Tempat Patut Di Lawat Di Pulau Jeju : Air Terjun Jeongbang

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE

Terletak di Seogwipo. Apa yang membuatkan air terjun Jeongbang ni menarik ialah ia ‘terjun’ terus ke laut berbanding dengan air terjun yang ada di sekitar Asia. So, bila korang datang sini, dari jauh memang pemandangannya agak dramatik. Memang ‘wow’ tu akan terkeluar dari mulut korang.

Dengan ketinggian 23 meter/ 75 kaki, tertulis di dalam lagenda hikayat, sang naga suci menginap di bawah permukaan air terjun ini. Menurut hikayat aku tak tahu dongeng ke tidak, air terjun Jeongbang ini mampu mengubati penyakit dan membawa hujan ketika kemarau melanda.

jeongbang waterfall jeju island south korea 4

Yuran masuk ke kawasan ini adalah KRW 10,000. Sama seperti Cheonjiyeon juga. Tapi dari segi landskap, Cheonjiyeon lebih cantik dan mendamaikan. Tapi kalau dari segi WOW faktor tu, memang air terjun Jeongbang ni menang lah.

jeongbang waterfall jeju island south korea

jeongbang waterfall jeju island south korea (2)

jeongbang waterfall entrance jeju island south korea

Jalan masuk ke kawasan air terjun ni sangat simple. Maksud aku, tiada paksaan dari segi pembinaan hiasan buatan manusia. Bunga bunga liar tumbuh dengan tertibnya di sepanjang kiri kanan lorong menghala ke pintu masuk kawasan air terjun Jeongbang ini. Kalau korang jenis pemerhati yang detail, korang akan nampak labah labah bergantungan di dalam semak, dan kalau jenis tak takut macam aku ni, sila lah hampiri dan test makro skill gitu.

jeongbang waterfall jeju island south korea 3

Nota: Labah labah memang banyak di Pulau Jeju. Mereka ada di mana mana ya.

Aku tak berupaya untuk dekat dengan air terjun ni sebab 1) sejuknya udara keliling 2) sesak nafas dengan percikan nano air terjun ni 3) Kamera aku tak ada protection dari basah percikan air. Jadi, kepada sesiapa nak mai sini, kalau jenis sayang harta benda ataupun kamera harga atas RM 2 ribu, sila bawak kamera cover baik punya ya.

jeongbang waterfall jeju island south korea 8

Kasut tu, kalau boleh, bertapak getah atau sport shoes. Aku ada nampak pelancong berjalan di Jeju ni pakai boots tumit tinggi. Aku bukan nak kutuk. Masing masing punya stail dalam berfesyen. Cuma kalau mai melawat air terjun Jeongbang, aku rasa agak mustahil dengan tumit tinggi tersebut. Itu saja nak cakap.

Enjoy the rest of the pictures.

jeongbang waterfall jeju island south korea 5

jeongbang waterfall jeju island south korea 6

jeongbang waterfall jeju island south korea 7

jeongbang waterfall jeju island south korea 9

jeongbang waterfall jeju island south korea 2

jeongbang waterfall jeju island south korea 10

jeongbang waterfall jeju island south korea 11

jeongbang waterfall jeju island south korea 12

jeongbang waterfall jeju island south korea 13

jeongbang waterfall jeju island south korea 14

jeongbang waterfall jeju island south korea 15

Next : Pulau Kecil Saeseom Jambatan Saeyeongyo.

8367150290_f64071bebb_o3

Seogwipo, Jeju Island, South Korea

Comments

comments

7 Comments

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      November 17, 2015 at 12:21 pm

      Terima kasih Lan. Kau ok ke ni? Tak pernah pernah share tiba tiba share… Hahaha

    2. Mohd Shahran Daud on Facebook

      November 17, 2015 at 12:22 pm

      Mak Cik aku nak ke Korea bulan depan. Kot-kot artikel ni boleh membantu dia buat preparation.

  1. Zura Zuraini on Facebook

    November 17, 2015 at 12:43 pm

    Air terjun dia mengalir terus masuk ke laut ye

Leave a Reply