli. Botak pun mengikut saja. Selalunya dia panas punggung kalau look look see see ni.





Lebih best lagi, sebelah Uwajimaya ni ada Asian Food Court. Peh, memang terkam cari Authentic Thai Tomyam la kan. Makan tak pandang muka suami dah. Licin sampai lupa nak ambik gambar sebagai kenangan. Gambar selepas dah lahap ada la ni. Tomyam kuah putih oi. Lama tak berdesing telinga. Rasa lengkuas, serai dan cilantro memenuhi setiap saraf deria rasa. Pergh.
Lepas tu aku pusing pusing la di sekitar area Chinatown ni. Lalu buat aku terfikir, betapa tegangnya isu perkauman di tanah air aku sendiri. Boikot sana sini. Salah menyalah antara satu sama lain, isu agama dan bangsa sentiasa digunakan ketika bertelagah walau pada mulanya berkisar tentang karipap inti angin. Kita seolah lupa yang Tuhan tidak pernah salah dalam penciptaan Nya. Warna, keadaan, sifat sesuatu yang di cipta Nya aku rasa bukan untuk kemusnahan. Tapi ada hubung kait saling memerlukan dan melengkapi. Contoh paling mudah aku pelajari – hanya Chinatown dan kaum yang menghuni di sini yang kau cari bagi memenuhi kerinduan di hati. Bila keceruk asing di mana Islam tidak kelihatan, label Kosher dari kaum Yahudi dicari ganti.
Botak pernah menghuni di Bandar Seattle ni di era bujangnya. Belajar sambil bekerja. Jadi haruslah ada kawan kawan yang dia ingin bertemu mata. Sambil tu memperkenalkan bini dia face to face dengan mereka. Kepada penggemar band muzik, korang memang sedia maklum yang Seattle ni pusatnya. Melahirkan banyak talented music band seperti Nirvana, Alice in Chain, Sound Garden dan sebagainya. Bagaikan satu culture, apa sahaja musical band ini mendapat sokongan penuh dari penduduk tempatan walau belum mencipta nama. Jadi bila aku kerumah kawan Botak, rumahnya penuh dengan koleksi poster band band baru dan underground lengkap dengan tandatangan dibingkaikan rapi di dinding kediamannya. Kalau kita dengar house tour – kita faham yang kawan kita akan tunjuk persekitaran layout rumah. Tapi bila dia cakap House Tour – tercongok aku dekat situ berjam jam dengar explanation dia pada setiap poster – tarikh, tempat konsert yang di hadiri dan bagaimana dia mendapat tandatangan tu. Mengantuk aku dibuatnya. Dan oh, Washington State juga antara negeri yang ‘halal’ kannabis selain Alaska, Colorado and Washington DC.

Setelah 4 hari kami di Seattle, Washington, maka bermulalah perjalanan yang panjang kami menuju ke down south, Arizona. Hari terakhir kami di Washington, cuaca sangat indah bagaikan memberkati permulaan perjalanan kami. Kami singgah sebentar di Snoqualmie Waterfall memandangkan ianya dalam perjalanan. Lawatan persinggahan hampir tak berjaya sebenarnya. Sebab there is no available parking space for 44ft RV di kebanyakan tempat menarik. Ini merupakan salah satu sisi buruk bila travel dengan kenderaan besar. Sebab tu korang nampak aku tak banyak singgah atau update tempat tempat menarik. Sebab tak ada space untuk kenderaan rumah bas kami.

Walaupun Snoqualmie Waterfalls ini tak lah sehebat air terjun Niagra, tapi boleh lah dikategori cantik juga. Terus terang aku katakan, aku pun tak berapa impressed juga. Hahaha. Bukan nak cakap besar. Tapi bila kau sudah terbiasa dengan keindahan Alaska, you need something bigger and extraordinary to impress your eyesight. Botak agak popular di sepanjang perjalanan roadtrip ni. Setiap orang di perhentian RnR dan RV Park akan mendekatinya apabila terlihat akan plet rumah bas kami tertera ‘Alaska’. “Oh Alaska! It’s very beautiful man”. Lalu mereka bercerita akan impian mereka untuk ke Alaska suatu hari nanti. Botak tetap mampu membuat orang sebangsanya terangkat kening bila setiap kali menyebut ‘Alaska’. Kini aku benar benar yakin yang Alaska ini memang antara ciptaan terhebat Tuhan dan aku sangatlah bertuah berpeluang merasai musim sejuk, musim panas, musim bunga dan musim gugur selama 2 tahun di sana.
To be continued.
Seattle, Washington
Rosliza Abd Rahman on Facebook
October 29, 2016 at 9:05 pmMorning kak
Normi Kahar Goodwin on Facebook
October 29, 2016 at 9:05 pmTak tido lagi ke ni… Ke dah bangun awal… Kat Arizona pukul 2 petang skrg
Rosliza Abd Rahman on Facebook
October 29, 2016 at 9:09 pmBgn awal… tido x brapa lena sbb byk benda lg x siap… now dh 5am… pukul 2 nk fly dh nnti bwk group
Normi Kahar Goodwin on Facebook
October 29, 2016 at 9:10 pmKe mana? Pergghhh kerja keras sungguh staff harapang ni.
Rosliza Abd Rahman on Facebook
October 29, 2016 at 9:55 pmBeijing…. 1st group p beijing after mh370 tragedy… lama x p beijing…. blh la panjat great wall lg… kekeke
Stella Azmi on Facebook
October 29, 2016 at 10:09 pmBest best best (darab 1000 kali) but you are right akak. Alaska berjuta kali better than this.. extremely nice view in alaska.
Stella Azmi on Facebook
October 29, 2016 at 10:10 pmMusykil jugak. Nape durian dalam kedai asia tu kemerahan dalam tu? Ke optical illusion?
Normi Kahar Goodwin on Facebook
October 29, 2016 at 10:32 pmDah lebam kut. Entah bila Punya stok. Kesian tengok nya
Mamat Samad on Facebook
October 29, 2016 at 10:43 pmTu nampak Space Needle towards left… banyak kenangan kat situ for me…
Nik Teh Nik Ibrahim on Facebook
October 29, 2016 at 11:26 pmTeringinnyaaaaaa nk pegi. Huwaaa