Teknik dan Tip Asas dalam Trading Kripto

Salam u olls. Tengah panggung dagu tengok nilai kripto jatuh ke tu. Hehe. Jangan sedih. Memang adat nya begitu. High risk, high reward. Janji bikin sendiri tanpa sibuk dengan orang lain. Lagi sedih tau duit kena songlap dek agen agen kripto scam di luar sana. At least, bila nilai kripto yang kita beli menurun, dia akan naik balik. So kita takkan rugi selagi tak jual.

Actually ramai kripto master cakap now it’s a crypto winter season. Semua nya turun harga sebab biasa lah end of year, ramai orang jual to take profit. Kena dengan timing untuk pengiraan cukai untuk tahun 2021, di tahun hadapan. It is not the end of crypro currency ya. Kena dengan korang yang baru nak kenal dan membeli kripto, now is the time lah masa tengah murah. Orang tak beli benda tengah mahal. Alah, korang pun tahu kan, bila shopping pun korang tunggu ada keluar diskaun. So sama lah dengan Kripto pun. Buy low, Sell High.

3 JENIS PEMAIN KRIPTO

Dekat sini aku nak bagi tahu, terdapat 3 jenis pemain kripto yang wujud di atas muka bumi ni.

  1. INVESTOR
  2. TRADER
  3. INVESTOR AND TRADER.

1- INVESTOR

Bila kita cakap pasal Investor (pelabur), selalunya orang ni beli kripto dan simpan untuk JANGKA MASA PANJANG. Dia akan beli sepanjang tahun, kumpul dan akan jual balik pada harga yang dirasakan best untuk dia. Selalunya Investor ni dia akan puratakan pembelian dia sepanjang tahun (Dollar Cost Averaging). Maksudnya, bila dia beli pada harga RM3 se unit, tiba tiba next week harga jadi RM 2.50 seunit, dia beli lagi. Dan seterusnya lah. Beli pada masa harga jatuh. contoh:

RM3.00 x  100 Unit = RM 300

RM2.50 x 100 Unit = RM 250

TOTAL HOLDING : RM 550

TOTAL PER UNIT : RM 2.75 (Setelah di puratakan)

Jadi tak ada lah rasa sedih atau kecewa bila first pembelian tu, RM3.00 seunit. Dollar cost averaging (DCA) ni adalah cara yang paling selamat. Dan bila tiba masanya harga naik profit margin lebih tinggi.

 

2 – TRADER

Trader ni adalah pemain yang pegang kripto dalam jangka masa pendek. Selalunya orang macam ni modalnya besar. Mereka dah arif dengan bacaan candle, graf Fibonacci segala. Jadi mereka dapat agak bila untuk beli dengan unit yang banyak dan jual kesemuanya bila harga naik. Mereka tak kisah kalau untung 10  – 20 sen seunit pun, kalau beli berpuluh ribu unit, mereka dapat untung ribu ribu ringgit dalam sejam – 2 jam atau sehari dua.

3- INVESTOR AND TRADER.

Ini adalah jenis pemain yang buat dua dua. Mereka ada simpan unit untuk jangka masa panjang, dan jual beli dalam masa pendek. Selalunya orang macam ni mereka full time lah. Bukan kejap kerja office, kejap jual online dan at the same time nak monitor market. Boleh, tapi cepat stress lah. Lepas tu ada lah sifu sifu offer korang pasal bot, robot and all. Yes memang ada. Tapi bot ni kalau kau tak faham setting dia, kau boleh rugi lebih dari untung. So jangan lah nak kerja senang, pemalas, manual trading pun kau tak lepas, tak berapa faham, dan dan nak pakai robot. Orang tamak dan PEMALAS memang takkan kemana. Rugi pengakhirannya.

 

BILA NAK BELI DAN BILA NAK JUAL?

Yang ini ada 2 jenis. Walau macamana pun, sangatlah disarankan beli masa tengah merah. Jangan lupa SET LIMIT BUY. Jangan takut tak dapat harga rendah tu, Sebab korang akan dapat. Cuma cepat atau lambat. Macamana nak set limit, aku dah cerita pada post aku last week.

1.BUY THE RUMOR SELL THE NEWS

Maksudnya disini, bila korang dengar ada desas desus “cerita” tentang sesuatu kripto tu akan ada system upgrade (akan lagi lancar & best in the future), akan keluar gaming system, atau akan partner dengan syarikat besar, atau akan listed di platform platform mega, belilah. Jangan tunggu cerita cerita tu jadi kenyataan. Beli je. Bila cerita cerita tu dah jadi BERITA, korang jual. tak perlu tunggu dia naik melampau lampau sebab korang takkan tahu pada harga mana dia akan berhenti dan menjunam jatuh. Sebab apa yang melonjak cepat akan jatuh cepat. Sebab semua orang macam ikan Piranha jual untuk kaut untung. Jadi bila dah keluar berita, automatik harga memang naik 3-5 kali ganda dari harga masa “cerita cerita” tu semua.

 

2. SET HARGA BELI DAN JUAL SENDIRI.

Ini stail tak sakit kepala. Kau tak kisah dengan cerita cerita dan berita berita di luar sana. Kau malas nak fikir dan kau nak kerja senang. Kau nak tidur nyenyak dan kau tak nak nervous asik tengok Exchange Apps. Maksudnya, kau tak hirau kata kata orang. Kau dah set dalam kepala otak kau, aku nak beli pada harga ni, dan aku nak jual pada harga ni. Jadi kau boh duit dalam tu, set limit buy and sell. Lepas tu hidup kau berjalan seperti biasa lah.

 

JUAL SEMUA ATAU SEPARUH?

Ini bergantung pada kau sendiri. Duit kau, keperluan kau, plan kau. Ini kau tak boleh tanya orang ikut ikut orang. Sebab? setiap orang keperluan dan status kewangan dia tak sama.

Ada setengah orang jual semua masa harga tinggi dan beli balik bila harga turun. Tapi mesti ingat, harga yang turun tu takkan turun nilainya macam masa kau beli dulu. Dia akan high low. Bukan low low. Sebab nya kripto yang bagus dia sentiasa naik nilainya dan bila dia jatuh pun, dia akan jatuh pada value “low” yang baru dan tinggi dari “low” yang lama, 5 – 10 bulan yang lalu. Contohnya, Etherum paling low tahun 2020 lalu ialah di harga $136 (USD) dan paling low dalam tahun 2021  ialah $734 (USD). Setahun. Tak lama kut. 12 bulan beza “low”  $600 (usd).

 

ASB, Jongkong emas, dividend bank bagi on your savings, takkan dapat bagi sebagaimana Ethereum bagi. Dan recent price now? $3.9k (USD) dan paling tinggi pada  November 2021 ialah $4.8k (USD). Ramai orang jual ambik profit nak krismas lah katakan. Now price ranging $3.7 – 4k, turun naik setiap hari. Aku letak satu unit sahaja untuk ambik profit $300 sehari, lelain aku simpan tak usik. Plus minus $2k seminggu sebab dia duduk turun naik gitu je saban hari. Easy money. Aku tahu $300 (usd) tak banyak bagi korang, Sebab aku tengok sifu kripto di Malaysia tak layan profit gitu. Maklum lah.. semua bawak LAMBO kan? Tapi boleh lah bagi aku expand guna duit tu beli kripto lain lain yang harga sen sen. Bukan beli handbag atau Iphone, melancong sampai keluar berita kos percutian kau. Pun begitu, masing masing lah. Duit kau. Suka hati kau lah nak bikin apa.

Dan kalau kita ambik tahu price prediction, serta upcoming project yang baru, semua orang kata Ethereum harga dia boleh pegi up to $5.5k in 2025 so kau takkan kisah jual semua ambik dan beli balik pada harga rendah baru.

Ada setengah orang, mereka jual setakat mana modal mereka beli, tinggalkan balance profit untuk jangka masa panjang ikut lah price tu nak naik sampai mana dan korang rasa happy nak jual. Semuanya bergantung pada korang. Kalau ada nak pakai duit terdesak atau memang plan sekian sekian tahun nak beli rumah cash, kereta cash, jual lah. Ini aku tak dapat nak cakap.

Seperti biasa, kalau korang belun sign up lagi LUNO Malaysia, korang boleh la sign up guna code aku iaitu XNG5YA. Bila kau guna code tu, kau dapat percuma BITCOIN bernilai rm25 bila kau trade RM250 keatas.

 

Next week aku cerita lagi benda benda basic macamana nak beli kripto yang baru keluar yang tak ada dalam  senarai LUNO Malaysia.

 

Comments

comments

Leave a Reply