Sparks, Nevada

Salam Syawal ke 20.

Tu dia, Raya dah masuk 20 hari baru nak ucap dekat belog.

Sebenarnya raya tahun ni kami tak beraya mana. Pada mereka yang follow aku di Instagram dan Facebook, maklum yang kami sekeluarga berpindah ke Sparks, Nevada lagi 5 hari nak Raya. Mike dapat kerja dekat tempat baru. Jadi, bergegas lah kami 3 beranak bawak 3 ke 4 luggage kelengkapan lebih kurang ke Sparks Nevada ni. Huhu..

Mike ada 5 hari free sebelum start kerja untuk arrange tempat tinggal baru dan segalanya di sini. So, kami stay hotel sampai la hari raya sebelum nak dapat rumah sewa. Hat ni aku cerita next post lah pasal adab dan peraturan rumah sewa di Amareka.

Sayu jangan cerita. Aku nangis pagi raya. Memang dah video call sehari sebelumnya dengan keluarga aku di Malaysia (Waktu pagi Raya di Malaysia, Amareka sehari selepas Malaysia raya). Itu lah yang membuatkan hati sedih tu. Tempat baru, dalam bilik hotel, Hari Raya. Memang pakej perantau habis ni. Memang pengalaman betul lah.

Ramai masih ingat aku masih di Alaska. No No No No. Alaska is a history to me. Kami dah pindah ke Nevada sejak bulan Oktober 2018 tahun lepas, stay di Laughlin, sejam setengah dari Las Vegas sana. Kemudian masa December 2018, kami balik sekejap ke Alaska selama 2 minggu sempena Krismas. Bagi atuk nenek Athena Sophia merasa sambut Krismas dengan dia. Now kami dah berpindah ke Sparks, Nevada.

In fact, mak pak mertua aku pun dah duduk recce properties di Arizona. Mereka dah nekad pindah keluar dari Alaska memandangkan anak cucu dia semua dah keluar dari Alaska. Kata mereka, summer this year will be the last one di Alaska. So no more cerita Alaska lah ya.

Iya, aku faham korang tak pernah dengar pasal bandar Sparks. Atau Reno. Aku dulu laki bini pun tak pernah dengar pasal bandar ni, until now. Sparks 15 minit dari the biggest little city – Reno. Untuk pemahaman lebih lanjut, aku tunjukkan kedudukannya dalam peta ya.

Nampak tak yang aku bulat tu? Ha itu lah kedudukan Sparks – Reno pada peta Nevada.

Kali ni jauh benar dari Las Vegas. Kalau drive, memerlukan 8 jam pemanduan. Tapi Reno ada airport dia sendiri. Lebih kurang saiz Subang airport dan ada daily flight ke Las Vegas. 1 jam saja lah kalau naik flight.

Nevada ni bersempadan dengan California di sebelah barat. Utah di sebelah timur, Arizona di Selatan dan Oregon dan Idaho di Utara. Jadi, Nantikan update aku tentang negeri bersebelahan yang bakal kami lawat nanti. Tapi, nanti nanti lah ya. Hahaha.

Kalau mengikut kedudukan bandar Sparks ni, ianya lebih dekat dengan San Francisco. 3 Jam drive sahaja.

Kalau dulu aku selalu update pasal panasnya gurun di Nevada. Tapi memandangkan lokasi kami hampir dengan bahagian utara, lanskap gurun tu hanya tinggal kenangan sahajalah. Tempat kami lebih kepada kehijauan dan gunung ganang yang di liputi salji. Nyaman. Untuk lebih kefahaman korang, aku lampirkan jadual cuaca di Sparks, Nevada sepanjang tahun.

Summer paling panas pun 33 darjah Celcius. Dan hasil dari interview aku dengan penduduk di sini (ecehhh), tempat ni menerima sedikit salji pada musim winter (suhu terendah hanyalah – 5 darjah celcius). Which I like lah. Jangan lah lagi macam Alaska. Aku tak mampu.

Macam mana aku nak describe Sparks ni, hhmmm boleh lah aku katakan ianya macam Setia Alam. Aku memang suka gila dengan Setia Alam. Tak sangka aku dapat tinggal kawasan seumpamanya di sini.

Benda yang paling aku perasan sejak day 1 aku jejak kaki di sini ialah – bunga mawar. Roses, roses are everywhere in this city. Bukan garden atau taman botanik. Tapi di sepanjang jalan.

Lepas tu setiap 3 kilometer, akan terdapat playground untuk kanak kanak dan pusat membeli belah.

Disebabkan oleh faktor tersebut, buat aku jatuh cinta habis dengan bandar ni. Kiranya Sparks ni spark joy lah menurut Marie Kondo. Terlebih lebih spark sebab nama bandarnya pun SparkS. Plural tu.

Dari permerhatian aku, bandar ni memang diwujudkan untuk families with kids. Semua prasarana nya lebih kepada keluarga yang punya anak anak. And most important thing is, I feel safe to walk around with Athena Sophia any time of the day.


Masa Mike ada beberapa hari sebelum kerja, sempat lah kami berjalan jalan explore the city. Pun tak rata juga. Sebab kami agak sibuk dengan house viewing (tengok rumah sewa) dan Mike pun ada hal la jugak dengan tempat kerja baru dia walau belum start lagi. So dalam masa beberapa hari sebelum raya, kami try to ease into the new place. Especially for Athena Sophia.

Bawa dia main main, pergi malls. Mana dapat duduk dalam bilik hotel saja walau cantik mana hotel tersebut. So kami nak bagi dia rasa life continue as usual.

Kita orang orang tua ni boleh la adjusting quite well walau extreme mana perubahan di tempat baru. Tapi budak budak kita kena do the proper introduction. Sebab kita tak nak evoke unhappy feelings and unpleasant memory for them kan. So kita bawak dan tunjuk tempat best best dulu. Happy happy kan dia dulu. Mak dia ni sembelit jangan kira lah nak adjust tempat baru, miss makan sambal tumis seminggu and all kan…

All in all, aku suka tempat ni. Tak bandar sangat. Tak ceruk sangat. tak sibuk sangat, tak sunyi sangat. Nak cuba driving di Amareka pun aku rasa macam boleh la ni. Tak de la gerun sangat dengan traffic dia. Actually Mike dah bengang gila dengan aku refused to drive in USA. Dia nak aku drive sendiri macam aku di Malaysia. So bila dia kerja / outstation, aku boleh la ke mall, ke park, ke mana mana sahaja. Rupanya dia sangat sedih bila aku duduk rumah je. Sebab dia tahu masa di Malaysia aku ni bebas sebebas bebasnya kesana kemari dengan Myvi Putih aku tu. Rindu kat Myvi… hukhuk.

Kami masuk rumah baru pada Hari Raya Kedua. Malam tu jugak penuhkan stock makanan dalam peti ais. Lepas tu Mike terus outstation selama 10 hari esoknya. Huhu. Terkedek kedek lah aku mengorder kelengkapan rumah baru dengan Amazon dan pasang kerusi, meja, katil untuk Athena Sophia dengan pertolongan budak umur 2 tahun yang amat lah tidak membantu keadaan. Adei. Order TV, pasang cable TV, order modem, router mak nenek… Kau ingat bodoh bodoh ke nak jadi bini mat salleh…mengangkang tak buat apa hanya melancong ke 195 negara keliling dunia. Itu GRO. Bukan bini. Bertabah lah sentiasa diri ini.

Lepas 2 minggu kami settled in di rumah baru ni, keadaan menjadi lebih baik apabila aku mampu jumpa bahan bahan mentah yang membolehkan aku masak kari ayam, tomyam thai dan nasi ayam. Kah kah kah.

Orang merantau ni, duduk la tempat asing lagu mana, kalau dah dapat masak makanan tempat asal, kira boleh settle lah tu. Kena makan makanan cara kita. Kalau tak nanti lidah jadi pelat tak berapa boleh cakap melayu. Gitu. Kalau kau tak percaya, kau tengok budak budak di KL yang kuat makan pizza minum bubble tea lepak di Pavillion. Semua pelat cakap Melayu. Itu sebab kurang makan belacan la tu.

Apa cabaran yang akan mendatang pun macam tak gentar lagi dah. The power of belacan and serbuk kari jangan main main ok.. kah kah kah.

Next, aku akan cerita sedikit sebanyak tempat tempat yang aku dah lawat sekitar bandar ni. Juga peraturan menyewa rumah di Amareka. Doa doakan lah aku punya masa terluang ya.

Selamat Hari Raya!

Comments

comments

2 Comments

  1. nik nur

    July 3, 2019 at 8:51 am

    Kak.. update blog banyak banyak dan cepat cepat sikit. HAHAHAHA.
    Boring tak de benda nak baca, sebab sy baca blog akak je sebulan dua ni. dah khatam semua entry dah ni. Tu tertunggu blogpost baru.
    P/S: sy dah siap mimpi menetap di alaska dah sebab syok dok baca sharing akak pasal alaska.

    1. heartboxx

      July 10, 2019 at 7:23 pm

      Tapi akak dah tak duduk Alaska lagi dah.. Akak dah pindah duduk Sparks, Nevada…

Leave a Reply