Snippet Intro: Best ke duduk oversea? Cerita Melayu tinggal di luar negara.
For English version, CLICK HERE
Baru 3 bulan 2 minggu aku tinggal di luar negara. Rekod jangka masa yang paling lama dalam sejarah hidup aku tinggal di luar Malaysia. Mula mula tu, seronok jugak. Tapi sekarang aku dah start ‘feeling homesick’. Aku tak tahu la berapa lama homesick ni standard dia datang kick in pada setiap Melayu yang merantau. Tapi aku dapat rasa ni bila dah masuk bulan ketiga.
Best ke tinggal di oversea? Bergantung kepada negara mana kau stay jugak. Apa yang aku nak cerita perasaan dan pengalaman aku setakat ni tinggal di Alaska, Amerika. Mungkin lain feelingnya kalau tinggal di UK kut. Ataupun German. Setakat ni aku tengok semua macam best je. Especially student yang under scholarship, makan tanggung, berak cangkung, belajar dan tinggal di oversea. Tak terkecuali juga pada Expat dan bini bini expat yang mana segala elaun rumah, makan, kenderaan, sekolah anak dan tiket pergi balik ditanggung beres oleh kerajaan dan syarikat. Paparan gambar di Instagram dan Facebook oleh anak anak Datuk dan Tan Sri serta Kaum Kerabat Di Raja dari luar negara jangan cerita lah. Tinggal di oversea bagaikan syurga dunia gambarannya, macam senang gila lalu menjadi dambaan semua rakyat Malaysia bagaikan impian syurga di akhirat bagi yang alim alim.
Tapi aku bukan student yang dapat scholarship. Aku juga bukan expat mahupun bini Expat. Anak Datuk, Tan Sri atau kerabat Di Raja jauh sekali. So, aku rasa, pengalaman aku ni adalah paling dekat dengan realiti. The realest, reality kata orang putih. Ataupun, memang ada orang yang blog pasal betapa realnya penghidupan mereka di luar negara sebagai rakyat biasa yang cuba berubah arah. Mungkin aku tak tahu sebab, aku memang kurang baca blog orang lain. Ada la baca sikit sikit..tapi kebanyakannya yang aku baca semuanya macam bagus. Macam kehidupan mereka berubah sama sekali dari Melayu / rakyat Malaysia yang biasa biasa jongos kepada ‘UP’ sangat (siap dengan slang London/ American yang tak berapa menjadi tu. Ada sedikit belacan dan budu idghamnya). Tapi, macam susah pulak aku nak percaya.
Mungkin dari Instagram aku, perjalanan hidup aku yang baru ni MACAM SANGAT BEST. Kawan – kawan pun dok kata betapa best dan beruntung nya aku. Aku pun tertanya tanya juga, definisi best mereka tu.. adakah kerana pemandangan yang cantik semata mata? Sebab, itu je yang mampu aku paparkan di Instagram. Keindahan panorama negara orang. Alaska memang cantik. Tapi, cantiknya pemandangan Alaska dan laman rumah mentua aku, adakah cukup melabelkan aku dalam kategori hidup best dan beruntung?
Well, aku tak lah kata hidup aku malang. Itu namanya tak mensyukuri nikmat yang tuhan beri. Sebab ada ramai lagi yang masih tidak mampu jejak kaki ke pulau percutian Langkawi ataupun Borneo. Sebab duit pendapatan ngam ngam untuk bayar sewa rumah, petrol kenderaan, mi segera dan tol. So, aku cuba kongsikan keadaan, perasaan dan pengalaman aku se real real nya kat sini sebagai rakyat marhaen. Tanpa buat orang rasa menyampah dekat aku yang konon kononnya menunjuk, berlagak sebab dapat hidup di luar negara. Tapi dalam masa yang sama, aku tak mahu buat Melayu dan rakyat Malaysia lain takut untuk mencuba hidup di luar negara.
Seperti mana cerekarama TV3 Mahar Cinta Alia, post aku ini pun ada sambungannya pada minggu dopan…Sebab ini baru intro nya saja.
Comments
comments
Travelog Siti
May 14, 2015 at 6:22 pmAda jugak adik ipar saya duk Alaska tapi dari cerita dia macam ok-ok jugak duk Alaska ni. Nak juga pergi menziarah bila pergi Florida, tapi dia jauh pulak jaraknya macam another side of the world. Apapun akan terus baca blog puan, mana tahu lepas terbuka hati nak ke sana.
heartboxx
May 16, 2015 at 8:34 pmOh! Alaska part mana tu? Alang alang sampai USA, mai lah Alaska. Bukan semua orang dapat sampai sini..walaupun rakyat Amerika sendiri. Alaska ni memang lain dari yang lain. Terima kasih baca blog saya 🙂
gjie
July 6, 2015 at 3:34 amhelo. foto anda menarik. tulisan anda menarik. saya tertarik. teruskan menulis.
heartboxx
July 10, 2015 at 6:50 am🙂
heartboxx
January 21, 2016 at 4:02 pmTerima kasih 😀
Mas
July 21, 2015 at 10:08 amHi. Blh email sy. Byk yg nk sy tanya. Sy amat tertarik. email azigma02@yahoo.com
heartboxx
July 24, 2015 at 1:30 amHi, boleh email saya di sillysniper@hotmail.com
Siti Nadiah Ab Razak
July 9, 2016 at 7:23 amSangat2 suka baca cerita2 awak ni! Besss! Saya pon ada berangan2 nak kerja kat obersi.. tapi makin lama makin sedap duduk dlm comfort zone..hehe..terima kasih sudi berkongsi cerita..ada sambungan ke citer ni?
heartboxx
July 10, 2016 at 10:08 amSepatutnya ada sambungan. Tapi asik tertangguh sebab sibuk update cerita lain. Hehe…
mohd tasyrif zamanee bin ibrahim
March 6, 2017 at 4:38 amkehkeh..mana ko belajo buat ayat2 mcm ni…jom kita bergabung ayat..kehkeh
MOHD AZLAN AB HALIM
December 24, 2017 at 5:35 amSaya Pon baru smalam jumpa web ni.Saja taip kat google “melayu diluar negara”.dr semalam jugalah Saya baca sampai ke harini..tidak sabar tunggu sambungan.
heartboxx
January 30, 2018 at 4:05 pmTerima kasih sebab baca belog saya… harap bersabar akan sambungan…. hahahhaa. Memang bersarang labah labah la u olls nanti menunggu..
TYRA
September 17, 2018 at 8:05 amTapi dalam masa yang sama, aku tak mahu buat Melayu dan rakyat Malaysia lain takut untuk mencuba hidup di luar negara.