Squaw Valley, California – Perkampungan Winter Olimpik Lama yang Indah
Selamat menyambut Tahun Baru 2020 you alls. And here I am, still struggling to update old moldy ass story. Janji tetap mesti ditunaikan. Mesti share segala pengalaman dan pemandangan yang aku lalui di belog nan hado ini.
Squaw Valley ni terletak di California. Memandangkan kedudukan bandar Sparks ni sangat dekat dengan sempadan California – Nevada, membuatkan kami kelihatan seperti rich and famous, mampu berulang alik California – Nevada dalam sejam dua. Gitu. Padahal, tak sampai 1 jam pemanduan dari rumah kami di Sparks, Nevada.


Apa yang menarik tentang Squaw Valley ni? Location dan sejarah dia. Firsty, lokasi kedudukannya terletak pada 6200 kaki ketinggian dari aras laut. So very the snow place Aspen like gitu. Secondly, tempat ni pernah host Winter Olympic pada tahun 1960. It’s an Olympic Village and Resort, which make this place very beautiful and vacation like. Price wise to stay here very the atas lah. If you willing to pay at least $200 per room per night, you are welcome to stay.

Balkoni balkoni yang korang nampak terjojol di sekitar bangunan ni adalah merupakan balkoni bilik hotel lah. So kalau korang stay sini, jenguk keluar sahaja dan jangan lupa melambai lambai kan telapak tangan bak sang queen kepada rakyat bawahannya. Grand.

Thirdly, since it’s located at high elevation, so starting November to March, boleh skiing, and, the view is breath taking. Aku tak ada lagi gambar waktu winter dekat tempat ni. Walau jarak tak sampai sejam, masih tak berpeluang untuk jenguk untuk melihat wajah Squaw Valley ni dilitupi salji. So much living abroad kan. Jarak macam tu punya dekat pun tak mampu.


All in all, cantik lah tempat ni. Kalau saja saja nak datang bergambar, hirup udara, refresh over the weekends, sangat sesuai. Kiranya macam orang Kuala Lumpur mahupun Slim River cuti cuti liburan hujung minggu ke Berjaya Resort The Chateau Bukit Tinggi. Salem High Country macam tu. You get what I mean?

Macam biasa juga, bila dah tempat tinggi, akan ada Cable Car untuk naik ke puncak gunung, boleh tengok keseluruhan alpine meadows yang berkeluasan 3600 ekar, sejauh mata memandang. Ini akan aku ceritakan on the next post ya. Post ni hanya introduction sahaja.

Untuk pengetahuan kau, restoran ala al-fresco sangat kurang di USA. Aku memang rindu style restoran kita di Malaysia di mana, kerusi dan meja nun hampir di tengah jalan raya, angin motor dan kereta sipi sipi menghembus mesra bersama asap karbon dioksida kedalam kain dan makanan kau. Tapi kau dapat merasai suasana al-fresco di sini. Kerusi meja di balkoni, jauh dari dinding yang membataskan pemandangan yang indah terbentang di luar sana.

Dekat sini juga ada pelbagai outlet yang harganya agak kurang mesra pelanggan bergaji rendah. What do you expect, resort area kut. Harga tourist lah. Tapi boleh lah aku confirmkan, bukan made in China. Di sini juga berlangsungnya pelbagai acara dan sambutan karnival. Aku cuma sempat pegi Octoberfest 2019. Kebetulan kaka ipar aku datang ke Sparks, so kami bawak dia jalan jalan ke Squaw Valley ni (next post). Masa kami datang ni tak ada apa apa acara, so memang lengang dan nampak boring. Nanti aku tunjukkan on the next post, lautan manusia membanjiri tempat ni bila terdapat acara ataupun sambutan. Kau akan lebih prefer keadaan yang aku tunjukkan sekarang ni. Kecuali, kau memang pervert jahanam suka nak bergesel bontot dengan orang ramai.

Kami round round tempat ni dalam 2 jam gitu. Saja ukur keadaan tengok mampukah untuk kami datang lagi, menikmati tempat ni bagaikan golongan elit California.

Anjing anjing yang datang sini pun bukan breed yang murah murah. Melambangkan betapa elitnya orang yang lepak sini. Kami ni, 2 jam dekat sini pun dah rasa tak mampu dah sangat. Hahaha. Anyway, disebabkan ini tahun ke lima aku di USA, aku tak surprise dah bila tengok bangunan, kawasan yang dibangunkan hampir 60 tahun yang lalu masih kelihatan baru dan indah. Sebab di USA, bandar 200 tahun yang lalu pun masih utuh untuk dinikmati pemandangannya.
Selain dari jalan jalan ambik gambar buang karan, banyak lagi aktiviti boleh di lakukan di kawasan ni sebenarnya. Contoh; sila rujuk pada gambar di bawah ni.

Cantik kan harga dia? Hahahahah. Aku dah kata dah, golongan elit saja enjoy datang sini. Orang macam kami ni, tertelan telan air liur saja lah nampaknya. Aku cakap dekat botak, kita naik basikal tour keliling rumah saja lah ya.
Oklah, aku stp takat ni dahulu. Nanti aku sambung part 2 in the next post di tahun hadapan.
Till then, HAPPY NEW YEAR.
Leave a Reply